Pada hari ini , bermula kehidupan baru bagi Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah di kediaman baharu yang dibeli oleh Datuk Hud Razief sendiri.Kediaman itu agak terpencil kerana Datuk Hud Razief mahukan kawasan yang tidak diketahui orang di mana kediaman mereka.Setelah membuat kata putus Intan Zinirah memujuk Datuk Hud Razief membawa kakak iparnya iaitu Tengku Orked Mariam untuk tinggal bersama mereka juga.Akhirnya Tengku Orked Mariam menerima jua pelawaan Datuk Hud Razief itu demi isteri kesayangan lelaki itu iaitu Intan Zinirah.Wanita itu sungguh gembira apabila dia mendapat tahu bahawa Tengku Orked Mariam bersetuju dan menerima pelawaannya itu.Dia selesai mengemas segala barang keperluan untuk dibawa ke kediaman baharu.
Intan Zinirah sudah selesai mengemas segala pakaian dan barang yang hendak dibawa ke kediaman baharu mereka.Bagasi pakaian diangkat dan diletakkan di tepi pintu kamar tidurnya.Selepas memerhatikan ruang kamar yang sudah bersih dikemas itu , dia mengatur langkah menuruni anak tangga.Sesampai sahaja dia di anak tangga yang terakhir.Dia disambut oleh suaminya yang sudah berdiri tegak menunggu isteri kesayangannya itu.Datuk Hud Razief menghulurkan tangannya , lalu disambut lembut oleh Intan Zinirah.Mereka berjalan beriringan menuju ke meja santapan.Tengku Orked Mariam sudah sedia menunggu di meja makan tersebut.Dia mengukir senyuman kepada kedua-dua merpati sejoli itu.Intan Zinirah menayangkan giginya.
“Good morning Datuk and Cik Puan.Macam mana hari anda berdua pada pagi ini ?.” soal Tengku Orked Mariam mesra.Intan Zinirah menarik kerusi buat suaminya dan dia turut melabuhkan punggung di sebelah Datuk Hud Razief.Makanan dicidukkan buat Datuk Hud Razief.Kemudian secawan air panas dihidangkan buat suaminya yang tercinta.Selepas dia menguruskan santapan buat suaminya pula , dia turut membuat hidangan buat dirinya.Sedang dia menciduk makanan ke dalam pinggannya.Tiba-tiba dia melihat Tengku Orked Mariam tertawa seakan ada sesuatu yang mencuit hati wanita itu.Dahi Intan Zinirah berkerut.Dia saling berpandangan bersama Datuk Hud Razief.Berkerut dahi mereka apabila melihat Tengku Orked Mariam yang tersenyum sendirian itu.
“Tengku are you okay ?.” soal Datuk Hud Razief pelik dan tidak berpuas hati dengan cara Tengku Orked Mariam tersebut.
“Maaflah Datuk , Cik Puan kalau saya buat awak berdua tidak selesa.Tetapi saya mahu beritahu satu saja.Yang awak berdua tidak macam suami isteri.” jelas Tengku Orked Mariam yang dalam gelaknya.Terdiam Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah yang sedang minum air itu.
“Kenapa you cakap macam itu Tengku ? Apa kurang pada kami ?.” soal Datuk Hud Razief yang mula serius.Dahinya sedikit berkerut kerana menahan marah terhadap Tengku Orked Mariam.
“Awak berdua kelihatan seperti anak dan bapa.” jelas Tengku Orked Mariam selamba.Tersembur air yang berada di dalam mulut Intan Zinirah sedikit kerana dia terhibur dengan penyataan jujur dan selamba Tengku Orked Mariam.Tawa mereka pecah memenuhi ruang santapan.Datuk Hud Razief sudah menayangkan riak wajah menyampah dengan mereka berdua kerana mengelakkannya.Tiba-tiba datang pula Tengku Huda Melisaa dari satu arah dan menyertai gelak tawa bersama Tengku Orked Mariam dan Intan Zinirah itu.Datuk Hud Razief sudah berpeluk tubuh sambil memerhatikan wanita-wanita yang berada di hadapannya lalu mentertawakannya.Dan yang terlalu rancak ketawa sudah semestinya isterinya sendiri Intan Zinirah.Datuk Hud Razief membiarkan seketika , dia ingin melihat sama ada mereka berhenti tertawa atau tidak.Akhirnya tiada seorang pun yang berhenti dari gelak tawa tersebut , Datuk Hud Razief terus bangun dari meja santapan itu lalu meninggalkan mereka bertiga.
“Tengku , Datuk marah ke ?.” soal Intan Zinirah cuak.Tengku Orked Mariam sudah berhenti ketawa terlebih dahulu , tetapi bukan Tengku Huda Melissa.Perkara itu sungguh mencuit tangkai hatinya.
“Suami awak Cik Puan , tidak mungkin awak masih belum mengenali siapa Datuk Hud Razief.” jelas Tengku Orked Mariam berkias.Intan Zinirah terkedu dengan penyataan Tengku Orked Mariam itu.
“It’s okay Cik Puan.Selepas ini kita memujuk Datuk bersama ya.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada Intan Zinirah.Mereka menghabiskan makanan yang bersisa.
Datuk Hud Razief kini berada di kamar tetamu , dia menenangkan akal dan fikirkannya dengan bermain permainan video.Tangannya ligat memicit butang yang ada pada papan kekunci.Wajahnya tegang kerana masih menyimpan rasa amarah terhadap tiga orang wanita termasuk isterinya iaitu Intan Zinirah yang mentertawakan dirinya.Dia berkecil hati dengan sikap isterinya itu kerana tidak menghormatinya sebagai seorang suami.Sedang dia ligat bermain permainan video tersebut , tiba-tiba daun pintu dibuka seseorang.Tersembul wajah Intan Zinirah di muka pintu.Dia cuba mencuri perhatian suaminya itu tetapi gagal.Dia melangkah masuk dan mendekati suaminya yang sedang fokus bermain permainan video.Dia berdiri di sisi suaminya untuk mendapatkan perhatian sekali lagi.Datuk Hud Razief hanya membutakan matanya kerana merajuk terhadap isterinya itu.
“Abang nampak ada Intan dekat sisi.Kenapa abang tidak tegur Intan ?.” soal Intan sayu.Dia menyentuh tangan suaminya yang sedang ligat di atas papan kekunci.Datuk Hud Razief hanya berdiam diri.
“Abang marahkan Intan ya.” duga Intan , walaupun dia sudah tahu yang suaminya itu berdiam diri kerana dirinya.Panahan anak mata yang tajam diberi kepada Intan Zinirah oleh Datuk Hud Razief.
“Duduk , abang nak cakap sedikit.” jelas Datuk Hud Razief mendatar.Intan Zinirah terus menarik sebuah kerusi roda berdekatan dan melabuhkan punggungnya.Wajah suaminya Datuk Hud Razief ditatap sayu.
“Apa yang sayang buat tadi semasa santapan pagi itu sungguh salah.” jelas Datuk Hud Razief terus tanpa berkias dengan isterinya.Berkerut dahi Intan Zinirah apabila dia dipersalahkan di atas kelakuannya.
“Apa yang Intan buat ?.” soalnya inginkan penjelasan tegas daripada Datuk Hud Razief.Suaminya itu melepaskan keluhan kecil.
“Sayang sudah memalukan abang.” luah Datuk Hud Razief hiba.Terkedu Intan Zinirah apabila dia dituduh memalukan suaminya sendiri.
“Bila ? Intan buat apa pada abang ?.” soal Intan Zinirah sayu.Nadanya semakin tenggelam.Matanya berkaca.
“Sayang gelakkan abang , abang tahu Tengku yang mulakan dahulu tetapi sayang tidak boleh buat demikian macam apa yang sayang buat tadi itu.Itu sudah menjatuhkan maruah abang.Jadi selama kita kahwin ini sayang memang tidak serius pada hubungan kita ? Sayang anggap abang ini ayah kepada sayang.Mana rasa cinta sayang kepada abang ? Seronok sangat tadi ketawakan dengan penyataan Tengku itu.Abang beredar dari ruang makan itu kerana abang mahu Intan sedar sendiri apa yang sayang buat ? Salah sayang.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang.Mengalir airmata Intan Zinirah deras.Tidak dia sedar akan kekhilafannya sebagai seorang isteri.Datuk Hud Razief tersentuh melihat isterinya ketika ini.Dia meraih tangan Intan Zinirah lembut.
“Selagi abang bernyawa , abang akan tegur segala kesalahan sayang dimata abang.Itu adalah tanggungjawab abang.Jangan sampai sayang heret abang ke pintu neraka kerana abang biarkan sayang melakukan kekhilafan yang terang lagi bersuluh.” ucap Datuk Hud Razief lembut.Tangan isterinya dikucup lembut.Intan Zinirah menatap wajah suaminya.
“Intan minta maaf sebab malukan abang.Intan tiada niat langsung untuk malukan abang.Dalam masa yang sama , Intan tidak sedar akan perbuatan Intan itu sudah menjatuhkan maruah suami Intan sendiri.Ampunkan Intan.Insyaallah , Intan akan lebih banyak belajar tentang perkara hal rumahtangga selepas ini abang.” ucap Intan Zinirah sayu.Dia berpelukan bersama Datuk Hud Razief.Lelaki itu tersenyum melihat cara isterinya yang berani memohon ampun di atas kekhilafan dirinya itu sendiri.Kepala Intan Zinirah diusap lembut lalu dikucup penuh kasih sayang.
“Terima kasih sebab jadi isteri terbaik abang.Insyaallah , kita bersama akan perbaiki hubungan rumahtangga ini.Abang mahu kekalkan rasa cinta pada sayang sampai bila-bila di dalam hati abang ini.” ucap Datuk Hud Razief romantis.Intan Zinirah tersenyum dengan penyataan suaminya itu.
“Terima kasih juga kepada abang sebab sudi terima segala kekurangan Intan.” ucap Intan Zinirah lembut.
“Kekurangan pasangan itulah yang saling melengkapi antara satu sama lain.” jelas Datuk Hud Razief romantis.Nadanya berbisik.Bergetar jiwa Intan Zinirah dibuatnya.
“Kita mahu bergerak pukul berapa ?.” soal Intan Zinirah lembut.
“Sebentar lagi kita bergerak ya sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut.Bibir isterinya dikucup sekilas.
Hampir dua jam punya perjalanan direntasi oleh Datuk Hud Razief sekeluarga.Hanya Tengku Orked Mariam sahaja yang mengikutinya ke rumah baharu.Itu adalah di atas permintaan Intan Zinirah sendiri.Datuk Hud Razief sudah memandu kenderaan tersebut hingga memasuki kawasan pekan.Datuk Hud Razief telah membeli rumah di sebuah kawasan perkampungan.Selepas dia merentasi pekan kini dia memasuki kawasan kampung tersebut.Untuk menuju ke rumahnya , dia harus merentasi laluan yang berhampiran dengan sungai.Suasana di sungai tersebut amat menenangkan.Intan Zinirah danTengku Orked Mariam teruja.Sungguh mereka tidak percaya bahawa Datuk Hud Razief telah membeli sebuah rumah di dalam kawasan perkampugan untuk mereka menetap.Hampir 30 minit merentasi liku-liku jalan kampung tersebut.Akhirnya mereka tiba di sebuah rumah batu dan agak luas dan lebar kawasan tersebut.Serta ditunggu oleh seseorang di hadapan rumah tersebut.Datuk Hud Razief memarkirkan kenderaannya di sisi rumah.Lalu mereka bertiga keluar dari isi perut kereta.Langkah diatur mendekati lelaki yang dikenali sebagai Ketua Kampung yang sedang menunggu mereka dengan sebuah motor buruk itu.
“Assalammualaikum Tok Ketua.” ucap Datuk Hud Razief sopan.Dia mengulurkan tangan untuk berjabat dengan Ketua Kampung itu.Huluran disambut oleh Ketua Kampung tersebut.
“Waalaikummusalam Datuk , lama ke mahu ambil perjalanan ke sini ?.” soal Ketua Kampung tersebut kepada Datuk Hud Razief mesra.
“Tidaklah Tok Ketua , saya ada guna GPS.Jadi masa kita itu jimat untuk perjalanan sebab tidak sering sesat.Lagipun jalan untuk ke kampung ini mudah.Tidak berbelit macam laluan kampung lain.” jelas Datuk Hud Razief mesra.
“Alhamdulillah , baguslah jika begitu.Jadi Datuk memang buat keputusan untuk terus menetap di sini ?.” soal Ketua Kampung tersebut kepada Datuk Hud Razief.
“Saya memang sudah membuat keputusan muktamad untuk terus tinggal di kampung ini.Saya harap Tok Ketua dapat melayani saya sama seperti Tok Ketua melayan penduduk kampung yang lain.Tidak perlu menyediakan apa-apa untuk saya sekeluarga , cukup sekadar kami dapat menerima layanan yang baik sebagai penduduk setempat.” jelas Datuk Hud Razief dengan penuh sopan dan hormat kepada Ketua Kampung tersebut.
“Insyaallah Datuk , bagaimana saya menjalankan tanggungjawab saya dengan baik terhadap penduduk kampung yang lain , begitu jugalah saya akan berlaku adil kepada Datuk sekeluarga.” jelas Ketua Kampung tersebut kepada Datuk Hud Razief.
“Jika Datuk selesa , adakah keluarga Datuk turut selesa ? Saya bukan apa Datuk , sudah banyak kali orang-orang ternama yang awalnya berniat untuk menetap di kampung ini , akhirnya mereka keluar kerana keluarga kurang selesa dengan suasana kampung.Kemudian menghina kampung kami.” luah Ketua Kampung tersebut sayu.Terkedu Intan Zinirah dan Tengku Orked Mariam mendengar luahan Ketua Kampung tersebut.Datuk Hud Razief tersenyum.
“Tok Ketua jangan risau akan keselesaan keluarga saya , sebelum Tok Ketua bimbang akan keselesaan mereka.Saya sudah memastikan terlebih dahulu tentang keselesaan keluarga saya.Mereka akan ikut sahaja ke mana saya menetap.Yang penting kami masih diberi peluang untuk berteduh di sebuah tempat yang selesa.Itu sudah memanjatkan ribuan syukur.” ucap Datuk Hud Razief tenang.Intan Zinirah dan Tengku Orked Mariam turut tersenyum mendengar penyataan Datuk Hud Razief itu.
“Alhamdulillah , kalau Datuk sendiri sudah kata begitu.Saya yakin keluarga Datuk akan terlebih gembira duduk di kampung kecil ini.” jelas Ketua Kampung tersebut.Pecah tawa mereka dengan kata-kata Ketua Kampung tersebut.
“Kalau tiada apa lagi , saya minta diri dulu Datuk.” pinta Ketua Kampung tersebut dengan hormat.
“Baik.Tetapi Tok Ketua , kalau boleh tidak perlu panggil saya Datuk.Panggil saja Hud atau Razief.Saya rasa berbesar hati jika Tok Ketua panggil saya dengan panggilan nama sahaja.” ucap Datuk Hud Razief merendah diri.Ketua Kampung tersebut tersenyum dengan penjelasan Datuk Hud Razief tersebut.
“Saya lebih rasa selesa jika panggil Datuk dengan panggilan terhormat itu , sekurang-kurangnya saya rasa diri saya setaraf Datuk...sama-sama Tok.” gurau Ketua Kampung tersebut.Pecah sekali lagi gelak tawa mereka dengan lawak yang dibuat Ketua Kampung tersebut.
“Ikut suka Tok Ketua.Janji Tok Ketua selesa dengan kami sekeluarga.Dan saya memperkenalkan isteri saya Cik Puan Intan Zinirah dan kakak saya Tengku Orked Mariam.” jelas Datuk Hud Razief kepada Ketua Kampung tersebut.Kemudian Ketua Kampung tersebut beredar dari kawasan kediaman Datuk Hud Razief.Dia mengatur langkah ke keretanya semula , diikuti Tengku Orked Mariam.Manakala isterinya Intan Zinirah sudah mengatur langkah memasuki ke dalam rumah tersebut.
“Pandai awak cari kawasan Datuk ? Saya fikir awak mahu bawa Intan tinggal di kawasan bandar juga.Tetapi ini sudah jauh dari tekaan saya.” ujar Tengku Orked Mariam menyindir Datuk Hud Razief.
“I saja cari kawasan macam ini untuk menetap.Tenang sungguh.Tidaklab rasa huru hara macam dekat bandar.Kalau ada pun , kita perlu tahan mulut orang kampung.Sebab mulut mereka biasanya memang mulut puaka.Serba-serbi tidak kena di mata mereka.Jadi telan sajalah.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan selamba.Tengku Orked Mariam tersengih dengan penyataan Datuk Hud Razief itu.
“Sayang , macam mana kawasan rumah baharu kita ini ? Sayang suka ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya yang sedang mendekati dirinya serta Tengku Orked Mariam.
“Okay , Intan suka sangat.Intan rindu pada suasana kampung.Thank you abang sebab belikan rumah dalam kawasan kampung.” ucap Intan Zinirah lembut.Pinggang Datuk Hud Razief dirangkul.Tengku Orked Mariam tersenyum sinis.
“You jangan kutuk I lagi Tengku.You punya senyum itu I sudah dapat baca.” amaran diberi kepada Tengku Orked Mariam oleh Datuk Hud Razief.
“Awak berdua terlalu manis untuk dipandang.Makan hati saya tengok Datuk.Kalau ada kencing manis pasti sudah potong kaki sampai habis.” jelas Tengku Orked Mariam tentang adegan romantik Datuk Hud Razief bersama isterinya Inttan Zinirah.Mereka saling berpandangan dan berbalas senyuman.
“You mahu I carikan calon untuk you ke Tengku ? Kalau you mahu , I carikan dalam masa seminggu sahaja.Sebab di kampung ini ramai yang tiada kerja dan jadi kutu rayau.Jadi bila dia berkahwin dengan you boleh mereka jaga you dengan baik.” sindir Datuk Hud Razief selamba.Tengku Orked Mariam tersenyum hambar.
“It’s okay Datuk.Terima kasih banyak-banyak.Sebab saya belum terfikir lagi untuk membela biawak hidup.” sinis Tengku Orked Mariam berkata.Tertawa Intan Zinirah mendengar penyataan pedas daripada Tengku Orked Mariam itu.
“Garangnya Tengku ?.” soal Intan Zinirah.
“Wajib jadi garang kepada perkara yang betul.” jelas Tengku Orked Mariam tenang.
“Baiklah , mari kita masuk ke dalam dulu.Rehatkan badan yang sudah seharian bertapa di dalam kenderaan.” ajak Datuk Hud Razief kepada isteri dan kakaknya.Mereka beriringan ke dalam kediaman tersebut.
Pada petang yang hening di kawasan pendalam itu , Tengku Orked Mariam sudah membuat keputusan untuk pergi bersiar-siar di dalam kawasan kampung tersebut dengan kenderaan milik Datuk Hud Razief.Dia juga sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah supaya mereka tidak sering mencarinya.Dia menghidupkan enjin kenderaan lalu membawa kenderaan meluncur perlahan di atas jalan kampung yang begitu banyak liku.Pemandangan di kampung itu sungguh tenang dan indah pada waktu petang.Kanak-kanak bermain layang-layang di tengah sawah padi yang luas terbentang.Bibirnya mengukir senyum apabila melihat suasana tenang itu.Kini kenderaanny sudah memasuki laluan hutan rimba.Tiba-tiba enjinnya mati ditengah jalan.Tengku Orked Mariam terasa cemas.Dia mengambil telefon pintar dan cuba mendail nombor Datuk Hud Razief.Tetapi dia gagal kerana dia sedang berada di tengah laluan hutan rimba.Jalur lebar tidak dapat menghubungkan dia bersama Datuk Hud Razief.Dia keluar dari isi perut kereta.Dia cuba mencari jalur lebar untuk berhubung dengan seseorang yang mampu membantunya kini.
“Assalammualaikum , ada masalah ke Cik ?.” soal seorang lelaki yang menaiki motor.Dia berhenti di belakang kenderaan Tengku Orked Mariam.
“Waalaikummusalam , kereta saya tiba-tiba tidak boleh hidup Encik.Boleh tolong saya carikam pomen yang Encik kenal di dalam kawasan kampung ini tak ? Sebab saya mahu buat panggilan pun tidak boleh.” pinta Tengku Orked Mariam sambil menayangkan skrin telefon pintar tersebut kepada lelaki itu.
“Boleh Cik , memang di kampung ini kami ada seorang saja pomen.Segala kenderaan dia yang baiki.Sebentar ya saya buat panggilan dengan dia.” jelas lelaki itu kepada Tengku Orked Mariam.Dia berdiri agak jauh daripada Tengku Orked Mariam.Dia mendail sesuatu di telefon pintarnya dan membuat panggilan kepada seseorang.Sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah Tengku Orked Mariam yang sedang berdiri di kenderaannya itu.Tidak lama kemudian , lelaki itu berpatah balik ke arah Tengku Orked Mariam.
“Cik , saya sudah buat panggilan bersama pomen tersebut.Nanti sebentar lagi dia sampai.” jelas lelaki itu kepada Tengku Orked Mariam.
“Terima kasih Encik sebab sudi bantu saya.Ya allah , tidak tahu mahu saya balas jasa Encik bagaimana ?.” ucap Tengku Orked Mariam terharu.
“Tidak perlu membalas.Memang tanggungjawab saya untuk membantu orang dalam kesusahan mengikut kemampuan saya.” jelas lelaki itu lembut dan mesra.
“Cik ini orang baru di kampung ini ke ?.” soal lelaki itu kepada Tengku Orked Mariam.
“Ya , saya baru sahaja berpindah ke sini.” jelas Tengku Orked Mariam mesra.Sedang mereka berbual.Tiba-tiba sebuah kereta mendekati mereka.Tengku Orked Mariam membuang pandangan ke arah hutan rimba di situ seketika.
“Assalammmualaikum.” ucap seorang lelaki yang baru tiba itu.Tetapi dahi Tengku Orked Mariam berkerut.Dia amat mengenali suara itu.Jantungnya berdegup kencang mengatakan bahawa dia amat mengenali lelaki itu.Perlahan-lahan wajah dipusingkan menghadap suara itu.
“Cik ini pomen yang saya beritahu Cik itu.Nama dia Hazim Iqbal.Panggil dia Hazim sahaja.” lelaki yang membantunya tadi memperkenalkan gerangan tersebut.Berkaca matanya serta merta.Hatinya luluh memandang wajah yang amat dia rindui.
“Kereta awak rosak ke ?.” soal Hazim kepada Tengku Orked Mariam.Mengalir deras airmata Tengku Orked Mariam sewaktu mendengar suara lelaki itu menanyakan soalan kepadanya.Hatinya tidak kuat.
Happy reading baby readers ! Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel