Setiap pasangan yang berumahtangga pasti akan ada pasang surut dia.Asam garam rumahtangga wajib ada pergaduhan.Sama ada terkawal ataupun tidak.Suasana yang membahagiakan adalah sewaktu pasangan memujuk kita apabila kita dan dia sedang menghadapi sebuah cabaran rumahtangga.Begitulah juga dengan nasib tidak baik bagi pasangan Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah.Mereka dilanda ujian , hubungan mereka goyah kerana orang ada tersalah faham antara satu sama lain.Sudah tiga hari mereka tidak bertegur antara satu sama lain.Intan Zinirah sudah pulang ke rumah selama tiga hari kerana diberi cuti oleh pihak Universiti kerana kesihatannya terjejas.Tetapi berlakunya kepulangan Intan Zinirah adalah berpunca daripada Datuk Hud Razief kerana dia telah membuat panggilan bersama pihak Universiti untuk memberi isterinya pulang ke rumah untuk menerima rawatan selanjutnya.Walaupun pihak Universiti tidak akan melepaskan pelajarnya tanpa sebab yang kukuh tetapi mereka terpaksa kerana Datuk Hud Razief telah menggunakan kuasa besarnya.
Langkah diatur menuju ke kamar di ruang bawah yang menempatkan isterinya Intan Zinirah.Ditangannya membawa sebuah dulang berisikan roti berinti telur dan secawan jus oren.Dia melangkah dengan penuh harapan untuk bertemu dengan isterinya itu kerana sudah tiga hari isterinya itu berkecil hati dengannya di atas salah faham antara mereka dan sering menangis sehingga terdengar tangisannya dari luar kamar.Sesampai sahaja dia berada di hadapan kamar.Daun pintu diketuk.
“Sayang , abang bawakan makanan ini.Sayang makan sedikit ya.” pujuk Datuk Hud Razief lembut dan tenang.Tetapi tiada sahutan daripada Intan Zinirah hanya kedengaran tangisannya sahaja.Perkara itu lebih membuatkan Datuk Hud Razief resah.Dia melepaskan sebuah keluhan kecil dan memandang sepi ke arah makanan yang sedang di pegangnya bersama dulang tersebut.
“Sayang , sudah tiga hari sayang duduk berkurung di dalam itu.Sampai bila sayang mahu marah pada abang ? Kasihanilah pada abang sayang.Abang bawa sayang balik ke rumah sebab mahu jaga sayang sakit.Tetapi sayang pula mengurungkan diri.” pujuk Datuk Hud Razief lagi.Suaranya lemah dan agak kecewa.Decitan terbit dari bibirnya.Tiba-tiba kedatangan Tengku Orked Mariam menyedarkannya.
“Datuk , sudah tiga hari saya lihat perkara ini berlarutan.Saya memang sudah nampak apa yang terjadi antara awak dan Cik Puan tetapi saya tidak mahu masuk campur hal rumahtangga orang.Tetapi hari ini adalah hari ketiga , situasi tetap sama.Izinkan saya bantu awak Datuk.Saya pujuk Cik Puan sebentar.Kalau dia buka pintu , kita masuk ke dalam bersama.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut.Dia cuba membantu Datuk Hud Razief menjernihkan keadaan.
“Cik Puan , ini saya Tengku.Boleh Cik Puan buka sebentar pintu ini.Saya mahu berbual dengan Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam perlahan.Tiada sahutan dan tangisan didengari.Suasana di dalam bilik sepi seketika.Ia membuatkan hati Datuk Hud Razief semakin resah.Riak wajahnya bertukar cuak.
“Datuk ada bersama Tengku ke ?.” soal Intan Zinirah yang ingin memastikan dia tidak bertembung bersama Datuk Hud Razief.Keluhan kecil dilepaskan oleh Datuk Hud Razief.Terbit rasa kasihan di dalam hati Tengku Orked Mariam apabila melihat Datuk Hud Razief begitu.
“Tidak Cik Puan.” tipu Tengku Orked Mariam.Perlahan tombol pintu dipulas dari arah dalam kamar lalu dibuka sedikit demi sedikit.Intan Zinirah menyembunyikan diri dibalik daun pintu.Manakala , Tengku Orked Mariam mengambil dulang yang berisi makanan tersebut daripada Datuk Hud Razief lalu mula melangkah ke dalam kamar.Tetapi di atas sikap kedegilan Datuk Hud Razief.Dia telah menerjah masuk jugaa ke dalam kamar tersebut mengikuti belakang Tengku Orked Mariam.
“Datuk , kenapa awak masuk juga ?.” soal Tengku Orked Mariam yang terperanjat melihat susuk tubuh itu sudah berada di dalam kamar itu juga.Renungan redup dihalakan ke arah Intan Zinirah oleh Datuk Hud Razief.Tetapi wanita itu hanya berdiri tegak ibarat anak kecil yang baru sahaja dimarahi bapa.Dengan gayanya itu , membuatkan jatuh rasa bersalah dan kesian oleh Datuk Hud Razief.
“Tengku , I nak bercakap dengan Intan sekejap boleh ?.” pinta Datuk Hud Razief lembut dan sopan.Tengku Orked Mariam tersenyum nipis.
“Tidak Datuk.Biar saya yang bercakap dengan Cik Puan terlebih dahulu.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.Wajah tampan Datuk Hud Razief jatuh menekur lantai.Perlahan dia bediri dan mengatur langkah mendekati isterinya Intan Zinirah yang berada di suatu sudut.Sesampai sahaja dia menghadap isterinya yang menekur lantai itu.Dahi Intan Zinirah dikucup lembut.Dia amat merindui isterinya dan mahu membuat demikian terhadap isterinya.Kemudian dia mengatur langkah lalu keluar dari kawasan kamar tersebut.
“Cik Puan mari duduk sebelah saya sebentar.” ajak Tengku Orked Mariam lembut dan mesra.Arahan diakur oleh Intan Zinirah.Dia melabuhkan punggung di sebelah Tengku Orked Mariam di hujung katil.Dulang yang berisi makanan dan minuman santapan pagi diletakkan dihadapan Intan Zinirah.
“Teruk sangat ke saya jadi seorang isteri untuk Datuk ? Saya rasa saya kejam Tengku.” luah Intan Zinirah dengan nada yang tenggelam timbul kepada Tengku Orked Mariam.Wanita itu tersenyum.
“Tidak Cik Puan.Awak tidak kejam pada sesiapa pun , tetapi hati perempuan awak menguasai diri.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.
“Saya fikir , Datuk buat semua itu sebab dia tidak mahu bagi saya sambung belajar.Tetapi saya sendiri yang salah faham dengan dia.Tengku nampak tadi masa dia kucup dahi saya ? Saya rasa terharu , bersalah dan berdosa terhadap dia Tengku.Kenapa saya tidak jadi seorang yang matang ? Kesian Datuk.” luah Intan Zinirah sayu dalam linangan airmata.
“Datuk itu terlalu sayangkan Cik Puan.Sebab itu dia buat kerja yang tidak septutnya tanpa berfikir panjang.Semuanya demi Cik Puan.Dia terlalu takut dan risau sehingga menjejaskan kewarasan dan emosi dia sendiri Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam.
“Tetapi Cik Puan , saya mahu terangkan sedikit tentang hubungan kepada Cik Puan.Apa yang Datuk buat itu adalah sebuah kesilapan dan apa yang Cik Puan balas dengan mogok terhadap Datuk juga sebuah kesilapan.Sepatutnya salah seorang perlu mengalah dan memohon maaf.Tetapi saya nampak effort Datuk untuk memujuk Cik Puan itu tinggi.Malangnya Cik Puan menjual mahal kepada Datuk.Apa yang saya cakap ini bukan saya mahu membela Datuk sebab dia adik saya.Dia tidak layak langsung dibela dengan cara begitu.Tetapi saya mahu menyedarkan kepada Cik Puan.Mungkin Cik Puan nampak juga yang Datuk masih mampu bertenang walaupun Cik Puan sudah melakukan mogok terhadap beliau.Saya tidak rasa yang suami orang lain akan membuat demikian seperti Datuk.Tetapi semua itu berlaku kerana dia sering menimba imu demi hubungan.Dia memberi semangat yang tinggi untuk menimba ilmu tentang hubungan.Saya harap Cik Puan mampu memaafkan Datuk di atas kekhilafan beliau dan berbincanglah dengan cara baik.Beri dia peluang kedua kerana semua orang layak menerima sehingga peluang ketiga.” jelas Tengku Orked Mariam yang sangat lembut tutur katanya terhadap Intan Zinirah.
“Teruk betul saya jadi seorang isteri.Apalah nasib malang Datuk dapat isteri seperti saya ini Tengku ?.” soal Intan Zinirah yang sering menyalahkan dirinya sendiri.Airmatanya gugur jatuh ke lantai.Esakan kecil kedengaran.Tengku Orked Mariam melepaskan keluhan kecil.
“Cik Puan , awak adalah isteri yang baik buat Datuk.Asam garam rumahtangga adalah pertelingkahan yang berlaku.Tidak lengkap hidup sebuah pasangan suami isteri jika tiada pertelingkahan yang berlaku.Cuma kita perlu pandai mengawal emosi dan keadaan.Insyaallah semuanya akan menjadi yang baik sahaja.Datuk sudah berumur.Cik Puan pula masih muda.Jadi perkara itu tidak stabil di dalam relationship awak berdua.Insyaallah apa yang saya rasa boleh dan perlu bantu saya akan bantu.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.
“Terima kasih Tengku kerana sentiasa menasihati kami tentang hubungan suami isteri.” ucap Intan Zinirah sayu lalu memeluk erat tubuh Tengku Orked Mariam.
“Insyaallah Cik Puan.Jika saya rasa perlu saya campur tangan dalam urusan Datuk dan juga Cik Puan.Segera akan saya membantu.Tetapi jika sebaliknya , saya harap Cik Puan dan Datuk lebih matang menyelesaikan masalah.Kerana ini urusan rumahtangga.Jadi memang tidak patut sangat orang luar seperti saya ini masuk campur.Sebab itu , saya minta Datuk membawa Cik Puan pindah ke kediaman lain untuk ada privasi dalam hubungan.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut.
“Nanti Cik Puan makanlah santapan yang Datuk sediakan ini.Dia sendiri yang buatkan khas untuk Cik Puan.Walaupun Cik Puan masih tidak mahu bertegur dengan dia , tetapi mungkin ada sedikit bahagia dia rasa apabila Cik Puan makan apa yang dia sediakan untuk isteri yang dia sayangi ini.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.Dia terus mengatur langkah menuju ke pintu dan keluar dari ruang kamar.Sebaik daun pintu ditutup semula.Pecah tangisan Intan Zinirah apabila mengenangkan egonya terhadap Datuk Hud Razief.Airmata diseka lembut.Sewaktu makanan tersebut sudah mendarat di dalam mulutnya , airmatanya mengalir laju.Rasa bersalah dan berdosa menghurung jiwanya.
Pada waktu petang yang hening.Datuk Hud Razief telah membawa diri dan hatinya yang lara ke sebuah tempat yang menenangkan di dalam kawasan kediamannya juga.Dia melabuhkan punggung di atas sebuah pangkin yang dibuat khas di dalam Taman Flora yang dimiliki oleh Tengku Orked Mariam tersebut.Pandangannya sepi terhadap bunga yang segar dan mekar itu.Fikirannya melayang mengenangkan hubungannya bersama Intan Zinirah yang sedang tegang.Tiba-tiba , ada tangan yang menyentuh bahunya.Wajah ditolehkan ke sisi.Tengku Orked Mariam mengukirnkan sebuah senyuman yang manis kepada Datuk Hud Razief.Senyuman Tengku Orked Mariam dibalas dengan segaris senyuman oleh Datuk Hud Razief.Punggung turut dilabuhkan bersebelahan adik lelakinya itu.
“Jauh termenung Datuk ? Sedang memikirkan masa hadapan ke ?.” usik Tengku Orked Mariam yang mengulangi kata-kata Datuk Hud Razief sewaktu dia mahu berkahwin bersama Intan Zinirah.Dengusan sinis kedengaran perlahan dari Datuk Hud Razief.
“Masa hadapan apa Tengku ? Belum apa-apa lagi I sudah tersilap langkah.Macam mana kalau berpindah nanti ? I terlalu risaukan keadaan dia sehingga perkara baik itu memakan diri I semula.” jelas Datuk Hud Razief sayu.Wajahnya menekur ke tanah.
“Sabar Datuk , allah ada dengan awak.Insyaallah , nanti Cik Puan okaylah.Saya harap Datuk dapat berfikir dengan lebih matang selepas ini supaya tidak berlaku salah faham antara awak dan Cik Puan.Dia masih muda , jadi tidak banyak sedikit kita perlu mengikut emosi dia yang terganggu itu.” jelas Tengku Orked Mariam.
“Kenapa Datuk tidak kirimkan ubat sahaja buat Cik Puan.Tidak pasal , hubungan awak dan dia goyah kerana awak ambil dia untuk pulang ke rumah.Mungkin ada sesuatu yang srdang membuatkan hati dia seronok di Universiti ? Dia pelajar , jadi dia akan merasa keseronokkan suasana di Universiti secara mendalam.Jadi bila Datuk bertindak untuk membawa Cik Puan tanpa pengetahuan dia , dia akan lebih rasa terkonkong.Manakala , Datuk menggunakan kuasa veto Datuk.Salah sangat cara Datuk walaupun niat Datuk baik demi isteri tercinta.” jelas Tengku Orked Mariam.
“Tidak pasal , Datuk sudah membuat Cik Puan merajuk.Sedangkan niat Datuk mahu beri yang terbaik.” ujar Tengku Orked Mariam dalam tawa kecilnya dengan sikap Datuk Hud Razief.
“Macam mana I nak pujuk dia Tengku ? Give me idea , please.” pinta Datuk Hud Razief lemah.
“Bawa ke tempat kesukaan dia ataupun belikan sesuatu yang membuat dia jatuh cinta pada Datuk.Kerana Datuk menunjukkan effort untuk pulihkan hubungan Datuk dan Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam yang memberi cadangan kepada Datuk Hud Razief.
“I tidak tahu Intan suka apa ?.” jujur Datuk Hud Razief kepada Tengku Orked Mariam.Terlopong wanita itu mendengar penjelasan Datuk Hud Razief itu.
“Datuk !.” seru Tengku Orked Mariam seolah tidak percaya dengan penyataan Datuk Hud Razief itu.
“Awak berkahwin tetapi tidak menyelami hati isteri awak Datuk ? Ya allah , kalaulah Cik Puan tahu yang awak tidak ambil tahu apa yang disukainya pasti makin panjang sesi merajuk dia itu.Patutlah setiap kali awak mahu beri kejutan , pasti awak sediakan semewah-mewahnya buat Cik Puan.Sebab awak tidak tahu tentang isi hati dia.” ujar Tengku Orked Mariam.
“I tidak pandai mahu selam hati dan perasaan ini.I rasa buang masa.Yang penting kita sudah lakukan yang terbaik buat pasangan.” jelas Datuk Hud Razief yang membangkan penyataan Tengku Orked Mariam itu.
“Datuk , hubungan cinta ini ibarat garam tahu ? Jika Datuk pandai bermain dengan hati , perasaan dan emosi maka cukuplah rasa cinta di dalam hubungan.Tetapi jika cinta , kasih dan sayang yang Datuk taburkan tidak mengikut kuantiti yang secukupnya maka makin lama ia akan makin pahit dan hilang rasa yang menaikkan irama cinta Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam.
“Tengku , you memang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel ke ? Sebab kata-kata you selalu I ibaratkan sedang membaca novel.Memang hebat !.” puji Datuk Hud Razief selamba.Mata Tengku Orked Mariam di kecilkan merenung tajam ke arah Datuk Hud Razief.
“Saya beri nasihat tetapi awak berfikir ke arah lain ya Datuk ? Awak punya masalah pun apa kurangnya ? Hebat macam masalah negara.” kutuk Tengku Orked Mariam selamba.Datuk Hud Razief tersenyum nakal.
“Datuk adalah kegilaan ramai wanita di luar sana.Jadi gunakan kehebatan Datuk untuk pikat hati Cik Puan Intan Zinirah supaya dia lebih terpaut pada Datuk sahaja.Jangan lepaskan genggaman cinta Datuk bersamanya.Hidup saya hancur kerana cinta.Saya bercinta dan bertepuk sebelah tangan.Saya tidak dapat nafikan juga yang saya masih sayangkan dia.Saya tahu dia seorang yang setia tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak mengolah cinta yang sedia terbina.Setiap waktu saya berdoa supaya allah kembalikan dia kepada saya Datuk.” luah Tengku Orked Mariam sayu.Hatinya dipukul rasa rindu yang mendalam.Matanya dipejamkan rapat.Airmatanya mengalir laju.Tertunduk Datuk Hud Razief apabila melihat kakak kesayangannya itu bersedih di hadapannya.
“Masa I lihat dia pergi tinggalkan you , itulah kali pertama I lihat you menangis kerana ditinggalkan.Walaupun dia lepaskan you dengan cara yang baik , you still harapkan kasih dan cinta daripada dia.You memang seorang yang setia Tengku.I harap you dijodohkan kembali dengan dia.” jelas Datuk Hud Razief sayu.Dia mendekati Tengku Orked Mariam yang sedang bersedih.Tubuh kakaknya itu dipeluk erat.
“I tahu you kuat Tengku kerana you punya kekuatan itu selalu you kongsi bersama I.Tanpa you dalam hidup I , I tidak mungkin bertemu dengan Intan pada hari ini.Tanpa you , mungkin I tidak kuat untuk menempuh ujian rumahtangga bersama Intan.” luah Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Saya minta diri dulu.” pinta Tengku Orked Mariam sayu.Langkah dibuka lalu menuju ke dalam kediaman.Datuk Hud Razief hanya memandang sepi ke arah langkah kakaknya Tengku Orked Mariam itu.
Datuk Hud Razief memasuki ke kamarnya lewat sedikit kerana dia mahu memastikan isterinya sudah beradu terlebih dahulu.Dia tidak mahu situasi tegang berlaku pada waktu lewat malam begini.Langkah diatur dan menaiki anak tangga untuk menuju ke kamar.Sesampai sahaja dia di anak tangga yang teratas , langkah menuju ke laluan kanan untuk ke kamarnya.Tombol pintu dibuka.Langkah diatur melangkah ke dalam kamar.Terkedu Datuk Hud Razief apabila melihat isterinya Intan Zinirah sedang berdiri tegak menghadap luar tingkap dalam keadaan berpeluk tubuh.Datuk Hud Razief menelan liur kesat.Dia mendekati beberapa tapak di belakang isterinya itu.
“Sayang tidak tidur lagi ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan agak mesra.Tiada sahutan daripada Intan Zinirah.
“Sayang , abang tahu abang buat perkara yang memalukan sayang dan pihak Universiti.Abang minta maaf.Abang janji abang tidak akan berbuat demikian lagi.” janji Datuk Hud Razief bersungguh sehingga mengangkat tangannya seperti mahu berikrar.
“Sayang janganlah merajuk macam ini.I need you darling.Abang rasa hidup abang gelap bila sayang tidak mahu berbual dengan abang.Sayang tolong jangan buat abang macam ini.” pinta Datuk Hud Razief sekali lagi.Jarak didekatkan dan tepat kini dia berada di belakang tubuh isterinya.Bahu isterinya itu disentuh lembut.Kepala Intan Zinirah dikucup dari arah belakang.Dia menghidu bau wangian isterinya di leher jinjang wanita itu.Intan Zinirah mengeliat kecil kerana terasa geli.Tiba-tiba dia terdengar bunyi esakan kecil dari isterinya.
“Sayang !.” panggil Datuk Hud Razief lembut dan memusingkan tubuh isterinya itu supaya menghadapnya.Sebaik sahaja Intan Zinirah menghadap suaminya , wajahnya disembamkan didada Datuk Hud Razief.Tangisannya pecah memenuhi ruangan kamar.Datuk Hud Razief berkerut dahi melihat situasi tersebut.Perlahan-lahan wajahnya diangkat lalu menatap wajah tampan Datuk Hud Razief.
“Intan yang tidak berfikir habis.Intan yang salah sebab terus menghukum abang.Maafkan Intan abang.Intan sayangkan abang.Intan mahukan kebahagiaan bersama abang.Jika Intan silap , tolong tegur dan tegakkan Intan untuk menuju ke landasan yang benar abang.Intan tidak mahu kehilangan abang disebabkan ego Intan.” luah Intan Zinirah dalam tangisan.Datuk Hud Razief memeiuk isterinya itu dengan erat.Wajahnya terserlah sebuah gambaran yang sangat bahagia.Bibirnya terukir sebuah senyuman yang cukup lebar.Dahi dan ubun-ubun isterinya dikucup lembut.
“Kalau sayang salah , abang pun salah juga.Kita sama-sama salah.” ucap Datuk Hud Razief lembut.Mereka berpelukan seketika.Rasa bahagia dan cinta memukul hati mereka sekali lagi.Perjalanan di dalam kehidupan rumahtangga tidak pernah indah jika tiada pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain.Kerana ia adalah cukup rasa dan asam garam rumahtangga.Tanpa situasi tersebut , siapalah pasangan bahagia pada hari ini.
Happy reading baby readers ! Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel