SKZ (20)

Romance Completed 109187

Pada hari ini , Datuk Hud Razief akan ke kota bagi menguruskan urusan kerjannya yang banyak tertangguh semenjak dia sering menemani isterinya Intan Zinirah yang kini hamil 3 minggu.Tiada alahan yang dialami oleh isterinya tetapi setiap saat pun isterinya Intan Zinirah tidak mahu berenggang dengannya.Sentiasa mahu bersama.Bahkan , mandi pun mahu di mandikan.Akhirnya Datuk Hud Razief yang pening kerana sikap isterinya ini berubah keanak-anakan.Apa yang dimasak oleh Tengku Orked Mariam semua ditolak isterinya itu.Dia hanya mahu masakan daripada air tangan suaminya Datuk Hud Razief sahaja.Makan juga mahu bersuap walaupun waktu santapan pagi mereka hanya bersantapan roti.Datuk Hud Razief sudah terjaga dari lenanya.Isterinya Intan Zinirah yang berada di sebelah ditatap seketika.Langkah diatur menuju ke kamar mandi.Dia membersihkan badan seketika.Tidak lama kemudian , Datuk Hud Razief keluar daripada kamar mandi dengan ikatan tuala dipinggangnya.

“Sayang , bangun sudah pagi ini.Sayang bangun pergi mandi nanti abang siapkan sarapan untuk sayang.” jelas Datuk Hud Razief dengan nada yang sangat lembut kepada isterinya yang sudah mula mengeliat kecil.

“Good morning sayang.Sekejap lagi abang sudah mahu gerak ke Kuala Lumpur.Sementara abang ada lagi ini , sayang cakaplah sayang mahu makan apa ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Dia mengatur langkah mendekati isterinya yang masih di dalam keadaan mengantuk itu.Punggung di labuhkan di sisi isterinya.Bahu dipaut erat dan melentokkan kepala isterinya di bahunya.

“Mengantuk sangat sayang abang ini.Semalam tidur lewat ke ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isteri kesayangannya Intan Zinirah itu.

“Mana ada tidur lewat , Intan selalu rasa mengantuk.” Jelas Intan Zinirah sayu dan lemah.Perlahan-lahan dia menghadap wajah suaminya Datuk Hud Razief.Dia membuat riak wajah meminta simpati.

“Abang , boleh Intan ikut abang pergi Kuala Lumpur ?.” pinta Intan Zinirah sayu dan lemah.Datuk Hud Razief membuat riak wajah rasa bersalah.

“Sayang , abang pergi kerja bukan berjalan.Lagipun , kandungan sayang baru lagi.Bahaya kalau jalan jauh.Sayang tinggal rumah saja ya.Nanti abang belikan sayang hadiah.” ucap Datuk Hud Razief memujuk isterinya itu dengan lembut.Intan Zinirah terus menolak dada suaminya kuat dan membuat wajah cemberut.

“Abang memang , semua benda tidak boleh , adalah mahu buat kerja lain.” rajuk Intan Zinirah secara tiba-tiba.Datuk Hud Razief pening kepala dengan sikap isterinya itu.

“Buat kerja apa sayang ? Abang pergi uruskan kerja di Kuala Lumpur sekejap saja.Malam nanti abang pulang ke kampung semula.Cuma tidak pasti sama ada cepat atau lewat.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.

“Mana tahu abang ada simpan perempuan dekat Kuala Lumpur itu.” tuduh Intan Zinirah selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dahi ditepuk oleh Datuk Hud Razief.Tidak dia menyangka yang isterinya itu mampu berfikir sebegitu jauh terhadapnya.

“Apa yang sayang cakap ini ? Abang mana ada simpan perempuan ?.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.Dia bangun dari duduknya dan mendekati isterinya Intan Zinirah yang sedang memuncung di hujung katil itu.Bahu isterinya dipaut lembut , sisi kepala isterinya juga turut dikucup dan menghidu wangian rambut isterinya yang cukup mengharumkan.

“Sudahlah Intan hendak mandi.” jelas Intan Zinirah merajuk.Baru sahaja dia mahu bangun dari duduknya di birai katil.Pantas suaminya Datuk Hud Razief menarik tangannya dan ia terduduk di atas riba lelaki itu.

“Kenapa dengan isteri abang ini ? Selalu sangat sentap dengan abang ? Sayang janganlah macam ini , abang hendak pergi kerja pun susah.Risau abang hendak tinggalkan sayang dalam keadaan emoai macam ini.Sayang jangan layan perasaan sangat.Perlu kawal emosi.Nanti sayang sakit susah.” pesan Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Jelingan diberi kepada Datuk Hud Razief.Terkedu lelaki itu apabila isterinya menjelingnya dengan jelingan yang tajam.

“Kenapa abang takut Intan susahkan abang ? Abang jangan takut kalau Intan sakit , Intan tidak akan susahkan abang.Intan akan tanggung rasa sakit itu sendiri.” jelas Intan Zinirah menyindir kepada suaminya Datuk Hud Razief.Keluhan kecil terbit di bibir Datuk Hud Razief perlahan.

“Sedikit pun abang tidak pernah rasa susah untuk jaga sayang , tetapi memberi risiko yang tinggi kepada anak kita.Abang tidak mahu anak kita sakit atau ada masalah komplikasi suatu hari nanti.Sayang pun sama , abang mahukan isteri abang ini sihat selalu.Sakit allah bagi lain.Sakit kita cari lain.Biar allah bagi kerana itu adalah rahmat , sakit yang kita cari hanya jatuh dosa sahaja.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Wajah suaminya Datuk Hud Razief ditatap.Pipi yang berjambang itu disentuh lembut dengan jari jemarinya.Intan Zinirah mengucup dahi suaminya lembut.

“Intan minta maaf abang kerana selalu sangat buat perangai dengan abang.Selalu sangat bidas nasihat abang.Intan juga sayangkan abang.Intan mahukan yang terbaik untuk anak kita.Intan berjanji akan jaga diri dan kesihatan Intan dengan baik.I love you abang.” ucap Intan Zinirah sayu dan luluh hatinya apabila melihat tahap kesabaran suaminya Datuk Hud Razief yang tinggi itu.Suaminya itu dipeluk seketika dan kemudiannya dilepaskan.

“Abang sentiasa doakan untuk sayang dan anak kita.Semoga kita semua dibawah lindugannya.I love you too sayang.” ucap Datuk Hud Razief dengan lembut dan sungguh romantis.Ucapannya dan nadanya bersatu sehingga membuatkan Intan Zinirah terbuai seketika.

“Sudah , sayang pergi mandi dan abang hendak siapkan breakfast untuk sayang.Sayang ada teringin mahu makan apa-apa ke ?.” soal Datuk Hud Razief yang ingin menunaikan keinginan isterinya Intan Zinirah itu.Intan Zinirah mengelamun seketika memikirkan apa yang dia mahu makan untuk santapan paginya nanti.

“Intan mahu makan maggi goreng boleh ?.” pinta Intan Zinirah manja.Datuk Hud Razief terus bangun dan berdiri menghadap isterinya lalu mencekak pinggangnya serta membutangkan matanya.

“Sudah terlupa apa pesanan abang ? Abang kata tidak boleh makan maggi goreng lagi.” jelas Datuk Hud Razief mengingatkan isterinya itu dengan pesanannya.

“Intan tahu , tetapi Intan mengandung jadi teringinlah hendak makan maggi goreng.” jelas Intan Zinirah selamba.Datuk Hud Razief melepaskan satu keluhan.

“Sayang jangan macam-macam dengan abang ya.Ini kali terakhir.Jangan minta lagi.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya dengan tegas.Intan Zinirah bersorak mendengar pesanan dan amaran suaminya itu.

“Terima kasih daddy.” ucap Intan Zinirah manja.Tergoda Datuk Hud Razief mendengar ucapan manja isterinya Intan Zinirah tersebut.

“Sudah kenapa panggil abang dengan panggilan daddy pula ini ?.” soal Datuk Hud Razief lembut.Intan Zinirah terus memeluk pinggang suaminya itu dengan erat.Wajahnya pula disembankan di dada bidang Datuk Hud Razief yang berlapik baju kemeja biru gelap.Datuk Hud Razief menyambut pelukan isterinya yang tersayang itu dengan penuh erat.

“Sebab abang mahu jadi daddy , Intan pun mahu panggil abang daddy.” jelas Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Sayang , abang ini sudah tua.Jadi kalau sayang panggil abang daddy , tiada beza anak dengan isteri abang nanti.” usik Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Dada bidang Datuk Hud Razief dipukul lembut oleh isterinya Intan Zinirah.

“Pandailah abang buat spekulasi.” jelas Intan Zinirah geram.Datuk Hud Razief melepaskan tawanya besar.

“Sudah , sayang pergi mandi.Abang buatkan sarapan untuk manja abang ini.” ucap Datuk Hud Razief mesra sambil mencuit batang hidung isterinya lembut.Dia mula mengatur langkah menuju ke dapur dan membuat maggj goreng buat isteri kesayangannya Intan Zinirah.Tidak lama kemudian , Datuk Hud Razief membawa hidangan maggi goreng ke ruang meja santapan.Intan Zinirah yang baru sahaja selesai bersiap terus menerjah di meja santapan.

“Daddy sedapnya.” puji Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan memanggil dengan gelaran ‘ Daddy ‘.

“Sayang , boleh berhenti panggil abang daddy ? Mengada sangat pula rasa.” jelas Datuk Hud Razief selamba kepada isterinya.

“Intan mahu panggil daddy juga.” jelas Intan melawan.Akhirnya Datuk Hud Razief mengalah dengan isterinya.Dia juga tidak mahu isterinya Intan Zinirah terasa dengan kata-katanya itu.

“Suka hatilah sayang.” ujar Datuk Hud Razief mengalah.Intan Zinirah tersenyum lebar.

“Abang pergi dulu , nanti sebentar lagi Tengku datang teman sayang.Malam ini abang balik lewat , jangan tunggu abang okay.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Salam yang dihulurnya turut disambut baik oleh isterinya lalu dikucup lembut.Datuk Hud Razief mencium dahi isterinya dengan penuh kasih.Ucapan salam mengakhiri mereka berdua.

Tengku Orked Mariam sedang duduk di beranda rumahnya.Pada tengahari begini , cuaca amat terik dan sukar untuk dia berjalan kaki ke rumah adik iparnya Intan Zinirah.Dia sudah mendapat amanat daripada Datuk Hud Razief bahawa dia diminta untuk menemani Intan Zinirah sehingga waktu petang.Tengku Orked Mariam sedang ralit menjahit kain tuala tangan yang bercorakkan bunga orked.Sedang dia menjahit , suaminya Hazim Iqbal datang memeluknya yang sedang duduk di kerusi dari arah belakang.Wajah Tengku Orked Mariam berkali-kali menjadi sasaran kucupan suaminya Hazim Iqbal.Tengku Orked Mariam hanya membiarkan sahaja dan tersenyum dengan kelakuan suaminya itu.

“Awak sudah kenapa sayang ? Tiba-tiba sahaja datang dan peluk.Habis muka saya kena cium macam kena tembak dengan peluru berpandu.” ucap Tengku Orked Mariam selamba.Hazim Iqbal menghentikan kelakuannya dan melabuhkan punggung bersebelahan isterinya Tengku Orked Mariam.Bahu isterinya dipaut lembut dan menarik sedikit supaya lebih mendekati dirinya.

“Saya sayang isteri saya , saya punya sukalah.” jelas Hazim Iqbal selamba.Tengku Orked Mariam tertawa dengan gelagat suaminya itu.

“Sekejap lagi saya hendak teman Intan dirumah , awak izinkan tak ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada suaminya.Walaupun dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya Hazim Iqbal tetapi dia hanya ingin memastikan bahawa suaminya benar mengizinkannya ke rumah Datuk Hud Razief bagi menemani adik iparnya Intan Zinirah selama separuh hari.

“Pergilah sayang , saya okay saja.” ucap Hazim Iqbal lembut kepada isterinya Tengku Orked Mariam.Isterinya itu tersenyum lebar.

“Intan itu okay ke sayang ?.” soal Hazim Iqbal tiba-tiba kepada isterinya Tengku Orked Mariam.Berkerut dahi Tengku Orked Mariam mendengar pertanyaan suaminya itu tentang adik iparnya Intan Zinirah.

“Okay saja , kenapa awak tanya dia okay ke tidak ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan agak sedikit pelik.Hazim Iqbal hanya tersenyum.

“Seronok tengok Hud dengan Intan sudah ada baby.” ucap Hazim Iqbal sayu dan wajahnya terukir senyuman.Sayu Tengku Orked Mariam melihat wajah suaminya yang redup itu.Tiba-tiba matanya berkaca.Pandangan dihalakan ke arah tuala tangan yang sedang dijahitnya itu.

“Maafkan saya sayang.Sebab tidak mampu bahagiakan awak.Mungkin cukup saya ada awak dalam hidup saya tetapi saya tidak mampu tunaikan impian dan keinginan awak sayang.” ucap Tengku Orked Mariam sayu.Hazim Iqbal hanya tersenyum memandang ke arah isterinya Tengku Orked Mariam.

“Sayang , saya tahu kita tidak mampu.Bukan awak seorang saja berisiko untuk menglahirkan.Saya pun akan hadapi risiko kerana atas faktor umur.Jadi , awak tidak perlu rasa bersalah kepada saya sayang.Kita akan kekal bahagia di dalam keadaan begini sampai bila-bila.Saya tidak pernah menyesal untuk menerima awak di dalam kehidupan saya.Semua yang berumahtangga pasti akan menghadapi masalah.Terutamanya , tentang anak.Tetapi bukan saya sayang.Saya hanya lelaki yang terlalu banyak kekurangan yang hadir di dalam hidup wanita sempurna seperti awak.Mungkin di mata manusia awak tidak sempurna.Tetapi awak pelengkap segala-galanya di mata saya sayang.” ucap Hazim Iqbal lembut kepada isterinya Tengku Orked Mariam.

“Terima kasih kerana terima kekurangan saya sayang.” ucap Tengku Orked Mariam sayu dan sebak.Airmatanya gugur apabila wajahnya disentuh lembut oleh suaminya Hazim Iqbal dengan kedua belah telapak tangan lelaki itu.Airmata isterinya Tengku Orked Mariam diseka lembut.Mereka saling berpelukan.Tangisan Tengku Orked Mariam pecah.

“Sayang , awak jangan risau.Anak Hud dengan Intan anak kita juga.Saya yakin kita mampu sayang anak itu seperti anak kita sendiri.” ucap Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam.Wanita itu tersenyum mendengar ucapan bahagia suaminya itu.Sungguh dialah wanita bertuah yang bersuamikan Hazim Iqbal seorang bekas penagih dadah.Tidak ada wanita yang sanggup bersuamikan lelaki sepertinya.Dan tidak akan ada wanita yang mampu mencintai Hazim Iqbal seperti Tengku Orked Mariam mencintainya.

Datuk Hud Razief kini di dalam perjalanan pulang.Semasa berada di Kuala Lumpur tengahari tadi.Dia sempat membelikan cenderamata dan barang keperluan buat isterinya Intan Zinirah dan bakal cahaya mata mereka yang bakal lahir itu.Dan semasa petang tadi pula , dia sempat membeli sejambak bunga buat isterinya Intan Zinirah.Kerana dia tahu wanita itu sungguh mengilai bunga.Hampir 4 jam di dalam perjalanan , akhirnya dia tiba di perkarangan rumahnya.Barang yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian belakang diambil lalu dia keluar dari isi perut kereta.Datuk Hud Razief melangkah menuju ke beranda rumah.Kasut dibuka dan disimpan ke dalam rak kasut tersebut.Langkah diatur menuju ke ruang tamu.Tengku Orked Mariam memandang wajah Datuk Hud Razief dengan pandangan yang mengusarkan hatinya.Berkerut dahi Datuk Hud Razief apabila melihat riak wajah kakaknya Tengku Orked Mariam yang kelihatan gusar itu.

“Tengku are you alright ?.” soal Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.

“Datuk , wife awak tidak mahu makan apa yang saya masak.Katanya tidak sedap.Jadi apa yang dia makan hanyalah makanan yang awak beri sebelum berangkat ke Kuala Lumpur tadi pagi.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief tentang perkembangan Intan Zinirah.

“Kenapa dia buat macam itu ? Ya allah , Intan ini kalau tidak bagi I susah hati tidak boleh ke ?.” soal Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.

“It’s okay Datuk.Awak boleh bicara secara baik dengan Cik Puan.I minta diri dulu.” jelas Tengku Orked Mariam meminta diri untuk pulang.

“You balik macam mana Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief yang mengambil berat tentang kakaknya Tengku Orked Mariam itu.

“Hazim ambil saya.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief.Kemudian , dia mengatur langkah menuju ke halaman rumah.Selepas memastikan kepulangan kakaknya Tengku Orked Mariam dan suaminya.Pintu utama ditutup oleh Datuk Hud Razief.Jaambangan bunga diambil dan dibawa ke bilik.Setibanya di bilik , wajah isterinya sudah kelihatan di pantulan cermin.

“Assalammualaikum sayang.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya yang ralit melihat cermin.

“Waalaikummusalam abang , daddy !.” jerit Intan Zinirah ceria melihat kepulangan suaminya Datuk Hud Razief.Dia terus menerjah pelukan bersama suaminya Datuk Hud Razief.

“Sudah panggil abang , panggil daddy pula.” ujar Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.

“Lambatnya abang balik.” rungut Intan Zinirah manja.Butang baju kemeja yang paling atas dibukanya.

“Abang pergi kerja.Mestila pulang lewat.Lagipun , abang sudah pesan jangan tunggu abang bukan ? Sayang , kenapa tidak makan apa yang Tengku sudah masak untuk sayang ? Sayang , bahaya kalau biarkan perut kosong terlalu lama.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.

“Intan mahu abang yang masakkan bukan Tengku.Tidak sedap pun Tengku masak “ kutuk Intan Zinirah selamba.Terbutang mata Datuk Hud Razief kepada isterinya.

“Habis yang sayang makan selama ini apa ? Tengku juga yang masak.” marah Datuk Hud Razief dengan tegas kepada isterinya Intan Zinirah.Tetapi isterinya itu tidak takutinya langsung.

“Abang… .” meleret Intan Zinirah memanggil suaminya.Tubuh dipusingkan menghadap cermin.Kini Wajah mereka berdua dilihat daripada pantulan cermin.

“Ya sayang.” jawab Datuk Hud Razief lembut.Pelukan dipinggang isterinya dieratkan.

“Kalau anak kita lahir nanti abang mahu letak nama apa ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya lembut.

“Abang mahu letak nama dia Hud Khazief bin Hud Razief.Kalau perempuan abang mahu letak nama dia Intan Zahirah binti Hud Razief.” Jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya tentang pilihan nama yang telah menjadi pilihannya untuk bakal cahaya mata mereka itu nanti.

“Kenapa sayang tidak suka ke ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah yang tiba-tiba sahaja diam.

“Suka.” jawab isterinya Intan Zinirah ringkas dan jelas.

“Abang memang letak semua nama-nama kita.Baru betul anak daddy and mummy.” ucap Datuk Hud Razief dengan lembut sambil menyandarkan wajahnya di belakang kepala isterinya Intan Zinirah.Terukir sebuah senyuman di wajah Intan Zinirah.

“Tetapi abang tidak mahu letak nama yang moden sedikit ke ? Pada Intan nama itu biasa sahaja.” jelas Intan Zinirah tentang hasrat hatinya.

“Kita letak nama anak itu memaksudkan kita mendoakannya sekali gus.Jadi kalau letak nama yang baik-baik , insyaallah dia akan jadi orang yang baik.Jika kita sibuk hendak jadi moden tetapi tidak tahu maksud nama yang kita letak ? Mahu doa apa itu ?.” soal Datuk Hud Razief lembut.Intan Zinirah tersenyum kerana tertarik dengan penjelasan suaminya Datuk Hud Razief itu.

“Sudah , mari kita makan sayang.” ajak Datuk Hud Razief kepada isterinya.

“Sebentar , Intan mahu salin pakaian dahulu.” Jelas Intan Zinirah yang menarik sedikit tangan suaminya supaya berhenti bergerak menuju ke dapur.Datuk Hud Razief tersenyum mengoda.

“Tidak perlu , nanti abang salinkan.” jelas Datuk Hud Razief nakal.Intan Zinirah juga tersenyum nakal.

Happy reading baby readers !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience