Pada hari ini , Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah amat gembira kerana mereka bakal pulang ke tanah air selepas tamat selama tiga hari berbulan madu.Datuk Hud Razief sudah mencelikkan mata terlebih awal , pada jam 4 pagi dia termanggu di atas katil kerana tidak tahu mahu membuat apa.Kaki dijulurkan ke bawah , lalu turun dari katil menuju ke balkoni mengambil angin kabus pagi.Dia menarik nafas sedalamnya lalu dihelakan perlahan.Wajah Intan Zinirah yang sedang lena dipandang sekilas Kejadian malam semalam terkenang kembali di pemikiran Datuk Hud Razief.Mata dipejamkan rapat dan senyuman segaris terukir di bibirnya.Nafas yang agak panas dihela lembut.
IMBAS KEMBALI...
Hampir 10 minit Datuk Hud Razief selesai dari membersihkan diri.Dia sudah pun bersedia dengan ikatan tuala dipinggang untuk ke luar dari kamar mandi.Tetapi langkahnya menjadi berat apabila melihat keadaanya kini dibalik cermin yang hanya bertuala untuk berhadapan dengan isterinya Intan Zinirah.Akhirnya dia mencari seluruh ketabahan dan mengumpulkannya lalu melangkah keluar juga dari kamar mandi.Sewaktu pintu kamar mandi dibuka , dia mengintai sedikit untuk mencari kelibat isterinya.Tetapi tidak kelihatan.Dia mengatur langkah segera menuju ke bagasi pakaiannya.Sewaktu langkahnya semakin dekat berhampiran bagasi pakaian , Intan Zinirah melintas di hadapan Datuk Hud Razief.Terkaku Intan Zinirah saat matanya memandang tubuh tegap suaminya itu yang kini hanya berada di dalam keadaan bertuala sahaja.Menelan liur kesat Datuk Hud Razief ketika melihat pandangan isterinya itu kepadanya.Pandangan dialihkan ke bagasi pakaiannya.Intan Zinirah tertunduk malu.
“Intan minta maaf sebab pandang abang macam itu.” jelas Intan Zinirah sayu.Dia baru sahaja mahu niat melangkah pergi ke katil tetapi tangannya ditarik lembut oleh Datuk Hud Razief.Isterinya itu dibawa ke sofa berdekatan.Punggung dilabuhkan bersama.Tangan Intan Zinirah diraih lembut dan diusap.Dahi isterinya dikucup lembut.Wajah ayu Intan Zinirah hanya menekur lantai kerana gementar untuk bertembung pandangan bersama suaminya.Dagu Intan Zinirah disentuh dan didongakkan sedikit.Mata dia dan Datuk Hud Razief bertembung.Ada sebuah rasa yang terselindung disebalik hati sedang bermain di jiwa mereka.
“Abang mahu tahu sesuatu daripada sayang.” jelas Datuk Hud Razief lembut.Senyuman segaris terukir di bibirnya.
“Apa dia abang ?.” soal Intan Zinirah lembut.Dia mula menyelesakan pandangan yang bertembung itu.
“Abang tahu , abang masih belum jadikan sayang hak abang sepenuhnya.Abang perlukan masa.Abang perlukan ketenangan.Walaupun orang fikir yang abang lebih matang kerana faktor umur Tetapi di dalam masa yang sama , disebabkan faktor umur jugalah abang masih belum bersedia.” jelas Datuk Hud Razief.
“Abang gemuruh ke ?.” soal Intan penuh keresahan di wajah.Dia takut akan dia penyebab dirinya Datuk Hud Razief menjadi seorang yang gemuruh.
“Sayang terlalu muda untuk abang , umur kita terlalu jarak jauh , abang rasa janggal sangat.” luah Datuk Hud Razief akhirnya.Intan terdiam tidak berkata.
“Abang terlalu segan sehingga bakal menjejaskan hubungan kita.” jelas Datuk Hud Razief tenang.
“Abang , umur bukan penghalang untuk kita jatuh cinta atau bercinta.Intan faham perasaan abang , Intan tahu abang rasa kurang yakin pada diri abang , tetapi ini tentang hubungan suami isteri.Suka atau tidak kita perlu laksanakan.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang.
“Abang , umur tidak menjadi penghalang pada kita untuk bercinta.Intan perlukan abang , Intan sayang abang.Intan mahukan perhatian abang.Curahan kasih sayang abang pada Jntan , amat Intan hargai.Kasih dan cinta yang abang beri tidak pernah sekalipun Intan merasa.Intan cintakan abang.” luah rasa hati Intan zinirah.Terkedu Datuk Hud Razief saat mendengar luahan hati isterinya.
“Abang minta maaf sayang , abang tidak menghargai cinta yang sayang cuba hulur kepada abang.Kegagalan abang menjadi seorang... .” kata-katanya mati apabila jari telunjuk isterinya berada di atas bibirnya.
“Abang suami yang baik , suami yang bertanggungjawab.Jangan pernah rasa gagal dengan tanggungjawab abang.Intan hanya perlukan kesetiaan abang saja.Tolong jagakan Intan hingga akhir hayat abang.” ucap Intan Zinirah sayu.Datuk Hud Razief mengucup dahi isterinya lembut.Saat itu , airmatanya jatuh berderai.Wajah dijarakan sedikit di dalam keadaan mata terpejam.Airmatanya masih di dalam linangan air jernih.
“Masa abang lafaz akad nama sayang , hati abang , jiwa abang dan diri abang tidak terasa beban yang menghempap.Tetapi malam ini , abang dapat rasa ada sesuatu beban yang menghempap kedua belah bahu abang.Luahan hati sayang amat menyedarkan abang tentang tanggungjawab abang.Terima kasih sayang sebab terima abang.Insyaallah , abang akan setia dengan sayang sampai akhir hayat abang.” ucap Datuk Hud Razief sayu.Intan Zinirah terasa syahdu saat mendengar ucapan tulus dari hati suaminya itu.Tangan Datuk Hud Razief diraih dan dikucup lembut.Anak matanya menikam lembut anak mata Datuk Hud Razief.
“Jadikan Intan hak milik abang malam ini.Jadikan Intan hak abang sepenuhnya.Beri sebuah tanda yang memberi kesan pada diri Intan yang menyatakan Intan ini hak abang seorang.” pinta Intan Zinirah sepenuh hati.
“I will make you completely mine.” ucap Datuk Hud Razief dengan nada yang mengoda.Intan Zinirah tersenyum.Pada malam itu , bulan dan bintang menjadi saksi kepada Datuk Hud Razief ketika dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Cik Puan Intan Zinirah.Jiwa suci mereka bersatu membentuk rasa sebuah cinta.Lalu dikuncikan dengan kesetiaan serta kepercayaan antara satu sama lain.Sentuhan pertama yang dimiliki Intan Zinirah serta merta menjadikan dia hak milik Datuk Hud Razief sepenuhnya.
Dia kembali ke katil semula.Punggung dilabuhkan di sisi Intan Zinirah yang masih di dalam lenanya.Dahi isterinya dikucup.Jari jemarinya bermain di bibir mungil isterinya.Tubuh Intan Zinirah mula nengeliat kecil kerana rasa terganggu lenanya.Mata dibuka perlahan dan menatap wajah suaminya.Dia mengukir senyuman manis dan dihadiahkan kepada Datuk Hud Razief.
“Terima kasih sayang sebab beri hak abang semalam.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan mengoda.
“I’m yours.” ucap Intan Zinirah romantis.Dia bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.Kain selimut ditarik membaluti tubuh yang terdedah.Bibirnya laju memagut bibir suaminya.Bunyi kucupan mereka bersatu.Rasa cinta mereka mengikut rentak bersama.Senyuman Intan Zinirah dan Datuk Hud Razief terukir dalam kucupan mereka itu.Tubuh Intan Zinirah dibaringkan semula.Sekali lagi pertarungan halal bermula oleh Datuk Hud Razief.
“Jadikan persetubuhan kita sebagai satu pengembaraan dan perjalanan yang luar biasa dan hebat.Supaya setiap kali bersama , nafsu serakah abang sentiasa mahu pada sayang.” jelas Datuk Hud Razief mengoda.Sekali lagi pertaruhan terlaksana.Intan Zinirah merelakan tubuhnya secara ikhlas diatas keinginan suaminya.
Mereka sudah mula bergerak pulang ke tanah air.Sepanjang perjalanan di dalam pesawat peribadi milik Datuk Hud Razief.Mereka hanya salin berbalas pandangan antara satu sama lain.Saat anak mata menikam , rasa getaran jiwa bersatu bergendang mendendangkan irama cinta.Entah mengapa , perasaan ini amat berbeza dengan apa yang mereka dengar daripada pengalaman pasangan bercinta yang lain.Wajah Datuk Hud Razief didekatkan turut melakukan perkara yang sama Intan Zinirah.Bibir Intan Zinirah memagut lembut bibir Datuk Hud Razief.Dia semakin berani melakukan demikian kerana rasa cinta dan sayang sedang membuak.Urutan lembut kucupan Datuk Hud Razief semakin membuatkan isterinya itu terbuai.
“Abang nakal.” ucap Intan Zinirah manja dan mengoda.
“Sayanglah ajar abang jadi nakal.” melulu Datuk Hud Razief mengata isterinya.Lengan sasa Datuk Hud Razief menjadi sasaran Intan Zinirah membuat sandaran kepalanya.
“Terima kasih abang sebab bawa sayang pergi honeymoon.Nanti kalau sayang ada cuti semester kita honeymoon lagi okay ?.” jelas Intan Zinirah lembut.
“Boleh sayang , setiap hujung minggu mahu honeymoon pun boleh.” jelas Datuk Hud Razief romantis.Intan Zinirah tersenyum bahagia.
“Nanti petang , sampai sahaja di rumah abang mahu pergi bersenam dekat kawasan berdekatan.Sayang mahu ikut ?.” soal Datuk Hud Razief lembut.
“Intah mahu luangkan masa dengan abang sebelum Intan masuk ke Universiti.So , tak mungkin Intan akan menolak pelawaan abang Mestilah Intan mahu ikut bersama.Kalau boleh sampai syurga.” ucap Intan Zinirah lembut dan romantis.
“Pimpin tangan abang , kita menuju syurga bersama.” ucap Datuk Hud Razief romantis.Tangan isterinya dikucup lembut.Lalu diletakkan di bahagian dada kanannya.
Hampir waktu senja juga mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Mereka dijemput seorang pegawai pengiring dan seorang pemandu peribadi.Bagasi mereka dibawa oleh pegawai pengiring tersebut.Mereka terus menuju ke kenderaan khas milik Datuk Hud Razief.Sepanjang perjalanan , mereka hanya berdiam diri.
“Datuk , ada mahu melawat kawasan ke apabila sampai di kediaman ke ?.” soal pegawai pengiring tersebut.
“Saya mahu bersenam sebaik tiba di kediaman nanti.Siapkan barang keperluan saya nanti serta isteri saya punya juga.” jelas Datuk Hud Razief lalu mengeyitkan mata kepada Intan Zinirah.Tersipu malu gadis itu kerana diusik begitu.Datuk Hud Razief tersenyum nakal lalu membuang pandangan ke luar tingkap.Perjalanan yang hampir 40 minit itu akhirnya membawa mereka pulang ke kediaman juga.Pintu bahagian belakang dibuka oleh seorang pegawai yang sudah bersedia untuk menyambut kepulangan Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah.Manakal Tengku Orked Mariam sudah tercegat di hadapan pintu dengan sebuah senyuman manis.Datuk Hud Razief terus mendapatkan kakaknya itu lalu dipeluk erat.Pelukannya itu disambuy oleh Tengku Orked Mariam.
“Assalammualaikum Tengku.” ucap Intan Zinirah yang berada di belakang Datuk Hud Razief.Dia bersalaman bersama Tengku Orked Mariam lalu memeluk wanita erat bagi melepaskan rasa rindu.
“Waalaikummusalam Cik Puan.Apa khabar ? Sihat ?.” soal Tengku Orked Mariam mesra.
“Alhamdulillah , saya sihat Tengku.Kami rindukan Tengku.” luah Intan Zinirah kepada Tengku Orked Mariam.
“Rindu ke Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam sinis sambil mengecilkan matanya kepada Datuk Hud Razief.Lelaki itu juga turut tertawa sinis.
“Rindu Tengku , I rindu mahu sakat you and Tengku Melissa.” ucap Datuk Hud Razief nakal.Tengku Orked Mariam dan Intan Zinirah tertawa dengan gelagat Datuk Hud Razief itu.
“Tengku , I minta diri dulu.I mahu pergi bersenam.Nanti tak dapat buat pula.I bawa Intan sekali.” jelas Datuk Hud Razief meminta diri.Dia meraih tangan Intan Zinirah lembut lalu dibawa ke bilik untuk membuat persalinan pakaian senam.Sesampai sahaja di kamar.Mereka menuju ke ruang persalinan yang berada di satu sudut di dalam kamar.Datuk Hud Razief membuka seluruh pakaiannya dan menukar ke pakaian senam di hadapan isterinya tanpa menghiraukan rasa malu gadis itu.Selepas selesai menukar pakaian , mereka beriringan bersama menuju ke pusat latihan khas yang berada di dalam kawasan kediaman Datuk Hud Razief untuk dia bersenam.Intan Zinirah terasa bertuah memiliki seorang suami yang berbadan sasa dan sering menjaga kesihatan dengan baik.Selepas beberapa minit dia selesai menggunakan pusat latihan tersebut , Intan Zinirah mendekati suaminya.
“Hebat betul abang bersenam ?.” soal Intan Zinirah teruja.
“Mestilah abang hebat , hebat untuk isteri abang.” jelas Datuk Hud Razief megah.
“Untuk apa ?.” soal Intan Zinirah lurus.
“Untuk hebat dalam pertarungan.” ujar Datuk Hud Razief nakal.Intan Zinirah mengulingkan bebola matanya ke atas.
“Nanti cakap sakit.Kalau boleh , mahu menjerit sekali.” sindir Intan Zinirah nakal.Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling , Datuk Hud Razief terus memagut bibir Intan Zinirah kasar.Tubuh Datuk Hud Razief cuba ditolak oleh Intan Zinirah tetapi gagal.Hampir 3 minit kucupan mereka berlangsung.Akhirnya terlepas jua kerana mereka mencari nafas yang hampir hilang.
“Lain kali jangan cuba mempersendakan kebolehan abang.” ucap Datuk Hud Razief bersulamkan senyuman.
“Abang memang suka buli orang ya ? Pervert.” kutuk Intan Zinirah selamba.
“Sayang.” panggil Datuk Hud Razief lembut dan meraih tangan isterinya.Emosinya berubah romantis.Intan Zinirah terpaku.
“Sayang , abang nak tahu sesuatu daripada sayang.Sebelum ini , sayang ada rasa atau jatuh cinta pada sesiapa ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan tenang.Walaupun ada sesuatu yang bergelora di dalam hatinya.
“Kenapa abang mahu tahu ? Intan tidak pernah tanya tentang kisah abang dengan perempuan ?.” soal Intan Zinirah tenang.Walaupun dia sedikit terasa dengan soalan Datuk Hud Razief itu.
“Abang perlu tahu supaya tiada salah faham dalam hubungan kita.Sekarang hubungan kita sudah mula bermekar jadi abang mahu tahu andai kata dalam hati sayang pernah orang lain bertapak sebelum abang ?.” soal Datuk Hud Razief lembut.Intan Zinirah memandang wajah suaminya tenang.
“Adalah seorang lelaki ini pernah cuba masuk jarum.” jujur Intan Zinirah bersahaja.Meluap jiwa raga Datuk Hud Razief.
“Dia masuk meminang sayang ke ?.” soal Datuk Hud Razief tanpa bersoal jawab lagi.
“Tidak , sebab dalam hati Intan ketika itu cuma ada abang saja.” jujur Intan Zinirah tenang.Dia tertunduk malu.Pandangan tajam oleh Datuk Hud Razief dihalakan ke arah Intan Zinirah.
“Maksud sayang ? Masa kita baru kenal dekat kedai bunga itu ?.” soal Datuk Hud Razief dengan dahi yang penuh kerutan.
“Ya , dia selalu hantar orang suruh perhatikan Intan.Buat Intan rasa tidak selesa.” jelas Intan lembut.
“Kenapa sayang tidak pernah bercerita tentang perkara ini pada abang ? Abang milik sayang tahu tak ?.” bebel Datuk Hud Raizef.
“Abang marah Intan kenapa ? Abang pergilah cari orang yang ganggu Intan itu.Abang dapat saja dia , abang hentak muka dia.” jelas Intan geram.
“Abang bukan marahkan sayang , abang cuma sakit hati sebab dia ganggu sayang.” luah rasa amarah Datuk Hud Razief.
Pada malam itu , Datuk Hud Razief hanya membawa diri di kamar bacaannya tanpa menghiraukan Intan Zinirah yang duduk berseorangan tanpa hairan.Dia mengelamun mengenangkan kata-kata isterinya.Hatinya sungguh panas apabila dia mendapat tahu ada lelaki yang cuba memikat isterinya disaat pengenalan pertama mereka di kedai bunga.Wajahnya berang , mukanya merah padam.Tiba-tiba pintu diketuk.Pandangan terus dihala ke arah muka pintu.Wajah Tengku Orked Mariam tersembul memandang wajah berang Datuk Hud Razief.
“Datuk are you okay ?.” soal Tengku Orked Mariam yang ada nada kerisauan yang berbunyi di dalam tuturnya.
“No.” balas Datuk Hud Razief tegas.Tertelan liur Tengku Orked Mariam apabila mendengar nada Datuk Hud Razief yang tegas dan mendatar itu.
“Kenapa Datuk ? You ada problem ke ?.” soal Tengku Orked Mariam risau.Dia mengatur langkah mendekati Datuk Hud Razief yang sedang duduk di kerusi bacaannya.
“I baru dapat tahu yang Intan diganggu seseorang sebelum I berkahwin dengan dia.” jelas Datuk Hud Razief mendatar.Berkerut dahi Tengku Orked Mariam.Setahunya , sepanjang masa sebelum Intan Zinirah diijabkabulkan hanya dia saja yang sering bersama Intan Zinirah.
“Siapa Datuk ? Saya tidak pernah kenal sesiapa yang cuba mendekati Cik Puan.Kerana sepanjang Datuk arahkan saya untuk terus bersama Cik Puan Sehingga perkahwinan.Saya hanya turuti dan memerhati pergerakannya.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief.
“Tidak Tengku , ada sesuatu yang dia cuba cerita dan perkara ini tanpa pengetahuan kita Tengku.” jelas Datuk Hud Razief tegang.Dia bangun dan berdiri lalu mundar mandir di dalam kamar bacaannya.
“Siapa Datuk ? Tidak mungkin Cik Puan tidak menceritakan perwatakan lelaki tersebut kepada Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam mula serius.
“Ya , dia ada cerita perwatakan lelaki itu kepada I Tengku.” jelas Datuk Hud Razief mendatar.
“Macam mana gayanya Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam ingin tahu.
“Kata Intan , lelaki itu berumur.Tetapi macam I juga belum berkahwin.” jelas Datuk Hud Razief mendatar.Berkerut dahi Tengku Orked Mariam mendengar penjelasan pertama Datuk Hud Razief.
“Dia sering datang menghendap di luar kedai bunga.Dia sendiri ingin tahu pergerakan Intan sebelum berkahwin dengan I Tengku.” jelas Datuk Hud Razief berang.Tengku Orked Mariam tertawa mendengar penjelasan Datuk Hud Razief itu.
“Tengku , kenapa you ketawa ? I serius ini ?.” marah Datuk Hud Razief.Tanpa berlengah lagi , Tengku Orked Mariam bangun dari duduknya dan berdiri lalu mengatur langkah mendekati Datuk Hud Razief.
“Datuk masih belum kenal siapa yang Cik Puan maksudkan ? Saya rasa saya sudah mengenali siapa ?.” jelasnya dalam tawa kecil.
“Siapa Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief marah dan ingin tahu.Senyuman lebar terukir di bibir Tengku Orked Mariam.
“Orangnya adalah awak Datuk Hud Razief.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut.Membulat mata Datuk Hud Razief.
“Kenapa dia permainkan I Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief dengan nada yang sedikit kecewa.
“Sebab dia sendiri mahu lihat , sejauh mana fokus Datuk terhadap cinta.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut.
“Jadi I ke orang itu ?.” soal Datuk Hud Razief lemah.
“Ya Datuk , sebab dalam Malaysia ini , awak seorang sahaja yang membuat kerja gila.Jadi tidak perlu cari siapa orang itu Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam menyindir Datuk Hud Razief selamba.
“Makin hari I makin tak tentu arah setiap kali menatap wajah dia Tengku.” jelas Datuk Hud Razief tenang.Tengku Orked Mariam tersenyum lalu mendekati adik lelakinya yang sedang berdiri di satu sudut.
“Itu maknanya hati sudah jatuh cintun.” usik Tengku Orked Mariam nakal.Datuk Hud Razief tersenyum nipis dan tersipu malu.
Happy reading baby ! FY kesian pada baby FY sebab ramai yang dm cakap nak chapter 7 , FY usahakan untuk siapkan harini juga before 12 o'clock...hihi..so enjoy..maaf kalau menghancurkan jalan cerita..sebab FY curi2 menulis walaupum busy sangat harini...tq all supporters..muahh.. Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel