Subuh yang hening telah mengejutkan Datuk Hud Razief dan isteri kesayangannya Intan Zinirah dari lena dengan bunyi azan yang berkumandang.Tubuh ramping Intan Zinirah mengeliat kecil di tempat pembaringannya.Tangannya terhempas lembut di atas dada suaminya Datuk Hud Razief.Dia bangun daripada pembaringannya , dan bersandar di kepala katil.Datuk Hud Razief tangkas meletakkan kepalanya di atas riba isterinya Intan Zinirah.Wajah disembamkan di perut isterinya Intan Zinirah.Rambut Datuk Hud Razief diusap lembut dan dikucup lembut kepala suaminya Datuk Hud Razief.Telefon pintar diambil dan diteliti satu persatu pesanan ringkas yang diterimanya.Kemudian telefon pintar tersebut diletakkan semula di atas meja kecil yang berada di sisi katil.Perlahan-lahan wajah Datuk Hud Razief diangkat dan menghadap wajah ayu isterinya Intan Zinirah.
“Selamat pagi sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan romantis kepada isteri yang disayanginya Intan Zinirah.Pipi mulus isterinya Intan Zinirah diusap lembut dan dicubit manja.
“Abang , intan mahu tanya sesuatu kepada abang.” jelas Intan Zinirah tentang hajatnya.Datuk Hud Razief tersenyum.
“Tanyalah sayang , abang setia mendengar dan menjawab segala persoalan yang sayang ajukan.” ucap Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Dari pembaringan kini dia sudah duduk tegak di hadapan isterinya.Tangan isterinya Intan Zinirah diraih dan diusap lembut.Sesekali kucupannya melekat di tangan mulus isterinya itu.Intan Zinirah suka apabila dibelai begitu oleh suaminya Datuk Hud Razief.
“Kalau Intan minta tolong dengan abang , boleh abang tolong Intan ?.” soal Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Berkerut dahi Datuk Hud Razief saat mendengar permintaan pelik isterinya Intan Zinirah itu.
“Apa sayang ? Macam pelik saja permintaan sayang ini ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Hatinya menjadi tidak keruan.
“Intan mahu berhenti belajar.Jadi mahu minta tolong abang uruskan perbehentian Intan di Uni.” jelas Intan Zinirah lembut dan terketar-ketar.Terbutang mata Datuk Hud Razief saat mendengar permintaan isterinya Intan Zinirah tersebut.Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.Runsing kepala dibuat oleh isterinya Intan Zinirah.
“Sayang... .” meleret Datuk Hud Razief memanggil nama panggilan mesra isterinya Intan Zinirah.Tangannya menekup wajahnya.
“Hari itu sayang beritahu pada abang , sayang mahu sambung belajar kerana itu adalah salah satu impian besar sayang.Hari ini sayang mahu berhenti belajar pula ? Kenapa sayang ? Ada masalah di Universiti ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya.Keluhan kecil dilepaskan perlahan.Dia bangun dari katil tersebut dan berdiri di penjuru katil.
“Abang , Intan minta maaf kalau Intan sudah susahkan abang.Tetapi Intan sudah tidak ada hati lagi untuk meneruskan benda ini.Intan mula rasa susah untuk berjauhan dengan abang , walaupun hanya untuk lima hari bekerja.Intan harap sangat abang bersetuju dengan permintaan Intan ini.Kalau lepas Intan berhenti nanti abang mahu hukum Intan.Abang hukumlah , Intan terima saja.Intan tahu Intan salah.” ucap Intan Zinirah sayu dan lemah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Airmatanya mula mengalir deras.Tangan suaminya digenggam erat.
“Abang bukan mahu marah sayang , tentang duit semua abang tidak berkira pun tetapi sayang sudah buang masa sayang di sana tanpa hala tuju.Kalau dari haritu sayang berfikir panjang , tidak sayang membuang masa seperti ini.Sekarang sayang sendiri mahu tarik diri.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya.Kepala diurut perlahan-lahan kerana terasa berdenyut sedikit kerana memikirkan tentang keputusan isterinya itu.
“Abang , Intan minta maaf kalau bagi abang tekanan tentang masalah Intan ini.Intan tidak sengaja.Tetapi Intan , tidak mampu untuk memaksa diri Intan.Nanti Intan juga hadapi tekanan yang tinggi.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah.Tubuh sasa milik Datuk Hud Razief dipeluk erat.Airmatanya membasahi baju T Datuk Hud Razief.
“Sayang , jangan menangis.Baiklah , abang akan selesaikan urusan pemberhentian sayang di Uni nanti okay.Tetapi buat masa sekarang ini , sayang bagi abang masa untuk lapangkan fikiran.Abang runsing.” Jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya.Dia seperti di dalam keadaan tegang.Langkah diatur terus keluar dari kamar tidurnya itu.Airmata Intan Zinirah merembes laju mengalir di pipi.
“Ya allah , aku sudah membebankan suamiku ke ya allah ?.” soalnya sendirian.Intan Zinirah kecewa terhadap dirinya sendiri.Tidak dia bermaksud untuk menghancurkan impian dan segala kebaikan yang telah suaminya Datuk Hud Razief lakukan buat dirinya.Tetapi dia sendiri tidak mahu menipu diri dan hatinya bahawa dia tidak lagi boleh berjauhan dengan suaminya itu.Cintanya semakin teguh sehinggakan mahu berpisah seketika itupun sukar buat dirinya.Hanya allah sahaja yang tahu apa yang di dalam hatinya menanggung kini.Perlahan-lahan dia turun dari katil dan membawa dirinya yang hiba ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya.Jiwanya luhur mengingatkan kata-kata suaminya yang bagai terpaksa melakukan pertolongan yang dipintanya tersebut.
Datuk Hud Razief menenangkan fikirannya di beranda kediamannya.Dia mengelamun seketika memikirkan apa yang diminta oleh isterinya Intan Zinirah.Sesekali dia berdecit dan melepaskan keluhan kecil.Sedang dia mengelamun di beranda itu , Tengku Orked Mariam datang menerjah dirinya yang sedang mengelamun itu.Tersentak bahu Datuk Hud Razief saat diterjah oleh Tengku Orked Mariam.Punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan Datuk Hud Razief.Wajah runsing lelaki ity ditatap lembut.Dia bagai dapat meneka sesuatu daripada raut wajah yang menyatakan tentang berapa tingginya Datuk Hud Razief kini.Tengku Orked Mariam bangun dari kerusinya itu lalu menuju ke sebuag rak yang berada di satu sudut ruang tamu.Alat tekanan darah tinggi diambil dan dibawa semula ke beranda kediamannya itu dan dihidupkan.Sarung tersebut disarungkan ke lengan kiri Datuk Hud Razief.Bacaan di alat tersebut sudah pun bermula.Tidak lama kemudian bacaan tepat alat tersebut muncul di skrin.Terbutang mata Tengku Orked Mariam melihat bacaan darah tinggi Datuk Hud Razief tersangat tinggi dan boleh merbahayakan dirinya sendiri.
“Apa masalah awak ini Datuk ? Tinggi sangat bacaan darah tinggi awak ?.” soal Tengku Orked Mariam risau.Dia membuka semula sarung yang tersarung di lengan sasa Datuk Hud Razief itu.Alat tekanan darah tinggi tersebut ditolak sedikit ke tepi.Tangan Datuk Hud Razief diraih dan diusap perlahan.Dia cuba menenangkan adik lelakinya itu.
“Tiada apa Tengku.Masalah kerja sedikit.” jelas Datuk Hud Razief yang cuba membohongi kakaknya Tengku Orked Mariam tersebut.Tetapi senyuman sinis terukir di bibir Tengku Orked Mariam.
“Datuk , saya hidup dengan awak bukan baru.Sudah puluh tahun.Jadi awak tidak perlu bersusah payah untuk membohongi saya.Awak ada masalah dengan Cik Puan lagi ya ?.” soal Tengku Orked Mariam menduga tentang masalah yang dihadapi oleh Datuk Hud Razeif itu.Perlahan-lahan tangan yang digenggam erat Tengku Orked Mariam ditarik dan di meraup wajahnya lembut.
“Dia kata mahu berhenti belajar.Dia mahu duduk di rumah.Dia tidak mahu lagi berjauhan dengan I.” jelas Datuk Hud Razief mendatar.
“Habis awak marah dia ke Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Keluhan kecil terbit di bibir Datuk Hud Razief perlahan.
“Kenapa awak marah dia Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam.Dia juga rasa kecewa dengan adik lelakinya Datuk Hud Razief kerana lelali itu sering memarahi Intan Zinirah.
“Sebab I ada jumpa something yang I dan you tidak tahu Tengku.” jelas Datuk Hud Razief menyatakan perkara tersebut satu persatu.Matanya menikam tembus tanah di halaman rumahnya.Dia bagai mengelamun.
“Apa dia Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam pelik.Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara Datuk Hud Razief dan isterinya Intan Zinirah.
“Ia terlalu peribadu untuk I cerita kepada you Tengku.Tetapi kita berdua akan tahu suatu hari nanti.Apa-apa pun I cuma mahu katakan yang I menyesal sebab tidak mengambil serius terhadap perkara ini daripada awal Tengku.” ucap Datuk Hud Razief lembut kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Dia memandang wajah Tengku Orked Mariam sayu.
“Ada sesuatu perkara berat yang awak sedang menanggungnya Datuk.I feel it.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lembut.
“Kita akan bincangkan perkara ini di lain waktu Tengku.I mahu berehat sekejap.Rasa penat.” jelas Datuk Hud Razief lemah kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Dia bangun dari kerusinya lalu menuju ke kamar tidur.Sepanjang dia melangkah menuju ke kamar tidurnya , fikirannya melayang mengenangkan apa yang telah dilakukan oleh isterinya Intan Zinirah.Dia kecewa dan hancur hatinya.Setibanya dia di kamar.Dia menghempas tubuh badannya ke atas katil dengan lemah.Mata dipejamkan rapat.Ibu jari kedua belah tangannya menekan di pangkal hidung.Kepalanya terasa berdenyut.
“Sayang , kenapa buat abang macam ini ? Tidak sempurna ke abang di mata sayang ?.” soal Datuk Hud Razief sendirian.
“Sayang , kenapa semua ini harus berlaku di antara kita.” ucap Datuk Hud Razief lagi.Airmatanya mengalir tanpa dia sedar.Dia menyeka airmatanya dengan lembut di bahagian telapak tangannya.Tiba-tiba pintu kamar dibuka seseorang.Wajah isterinya Intan Zinirah terserlah kini di muka pintu.Datuk Hud Razief mengerling wajah isterinya itu dan memandang ke arah lain.Intan Zinirah tersentap dengan kelakuan suaminya Datuk Hud Razief terhadapnya.
“Abang , abang marahkan Intan ke ?.” soal Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Tidak Intan , abang suka.” jawab Datuk Hud Razief menyindir isterinya Intan Zinirah secara halus.Hatinya kinj cukup sakit dengan isterinya itu.
“Abang janganlah marahkan Intan.Intan tahu Intan salah , maafkan Intan abang.” ucap Intan Zinirah merayu kepada suaminya Datuk Hud Razief bersungguh-sungguh.Mukanya terasa membahang kerana menahan marah terhadap isterinya Intan Zinirah.Perlahan-lahan dia bangun daripada pembaringan.Dia bersandar di hujung kaki katil.
“Abang tidak sangka yang Intan buat semua ini di belakang abang.Ini ke yang abang ajar Intan sebagai seorang suami mendidik seorang isteri ? Apa yang awak sudah buat Intan ? Keji sungguh perbuatan awak Intan Zinirah.” ucap Datuk Hud Razief menghina.Deras airmata isterinya Intan Zinirah mengalir.
“Abang Intan minta maaf dengan abang , Intan sudah memalukan abang.Intan janji Intan akan tebus kesalahan Intan kepada abang.Jangan hina Intan macam ini abang.Intan sayang abang.Jangan lepaskan Intan abang.Jangan tinggalkan Intan abang.Intan minta maaf kepada abang.Intan tidak pandai menjaga maruah abang sebagai suami.Jangan abang buat Intan macam ini.” ucap Intan Zinirah di dalam tangisan.
ASTAGHFIRULLAHALAZIM !
Ucap Datuk Hud Razief selepas dia terjaga daripada lenanya.Dia terus bangun terduduk.Dia beristighfar beberapa kali kerana terlalu takut dan terkejut dengan mainan tidur yang dialaminya.Dada diurutnya.Isterinya Intan Zinirah yang berada di sebelahnya di dalam keadaan lena ditatap wajah yang diulit mimpi itu.Kepala isterinya diusap perlahan dan dikucup.Intan Zinirah terasa terganggu lenanya.Mata dibuka perlahan-lahan.Wajah suaminya Datuk Hud Razief ditatap dengan senyuman manis.
“Selamat pagi abang.” ucap Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan lembut dan manja.Tiba-tiba dahinya berkerut melihat wajah cuak suaminya dan peluk merinik di dahinya dengan lebat.Segera dia bangun daripada pembaringannya.
“Abang kenapa ? Cuak sangat muka abang ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief itu.Dia mengusap-usap pipi suaminya lembut dan berulang kali.
“Abang mimpi.Sayang minta berhenti belajar dan cakap sayang sudah curang dengan abang “ jelas Datuk Hud Razief dengan riak wajah yang cuak.Letus tawa Intan Zinirah dengan kuat dan memenuhi ruangan bilik.
“Sayang , abang serius tahu tak ? Jangan bergurau.” ujar Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan menyampah.
“Abang cuba beritahu Intan.Dengan siapa yang Intan mahu curang ? Sudah tentulah mata-mata abang ada di Universiti itu.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Sakit hati Datuk Hud Razief apabila diperli begitu oleh isterinya Intan Zinirah.Dia bangun dari katil tersebut dan terus menuju ke kamar mandi.Intan Zinirah tergelak kecil melihat suaminya Datuk Hud Razief yang membuat wajah cemberut.
“Marah ke abang ?.” soalnya sendirian dengan nada yang nakal.Dia bangun dari katil juga dan menuju ke almari pakaian milik suaminya.Baju kemeja hitam lengan panjang diambil serta seluar kain berwarna hitam.Dia membawa pakaian tersebut ke meja gosok pakaian lalu digosoknya.Tidak lama kemudian , suaminya Datuk Hud Razief keluar dari kamar mandu dan menuju ke arah isterinya Intan Zinirah.Tangannya yang kekar menjalar di pinggang ramping isterinya Intan Zinirah yang sedang menggosok pakaian buatnya itu.
“Abang takut dapat mimpi macam itu.” ucap Datuk Hud Razief tiba-tiba tentang mainan tidurnya yang mengerikan dirinya itu.
“Intan tidak akan berlaku curang dengan abang.Walau apa pun yang terjadi , jasa abang pada Intan akan Intan bayar semula dengan kesetiaan.” ucap Intan Zinirah lembut dan sayu kepada suaminya.Bibirnya mengukir senyuman manis lalu dihadiahkan kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“I love you barbie.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya.Tersenyum lebar Intan Zinirah apabila mendapat panggilan manja begitu.
“I love you too Men.” ucap Intan Zinirah kembali kepada suaminya Datuk Hud Razief.Bibir isterinya dipagut lembut.Kemudian dia melepaskan.Intan Zinirah tersenyum apabila dia dperlakukan dengan manja seperti itu.
“Abang balik lambat malam ini , jangan tunggu abang kalau sayang mengantuk.Tengku ada temankan sayang di sini.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
“Baik abang , abang pun hati-hati memandu.Sudah sampai di Kuala Lumpur beritahu Intan dengan Tengku ya.” pesan Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Baik sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut serta menghulurkan kucupan kecil di pipi isterinya.Pakaian yang telah digosok diambil satu persatu dan dibawa ke ruangan persalinan.Selepas selesai membuat persalinan pemakaian formalnya.Dia menuju semula ke arah isterinya Intan Zinirah.
“Sayang , butang abang longgar macam mahu tercabut.Sayang jahitkan boleh ? Tidak perlu salin pakaian lainlah.Abang malas.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
“Okay boleh abang.Sekejap Intan pergi ambil bekas jarum.” jelas Intan Zinirah.Dia mengatur langkah dan menuju ke sebuah sudut dan mengambil sebuah bekas petak segi empat yang berisikan benang dan jarum tersebut.Dia menuju kembali ke arah suaminya yang sedang menunggunya itu.Dalam keadaan berdiri , benang mula dimasukkan ke dalam lubang jarum.Kemudian butang yang hampir tercabut benangnya itu mula dijahit dengan tangannya.Kelakuan kerjanya itu sungguh teliti.Sesekali Intan Zinirah terasa membahang kerana terasa segan dengan suaminya Datuk Hud Razief sendiri.Hampir 2 minit dia menjahit butang yang hampir tercabut benangnya itu akhirnya siap juga kerjanya.Benang yang ada berlebihan tersebut diputuskan dengan gigitan pada benang.Datuk Hud Razief mendongak sedikit kepalanya kerana memberi ruang kepada isterinya Intan Zinirah melakukan kerjanya dengan teliti.Bsru sahaja langkah mahu diatur menuju semula ke tempat simpanan kotak jarum tersebut , lengan kiri isterinya ditarik lembut dan diletakkan telapak tangan kanan isterinya Intan Zinirah di dada kirinya.Anak mata mereka bertembung.
“Biar rasa ini membunuhku.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya tiba-tiba.Intan Zinirah berasa pelik dengan ucapan romantis suaminya itu kerana dia tidak mengerti.
“Apa maksud abang ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Suaminya itu tersenyum melihat gelagat manja isterinya Intan Zinirah itu.
“Sayang sentiasa membekalkan abang dengan rasa cinta yang membuak-buak dalam hati abang.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.
“Jadi kenapa ?.” soal Intan Zinirah yang masih tidak memahami kata-kata serta ucapan yang diungkap suaminya.
“Bila kita bertengkar sebelum ini , kata-kata sayang yang selalu berlegar di dalam fikiran abang.Jadi kata-kata sayang itu memang membuatkan abang rasa terbunuh kerana tajam dan sakit.Sebab itu abang tidak mampu untuk bertahan lama apabila kita bertengkar.” jelas Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah lemah dan sayu.Keluhan kecil terbit dari bibir Intan Zinirah perlahan.Tangan kirinya pula menaik di dada bidang sebelah kanan suaminya Datuk Hud Razief.Lelaki itu tersenyum memandang wajah ayu isterinya Intan Zinirah.
“Intan sedar abang , dalam perkahwinan kita ini terlalu banyak Intan melakukan kesilapan dan membuat abang marah.Intan tahu , Intan bukan wanita yang baik.Intan sendiri dibuang keluarga.Intan sendiri tidak ada hala tuju di dalam hidup.Bila Intan sudah berkahwin dengan abang , Intan seperti lupa diri siapa Intan yang sebelum ini.Intan banyak melawan cakap abang.Tetapi abang tidak pernah berkasar dengan Intan , walaupun kadang-kadang Intan melawan kata-kata abang.Abang tetap berlembut dengan Intan , sayangkan Intan.Intan kadang kala rasa kecewa dengan diri Intan sendiri.” ucap Intan Zinirah sayu dan lemah.Airmatanya mengalir deras membasahi pipi.Tetapi segera diseka lembut oleh suaminya Datuk Hud Razief dengan tangan kekarnya.
“Abang tidak pernah anggap sayang sebegitu sekali.Sayang adalah kehormatan abang.Setiap apa yang abang lakukan abang akan rasa segan kepada sayang.Kerana sayang wanita , kehormatan sayang adalah ibarat kemaluan abang.Kalau abang tidak jaga dengan baik.Abang akan hilang maruah diri.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Terpegun Intan Zinirah mendengar ucapan suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Terima kasih sebab sudi jadikan Intan permata paling berharga dalam hidup abang.Intan akan jaga diri dan hati Intan hanya untuk abang.” ucap Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razzief lembut.Mereka saling berpelukan.
Happy reading baby readers !
Share this novel