Pagi subuh yang hening telah mengejutkan Intan Zinirah daripada lenanya dengan bunyi azan yang berkumandang dari arah surau dan masjid yang berdekatan di kediamannya serta aplikasi azan yang telah diambil dari stor aplikasi telefon pintarnya.Suara azan berkumandang hanya sayup-sayup kedengaran membuatkan Intan Zinirah bangun dengan tenang dan aman sekali.Mata dicelikkan perlahan-lahan dan digosok lembut.Baru sahaja sedar dari lenanya , fikirannya juga melayang memikirkan keadaan dirinya kini yang dilanda badai rumahtangga.Dia tidak kuat untuk menghadapi perkara tersebut seorang diri tanpa suaminya Datuk Hud Razief di sisi.Perlahan-lahan dia bangun dan duduk di birai katil.Perutnya yang kian membesar diusap lembut.Airmatanya gugur.Hatinya dihurung rasa bersalah yang tinggi.Ada perkara yang dia sendiri tidak jujur dengan suaminya Datuk Hud Razief.
“Maafkan Intan , abang.Maafkan mummy , sayang.” ucap Intan Zinirah sayu dan lembut dalam tangisannya sendirian dan sambil tangannya ligat mengusap perutnya yang membulat itu.Airmata diseka lembut dan dia bangun menuju ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya.
Datuk Hud Razief sudah terjaga dari lenanya.Niatnya untuk menjengah isterinya Intan Zinirah di kamar sebelah , tetapi dia membatalkan niatnya apabila terdengan ucapan maaf yang sayu daripada isterinya Intan Zinirah sebentar tadi di balik daun pintu kamar.Dia berasa pelik , kenapa namanya dan anaknya diseru dan diminta maaf.Adakah isterinya Intan Zinirah ada melakukan kesalahan yang dia sendiri tidak tahu ?.
“Kenapa macam pelik cara dia minta maaf ? Apa salah dia dengan aku ? Besar sangat ke kesalahan dia dengan aku ? Apa yang jadi sebenarnya ?.” soal Datuk Hud Razief bersendirian dan pelik.Dia juga turut bangkit dari katil dan menuju ke kamar mandi.
Suasana di kediaman Datuk Hud Razief sepi dan tenteram , Intan Zinirah mula memasak santapan pagi buat suaminya Datuk Hud Razief.Wajah sugul suaminya Datuk Hud Razief dapat dilihat jelas dari arah dapurnya itu.Air kopi dibancuh seperti biasa dan dihidangkan di atas meja.Roti bakar yang dinuat khas untuk suaminya Datuk Hud Razief yang tercinta itupun sudah mendarat di ruang santapan.
“Abang mari makan , Intan sudah siapkan sarapan untuk abang.” ajak Intan Zinirah dengan nada lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Wajah ditoleh ke arah ruang santapan.
“Abang hendak bercakap sedikit dengan Intan , kita berbincang di sini.” ucap Datuk Hud Razief lemah dan sayu kepada isterinya Intan Zinirah.Dengan akur arahan dan permintaan suaminya Datuk Hud Razief , langkah diatur oleh Intan Zinirah mendekati suaminya Datuk Hud Razief di ruang tamu itu.Punggung dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan suaminya Datuk Hud Razief itu.Mata mereka saling bertembung dan memanah antara satu sama lain.Pandangan yang menjadi tanya tanya 1001 persoalan.
“Kenapa abang tengok Intan begitu ?.” soal Intan Zinirah sayu dan pelik kepada suaminya Datuk Hud Razief.Pandangan suaminya Datuk Hud Razief itu sedikit pun tidak beralih arah ke tempat lain.Liur ditelan kesat.
“Apa yang Intan cuba sembunyikan daripada abang ? Abang ada dengar sesuatu di dalam bilik tadi semasa abang hendak menjenguk Intan sebentar tadi.Intan mohon maaf kepada abang dan anak secara tiba-tiba.Kenapa begitu ?.” soal Datuk Hud Razief yang agak tidak berpuas hati dan agak dingin dengan isterinya Intan Zinirah.Berkerut dahi isterinya Intan Zinirah apabila disoal begitu oleh suaminya Datuk Hud Razief secara tiba-tiba.
“Apa yang abang cakap ini ? Intan tidak cakap apa-apa pun ? Intan tidak bersembunyi apa-apa daripada abang.Janganlah menuduh Intan begini.Kemudian , abang hendak marah-marah Intan.” jelas Intan Zinirah yang agak kecewa dengan sikap suaminya saban hari makin menjadi-jadi.
“Abang tahu dan dapat rasa , Intan ada sembunyikan sesuatu daripada abang.Jangan cuba hendak berselindung dengan abang , Intan.Abang akan cari perkara tersebut dengan apa jua cara.” ugut Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
“Abang ini sudah kenapa ? Hendak memaksa Intan untuk bercakap perkara yang tiada ! Ubahlah perangai abang itu , Intan sudah penat melayan abang.Intan hendak jaga diri Intan lagi , kemudian hendak menjaga abang lagi.” jelas Intan Zinirah merungut terhadap suaminya Datuk Hud Razief.Keluhan kecil dilepaskan oleh Datuk Hud Razief kerana mendengar rungutan isterinya itu.Sedikit kecewa di hatinya menhurung perasaan.
“Sayang sudah rasa susah hidup dengan abang ? Sudah mula merungut hidup dengan abang ? Ke mana perginya isteri abang , Intan Zinirah ? Kenapa sayang berubah cepat sehingga begini sekali ?.” soal Datuk Hud Razief sayu dan lemah.Wajahnya kelihatan sedih kerana sikap isterinya yang sudah penat untuk hidup bersamanya lagi.Dia meraup wajahnya lemah dan lembut , rasa hiba menghurung jiwanya.
“Abang terlalu banyak menyiksa Intan , sedangkan Intan tidak pernah kisah sekalipun dengan apa yang abang pernah buat kepada keluarga Intan suatu ketika dahulu.Setia ? Intan tahu abang seorang yang setia , lelaki seperti abang adalah lelaki teragung kerana setia pada yang satu.Tetapi , abang tetap mencari kesalahan Intan dalam diam.Kenapa abang susah sangat hendak menerima segala kekurangan di dalam diri Intan ?.” soal Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sayang , abang sekarang sedang sakit ! Bukan abang sengaja buat semua itu.Sayang tidak faham dengan keadaan abang sekarang ini.Abang perlukan kasih daripada seorang isteri.Tetapi , nampaknya isteri abang sendiri tidak sudi untuk memberi kasih kepada abang.Abang perlukan sayang disaat ini.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lemah terhadap isterinya Intan Zinirah.
“Abang pelik dengan sikap sayang yang tiba-tiba berubah ini , tetapi abang tidak nampak yang sayang seperti orang risau , abang cuma lihat sayang bertenang sahaja.Sayang seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga kita sekarang ini.Apa yang sayang cuba sembunyikan kepada abang sekarang ini ? Beritahu abang.” jelas dan paksa Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
“Abang ini memang tidak faham bahasa ke ? Intan sudah beritahu abang yang Intan tidak merahsiakan apa-apa perkara kepada abang.Jangan buat Intan ini macam tunggul abang.Intan masih ada perasaan dan hati lagi.” jelas Intan Zinirah bengang dengan sikap suaminya Datuk Hud Razief itu.Kian hari , perangainya semakin pelik dan tidak terkawal.
“Abang akan cari sendiri perkara tersebut.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah , dia terus bangun dan berdiri menuju serta membawa langkahnya ke kamar tidur mereka.Intan Zinirah bertukar riak wajah cuak.Dia turut mengikuti langkah suaminya Datuk Hud Razief itu.Sesamoai sahaja di kamar tidur mereka itu , seluruh kamar dibongkar oleh Datuk Hud Razief.Intan Zinirah terpaku di muka pintu.Suaminya Datuk Hud Razief itu benar-benar marah kepada dirinya.Sedang ralit lelaki itu mencari sesuatu , tiba-tiba dia terjumpa sesuatu dan terpijak di telapak kakinya , entah bagaimana perkara tersebut boleh berada di lantai sedangkan daripada tadi dia mencari bukti tersebut tidak kelihatan benda itu.Intan Zinirah menelan liur kesat dan tidak tahu hendak merangka jawapan yang bagaimana untuk diberikan kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Apa ini Intan ?.” soal Datuk Hud Razief seperti tidak percaya dengan apa yang sedang dipegangnya itu.Sebuah patung kecil yang tidak sempurna corak dan pakaiannya berada di bawah katil mereka itu.Intan Zinirah terdiam sejenak.Hendak dijelaskan , tidak mungkin suaminya hendak mendengar.Dia manggu mencari jawapan yang bernas dan boleh dijadikan penjelasan yang kuat kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Aku tanya apa ini Intan ?.” soal Datuk Hud Razief dengan bernada kasar kepada isterinya Intan Zinirah.Terkedu Intan Zinirah apabila suaminya itu bertindak drastik untuk berkasar dengannya.
“Engkau sihir aku ke ? Engkau ke yang buat semua ini Intan ?.” soal Datuk Hud Razief lagi kepada isterinya Intan Zinirah itu dengan tegas dan kasar.Terhinjut-hinjut bahu Intan Zinirah apabila dijerkah begitu.
“Abang , Intan tidak berniat langsung untuk menjatuh dan menghancurkan hidup suami Intan sendiri.” jelas Intan Zinirah gelabah kerana takut akan melihat wajah marah suaminya Datuk Hud Razief.Matanya merah menyala dan wajahnya berkerut seribu.Matanya mencerlung tajam memandang wajah isterinya Intan Zinirah.Senyuman sumbing terukir di bibir Datuk Hud Razief lalu dihadiahkan kepada isterinya.
“Tidak berniat engkau cakap ? Engkau ingat aku bodoh macam engkau ke ? Nak buat dosa tapi tidak pandai berselindung ?.” soal Datuk Hud Razief yang terlalu kasar dan kesat bahasanya kepada isterinya Intan Zinirah.Terkedu Intan Zinirah dengan linangan airmata.
“Abang percayalaha abang , Intan tidak buat , kita dianiaya abang , Fira yang lakukan semua ini , dia paksa Intan.Akibat dia teruk kalau Intan tidak ikut kata-kata dia.Intan tidak mahu kehilangan abang dan anak kita.” ucap Intan Zinirah sayu dalam tangisan kecilnya.
“Engkau ingat aku hendak percaya ke ? Kenapa engkau sanggup terima semua ini Intan ? Kenapa ?.” jerit Datuk Hud Razief sekuat hatinya.Airmata kecewanya mengalir.Tidak dia sangka , apa yang berlaku terhadap dirinya ada terpalit sama dengan isterinya Intan Zinirah.Dia jatuh terduduk di sisi katil.Hatinya patah , remuk seribu.
“Apa dosa aku kepada engkau besar sangat ke Intan ? Daripada engkau seksa aku begini ! Lebih baik engkau bunuh sahaja aku.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan lemah di dalam tangisnya kepada isterinya Intan Zinirah.Wajah ditekup dan tangisannya pecah dengan kuat.Tangisannya itu mengambarkan betapa hancurnya hatinya apabila orang yang dia sayang kini berada bersama pengkhianat yang ingin menjatuhkannya.
“Aku tidak pernah terfikir benda buruk tentang engkau Intan , tetapi allah jelaskan segalanya hari ini dengan memberi petunjuk bahawa orang yang aku sayang dan percaya itulah yang khianat aku.” ucap Datuk Hud Razief sebak dan tersekat-sekat suaranya kerana menahan rasa yang amat pedih dan perit di dalam hidupnya.
“Abang , percayalah pada Intan , Fira hendak pisahkan kita , dia yang suruh simpan patung itu jika tidak mahu terkesan perkara buruk pada bayi.Intan hanya turut sebab tidak mahu kehilangan abang dan anak kita.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Engkau bodoh ke ? Tidak boleh berfikir ? Engkau takut dengan dia kenapa ? Engkau sudah tidak ingat tuhan ke ?.” soal Datuk Hud Razief di dalam jeritan dan kasar kepada isterinya Intan Zinirah.Pecah tangisan Intan Zinirah ketika itu apabila suaminya Datuk Hud Razief tidak lagi mempercayai kata-katanya lagi.
“Abang percayalah cakap Intan ini , Intan tidak tipu abang.” ucap Intan Zinirah merayu kepada suaminya Datuk Hud Razief itu.Jelingan tajam dihalakan ke arah Intan Zinirah oleh Datuk Hud Razief.
“Engkau memang tidak menipu aku tetapi engkau telah mengkhianati aku Intan , engkau yang paling aku cinta dan sayang , akhirnya aku diperlakukan begini.” luah Datuk Hud Razief tentang segala rasa isi hatinya.
“Abang , jangan hukum Intan abang.Intan minta maaf dengan abang sebab buat abang begini.Intan sayangkan abang.Intan cintakan abang.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief sayu dan merayu bersungguh-sungguh.
“Diam ! Jangan engkau ucap lagi ayat cinta dan sayang itu kepada aku Intan.Semuanya sudah tiada makna lagi.Aku menanggung sakit ini kerana engkau dan Fira.Tiada siapa yang boleh rasa sakit ini kecuali aku.Aku benci engkau Intan.” jerit Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Tangisan mereka berdua pecah memenuhi ruang kamar yang berselerak akibat dipunggah oleh Datuk Hud Razief.
Tengku Orked Mariam sedang menuang secawan air ke dalam gelas kaca yang dipegangnya.Tiba-tiba dia terasa mahu terlepas gelas itu dari pegangannya.Dadanya berdegup kencang kerana terkejut dengan situasi tersebut.Tanpa dia sedar , suaminya Hazim Iqbal turut ada di sisinya dan dapat menyaksikan kejadian tersebut.
“Sayang , are you okay ?.” soal Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam dengan nada risau apabila dia melihat adegan sebentar tadi yang hendak berlaku ke atas diri isterinya.
“I okay.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan agak tercungap-cungap suaranya.
“Kalau you penat , you pergilah rehat di bilik , I boleh masak and buat kerja rumah.Sudah beberapa hari ini pun you tidak rehat sangat.” jelas Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam.
“Tidak mengapa sayang , I okay saja.” jelas Tengku Orked Mariam lembut kepada suaminya Hazim Iqbal yang risau akan keadaannya.Sedang mereka berdua berbual di dapur.Ada gerangan yang mengetuk pintu rumah mereka.Tanpa berlengah , Hazim Iqbal terus menuju ke muka pintu utama untuk menyambut gerangan tetamu yang datang ke rumahnya pada petang hari ini.
“Intan ?.” soal Hazim Iqbal terkejut melihat birasnya itu seperti orang tidak terurus.Wajahnya sembap bagai orang yang menangis tidak berhenti.Intan Zinirah cuak memandang wajah birasnya itu sambil tangannya menyentuh perutnya yang kian membesar.
“Intan ? Ya allah , kenapa ini ? Mana Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam yang datang dari arah belakang suaminya Hazim Iqbal.Saat ditanya kemana Datuk Hud Razief.Ketika itu jugalah tubuh Intan Zinirah rebah di hadapan pintu utama kediaman Tengku Orked Mariam dan Hazim Iqbal.
“Ya allah , Intan !.” jerit Tengku Orked Mariam terkejut dan risau akan keadaan adik iparnya Intan Zinirah itu.Tubuh gadis itu terus dicempung bersama suaminya Hazim Iqbal dan dibawa ke kamar tetamu yang telah disediakan oleh mereka buat para tetamu yang datang berkunjung dan menetap di kediaman mereka beberapa hari.
Tangan dan kaki Intan Zinirah bergerak sedikit , dia membuka mata perlahan-lahan untuk memandang ke arah sekelilingnya.Wajah Tengku Orked Mariam dan Hazim Iqbal jelas kelihatan yang sedang menunggunya seda dari pengsan.
“Intan , Intan okay ? Apa yang sudah jadi ini ? Saya call Datuk tetapi dia tidak berjawab panggilan saya sekalipun.Apa yang sudah berlaku antara awak dan Datuk , Intan ? Sehingga awak seperti orang kena halau dari rumah.” jelas Tengku Orked Mariam risau dengan keadaan adik iparnya Intan Zinirah itu.Airmata Intan Zinirah mula mengalir.Hati dan perasaan yang di tahan semenjak tadi kini tidak dapat lagi menahan.
“Tengku , Intan sudah buat salah dan dosa dengan Datuk , Intan terima hasutan Fira tanpa memikirkan akibat dia.Intan sudah melakukan silap besar.Intan sudah khianat suami Intan sendiri.” jelas Intan Zinirah dalam tangisnya kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Berkerut dahi Tengku Orked Mariam saat mendengar penjelasan adik iparnya Intan Zinirah itu.
“Apa yang Intan cakapkan ini ? Apa yang Intan sudah buat ? Kenapa Intan buat semua itu ?.” soal Tengku Orked Mariam terkejut kepada adik iparnya Intan Zinirah.
“Semasa Datuk ke luar negara bersama Encik Hazim , Intan ada berjumpa dengan Fira.Intan cuma mahu dia jauhi Datuk.Tetapi , dia ugut Intan.Dia kata , Intan perlu pegang patung yang dia beri dan simpan bersama.Jika tidak akur atas arahan dia , anak dan Datuk akan dia buat sehingga hilang nyawa.Intan tidak dapat berfikir panjang.Intan terpaksa terima sebab tidak mahu kehilangan Datuk dan anak.Intan tiada niat untuk menyihir Datuk.Intan sayangkan suami Intan , Tengku.Apa yang perlu Intan lakukan sekarang ini Tengku ? Tolong Intan , Tengku.” pinta Intan gelabah.Dia benar-benar buntu hendak menyatakan perkara sebenar kepada Datuk Hud Razief kerana lelaki itu tidak lagi percaya kepadanya.Tengku Orked Mariam memicit kepalanya kerana terasa denyut.Pening dengan masalah keluarganya kini.
“Macam mana Intan boleh jumpa Fira ? Sedangkan , saya dan Melissa ada dengan Intan sepanjang Datuk tiada ?.” soal Tengku Orked Mariam yang cuba memberi soalan perangkap kepada adik iparnya Intan Zinirah.
“Ketika itu , Tengku keluar sebentar dan Melissa sering terperap di dalam bilik.Intan membuat keputusan untuk keluar berjumpa dengan Fira , kami cuma berjumpa di kawasan berdekatan dengan kondominium itu sahaja.Tetapi , lain pula yang jadi.” jelas Intan Zinirah bersungguh untuk menyakinkan kakak iparnya Tengku Orked Mariam pula.Wanita itu agak sukar hendak percaya dengan penjelasannya itu.
“Kenapa , Intan tidak beritahu kami tentang perkara ini semenjak di hari kejadian ? Kenapa perlu berahsia ?.” soal Tengku Orked Mariam lagi.
“Tengku , tolonglah percaya , jika saya beritahu perkara ini , anak dan Datuk di dalam keadaan bahaya.Jika Fira datang dengan pisau dan bunuh Datuk , itu semuanya berlaku di hadapan mata saya.Tetapi ini adalah perkara keji , dia menggunakan sihir.Memang dia sudah cakap , dia hendak pisahkan saya dan Datuk.Hari ini dia sudah separuh berjaya.” ucap Intan Zinirah sebak dalam nadanya.Dia agak kecewa kerana tiada siapa yang sekarang ini mahu percaya akan kata-katanya.
“Baiklah , sekarang ini saya hendak Intan berehat dahulu.Saya akan buat panggilan bersama Datuk sekali lagi.Kemudian , kita boleh membincangkan perkara ini bersama.” jelas Tengku Orked Mariam lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah.
Happy Reading Baby Readers !
Share this novel