Terbit fajar di kawasan kediaman Datuk Hud Razief telah menembusi cahayanya sehingga ke dalam kamar Datuk Hud Razief.Matanya yang terpejam rapat tiba-tiba terasa silau kerana cahaya matahari menembusi ke dalam kamar.Perlahan-lahan matanya digosok dan dibuka.Cermin kaca kamar di renung tepat melihat suasana kehijauan yang berada di luar kediamannya.Datuk Hud Razief bangun dan bersandar di kepala katil.Dia merenung seketika pada arah gambar perkahwinannya yang menjadi hiasan di atas meja kerjanya.Renungan itu membawa 1001 maksud yang mendalam.Hatinya kini kian dihiris dan dihukum.Isterinya Intan Zinirah benar-benar membenci dirinya yang masih belum diketahui sebagai seorang pembunuh.Akhirnya dia melangkah menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri.Sebaik sahaja Datuk Hud Razief melangkah masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri.
Intan Zinirah turut memasuki kamar tidurnya dan suaminya Datuk Hud Razief itu.Dia duduk di birai katil sementara menunggu suaminya Datuk Hud Razief bersiap membersihkan diri.Potret yang sama ditenung Datuk Hud Razief sebentar tadi kini direnung oleh Intan Zinirah pula.Langkah diatur mendekati potret yang terletak di atas meja tersebut.Diambil serta direnungnya seketika.Airmatanya bergenang saat memandang wajah tampan suaminyq yang berada di dalam potret.Hatinya hiba.
“Sayang ?.” panggil Datuk Hud Razief sebaik sahaja dia keluar daripada kamar mandi dan melihat isterinya sedang berdiri di meja kerjanya itu.Tuala diikat kemas pada pinganggnya.
“Maaf abang , Intan tidak meminta izin abang terlebih dahulu sebelum memasuki bilik ini.” jelas Intan Zinirah sebelum dia disoal oleh suaminya Datuk Hud Razief.
“Kenapa abang perlu marah sayang pula ? Inikan bilik tidur kita.Masuk sajalah tidak perlu izin abang.Sayang kenapa berdiri dekat meja kerja abang itu ? Ada cari barang ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Langkahnya dibuka mendekati isterinya Intan Zinirah.Rambut isterinya yang berjuntaian di hadapan wajah ayu itu diselitkan di belakang telinga.
“Intan , rasa bersalah dengan abang.” jelas Intan Zinirah tentang hati dan perasaanya kini kepada suaminya Datuk Hud Razief.Berkerut dahi suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Mengapa sayang perlu minta maaf daripada abang pula ? Sayang tidak melakukan silap pun kepada abang.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.Tubuhnya yang kini terdedah itu menjadi pemandangan luar biasa buat Intan Zinirah.
“Sayang ada apa sebenarnya ini ? Abang dapat rasa sayang ada sesuatu yang mahu beritahu abang.” jelas Datuk Hud Razief tenang kepada isterinya Intan Zinirah.Tubuh tegap Datuk Hud Razief dipeluk oleh Intan Zinirah erat , wajahnya pula disembakan di bahagian dada bidang suaminya itu.
“Intan tidak mampu untuk berjauhan dengan abang begini.Intan mahu pelukan abang sentiasa.Intan mahu segala-galanya yang Intan lakukan itu ada bersama dengan abang juga.Tetapi di dalam keadaan Intan begini.Intan rasa patah semangat sebab tidak dapat bersama dengan abang.” jelas Intan Zinirah tentang apa yang dirasainya di dalam hati.Airmatanya gugur lebat.
“Siapa kata sayang tidak boleh bersama dengan abang ? Bila-bila masa sahaja sayang mahu , abang pasti akan ada untuk sayang.Sekarang ini pun memang abang duduk di rumah.Jadi bila sayang rasa hendak bermanja atau sebagainya abang akan bersedia bila-bila masa.Jangan pernah rasa sayang berjauhan dengan abang sedangkan setiap saat abang ada di hadapan mata sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.Tubuh kecil milik isterinya Intan Zinirah dipeluk erat di dalam dakapannya.Ubun-ubun isterinya juga turut dikucup lembut.
“Kenapa abang selalu mengalah dengan Intan ? Tidak pernah abang salahkan Intan.Sedangkan Intan selalu tersedar yang Intan sering lukakan hati abang saja.” jelas Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief lembut dan sayu.
“Sebab sayang penting di dalam hidup abang.Sayang nyawa abang.Setiap kesalahan sayang adalah mengajar abang untuk menjadi seorang suami yang terbaik.Abang juga tidak sempurna , tetapi abang akan cuba pertahankan apa yang abang ada.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Berkerut dahi wanita itu kerana mengesyaki suaminya menyimpan suatu rahsia daripadanya.
“Kenapa abang kata begitu ? Seperti menyimpan sesuatu rahsia daripada Intan ? Rumahtangga kita bukan goyah pun kenapa abang perlu bekerja keras untuk pertahankan ? Intan akan sentiasa ada dengan abang.Walaupun apa yang terjadi.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan tenang dan lembut.Wajah isterinya dikucup pipi kiri dan kanan.
“Abang tahu sayang akan ada sentiasa dengan abang.Tetapi orang ketiga tidak akan duduk diam untuk melihat kebahagiaan kita.Jadi abang perlu pertahankan hubungan kita ini.Jika tidak , mudah untuk orang runtuhkan masjid yang kita bina ini.” ucap Datuk Hud Razief yang cuba menyembunyikan perkara rahsia tersebut daripada pengetahuan isterinya Intan Zinirah.
“Abang , boleh Intan minta sesuatu daripada abang ?.” soal Intan Zinirah meminta izin suaminya Datuk Hud Razief untuk meminta sesuatu.Datuk Hud Razief tersenyum dan menatap wajah isterinya lembut.
“Sayang mahu apa ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Isterinya itu menyimpul senyum dan senyumannya cukup nakal.Lengan suaminya ditarik lembut.Kini wajah Datuk Hud Razief semakin dekat dengan wajah isterinya Intan Zinirah.
“Intan mahu tiga benda pada hari ini.” jelas Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sayang mahu apa ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya yang dia sayangi Intan Zinirah.
“Yang pertama Intan mahu bunga dan coklat.” pinta Intan Zinirah untuk perkara yang pertama kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tangan isterinya itu ditarik lembut dan dibawa ke katil mereka.Ikatan tualanya diikat ketat dan kemas Datuk Hud Razief melabuhkan punggungnya di birai katil.Kemudian isterinya Intan Zinirah pula melabuhkan punggung di atas riba suaminya Datuk Hud Razief.
“Perkara yang kedua apa dia sayang ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut dan manja.
“Yang kedua , Intan mahu makan di kafe yang penuh bunga di pekan.Abang pernah janji mahu bawa Intan ke kafe itu tetapi tidak pernah lagi abang tunaikan janji abang.” rajuk Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia memuncung sambil menatap wajah suaminya itu.Datuk Hud Razief mencuit lembut muncung isterinya Intan Zinirah yang memuncung itu.
“Maaflah sayang , abang terlupa dan agak sibuk.Baiklah , abang akan bawa sayang hari ini juga okay ?.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah serta memujuk wanita kesayangannya itu.
“Okay , perkara ketiga.Intan mahu bersama dengan abang.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan senyuman yang penuh makna.
“Sekarang pun sayang memang sudah bersama dengan abang.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.Wajah redup Datuk Hud Razief ditatap lembut oleh isterinya Intan Zinirah.
“Bukan yang masa sekarang ini , maksud Intan malam nanti.Sudah lama kita tidak menjalankan tanggungjawab suami isteri.Bagilah Intan peluang untuk beri kebahagiaan kepada abang pada malam ini.” jelas Intan Zinirah lembut dan mengoda.Pipi mulus dan berjambang suaminya Datuk Hud Razief dikucup lembut.
“Baiklah sayang , abang akan tunaikan permintaan isteri kesayangan abang ini pada hari ini juga.” jelas Datuk Hud Razief lembut.Isterinya Jntan Zinirah tersenyum bahagia.Tubuh suaminya yang sasa dipeluk dari arah belakang.Kucupan mereka bersatu.Datuk Hud Razief terasa amat bahagia pada ketika ini.Hubungannya bersama isterinya yang tercinta Intan Zinirah semakin pulih apabila isterinya itu sudah mampu menerima keadaan persekitaran.Walaupun ini hanya seketika waktu sahaja.
“Sayang bagi abang buat kerja abang terlebih dahulu kemudian kita keluar bersama ya.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
“Baik abang.” ucap Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia bangun dari riba suaminya dan berganjak sedikit untuk memberi ruang kepada suaminya bersiap untuk keluar di atas urusan kerja.
Kini Datuk Hud Razief sedang memandu dan bersamanya Tengku Orked Mariam.Mereka keluar bersama di atas tujuan kerja.Manakala , suami Tengku Orked Mariam iaitu Hazim Iqbal turut keluar negeri kerana ada urusan penting berkenaan kerjanya sebagai seorang mekanik.Kenderaan yang dipandu oleh Datuk Hud Razief laju meluncur di atas jalan raya sehingga mereka tiba di sebuah tempat seperti taman.Di situ , kenderaan diberhentikan dan Datuk Hud Razief keluar dari isi perut kereta lalu menuju ke ke bangku yang tersedia di taman tersebut buat para pengungjung.Tengku Orked Mariam turut membuntuti adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Kenapa awak datang ke sini Datuk ? Kita tiada urusan dengan taman ini.” sindir Tengku Orked Mariam menyakat adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Jelingan tajam diberi kepada Tengku Orked Mariam oleh Datuk Hud Razief kerana dia geram dengan sindirian kakaknya itu.
“Memang I tidak ada urusan dengan taman ini , I saja mahu release tension di sini.Sudah beberapa hari ini hidup I gelap.” jelas Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Senyuman dan ketawa sinis bersatu daripada Tengku Orked Mariam.
“Hidup awak memang sudah lama gelap Datuk.Cuma awak tidak perasan dan tidak tahu yang awak sedang bercinta serta jatuh cinta itu dengan anak lelaki yang awak bunuh sendiri.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Hari ini Intan kata dia mahu luangkan masa bersama I.Kekuatan hati dan diri itu rasa hilang sekejap.” luah Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Datuk , apa yang berlaku antara awak dan Intan , awak perlu hargai masa yang ada.Jangan sia-siakan peluang yang dia sedang beri kepada dengan keadaan dia yang tidak stabil sekarang ini.Ini sahaja masa yang awak ada untuk dia.Saya sudah cuba trick dia banyak kali tentang pembunuh itu tetapi dia tetap berdegil untuk membenci dan berdendam dengan pembunuh itu.Dia terlalu marah sangat Datuk.Awak perlu bersedia kehilangan harta yang amat berharga di dalam hidup awak.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lemah kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Keluhan kecil terbit di bibir Datuk Hud Razief.
“Kenapa I pergi terima dia daripada awal ? Kenapa I tidak mahu siasat dia terlebih dahulu ? Kenapa dia yang hadir di dalam hidup I dan buat I jatuh cinta pada dia Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Jiwanya kini kian meronta kerana hubungan yang dibinamya bakal runtuh tidak lama lagi.
“Datuk ! Tidak baik awak berkata begitu.Hubungan awak dengan Cik Puan memang allah sudah aturkan.Siapa awak untuk menyoal sedemikian.Setiap ujian yang mendatang pasti ada hikmahnya.Datuk , awak perlu ingat sesuatu saja.Kenanglah hubungan awak dengan Intan dari awal perkahwinan , segala pengorbanan dia dan awak tidak berbalas jika awak terus mengungkit tentang apa yang bakal terjadi.Awak kata awak cintakan dia Datuk.Tetapi mana rasa cinta dan sayang awak kepada Cik Puan , jika awak masih terus mengungkit sahaja.Sia-sia sahaja awak mencipta kenangan indah bersama isteri awak Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam sayu kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“I rasa terbunuh sekarang ini Tengku.Adakah Intan akan serahkan I kepada pihak berkuasa untuk I terima hukuman di hadapan mata dia ?.” soal Datuk Hud Razief sayu kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Bersabarlah Datuk , walaupun awak melakukan silap.Tetapi allah maha mendengar setiap rintihan hati awak Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Jika dia benar benci kepada I Tengku.I harap dia masih izinkan I untuk berjumpa dengan anak I Tengku jika apa-apa yang bakal terjadi di dalam hubungan rumahtangga I dan Intan.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan sebak.Airmata yang bergenang di tubir mata diseka lembut dengan ibu jarinya.
“Sabar Datuk , orang yang bersabar pasti akan mendapat ganjaran yang hebat Datuk.” ucap Tengku Orked Mariam dengan lembut dan tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Insyaallah Tengku , thank you Tengku sebab selaku ada dengan I.” ucap Datuk Hud Razief sayu.Tanpa berlengah lagi , mereka terus beredar dari kawasan taman tersebut dan pulang ke rumah.
Petang yang tenang di kampung halaman itu menemani Intan Zinirah yang sedang bersiap untuk keluar makan bersama suaminya.Dia mengenakan pakaian berwarna kelabu dan seluar kain berwarna hitam.Rambut di sisir rapi dan ditacapkan sedikit wajahnya dengan pemerah pipi dengan warna merah jambu dan tidak terlalu ketebalan sangat.Datuk Hud Razief pula baru sahaja selesai membersihkan diri dan keluar dari kamar mandi.Intan Zinirah tersenyum manja ke arah suaminya Datuk Hud Razief.Senyumannya itu dibalas oleh Datuk Hud Razief kepada dirinya sendiri.Langkah diatur mendekati suaminya yang sedang berdiri di hadapan pintu almari untuk mengambil pakaian yang sesuai untuk dipadankan dengan gayanya.
“Abang mahu pakai baju apa ?.” soal Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia juga turut membantu suaminya mencari pakaian yang santai dan bergaya.
“Abang tidak tahu , sayang pilihkan untuk abang.” arah Datuk Hud Razief manja dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Terus sahaja tangannya laju mencapai baju berwarna kelabu yang seakan warna bajunya juga.Dia menghulur baju tersebut kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sayang , mahu abang pakai baju ini ke ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.
“Ya , Intan mahu pakai baju yang sama dengan abang.Sesekali kita pakai baju yang sama.Baru orang cakap pasangan bahagia.” jelas Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tertelan liur kesat Datuk Hud Razief mendengar penyataan isterinya itu.Hatinya terusik tetapi riak wajahnya dikawal dengan senyuman.
“Baiklah , abang akan pakai apa sahaja yang sayang sediakan buat abang.” ucap Datuk Hud Razief dengan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Batang hidung isterinya juga dicuit sambil dia melangkah menuju ke ruang persalinan.Intan Zinirah tersenyum ceria apabila diperlakukan manja begitu oleh suaminya Datuk Hud Razief.Selepas mereka berdua bersiap.Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah melangkah keluar dari kamar mereka untuk menuju ke ruang tamu.
“Abang , kita selfie dulu boleh ?.” ajak Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Suaminya itu hanya bersetuju untuk berswafoto bersama isteri kesayangannya Intan Zinirah itu.Selepas mengambil gambar swafoto barulah mereka menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan Tengku Orked Mariam.
“Tengku , betul ke you tidak mahu ikut sekali I dan Intan keluar ?.” soal Datuk Hud Razief yang inginkan kepastian daripada kakaknya Tengku Orked Mariam yang tidak mahu menyertai mereka berdua.
“Ya Datuk , saya tidak mahu menyertai awak berdua.Saya bagi Cik Puan peluang untuk bermanja dengan Datuk.” ujar Tengku Orked Mariam yang menyakat Intan Zinirah.Tawa mereka pecah memenuhi ruang tamu.
“Baiklah , saya pergi dulu.” jelas Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Mereka berdua terus menuju ke kenderaan.Datuk Hud Razief membukakan pintu penumpang yang bersebelahan pemandu buat isterinya Intan Zinirah.
“Romantiknya abang.” ucap Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Untuk baby abang saja.” ucap Datuk Hud Razief kembali.Kenderaan mereka mula meluncur di atas jalan tar kampung.Perlahan-lahan kenderaan dipandu Datuk Hud Razief kerana mereka masih berada di dalam kawasan kampung.Kenderaan mula meluncur laju apabila mereka sudah melepasi kawasan kampung.Kini mereka menuju ke pekan pula.Tangan Datuk Hud Razief diraih isterinya Intan Zinirah lalu digenggam erat.Tangan isterinya Intan Zinirah dikucup lembut oleh Datuk Hud Razief.
“Makin teruk sayang punya perangai manja ini.” usik Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
“Teruk dengan abang saja.” balas Intan Zinirah yang mengajuk ayat suaminya sebentar tadi.Mereka tertawa bersama.Hampir 45 minit ke pekan , akhirnya mereka tiba di hadapan kafe bunga yang dimaksudkan Intan Zinirah untuk berkunjung di situ.Mereka berdua keluar dari isi kereta dan menuju ke kafe tersebut.Sebaik Datuk Hud Razief membuka pintu kafe itu , Intan Zinirah tercengang melihat keindahan bunga-bungaan yang dihiasi di dalam kafe tersebut.
“Abang cantiknya kafe ini.Intan suka sangat.” jelas Intan Zinirah yang teramat teruja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Mereka terus menuju ke tempat duduk yang sudah ditempah oleh Datuk Hud Razief terlebih dahulu.Sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung , pelayan kafe terus mendekati mereka untuk mengambil pesanan makanan dan minuman daripada Datuk Hud Razief dan isterinya Intan Zinirah.
“Abang , kafe ini cantik sangat.Terima kasih daddy sebab bawa Intan dengan baby datang ke sini.” ucap Intan Zinirah manja lalu tangan suaminya dikucup lembut.
“Sama-sama sayang , abang tunaikan semua ini sebab mahu lihat sayang happy.Tetapi alhamdulillah sebab reaksi sayang lebih daripada apa yang abang jangkakan.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan lembut dan tenang.
“Kasih sayang abang yang telah abang curahkan kepada Intan tidak tahu Intan mahu balas bagaimana ?.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Lelaki itu tersenyum kepada isterinya.
“Setia dengan abang.” balas Datuk Hud Razief dengan penuh makna kepada isterinya Intan Zinirah.Tetapi , wanita itu tidak memahami setiap bait kata-katanya.
Happy reading baby readers ! Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel