Suasana yang meriah di kampung halaman yang indah pada hari ini , telah menjadi saksi ikatan cinta buat kali kedua oleh pasangan sehidup semati Tengku Orked Mariam dan Hazim Iqbal.Mereka sudah sah menjadi suami isteri.Hazim Iqbal yang sedang menadahkan tangannya untuk berdoa itu , sesekali mengerling ke arah isterinya yang berada di sisinya.Sesuatu rasa di dalam hati yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata telah menghurung jiwanya.Doa yang dibaca sudah selesai dan diaminkan.Sesi majli batal air sembahyang kini bakal berlangsung.Cincin di dalam sebuah kotak hiasan yang terletak di atas meja diambil dan dihulurkan ke jari manis Tengku Orked Maria.Cincing disarungkan oleh Hazim Iqbal ke jari manis yang halus isterinya Tengku Orked Mariam itu.Tangan suaminya Hazim Iqbal pula dikucup lembut oleh Tengku Orked Mariam.Manakala , dahi luas Tengku Orked Mariam turut dibalas dengan kucupan lembut.Mereka tersenyum.Pernikahan yang ringkas dan berlangsung di pejabat agama itu sudah pun selesai akhirnya.Mereka kini beriringan untuk pulang ke rumah.Tengku Orked Mariam pada hari ini juga akan kota untuk bertemu dengan anak buahnya Syifa.Semasa berjalan beriringan , pegangan tangan Tengku Orked Mariam dan suaminya Hazim Iqbal tidak terlerai.Pegangan mereka utuh sama seperti utuhnya kisah cinta mereka.Sesampai sahaja mereka di tapak parkir kereta , pintu dibuka buat Tengku Orked Mariam oleh suaminya Hazim Iqbal.Kemudian dia turut masuk ke dalam isi perut kereta juga.
“Terima kasih sayang , sebab sudi jadi isteri saya.Saya berjanji akan jaga awak sehingga akhir hayat saya dengan kesetiaan dan kudrat saya.” ucap Hazim Iqbal romantis.Tangan isterinya Tengku Orked Mariam diraih dan dikucup lembut.Tengku Orked Mariam tersenyum manis.
“Sama-sama , saya janji akan jadi isteri yang terbaik dan solehah untuk suami saya.Semoga hubungan kita yang kali kedua ini kekal hingga ke syurga.Amin.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan mendayu.Pipi kanan Tengku Orked Mariam dikucup lembut oleh suaminya Hazim Iqbal.Mereka merenung mata antara satu sama lain.Perasaan yang sedang bertapak di hati mereka sukar untuk digambarkan.Hanya mereka dan allah saja yang tahu betapa hebatnya perasaan yang mereka rasa ketika ini.
“Boleh saya tahu , kenapa awak mahu ke Kuala Lumpur pada hari ini ? Ada urusan yang terlalu penting ke ?.” soal Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam dengan nada yang lembut.
“Ya , saya ada perkara penting yang perlu saya selesaikan.” jelas Tengku Orked Mariam mendatar.Hatinya tiba-tiba rasa sakit mengenangkan perbuatan Syifa kepada adik iparnya Intan Zinirah dengan perlakuan keji itu.
“Saya teman awak ya sayang.” ujar Hazim Iqbal lembut dan penuh pengharapan.Pandangan Tengku Orked Mariam terus dihalakan kepada suaminya Hazim Iqbal.
“Awak tidak buka bengkel ke esok ? Mana tahu ada kereta yang rosak dan perlukan bantuan awak ? Dapat juga pendapatan untuk kita.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Manakala , suaminya Hazim Iqbal hanya tersenyum dengan penjelasan isterinya Tengku Orked Mariam itu.
“Saya yakin , tidak rugi kalau saya tutup bengkel satu hari kerana rezeki saya sudah ada depan mata.Bila-bila masa sahaja allah akan limpahkan rezeki saya.” ucap Hazim Iqbal lembut dan mendayu.Tengku Orked Mariam tersenyum dengan penyataan suaminya itu.Dia seakan terharu dengan ucapan islamik suaminya itu.Lelaki itu benar sudah berubah.Tangannya naik merayap di wajah suaminya Hazim Iqbal.
“Sudah , mari kita balik kemas barang.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.Kereta mula diundur untuk keluar dari petak kawasan parkir kereta.Perjalanan yang hampir 30 minit itu menemani mereka dengan pandangan sawah padi yang luas terbentang di sebelah kiri dan kanan.Akhirnya mereka selamat tiba di rumah Datuk Hud Razief.Kereta yang dipandu Hazim Iqbal diparkir di hadapan laman rumah itu.Mereka berdua keluar daripada isi perut kereta.Langkah diatur bersama menuju ke dalam kediaman.
“Assalammualaikum.” ucap Tengku Orked Mariam memberi salam kepada Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah yang sedang menonton televisyen bersama.Intan Zinirah terus berlari ke arah Tengku Orked Mariam yang sedang mengatur langkah menuju ke arah mereka itu.Tubuh Tengku Orked Mariam di peluk erat.
“Congrats Tengku , semoga Tengku berbahagia dengan kehidupan yang baharu.” ucap Intan Zinirah lembut dan manja.Tengku Orked Mariam tersenyum dan menyambut pelukan adik iparnya Intan Zinirah itu dengan lebih erat.
“Thank you Darling.” ucap Tengku Orked Mariam kepada Intan Zinirah lembut.Datuk Hud Razief turut berdiri bersama untuk menyambut kepulangan kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Tahniah Tengku and Hazim , hope you guys happy and kekal hingga ke syurga.I already miss you after this Tengku.I love you sister.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan memeluk tubuh Tengku Orked Mariam.Mengalir airmata mereka saat berpelukan itu , Intan Zinirah dan Hazim Iqbal yang menjadi pemerhati itu hanya melihat dan tersenyum.Betapa eratnya kasih sayang antara mereka.Hari ini kedua-dua mereka sudah pun mempunyai kehidupan masing-masing.
“Tahniah Hazim , semoga kau boleh jaga kakak aku dengan baik.” ucap Datuk Hud Razief sebak.
“Insyaallah , aku akan jaga isteri aku baik-baik.” jelas Hazim Iqbal kepada Datuk Hud Razief.Mereka turut bersalaman dan berpelukan.
“Intan ada masak untuk Tengku dengan Encik Hazim.” jelas Intan Zinirah mencelah dan memecah sunyi yang berada di dalam suasana hiba itu.Mereka mengatur langkah menuju ke dapur bersama.Sesampai sahaja di dapur , makanan dan nasi dihidangkan di dalam bekas.Santapan telah dimulakan bagi menyambut ahli keluarga mereka iaitu Hazim Iqbal.Suasana tenang dan ceria.Hazim Iqbal dan Datuk Hud Razief rancak berbual.Manakala Intan Zinirah dan Tengku Orked Mariam hanya menjadi pemerhati dan hanya tersenyum melihat keceriaan suami mereka berdua.
Pada malam yang indah di kawasan perkampungan itu , suara anak-anak kecil bergema seluruh kawasan pelosok rumah dengan kemeriahan.Bagai hendak menyambut hari raya.Manakala suasana di rumah Datuk Hud Razief pula agak kesunyian kerana kekurangan penghuni dan tiada kanak-kanak yang meriuhkan suasana.Penghuni di dalam rumah tersebut hanya membuat hal masing-masing jika tiada sesi berkumpul bersama ahli keluarga.Datuk Hud Razief mendekati isterinya Intan Zinirah yang sedang menyiapkan segala tugasan diberi melalui atas talian oleh pensyarahnya.Datuk Hud Razief mendekati isterinya dan menyentuh kedua-dua bahu Intan Zinirah.Kemudian tangannya yang kekar mengurut lembut bahu isterinya itu.Intan Zinirah rasa terbuai dan memejamkan matanya seketika.Senyuman segaris terukir di bibir mungilnya.Wajah didongakkan ke atas menghadap wajah tampan Datuk Hud Razief.Sekilas kucupan lembut hinggap di dahi luas Intan Zinirah.Mereka tersenyum bersama.
“Rajin sangat isteri abang ini buat tugasan ? Buang masa saja sayang , lebih baik layan abang.Dapat pahala.” usik Datuk Hud Razief selamba.Kerusi yang berada di sebelah isterinya Intan Zinirah ditarik dan dialihkan lebih dekat.Punggung dilabuhkan lalu memaut bahu isterinya Intan Zinirah lembut supaya lebih dekat dengannya.
“Buat tugasan pun dapat pahala abang.Sebab Intan tidak membazir duit abang yang susah payah hantar Intan pergi sambung belajar.” jelas Intan Zinirah lembut dan manja.Datuk Hud Razief mengucup dahi isterinya Intan Zinirah dengan lembut.
“Abang tahu isteri abang ini budak baik , abang bangga dapat sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan mesra.
“Kadang-kadang Intan tidak tahu hendak berbual apa dengan abang ?.” jelas Intan Zinirah lembut.Kepalanya diusap lembut oleh Datuk Hud Razief.
“Kita banyak perkara yang harus dibincangkan dan boleh dibualkan.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang.Intan Zinirah diam seketika.Ada sesuatu yang berlegar di dalam fikirannya.
“Kalau Intan hendak bertanya sesuatu kepada abang boleh ?.” soal Intan Zinirah tenang.Datuk Hud Razief tersenyum.
“Boleh sayang.Apa yang sayang hendak bertanya kepada abang ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan romantis.Intan Zinirah menarik nafas sedalamnya.
“Kalau Intan izinkan abang berkahwin lagi , abang sudi untuk madukan Intan ?.” soal Intan Zinirah sekali lafaz.Kemudian wajahnya menekur ke lantai.Dia takut akan dimarahi suaminya Datuk Hud Razief kerana bertanyakan soalan yang sungguh sensitif di dalam hubungan rumahtangga.Apatah lagi dia yang memulakan soalan tersebut.Tiba-tiba , dia terasa dagunya disentuh lembut kemudian wajahnya semakin menaik dan tepat memandang wajah tenang dan tampan Datuk Hud Razief.Lelaki itu tersenyum sahaja.Berkerut dahi Intan Zinirah.
“Kenapa abang senyum ? Abang tidak marahkan Intan ke ?.” soal Intan Zinirah lembut dan sedikit pelik.
“Buat apa abang hendak marah sayang ? Soalan itu memang ditunggu-tunggu oleh semua lelaki.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan tersenyum.Hancur hati Intan Zinirah , rupanya suaminya juga ada menyimpan hasrat untuk memadukannya juga.Air jernih sudah berkaca di kolam mata.Hanya ditahan supaya tidak pecah permata itu.Hatinya menjadi sebak serta merta.Datuk Hud Razief meraih tangan isterinya lembut dan mengucup.
“Tetapi abang juga hendak bertanya kepada sayang ?.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah yang kini hanya berdiam diri sahaja.Dia hanya mengangguk kepada suaminya.
“Sayang kuat untuk bermadu ? Sayang mampu berkongsi kasih sayang dengan orang lain ? Sedangkan selama ini abang milik sayang seorang , tiba-tiba sayang perlu berkongsi segalanya dengan orang lain.Sayang sanggup ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinira bagi ingin memastikan tentang kekuatan isterinya itu di tahap yang mana.Terkedu Intan Zinirah apbila menerima soalan tersebut daripada suaminya Datuk Hud Razief.Dia tidak tahu hendak berkata apa.Dia sendiri tidak berfikir panjang dan terus sahaja membuatkan keputusan.Nafas ditarik sedalamnya kemudian dilepaskan perlahan-lahan.
“Kalau sayang perlu korbankan nyawa untuk abang , sayang akan korbankan juga.Sayang sanggup untuk abang.” jelas Intan Zinirah sayu dan lembut.Dia menikam anak mata Datuk Hud Razief lembut.Suaminya Datuk Hud Razief hanya tersenyum sahaja.Kini dia berpeluk tubuh pula.Tubuhnya disandarkan pada kerusi yang di duduknya itu.Wajah ayu isterinya Intan Zinirah ditatap lembut.
“Sayang boleh tengok abang menduakan sayang dengan sengaja ? Kalau kata abang lebih sayangkan isteri kedua abang , sayang boleh terima ?.” soal Datuk Hud Razief tenang dan lembut.Dia sengaja mahu menguji hati isterinya dengan kata-kata yang bakal membunuh rasa hati isterinya untuk menerima seseorang menjadi madunya.
“Itu adalah lumrah kita sebagai manusia abang.Suka atau tidak allah sudah tentukan.” jelas Intan Zinirah tenang.Datuk Hud Razief tenang dan tersenyum sinis.
“Kalau sayang izinkan abang berkahwin empat sekalipun , abang akan setia pada sayang seorang saja.” jelas Datuk Hud Razief dengan penuh rasa ketulusan hati.Akhirnya pecah tangisan Intan Zinirah.Sering dia menahan rasa sebak itu akhirnya diakhiri dengan tangisan yang amat memilukan hatinya.Sungguh dia tidak menyangka bahawa suaminya Datuk Hud Razief benar seorang yang setia kepadanya sahaja.Tubuh suaminya Datuk Hud Razief dipeluk erat lalu dia melepaskan tangisan di bahu lelaki itu.
“Intan minta maaf abang , Intan tidak patut tanyakan soalan begitu kepada abang.Intan Cuma hendak abang lebih bahagia bila ada pewaris.” ucap Intan Zinirah di dalam tangisan dan pelukan suaminya Datuk Hud Razief dengan erat.Mata Datuk Hud Razief terpejam seketika.Airmatanya turut mengalir.Tubuh isterinya yang dipeluk itu dilepaskan perlahan.
“Abang memang sedang bahagia dengan sayang , untuk apa abang cari kebahagiaan yang lain ? Abang tahu , jika ada zuriat hubungan suami isteri akan lebih kukuh.Tetapi abang sudah cukup bahagia sekarang sayang.Hidup abang sekarang lebih bermakna selepas kehadiran sayang.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang.
“Sayang minta abang berkahwin dengan calon pilihan sayang sekalipun , hati abang hanya untuk Intan Zinirah seorang bukan wanita lain.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut.Dahi isterinya Intan Zinirah dikucup lembut dengan penuh kasih.Airmatanya mengalir deras.
“Abang harap , topik begini tidak akan dibangkitkan lagi di dalam rumahatangga kita.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.
“Baik abang , Intan sekali lagi minta maaf kepada abang.” ucap Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia bangun dari kerusinya dan duduk di atas riba suaminya Datuk Hud Razief.Pelukan mereka semakin erat.Tiba-tiba ada sebuah suara berdehem di belakang mereka.Keduanya menoleh kepada pemilik suara.Wajah dan tubuh Tengku Orked Mariam sedang berdiri tegak memandang mereka.
“Boleh saya hendak berbual dengan Datuk seketika Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut kepada Intan Zinirah yang masih di atas riba suaminya.
“Boleh Tengku , saya masuk ke kamar dahulu ya.” jelas Intan Zinirah kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Kemudian dia mengatur langkah menuju ke kamarnya.Tempat duduk kosong yang bersebelahan Datuk Hud Razief itu diambil oleh Tengku Orked Mariam.Punggung dilabuhkan di sebelah adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Sebenarnya , saya sudah terdengar perbualan serta tangisan Cik Puan sebentar tadi.Kenapa Datuk tolak pelawaan Cik Puan ? Bukan mudah seorang lelaki hendak berkahwin dua dengan tenang dan senang.” jelas Tengku Orked Mariam yang ingin menduga adik lelakinya Datuk Hud Razief itu tentang keutuhan hati dan cintanya terhadap Intan Zinirah.
“Sebab I tidak mahu menyakiti hati perempuan dia Tengku.Pada masa yang sama , I juga mahu jadi seorang yang setia pada yang satu.” jelas Datuk Hud Razief dengan lembut dan tenang.
“Jawapan awak tidak kukuh Datuk.” ujar Tengku Orked Mariam tenang dan lembut kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Lelaki itu berkerut dahi.
“Apa yang tidak kukuh ?.” soal Datuk Hud Razief pelik kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Apa yang sebenarnya berlaku ? Saya tahu ada sesuatu yang tersirat di dalam hati awak Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan berani.Datuk Hud Razief merenung seketika wajah kakaknya Tengku Orked Mariam itu.Akhirnya keluhan dilepaskan perlahan.
“Ya , I pernah terpasang niat untuk berkahwin seorang lagi.Bohong kalau I kata , I tidak ingin zuriat langsung.Every night sebelum tidur , I akan lihat foto baby.” ucapannya terhenti kerana menahan sebak yang tiba-tiba menghurung jiwanya.
“Tetapi sebelum I buat apa-apa keputusan , I akan fikir tentang Intan terlebih dahulu.I akan fikir pengorbanan dia yang sudi menjadi isteri I di usia dia masih muda.I tidak patut khianat dia , tetapi dalam masa yang sama.I mahukan baby juga.Tetapi I tahu , allah sudah susunkan yang terbaik buat I Tengku.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan sebak.Airmatanya yang mengalir deras diseka lembut.Tengku Orked Mariam terharu mendengar luahan hati adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Awak seorang suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.Saya bangga ada adik seperti awak Datuk.Tetapi awak masih ada inisiatif lain Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.
“I tahu you cuba maksudkan apa Tengku.Anak angkat ? I tidak mahu mengambil risiko dengan mengambil anak angkat.Susah kalau kita sudah sayang , mereka masih ada pewaris.I mahu zuriat I sendiri tetapi I tahu I tidak akan dapat di dunia ini.I akan terus bersabar menunggu di akhirat nanti.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan tenang.Tangan kekarnya disentuh lembut oleh kakaknya Tengku Orked Mariam.
Selepas selesai berbual bersama Tengku Orked Mariam , perbualan mereka diakhiri dengan ucapan selamat malam.Datuk Hud Razief mengatur langkah menuju ke kamarnya.Pintu dibuka dan dia melangkah masuk ke dalam , kelihatan tubuh isterinya sudah terbaring di atas tilam dan sudah pun melelapkan mata.Perlahan-lahan Datuk Hud Razief berjalan ke sebelah kiri katil dan dia melabuhkan punggung di atas katil.Baju lengan panjangnya dibuka dan dicampakkan ke hujung katil.Tiba-tiba Intan Zinirah bangun dari pembaringannya dan duduk nenghadap suaminya Datuk Hud Razief.Terkejut lelaki itu apabila melihat isterinya Intan Zinirah kini duduk menghadapnya dengan pandangan yang segar.
“Abang fikir sayang sudah tidur ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Tanpa membalas soalan suaminya itu , Intan Zinirah berganjak sedikit mendekati suaminya Datuk Hud Razief dan mendaratkan kepalanya di dada bidang lelaki itu yang sudah pun terdedah.
“Intan tidak boleh lelapkan mata.” jelas Intan Zinirah sayu.Datuk Hud Razief hanya tersenyum dengan telatah manja isterinya Intan Zinirah itu.
“Kenapa pula tidak boleh lena ? Abang ada dekat dengan sayang sekarang ini ? Kalau jauh itu lain cerita.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.
“Intan rasa bersalah dengan apa yang Intan sudah cakap tadi kepada abang.Sepatutnya Intan tidak perlu mulakan perkara itu dengan abang.” luah Intan Zinirah tentang rasa di hatinya yang dihurung rasa bersalah kepada Datuk Hud Razief dengan sayu.Manakala , Datuk Hud Razief hanya mengucup dahi isterinya dengan lembut.
“Sayang tidak perlu rasa bersalah , anggaplah yang allah juga mahu neguji tahap kehebatan sayang sebagai seorang isteri dan wanita yang kuat serta cekal.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan lemah lembut.Dia membaringkan tubuhnya di posisi yang betul serta kepala isterinya Intan Zinirah diletakkan di atas dada bidangnya yang terdedah.
“Tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita berduaan sayang , kita hargailah masa yang ada ini dengan sebaik yang mungkin.” ucap Datuk Hud Razief tenang dan romantis.Mereka akhirnya dibuai mimpi bersama.
happy reading baby ! muah . Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel