SKZ (34)

Romance Completed 109187

Setelah tiga hari Intan Zinirah dan suaminya Datuk Hud Razief duduk di bilik berasingan.Semenjak daripada kes curang Datuk Hud Razief dan sahabatnya Fira seperti yang dinyatakan oleh Intan Zinirah.Mereka masih tidak mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kemelut hubungan rumahtangga mereka.Hari sudah siang , Intan Zinirah baru sahaja mencelikkan matanya dan memandang ke arah cermin kaca kamarnya yang menjelaskan pandangan yang indah gunung-ganang.Tangannya didamparkan ke sebelah kirinya.Tiba-tiba dia terdiam seketika.Entah pagi kenapa dia boleh terlupa yang sudah tiga hari dia tidur berseorangan.Keluhan kecil dilepaskan.Kerana ego kini dia menanggung derita.Walaupun , dia tahu yang Datuk Hud Razief berkata benar terhadapnya tetapi dia tetap ingin mencari salah lelaki itu.Sehingga membawa ke pergaduhan besar di antara mereka.
 
 
“Kenapa aku ego dengan dia ? Aku tahu yang dia tiada hubungan dengan Fira.Tetapi kenapa aku tetap cari salah dia ? Kenapa aku tidak tahu erti menghargai seorang suami ?.” soal Intan Zinirah bertalu-talu kepada dirinya sendiri.Dari posisi pembaringan kini sudah berubah posisi duduk.Dia tidak membuang masa lagi.Langkah diatur dan menuju ke kamar mandi untuk pembersihan diri.
 
 
Tidak lama kemudian , dia keluar dari kamar mandi dan mencapai pakaian yang tergantung di dalam almari pakaiannya.Baju kurung bercorakkan bunga-bunga kecil berwarna biru laut menjadi pilihannya untuk pagi ini.Perutnya yang kian membesar juga sudah menjadi penghalang untuk dia memakai baju kurung tersebut dengan selesa.Selepas mendandan dengan ayu dan jelita.Dia menuju ke dapur pula untuk menyiapkan santapan pagi buat dirinya dan suaminya Datuk Hud Razief.Sedang dia membancuh tepung untuk membuat cucur sayur , suaminya Datuk Hud Razief melintasi sebelahnya tanpa mengendahkannya.Sedikit terasa hiba dengan kelakuan suaminya tetapi dia tahu semua ini berlaku berpunca darinya juga.
 
 
“Abang hendak air apa ? Intan boleh buatkan.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang kepada suaminya Datuk Hud Razief walaupun tiada tindak balas dengan tawarannya itu.
 
 
“Abang , sebenarnya Intan hendak… .” kata-kata Intan Zinirah terhenti apabila suaminya Datuk Hud Rrazief mencelah.
 
 
“Hendak apa ? Hendak minta maaf ? Selepas itu buat lagi ? Macam itu ?.” soal Datuk Hud Razief bertalu-talu dengan dingin.Intan Zinirah terdiam dengan kata-kata suaminya Datuk Hud Razief itu.Wajah dijatuhkan menghadap lantai.
 
 
“Abang marahkan Intan lagi ? Intan minta maaf dengan abang.Intan tiada niat hendak sakitkan hati abang tetapi Intan tidak dapat mengawal emosi.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah kepada suaminya.Datuk Hud Razief mula tersentuh dengan ucapan sayu isterinya Intan Zinirah.Walaupun di luaran dia marah akan sikap isterinya itu.Tetapi di dalam hati tetap sayang.
 
 
“Saya tahu awak tidak dapat kawal emosi.Saya juga tidak dapat mengawal perkara tersebut ketika marah.Tetapi saya sebagai seorang suami dan lelaki rasa tercabar dengan kata-kata isteri saya itu.Lain kali , kalau awak sedang marah saya harap awak hanya berdiam diri sahaja.Jangan kalut buat perkara yang bukan-bukan.Sekarang awak sendiri terima padahnya.” jelas Datuk Hud Razief lemah dan sayu kepada isterinya Intan Zinirah.Tanpa sedar , Intan Zinirah sudah mengalirkan airmatanya dengan deras.Airmata itu disekanya lembut dengan tangan mulusnya itu.Datuk Hud Razief hanya memandang sepi ke arah isterinya yang sedang bersedih itu.
 
 
“Intan , sini dekat saya sekejap.” panggil Datuk Hud Razief lemah dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Hati wanita isterinya Intan Zinirah luluh kerana tiada lagi panggilan ‘sayang’ buat dirinya daripada suaminya Datuk Hud Razief.Dengan hati yang rapuh dia melangkah mendekati suaminya yang kini berada di kerusi ruang santapan tersebut.
 
 
“Ya abang.” jawab Intan sayu dan sebak nadanya kepada suaminya Datuk Hud Razief.Punggung dilabuhkan di bersebelahan suaminya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Boleh abang bertanya sesuatu ? Kenapa Intan jadi macam ini ? Keras hati , degil , tidak mahu dengar cakap abang ? Tetapi Intan juga yang selalu beritahu abang yang Intan sayangkan abang.Kenapa Intan jadi macam ini ? Apa yang menganggu fikiran Intan ?.” soal Datuk Hud Razief sayu dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Keluhan kecil dilepaskan oleh isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Entahlah , Intan sendiri tidak tahu kenapa dengan diri Intan ini.Tetapi , Intan betul-betul mahukan abang di dalam hidup Intan.Kenapa kita sampai harus berpisah ? Abang memang sudah benci dengan Intan ke ? Kenapa abang ?.” soal Intan Zinirah sayu dan lemah terhadap suaminya Datuk Hud Razief yang diam membisu.
 
 
“Entahlah , abang juga tidak tahu kenapa abang boleh buat keputusan begitu ? Abang tidak berniat langsung.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan tidak bermaya terhadap isterinya Intan Zinirah.Wajahnya yang tampan diraup dengan lembut.
 
 
“Intan , abang ada ingat hendak keluar negara dalam beberapa hari saja.Abang harap , Intan dapat jaga diri di sini dengan baik.Jaga kandungan itu baik-baik.Abang akan panggil Melissa dan Tengku untuk temankan Intan.Mungkin abang akan ke sana dengan Hazim , Intan juga tidaklah bosan nanti kalau duduk di rumah.” Jelas Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah.Pandangan isterinya Intan Zinirah sungguh membuat hatinya sayu dan serba salah.
 
 
“Abang hendak tinggalkan Intan ? Ke mana sahaja abang pergi sebelum ini , abang akan bawa Intan sekali.Abang memang sudah tidak sayang Intan lagi ya ?.” soal Intan Zinirah dengan nada menahan sebak kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tangan mulus isterinya Intan Zinirah diraih dan diusap lembut.
 
 
“Sayang , abang bukan hendak tinggalkan Intan begitu sahaja , abang hendak cari ruang buat diri abang.Biarlah abang bawa diri buat seketika waktu ini.Kita cari ruang di dalam diri dan hati kita untuk perbaiki hubungan kita dengan lebih baik.Sayang ingat lagi janji kita ? Kita berdua hendak yang terbaik untuk anak kita nanti.Jadi dari sekarang kita harus cari ruang untuk perbaiki cinta dan kasih sayang kita yang sedang rapuh ini.Abang masih sayangkan isteri abang.Beri abang ruang dan waktu sayang.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Airmata wanita itu semakin deras mengalir.
 
 
“Intan minta maaf abang , sebab Intan kita terpaksa berjauhan begini walaupun buat sementara waktu.Intan juga berharap perkara yang sama.Intan juga masih sayang dan cintakan abang.Intan tidak mahu berpisah dengan abang.Semoga semuanya kembali pulih sebelum Intan melahirkan anak kita ini.Intan mahu abang ada di sisi Intan sewaktu anak kita dilahirkan nanti.I love you abang.” ucap Intan Zinirah dengan nadanya yang semakin tenggelam kerana tidak dapat menahan sebak dan tangis.Tubuh suaminya Datuk Hud Razief ditarik dan dipeluk erat lalu tangisannya pecah di bahu tegap suaminya Datuk Hud Razief.Suasana bertukar hiba serta-merta.Airmata Datuk Hud Razief juga gugur.Allah sedang menguji hubungan cinta mereka.
 
 
 
 
 
Tengku Orked Mariam telah mendapat arahan daripada adik lelakinya Datuk Hud Razief untuk tinggal bersama adik iparnya Intan Zinirah untuk beberapa hari di kondominium sepanjang dia tiada untuk ke luar negara bersama suaminya iaitu Hazim Iqbal.Dia mula mengemas pakaiannya dan dibawa ke beg bagasi untuk di letakkan ke dalam bagasi tersebut.Tidak lama kemudian , dia sudah pun bersiap mengemas pakaiannya dan dia terus membawa barangannya ke dalam bonet kereta.Enjin di hidupkan dan tidak lama kemudian , keretanya meluncur cermat di atas jalan raya.Sepanjang perjalanannya menuju ke kondominium adik iparnya Intan Zinirah itu , dia ditemani lagu-lagu yang sedang berkumandang di corong radio tersebut.Tidak lama kemudian , dia selamat tiba di kondominium Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah.Dia terus menuju ke tingkat dengan menaiki lif.
 
 
“Assalammualaikum.” ucap Tengku Orked Mariam lembut kepada seisi rumah yang sedang duduk di ruang tamu.Wajah adik perempuannya Tengku Huda Melissa dan Intan Zinirah jelas kelihatan dari muka pintu.Dia melangkah masuk seiring membawa beg bagasinya sekali.Beg tersebut diletakkan di tepi dinding terlebih dahulu dan dia terus mendekati mereka berdua.Tangannya disambut lembut lalu dikucup oleh Intan Zinirah dan juga adik perempuannya Tengku Huda Melissa.Dia mengukir senyuman mesra kepada dua wanita yang berada di hadapannya kini.Punggung dilabuhkan di bersebelahan Tengku Huda Melissa yang sedang memakan makanan ringan itu.
 
 
“Tengku Melissa , Datuk suruh you teman Intan ke atau suruh you teman Intan makan ?.” soal Tengku Orked Mariam yang menyindir dan menyakat adik perempuannya Tengku Huda Melissa itu.
 
 
“Biarlah , Intan tidak marah pun.Sibuk saja.” rungut Tengku Huda Melissa manja dan mengada kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
 
 
“Gemuk nanti baru tahu.” ejek dan sakat Tengku Orked Mariam kepada adik perempuannya Tengku Huda Melissa.Terus sahaja wajah ayu gadis itu bertukar menjadi cemberut kerana terasa dengan kata-kata kakaknya Tengku Orked Mariam itu.Manakala , Intan Zinirah sudah melepaskan tawanya terlebih dahulu.
 
 
“Tengku hendak air ? Intan buatkan.” lawa Intan Zinirah kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.
 
 
“Tidak mengapa Intan , nanti kalau mahu apa-apa saya boleh buat sendiri.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik iparnya Intan Zinirah itu.
 
 
“Sudahlah , I hendak pergi beradu.Goodnight girls.” ucap Tengku Huda Melissa selamba kepada kakak dan kakak iparnya Tengku Orked Mariam dan Intan Zinirah.Dia mengatur langkah dan menuju ke kamarnya yang telah disediakan oleh Intan Zinirah.Setelah memastikan Tengku Huda Melissa selamat berada di dalam kamarnya , Tengku Orked Mariam memandang sayu ke arah wajah adik iparnya Intan Zinirah.
 
 
“Intan okay ? Saya terkejut bila Datuk kata dia hendak ke luar negara dengan Hazim , sepatutnya jika perkara itu tidak rasmi pasti dia akan membawa Intan bersama dengannya bukan Hazim atau orang lain.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.
 
 
“Okay Tengku , buat apa dia hendak bawa Intan kalau asyik hendak menyusahkan dia saja.Lebih baik dia bawa orang lain atau pergi seorang diri.Fikiran dia pun tidak terganggu dengan karenah dan ragam Intan.Dia pun sudah cakap yang dia akan selesaikan perkara ini cara baik jika kami tidak boleh lagi bersama.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Dadanya terasa sesak menahan sebak.Terbutang mata Tengku Orked Mariam apabila mendengar penjelasan adik iparnya Intan Zinirah itu.
 
 
“Apa ? Why ? Macam mana boleh jadi macam ini ? Apa yang sudah terjadi ini Intan ?.” soal Tengku Orked Mariam teriak sedikit kuat kepada adik iparnya Intan Zinirah.
 
 
“Semuanya salah Intan akak.Intan just mahukan yang terbaik tetapi semuanya jadi di sebaliknya.Intan selalu buat Datuk marah dan benci dengan apa yang Intan buat.Baru-baru ini , Intan ada ajak dia ke kedai baby yang Fira punya itu.Perkara hendak jadi ketika itu , Fira luahkan perasaan dia pada Datuk.Intan tidak boleh terima perkara itu walaupun rasa hati Intan yang mengatakan Datuk tidak curang.Dan malam itu juga , Intan bergaduh dengan Datuk.Intan cabar dia untuk kahwin dengan Fira.Dia marah sebab dicabar begitu.Tanpa fikir panjang dia setuju.Dan dia akan bawa Intan ke mahkamah.” jelas Intan Zinirah panjang kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Hatinya luluh ketika dia meluahkan perasaan yang terpendam itu kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Kepala yang terasa berdenyut di picit lembut oleh Tengku Orked Mariam.
 
 
“Kenapa Intan buat begitu ? Intan tahukan yang dia lelaki ? Lekaki ini memang pantang dicabar dan tercabar walaupun mereka adalah lelaki paling lemah lembut atau baik sekalipun.Mereka tetap lelaki.Yang Fira itu pula sudah kenapa ? Dia tahukan yang Intan dan Datuk sudah berkahwin.Dia tidak nampak ke perut yang semakin membesar ini ? Apa masalah Fira ini ? Menyusahkan orang dan menghancurkan rumahtangga orang.” jelas Tengku Orked Mariam dingin dengan apa yang dia dengar penjelasan daripada adik iparnya Intan Zinirah.Tiba-tiba , tangan Tengku Orked Mariam diraih lembut oleh Intan Zinirah.
 
 
“Tengku , Intan tidak mahu kehilangan Datuk.Intan sayangkan dia dan cintakan dia.Intan sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan cinta dia kembali.Intan sudah tiada siapa lagi di atas muka bumi ini selain suami Intan sendiri.” ucap Intan Zinirah dengan nada yang bergetar-getar.Dia terasa kehilangan sangat ketika ini.Kekuatannya juga telah hilang.Airmata Tengku Orked Mariam mengalir tanpa dia sedar.
 
 
“Intan , Datuk juga sayang dan masih cintakan Intan.Itu saya pasti.Tetapi , saya sudah tidak mampu untuk buat apa-apa jika jawapan dia kekal sama.Intan perlu tabah demi anak di dalam perut ini.Berdoalah Intan , kuasa doa itu amat kuat dan dasyat.Lagi doa seorang isteri.Berdoalah , minta petunjuk daripada allah.Jika Intan dan Datuk sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku sekarang ini ? Tetapi allah maha mengrtahui.Allah sayangkan Intan dan Datuk.” ucap Tengku Orked Mariam sayu dan hiba kepada adik iparnya Intan Zinirah itu.Suasana di dalam kediaman tersebut bertukar sunyi.Hanya tangisan sayu Intan Zinirah yang mengiringi suasana tersebut.
 
 
“Kadang-kadang Intan sendiri kecewa dengan diri Intan sebab tidak pernah faham suami Intan sendiri.Kenapa Intan sukar untuk menjadi matang dalam kehidupan rumahtangga ?.” soalnya kepada Tengku Orked Mariam sayu dan sebak.Tubuh kecil milik Tengku Orked Mariam itu dipeluk erat.
 
 
“Sabar Intan , allah lebih mengetahui segalanya.Jangan merungut sayang , tidak baik.Ini semua adalah takdir yang telah ditentukan olehnya.Datuk sayangkan Intan juga , dia pasti akan cari jalan penyelesaian.” ucap Tengku Orked Mariam kepada adik iparnya Intan Zinirah itu.
 
 
 
 
 
Suasana di ruang makan hotel mewah di Kuala Lumpur ini amat menenagkan suasana Datuk Hud Razief dan abang iparnya Hazim Iqbal.Mereka makan malam di ruang santapan hotel mewah tersebut.Suasana di ruang santapan amat tenang serta diiringi kumpulan orkestra yang memainkan muzik-muzik klasik buat para pelanggan hotel tersebut.Tetapi , Datuk Hud Razief tidak memberi tumpuan terhadap alunan muzik orkestra tersebut.Malahan dia hanya termenung sahaja sehinggakan abang iparnya Hazim Iqbal yang menegurnya.
 
 
“Engkau ini sudah kenapa Hud ? Mengelamun sahaja daripada tadi ? Fikir tentang Intan ? Isteri aku dengan Melissa ada untuk jaga Intan.Tidak perlulah kau memikirkan sangat , esok kita hendak flight Engkau kata hendak tenangkan fikiran ?.” soal Hazim Iqbal kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.Keluhan kecil dilepaskan oleh Datuk Hud Razief.
 
 
“Aku bukan fikir tentang dia seorang , aku fikir tentang aku dan dia bagaimana selepas aku pulang dari luar negara nanti ?.” jelas Datuk Hud Razief lemah dan sayu kepada abang iparnya Hazim Iqbal.
 
 
“Buat apa engkau hendak fikir lagi ? Teruskan sajalah hubungan engkau dan Intan seperti biasa.Jika engkau fikirkan , bukan ke itu mengundang padah sendiri kerana mencari masalah yang tiada.” jelas Hazim Iqbal tenang dan mesra kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.Decitan kedengaran daripada bibir Datuk Hud Razief.
 
 
“Engkau tidak faham Hazim , Intan itu emosinya berubah-ubah.Jika sekarang aku tiada dengan dia dan emosi dia pun baik sahaja.Apa akan jadi jika aku ada dengan dia selepas pulang dari luar negara nanti ? Jika perangai dia makin parah ?.” soal Datuk Hud Razief kepada abang iparnya Hazim Iqbal dengan keluhan.Hazim Iqbal tersenyum melihat karenah kalut adik iparnya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Hud , aku hendak bertanya sesuatu kepada engkau.” jelas Hazim Iqbal kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.Wajah hambar dihalakan ke arah Hazim Iqbal oleh Datuk Hud Razief.
 
 
“Apa dia ?.” soal Datuk Hud Razief lemah dan tidak bermaya kepada abang iparnya Hazim Iqbal.
 
 
“Engkau sayangkan Intan lagi ?.” soal Hazim Iqbal selamba dan tenang kepada adik iparnya Datuk Hud Razief itu.Berkerut dahi Datuk Hud Razief apabila menerima soalan yang diaju oleh abanh iparnya Hazim Iqbal itu.
 
 
“Apa benda yang engkau tanya ini ? Intan itu isteri aku , mestilah aku sayang.” jelas Datuk Hud Razief agak dingin dan bengang dengan soalan yang diajukan oleh abang iparnya Hazim Iqbal.Tetapi , raut wajah Hazim Iqbal kelihatan tenang dan sedikit tersenyum dengan gelagat adik iparnya Datuk Hud Razief.
 
 
“Engkau marah aku tanya soalan bodoh itu ? Tetapi engkau sendiri buat keria bodoh.Engkau tinggalkan dia dan cakap hendak beri ruang dalam hubungan engkau dan dia.Ini bukan beri ruang untuk bersama , ini beri ruang untuk jauhkan lagi keakraban hubungan engkau dan Intan.Fikir jangan ikut hati Hud , fikir guna akal.Jika ikutkan hati , memang tidak ke manalah hubungan engkau dan Intan.Buang masa sahaja engkau dan dia beri ruang bodoh ini.” jelas Hazim Iqbal berani kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.Suasana sepi.Tiada jawapan balas daripada Datuk Hud Razief kepada abang iparnya Hazim Iqbal.Dia terdiam seribu bahasa selepas mendengar syarahan abang iparnya Hazim Iqbal itu.Fikirannya melayang memikirkan apa yang bakal terjadi selepas dia pulang dari luar negara.
 

Happy Reading Baby Readers !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience