SKZ (19)

Romance Completed 109187

Pada pagi yang tenang di kediaman Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah.Dua pasangan suami isteri itu masih dibuai mimpi.Tidur mereka terlalu lena kerana penat selaman berjaga gara-gara Intan Zinirah yang tidak membenarkan suaminya Datuk Hud Razief beradu terlebih dahulu kerana dia masih belum dapat lelapkan matanya lagi.Mereka lewat tersedar dari lena.Tubuh Datuk Hud Razief berpusing ke arah isterinya Intan Zinirah di sebelah kanan.Wajah ayu isterinya di dalam lena diusap lembut dengan jari jemarinya itu.Pinggang isterinya menjadi sasarannya untuk merangkul dengan lembut.Batang hidung isterinya Intan Zinirah dikucup lembut.Intan Zinirah mula bergerak cacing.Dia mengherutkan tubuhnya perlahan.Datuk Hud Razief tersenyum melihat gelagat isterinya yang manja itu.Mereka berdua bangun terduduk serentak.

“Abang memang suka kacau Intan sedang nyenyak ya ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Rambut isterinya yang terlepas diselitkan di belakang telinga.

“Abang mahu lepas rindu pada sayang hari ini sebab sekejap lagi abang akan hantar sayang ke Univerisiti.Lagi lima hari abang perlu menanggung rindu sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Ubun-ubun isterinya dikucup lembut dengan penuh kasih sayang.

“Lima hari saja , nanti Intan balik hujung minggu kita dating okay.” pujuk Intan Zinirah sayu dan cuba memeriahkan keadaan yang sayu itu.

“Abang sayangkan isteri abang.Sayang jaga diri ya di sana nanti.” jelas Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah.Airmatanya mengalir saat dia mengucup pipi isterinya itu dengan lembut.Terkedu Intan Zinirah dengan reaksi suaminya Datuk Hud Razief itu.

“Abang semenjak kebelakangan ini seperti keanak-anakan.Selalu sangat menangis.Bila bercakap dengan Intan asyik mahu menangis.Abang kenapa ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief yang sering berubah emosi semenjak kebelakangan ini.

“Abang terlalu sayangkan isteri abang.Sehingga membuatkan abang mengalirkan airmata.Abang obses drngan sayang hingga tidak terkata.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya dengan penuh sopan dan lembut.

“Kalau abang sayang dekat Intan sekalipun.Tidak perlulah sampai menangis.Kesian Intan tengok abang sebab asyik menangis.Hati bunga betul abang ini.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief selamba.Letus tawa kecil Datuk Hud Razief mendengar hujahan isterinya itu.

“Sayang selalu buat abang tertawa , kalau sayang pulang ke Universiti nanti siapa agaknya yang mahu buat abang tertawa ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.

“Anak abang.” ucap Intan Zinirah selamba.Kemudian tawanya letus , dia mengucup dahi suaminya Datuk Hud Razief lembut.

“Anak siapa ? Anak ayam ?.” soal Datuk Hud Razief selamba.Pecah tawa Intan Zinirah kuat memenuhi ruangan kamar tidur mereka itu.Dia bangun dan berdiri di sisi katil.

“Tengku ada untuk temankan abang.Insyaallah abang tidak bosan.Intan jamin.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan penuh yakin.

“Tapi abang nak sayang.Sayang pindah belajar di kolej berdekatan di sini sajalah.Senang abang mahu lepas rindu.Tidak terseksa sangat.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah itu dengan bersungguh.

“Intan sudah selesa belajar di sana.Happy , kawan dekat sana semua baik-baik.Bila nak mulakan dari restart dekat sini rasa susah sikit abang.Boleh ya Intan teruskan pelajaran di KL .” jelas Intan Zinirah yang meminta izin suaminya untuk meneruskan pelajarannya di ibu kota Kuala Lumpur.

“Baiklah sayang , janji baby abang ini happy sudah.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya.Intan Zinirah menuju ke almari pakaian dan mengambil tualanya yang baharu.Lalu langkah diatur menuju ke kamar mandi.Datuk Hud Razief hanya memandang sepi ke arah isterinya yang sedang berjalan menuju ke kamar mandi sehingga kelibat isterinya Intan Zinirah itu hilang dari pandangannya.Dia mula bangun dari atas katil dan menuju ke sudut meja kerjanya.Komputer riba dibuka dan dihidupkan.Tidak lama kemudian , isterinya Intan Zinirah keluar dari kamar mandi selepas selesai membersihkan diri dengan keadaan berkemban.Langkah terus diatur menuju ke arah suaminya Datuk Hud Razief yang sedang melakukan kerja itu.Intan Zinirah memeluk suaminya Datuk Hud Razief dari arah belakang.

“Sayang dah kenapa ? Pergi pakai baju.” ujar Datuk Hud Razief yang kurang selesa.Dia rasa membahang dengan isterinya Intan Zinirah kini yang hanya berlilitkan tuala sehingga paras dada sahaja.

“Bagilah Intan perluang hendak bermanja dengan abang.Intan nanti pun akan rindukan abang juga.” jelas Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Kepalanya sengaja digeselkan di bahagian tengah belakang Datuk Hud Razief.Lagi tidak keruan suaminya dibuat oleh Intan Zinirah.

“Kalau ya pun sayang pergi pakai baju dahulu.” jelas Datuk Hud Razief lagi kepada isterinya lembut.Intan Zinirah tersenyum nakal.

“Abang malu ke mahu ?.” soalnya dengan nada nakal seraya menyakat suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh dipusingkan menghadap isterinya Intan Zinirah yang sedang berdiri di belakangnya dengan keadaan berkemban.Dilihat dari atas hingga ke bawah.

“Kalau jadi apa-apa abang tidak jamin ya.” ucap Datuk Hud Razief menggoda.Intan Zinirah membuat riak wajah selamba.

“Kalau abang mahu , Intan sudi.” Ucap Intan Zinirah berani kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh dipusingkan semula menghadap komputer riba.

“Sudah , pergi pakai baju kemudian buatkan abang air.” arah Datuk Hud Razief dingin.Tiba-tiba sahaja emosi berubah.Dia kembali fokus kepada komputer ribanya.

“Intan pergi buat air dulu ya.” ucap Intan Zinirah lemah.Semenjak kebelakangan ini , suaminya Datuk Hud Razief sering dingin dengan dirinya dan sering menolak ajakan untuk bersama di atas ranjang.Kadang kala , dia rasa kecewa dengan sikap Datuk Hud Razief itu.Dia juga sering menjadi mangsa keadaan jika suaminya mahu melepaskan amarah.Selepas selesai berpakaian santai.Dia mengatur langkah menuju ke dapur.Wajahnya muram serta merta di atas sikap dan layanan suaminya Datuk Hud Razief kepadanya.Tengku Orked Mariam yang perasan akan riak wajah adik iparnya Intan Zinirah itu segera ditegur.

“Cik Puan monyok saja ? Kenapa ini ? Ada masalah ke ?.” soal Tengku Orked Mariam mesra.Tanpa berlengah , Intan Zinirah mendekati kakak iparnya Tengku Orked Mariam lalu memeluk wanita itu erat.Tangisannya pecah di bahu wanita itu.Terkedu Tengku Orked Mariam yang melihat reaksi mendadak Intan Zinirah tersebut.

“Sabar Cik Puan , kenapa ini ? Cik Puan boleh berkongsi dengan saya.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik iparnya Intan Zinirah.Wanita itu dibawa ke kerusi yang berdekatan.Punggung dilabuhkan dan Intan Zinirah menarik nafas panjang sebelum berbicara dan membuat luahan perasaan.

“Apa yang Datuk sudah lakukan Cik Puan ? Kenapa menangis begini ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut.

“Semenjak kebelakangan ini , Datuk banyak berubah Tengku.Dia selalu bertukar emosi.Sedang dia gelak ketawa tiba-tiba sahaja dia akan dingin.Dia ada perempuan lain ke Tengku ?.” soal Intan Zinirah sayu dan sebak di hujung persoalannya kepada Tengku Orked Mariam.

“Tidak mungkin Datuk akan berbuat demikian , Cik Puan sendiri tahu bagaimana Datuk cintakan Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam yang cuba menyakinkan Intan Zinirah.

“Dia ada buat perangai pelik ke belakang Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada adik iparnya Intan Zinirah.Berkerut dahi wanita itu dengan persoalan Tengku Orked Mariam tersebut.

“Apa maksud Tengku perangai pelik ? Saya tidak faham.” jelas Intan Zinirah lembut kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Malahan , kakak iparnya Tengku Orked Mariam tersenyum.Sungguh Intan Zinirah ini seorang isteri yang baik sehingga tidak membuat syak wasangka terhadap suaminya Datuk Hud Razief.

“Maksud saya , Datuk ada buat panggilan secara rahsia ke ? Bermain telefon sehingga sembunyi daripada Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada adik iparnya Intan Zinirah sekali gus menerangkan maksudnya.

“Tidak pula sampai begitu.Tetapi setiap kali dia berubah emosi pasti saya akan terasa Tengku.Kadang-kadang dia sampai tidak bertegur dengan saya.” jelas Intan Zinirah kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Airmatanya gugur di bahu wanita itu sekali lagi.Hatinya terasa hiba.

“Tidak apalah Cik Puan , sekarang ini Cik Puan pergi bagi apa yang Datuk minta tadi kemudian Cik Puan cuba ambil hati dia dan bermanja dengan dia.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Intan Zinirah lembut.Intan Zinirah bangun dari kerusi tersebut dan mula membancuh air kopi yang diminta suaminya tadi.Kemudian langkah diatur menuju ke kamar tidur untuk mendapatkan suaminya Datuk Hud Razief.Manakala , Tengku Orked Mariam yang memandang Intan Zinirah sehingga hilang dari bayang pandangannya tersenyum keseorangan.

“Apa yang saya fikirkan sudah pun terjadi Cik Puan.Congratulations Datuk dan Cik Puan.” ucap Tengku Orked Mariam sendirian.Tahniah ?

Pada waktu tengahari sebelum kepulangan Intan Zinirah ke Universitinya semula sekian lama bercuti.Dia meminta suaminya Datuk Hud Razief untuk memakan buah durian kampung.Dengan seikhlas hati , suaminya Datuk Hud Razief gigih mencari durian kampung di dusun-dusun durian milik orang kampung.Intan Zinirah semakin tidak keruan menanti kepulangan suaminya Datuk Hud Razief dan abang iparnya Hazim Iqbal.Sedang dia mundar mandir di beranda kediamannya itu , kenderaan milik Datuk Hud Razief selamat masuk ke perkarangan halaman rumah.Selepas kenderaan di parkir di bawah pohon besar , suaminya Datuk Hud Razief dan abang iparnya Hazim Iqbal keluar dari isi perut kereta.Mereka membawa 2 bakul buah durian ke beranda kediaman.

“Sayang , hari ini sayang makan puas-puas durian ini.Abang beli banyak dan tiada istilah tidak cukup okay ?.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Bersorak riang isterinya itu dihadapa abang iparnya Hazim Iqbal dan suaminya Datuk Hud Razief.

“Terima kasih abang , sayang abang.” ucap Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh lelaki itu dipeluk pada paras pinggang.

“Sama-sama , mari kita makan.” ajak Datuk Hud Razief mesra dan ceria.Tengku Orked Mariam yang baru sahaja datang dari arah dalam kediaman itu turut mendapatkan mereka bertiga yang sedang meriah hendak membuka kulit durian untuk mendapatkan isinya.Hazim Iqbal memeluk pinggang isterinya erat.Mereka berdua tekun melihat gelagat Intan Zinirah dan suaminya Datuk Hud Razief.

“Susahnya abang mahu buka kulit durian itu ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Mestilah sayang , nama pun durian.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Setelah berhempas pulas membuka kulit durian tersebut , akhirnya isinya yang berwarna kuning keemasan mula kelihatan.Kulit itu dibuka dengan lebih luas lagi supaya memudahkan orang lain mengambil isi durian tersebut.Datuk Hud Razief mengambil dan memakan ulas yang pertama.Intan Zinirah juga turut mengambil satu , tetapi sewaktu isi durian itu mahu ke mulutnya.Dia berasa loya apabila terbau durian tersebut.Segera dia meletakkan durian tersebut dan berlari menuju ke kamarnya untuk ke kamar mandi.Datuk Hud Razief dan Hazim Iqbal terkedu dengan tingkah laku drastik isterinya itu.Datuk Hud Razief turut meluru ke kamarnya untuk mendapatkan isterinya Intan Zinirah yang berada di dalam keadaan kurang baik itu.Tetapi Tengku Orked Mariam tersenyum ceria.Suaminya Hazim Iqbal pelik melihat isterinya tersebut.

“Kenapa awak ketawa sayang ?.” soal Hazim Iqbal pelik kepada isterinya Tengku Orked Mariam itu.Wanita itu masih di dalam senyumannya.

“Adalah.” jelas Tengku Orked Mariam berahsia dengan suaminya Hazim Iqbal.

Selepas hampir 10 minit di dalam bilik air kerana muntah , akhirnya Intan Zinirah keluar dengan keadaan yang lemah.Segala tenaganya telah habis kerana muntah-muntah tersebut.Datuk Hud Razief yang berada tidak jauh daripada kamar mandi itu mendapatkan isterinya yang berada di dalam keadaan lemah itu.Tubuh isterinya Intan Zinirah direbahkan di atas katil perlahan-lahan.

“Sayang okay ke ? Sayang lemah sangat ini.Abang bawa pergi klinik ya ?.” pujuk Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya untuk dibawa ke klinik.Malahan , keadaan Intan Zinirah terlalu lemah dan dia hanya mengangguk bersetuju untuk dibawa ke klinik.

Selepas hampir 2 jam di klinik , akhirnya mereka sudah pun pulang dari klinik.Wajah Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah sungguh berseri-seri.Sewaktu mereka berada di klinik tadi , doktor meminta Intan Zinirah membuat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian kehamilan.Selepas tidak lama kemudian selepas buat ujian tersebut , keputusan terpapar di alat tersebut.Terkedu Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah apabila doktor tersebut menyatakan bahawa isterinya Intan Zinirah hamil dua minggu.Mengalir airmata mereka suami isteri.Tetapi dalam masa yang sama kedua mereka tidak dapat berita itu dengan gembira.Tetapi keputusan menunjukkan dua garis merah yang menandakan Intan Zinirah hamil.Tetapi apa sekali pun yang terjadi , Datuk Hud Razief segera membuat sujud syukur di satu sudut di dalam kamar doktor tersebut.Dia memeluk isterinya itu erat.Apa yang sedang mereka alami ini ibarat sebuah mimpi.Mereka membuat keputusan untuk segera pulang ke rumah.Mereka ingin menyampaikan berita gembira tersebut kepada Tengku Orked Mariam.Langkah diatur menuju ke dalam kamar.

“Sayang sini dekat abang , abang mahu peluk manja abang ini.” ucap Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya.Perlahan-lahan Intan Zinirah mengatur langkah mendekati suaminya.Pinggang Datuk Hud Razief dirangkulnya.

“Terima kasih sebab lahirkan anak abang.Abang rasa ibarat mimpi yang sayang sebenarnya mampu lahirkan anak untuk abang.Sayang jaga diri baik-baik ya.Jangan buat kerja berat dan jangan terlalu banyak bergerak ya.Kalau mahukan apa-apa , panggil saja abang.Abang akan bantu sayang.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Dahi isterinya itu dikucup lembut.

“Intan sendiri bagai dalam mimpi abang , Intan tidak menyangka yang Intan mampu melahirkan zuriat untuk abang.Intan dapat merasa menjadi seorang ibu.Ya allah , bahagia dia itu hanya allah saja yang tahu.” ucap Intan Zinirah lembut dan sayu.Airmatanya mengalir kerana terlalu gembira.Mereka saling berpelukan erat , hati yang ceria , girang dan bahagia kinj hanya allah sahaja yang tahu.

Pada malam yang tenang dan hangat , Datuk Hud Razief duduk di beranda kediamannya yang dihiasi dengan meja dan kerusi serta bunga-bungaan.Hatinya sungguh tenang kini.Jiwanya terasa bahagia dan bangga kerana dia juga akan jadi seperti lelaki di luar sana yang mempunyai anak.Selepas dia menemani isterinya Intan Zinirah beradu , dia menuju ke ruangan dapur dan membancuh secawan coklat panas lalu dibawa ke beranda kediamannya.Sedang dia menikmati malam yang indah dan tenang.Kakaknya Tengku Orked Mariam datang mendekatinya lalu melabuhkan punggung untuk menyertai adik lelakinya Datuk Hud Razief yang sedang menikmati angin malam di beranda kediamannya.

“I tidak menyangka yang I akan jadi seorang bapa tidak lama lagi ? Hebat betul kuasa tuhan ya Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Malahan , wanita itu hanya tersenyum bangga.

“Kenapa you senyum macam itu Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief pelik.

“Hebat lagi allah bongkarkan perkara sebenar daripada penipu.” jelas Tengku Orked Mariam dengan kata-kata yang mendalam maknanya.Berkerut dahi Datuk Hud Razief mendengar penjelasan Tengku Orked Mariam yang kurang dia fahami itu.

“Apa maksud you Tengku ? I tidak mengerti ?.” soal Datuk Hud Razief meminta penjelasan kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.

“Baiklah , saya akan terangkan.Masa di awal perkenalan awak dengan Cik Puan.Dia ada beritahu awak yang dia tidak mampu mengandung kerana tiada rahim betul ? Dia pernah menjalani pembedahan besar membuang rahim dan diuruskan oleh keluarganya , betul tak ? Tetapi kalau awak hendak tahu Datuk , Cik Puan sebenarnya tidak melakukan pembedahan rahim , dia mengalami ketumbuhan di dalam perut.Jadi benda itu sahaja yang dibuangnya pada usianya mencecah 10 tahun.Pihak keluarga Cik Puan sendiri menipu dia mengatakan bahawa Cik Puan telah menjalani pembedahan rahim dan tidak mampu mengandung.Mereka cuba memperdaya Cik Puan Intan Zinirah kerana dia seorang gadis yang kurang pandai.Semasa di rumah anak yatim baru dia mendapat perhatian yang lebih daripada pihak tertentu.Saya sudah mengkaji perkara ini daripada awal.perkahwinan Datuk dan Cik Puan secara tidak rasmi.Apabila saya sudah mendapat jawapan dan dokumen sebenar tentang keadaan sebenar Cik Puan.Saya sendiri tidak sabar menanti anak kecil daripada Cik Puan dan Datuk.Cuma saya sengaja rahsiakan perkara ini walaupun saya tahu Cik Puan selama ini memang mampu melahirkan anak.Harini awak yang terima kejutan daripada saya Datuk.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan terletus tawa kecilnya.

“I tidak sangka , sekejam ini kelakuan keji keluarga Intan.Mereka memainkan emosi Intan sekian tahun.Sudahlah tiada rasa tanggungjawab kepada Intan.Kemudian , menyeksa jiwa dia pula.” ucap Datuk Hud Razief marah.

“Mereka buat begitu untuk dapatkan pampasan dan menyeksa Cik Puan Intan Zinirah.” jelas Tengku Orked Mariam sayu kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.

“Pampasan apa ? Pampasan untuk mati ?.” soal Datuk Hud Razief kasar dan marah.

“Abaikan saja Datuk , yang penting sekarang ini awak dan Cik Puan bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi.Saya sarankan Cik Puan buat masa ini tidak perlu ke Uni dan berehat saja di sini.Saya akan pantau keadaan dia.Sebab kandungannya terlalu awal lagi.Amat risiko buat dirinya dan baby.” jelas Tengku Orked Mariam lembut kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.

“Terima kasih Tengku sebab sudi jagakan Intan.” ucap Datuk Hud Razief lembut kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.

Happy reading baby readers !

Share this novel

esther marcus
2020-11-25 09:05:22 

wah...da pregnant...konfius skjap sb awal chapter dulu x blh mengandung...rupa2nya...mcm tu citernya...syukur...dato akan jd daddy...


NovelPlus Premium

The best ads free experience