SKZ (22)

Romance Completed 109187

IMBAS KEMBALI...

Tengku Hud Razief pada hari ini telah terjaga dari lenanya lebih awal daripada selalu.Dia bangun dari pembaringannya.Telefon bimbit diambil dan dilihat jika dia menerima pesanan atau panggilan yang dia tidak sedar.Selepas memastikan tidak ada , dia turun dari katilnya dan menuju ke tempat penyidai tuala dan mencapai tuala mandinya lalu melangkah masuk ke dalam kamar mandi.Air pancuran dibuka dan dia berdiri bawah air pancuran.Selepas beberapa minit dia membersihkan badan.Akhirnya Tengku Hud Razief keluar daripada kamar mandi.Baju berwarna biru laut dipadankan bersama seluar kain berwarna hitam.Wangian jenama ‘BOSS’ dibuat semburannya di tiga tempat berlainan di tubuhnya yang berlapikkan pakaian.Rambut disisir rapi dan aksesori dipakai di pergelangan tangan.Langkahnya kini dibuka menuju ke tingkat bawah untuk bersantapan pagi bersama ibu dan bapanya.Selepas selamat tiba di ruangan makan kelihatan Tengku Orked Mariam serta Tengku Marina sedang bersantapan bersama ibu dan bapanya.Dia turut menyertai mereka berempat di meja santapan.

“Hud , bila kamu hendak berkahwin ? Umur sudah makin meningkat ?.” soal Tengku Hud Razi kepada anak lelakinya Tengku Hud Razief.Santapan diteruskan oleh anak lelakinya Tengku Hud Razief tanpa menghiraukan pertanyaan bapanya Tengku Hud Razi.

“Abah , Hud masih belum bersedia lagi untuk berumahtangga.” jelas Tengku Hud Razief kepada bapanya Tengku Hud Razi.

“Hud , sampai bila kamu hendak hidup begini ? Bercampur dengan rakan yang bukan-bukan.Abah risau akan perjalanan hidup kamu yang tidak tentu arah itu nanti Hud.” jelas Tengku Hud Razi kepada anak lelakinya Tengku Hud Razief.

“Abah tunggu sajalah Khuzairi yang berumahtangga.Pasti dia akan bagi pakej cucu sekali untuk abah.” gurau dan sakat Tengku Hud Razief kepada bapanya Tengku Hud Razi.

“Pandailah kamu bercakap , abah suruh kamu bukan Khuzairi.Adik kamu itu kecil lagi.Entah-entah , tidak sempat abah melihat dia berumahtangga , abah pun sudah pergi dahulu.” jelas Tengku Hud Razi sayu.Tengku Orked Mariam memandang sayu ke arah bapanya Tengku Hud Razi itu.

“Kahwinlah Hud , boleh ibu merasa timang cucu.” sampuk Tengku Zahariah kepada anak lelakinya Tengku Hud Razief serta suaminya Tengku Hud Razi.

“Hud tiada calon ibu.Bagaimana hendak berumahtangga ?.” soal Tengku Hud Razief kepada ibunya Tengku Zahariah.

“Nanti ibu tolong carikan.” jelas Tengku Zahariah kepada anak lelakinya Tengku Hud Razief itu.

“Tidak perlu ibu , calon ibu semuanya menyakitkan mata Hud saja.” jelas Tengku Hud Razief selamba kepada ibunya Tengku Zahariah.

“Amboi , sedap saja kamu mengutuk calon-calon menantu ibu.” ujar Tengku Zahariah kepada anak lelakinya Tengku Hud Razief.

“Sudahlah ibu , tidak perlu lagi ibu membicarakan lagi tentang perkara ini dengan Hud kerana Hud juga tidak berminat.” jelas Tengku Hud Razief selamba kepada ibunya sambil.menyuakan suapan nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Haih , kalau begini kelakuan kamu Hud , sampai ibu pejam mata ibu tidak akan dapat menimang cucu.” luah Tengku Zahariah kepada anak lelakinya Tengku Hud Razief itu.

“Ibu janganlah menaruh harapan pada Hud , tiada jaminan yang dia akan berkahwin awal.” jelas Tengku Marina menyampuk.Jelingan tajam dberi kepada Tengku Marina oleh Tengku Hud Razief.

“You jangan sibuk boleh Marina ? I tidak minat bila I bercakap ada orang sibuk masuk campur urusan I.” jelas Tengku Hud Razief tegas.Mereka sekeluarga menghabiskan santapan masing-masing dan akan memulakan urusan harian mereka.

Pada hari ini , Datuk Hud Razief sudah berjanji dengan isterinya Intan Zinirah untuk menemani isterinya itu bersantai di kediaman sahaja pada hari ini.Tengku Orked Mariam sedang membantu suaminya menyediakan resit pembayaran buat para pelanggan yang berkunjung di bengkel milik suaminya Hazim Iqbal itu.Supaya mereka mudah mendapat buat pembayaran kepada mereka.Manakala , Datuk Hud Razief pula masih duduk di pangkin yang berada di luar kawasan bengkel Hazim Iqbal.Pandangannya dibuang ke arah sawah bendang sambil memikirkan masalah-masalah yang sedang dihadapinya.Sesekali keluhan kecil terbit daripada bibir Datuk Hud Razief.Tengku Orked Mariam yang sedang duduk di meja kerja melilau matanya melihat adik lelakinya Datuk Hud Razief yang sedang mengelamun di atas pangkin di luar kawasan bengkel tersebut.Dia mula bangun dan mengatur langkah menuju ke arah adik lelakinya Datuk Hud Razeif tersebut.

“Datuk , kenapa mengelamun saja ini ? Teringatkan Cik Puan ke ?.” soal Tengku Orked Mariam yang tiba-tiba menerjah sunyi suasana di pangkin yang adik lelakinya Datuk Hud Razief duduk itu.

“Tidak ada apa Tengku ? I sedang fikirkan masalah yang akan mendatang pada hari kemudian.I tidak tahu kekuatan jenis apa yang allah akan beri kepada I Tengku ? I tidak sanggup kehilangan Intan tetapi di dalam masa yang sama I juga perlu bersedia untuk kehilangan harta yang paling besar di dalam hidup I iaitu Intan dan anak yang bakal lahir itu Tengku.” luah Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam tentang masalah yang bakal dihadapinya bersama isteri tercinta Intan Zinirah.

“Datuk , jika Datuk terlalu memikirkan tentang masalah tersebut ia akan lebih menjadi rumit.Mahu ataupun tidak , awak bakal berhadapan dengan masalah besar Datuk.Tetapi dalam masa yang sama awak juga perlu berhadapan dengan masalah yang awak sendiri cipta Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam lembut kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.

“Tengku , apa yang I harus buat jika I akan kehilangan Intan tidak lama lagi ?.” soal Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam sayu.

“Awak akan kehilangan dia dan anak yang bakal lahir.Awak perlu bersedia dengan perkara itu Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam lemah dan sayu kepada Datuk Hud Razief.

“I tidak sangka I akan rasa kehilangan besar di dalam hidup I tidak lama lagi Tengku.” luah Datuk Hud Razief sambil pandagannya dibuang ke arah sawah padi yang luas terbentang.

“Kehilangan abah dan ibu , awak masih hanya berdiam diri dan berkabung.Tetapi untuk kehilangan Intan , awak sudah mula kelihatan gusar dan saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana awak akan kehilangan dia pada hari kejadian.” jelas Tengku Orked Mariam sebak dan sayu.Airmatanya bergenang di tubir mata.Tidak dia sangka begini hebat dan agung cinta Datuk Hud Razief kepada Intan Zinirah.Tetapi di dalam masa yang sama , allah uji mereka berdua dengan kisah silam yang pahit.Bahu Datuk Hud Razief disentuh.Serta merta airmata lelaki itu gugur.Ketika ini , dia amat memerlukan kata-kata semangat dan kekuatan daripada seseorang.Tubuh Tengku Orked Mariam dipeluk erat dan tangisannya yang halus pecah jua.Hiba suasana petang di kawasan bengkel itu kerana tangisan daripada Datuk Hud Razief itu.

Waktu maghrib yang tenang dan indah buat umat islam menunaikan ibadah menghurungi suasana tenang di kediaman Datuk Hud Razief.Wudhu di ambil dan kain sajadah di bentang di bahagian depan dan belakang.Intan Zinirah mula menyarungkan kain telekung di kepalanya , rambut juga turut dikemaskan.Mereka berdua mulai bersedia untuk sembahyang berjemaah.Datuk Hud Razief mula mengangkat takbir.Bacaan doa pendek dan panjang mula didengari jelas oleh Intan Zinirah.Suasana amat tenang dan mereka sungguh khusyuk.Tidak lama selepas itu , fardhu maghrib mereka diakhiri dengan tahiyat akhir.Salam di beri ke kiri dan ke kanan.Bacaan doa usai sembahyang mereka.Doa diaminkan oleh Datuk Hud Razief dan isterinya Intan Zinirah.Tangan dihulurkan kepada isterinya lalu disambut baik oleh Intan Zinirah dan dikucup lembut.Satu kucupan hangat mendarat di dahi luas Intan Zinirah.

“Terima kasih abang sebab imamkan Intan sembahyang.” ucap Intan Zinirah lembut dan tenang kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Sama-sama sayang , itu memang sudah tugas abang untuk imamkan sayang.Jadi tidak perlu berterima kasih.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Isterinya itu hanya tersenyum mesra.

“Abang mahu air ? Intan boleh buatkan untuk abang.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief yang sedang membuka songkok di kepalanya serta bersandar di dinding.

“Tidak sayang , abang cuma mahu sayang saja sekarang ini.Mari dekat abang.” panggil Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah seperti memanggil anak kecil serta tangannya didepakan.Laju sahaja Intan Zinirah merangkak mendekati suaminya Datuk Hud Razief.Terus sahaja bahu isterinya Intan Zinirah dipaut erat oleh Datuk Hud Razief ke dalam dakapannya.Kepala sisi isterinya Intan Zinirah dikucup lembut.

“I love you sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan romantis kepada isterinya Intan Zinirah.

“I love you too daddy.” ucap Intan Zinirah kembali kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan nada manja.

“Sayang , hari itu sayang berbual apa dengan Tengku ? Abang lihat dari arah jauh macam serius saja ? Sayang tidak cerita pada abang pun ?.” soal Datuk Hud Razief yang cuba mengorek sesuatu perkara daripada isterinya Intan Zinirah sendiri.

“Tidak ada apa abang , cuma Tengku kata dia mahu bantu Intan cari pembunuh ayah dan ibu.” jelas Intan Zinirah mendatar kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Begitu rupanya , kenapa Tengku mahu tolong carikan ? Sayang mahu tahu siapa ke pembunuh ibu dan ayah sayang ?.” soal Datuk Hud Razief sengaja kepada isterinya Intan Zinirah.

“Pada mulanya tidak.Tetapi selepas Tengku tawar kepada Intan untuk carikan siapa pembunuh ibu dan ayah itu.Intan tidak berfikir lagi , Intan terus bersetuju saja abang.Abang marah Intan ?.” soal Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.Wajahnya yang sayu menatap lembut wajah redup suaminya Datuk Hud Razief.

“Tidak sayang.Tetapi kalau sayang jumpa orang itu nanti , apa yang akan sayang lakukan ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.

“Intan tidak akan maafkan dia.Intan akan bencikan dia.Kerana dia Intan hilang segalanya.” luah Intan Zinirah di dalam linangan airmata.Datuk Hud Razief menjatuhkan pandangannya dengan menekur lantai.Hatinya mula terusik dengan kata-kata isterinya Intan Zinirah itu.

“Tetapi abang akan sentiasa ada dengan sayang.Jangan risau walau apa pun yang terjadi sayang.Abang mahu lihat isteri abang bahagia.Abang mahu lihat anak abang membesar dengan suasana yang baik dan tenang.” ucap Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah.

“Tetapi Intan tetap akan persalahkan dia.Intan tidak mampu memaafkan dia abang.” jelas Intan Zinirah dengan tegas.

“Sayang perlu ingat sesuatu.Sayang sedang mengandung , jadi apa yang sayang ucapkan itu takut terkenan kembali kepada anak kita.Ini sudah ibarat dendam.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.

“Intan tahu.Maafkan Intan abang.Tetapi hati Intan terlalu marah.” luah Intan Zinirah sayu dan keluhan kecil kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Sebab itu , abang selalu pesan kepada sayang bahawa sayang perlu rasa positif sentiasa.Kerana ia akan memberi impak yang tinggi jika sayang selalu hadapi tekanan.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya.Batang hidung Intan Zinirah dicuit lembut.Isterinya Intan Zinirah tersenyum bahagia.

“Intan mahu masuk tidur dahulu abang.” pinta Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Sayu wajah tampan suaminya Datuk Hud Razief apabila mendengar permintaan isterinya yanh sudah mahu berpisah kamar dengannya.

“Boleh malam ini sayang temankan abang tidur ? Abang rindu pelukan sayang.Izinkan abang.” pinta Datuk Hud Razief pula sebagai menghormati isterinya Intan Zinirah sayu.

“Tidak , Intan tidak mahu tidur bersama abang.Intan tidak suka.Intan rasa kurang selesa.” jelas Intan Zinirah sayu kepada suaminya tanpa menjaga hati suaminya yang terusik itu.

“Tidak apa sayang , pergilah ke bilik dan tidur.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah sayu.Dia berkecil hati sedikit dengan kata-kata isterinya Intan Zinirah.

“Abang temankan Intan boleh ?.” soal Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Boleh sayang.Mari abang temankan.” jelas Datuk Hud Razief yang mengiakan permintaan isterinya Intan Zinirah tersebut dengan lembut dan senyuman yang manis.Mereka mengemaskan kenbali kain sajadah dan kain telekung milik Intan Zinirah lalu diletakkan di tempatnya semula.Langkah mereka diatur dan menuju ke kamar tetamu yang kini menjadi tempat istirahat Intan Zinirah.Dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak dapar bersama dengan suaminya Datuk Hud Razief.Di atas faktor alahan tentang kandungannya.Setibanya mereka di kamar tersebut , Intan Zinirah terus menaiki atas katil perlahan-lahan dan dia diselimutkan oleh suaminya Datuk Hud Razief dengan selimut yang tebal.

“Selamat malam sayang , kalau ada mahu apa-apa call abang atau pergi sahaja ke bilik kita ya sayang ?.” pesan Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Dahi isterinya juga dikucup lembut.

“Baik abang , jika ada apa-apa sayang akan beritahu abang.” jelas Intan Zinirah kepada suaaminya Datuk Hud Razief itu.Dengan berat hatinya , langkah diatur keluar daripada bilik.Semoat dia memandang sekilas ke arah isterinya yang sudah memejamkan mata.Hatinya hiba kerana tidak dapat bersama dengan isterinya Intan Zinirah.Dia merenung seketika ke arah sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas katil tersebut.

“Maafkan abang sayang , abang sudah melakukan silap tanpa berfikir panjang.Mungkin pertemuan dan perkahwinan kita semua ini ada sebab tersendiri.Sukar untuk abang kehilangan sayang.Tetapi jika abang terpaksa lepaskan sayang dengan cara yang baik.Abang akan cuba mencari segala kekuatan abang supaya abang dapat membuat dengan rela hati abang.” rintih Datuk Hud Razief di dalam hati seolah dia mengucapkan perkara tersebut kepada isterinya walaupun isterinya itu tidak mendengar luahan hatinya.Airmatanya mengalir deras.Pintu kamar ditutup perlahan.

Malam yang dingin dan berangin sepoi menemani hati Datuk Hud Razief yang sedang hiba.Dia merenung menembusi dasar penglihatannya.Dia mengingatkan kembali kata-kata isterinya yang sungguh membunuh jiwa dan raganya.Tiba-tiba ada seseorang yang menyentuh bahunya.Dia menoleh pantas , alangkah terkejutnya Datuk Hud Razief apabila melihat isterinya Intan Zinirah yang baru sahaja tadi dihantar untuk beradu di kamar sudah kembali tercegat di belakangnya dengan linangan airmata serta esakan kecil.

“Sayang ? Kenapa ini ? Kenapa sayang menangis ?.” soal Datuk Hud Razief yang cuak dan risau akan keadaan isterinya Intan Zinirah yang sedang berada di dalam keadaan tangisan tersebut.

“Intan tidak boleh tidur di atas katil.” jelas Intan Zinirah di dalam tangisan kecilnya.Tubuh suaminya Datuk Hud Razief dipeluk erat.

“Ya allah , kenapa pula sayang tidak boleh tidur di atas katil ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah dengan rasa pelik.

“Sayang duduk dulu , abang ambilkan air.” arah Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Dia terus mengatur langkah menuju ke dapur untuk membancuh air panas buat isterinya Intan Zinirah.Selepas siap dibancuh air coklat panas , dia membawa dua cawan coklat panas buatnya dan isterinya Intan Zinirah.Cawan tersebut di letakkan di hadapan isterinya Intan Zinirah.

“Terima kasih abang.Intan minta maaf kerana susahkan abang pada waktu malam begini.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief sayu.

“Tidak ada apa yang susah pun sayang , abang okay saja.Sayang kenapa ini ? Tiba-tiba saja menangis ? Risau abang lihat sayang begitu ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.Bagai seorang ayah menanyakan sesuatu kepada anak perempuannya.

“Intan tidak tahu , Intan rasa tidak selesa sangat untuk tidur di atas katil.Sayang sendiri tidak tahu mengapa ?.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Jadi , sayang mahu tidur dengan abang ke ?.” soal Datuk Hud Razief yang masih menaruh harapan terhadap permintaannya itu.

“Tidak , Intan tidak suka tidur dengan abang.” jelas Intan Zinirah selamba tanpa menghiraukan rasa hati suaminya.Sekali lagi dia dihiris rasa pilu oleh kata-kata isterinya Intan Zinirah.Keluhan kecil terbit perlahan di bibirnya.Wajahnya menekur ke cawan coklat panas yang berada di atas meja tersebut.

“Sayang masih mengantuk lagi ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya tanpa menghiraukan rasa hatinya yang dihiris pilu itu.

“Mengantuk abang.” jelas Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Kepalanya diusap lembut oleh suaminya dengan penuh kasih sayang.

“Sayang minum air itu dulu , kemudian abang temankan sayang pulang ke kamar semula.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Laju sahaja air coklat panas yang semakin hilang haba panasnya itu diteguk Intan Zinirah.Selepas dia menghabiskan air coklat tersebut.Datuk Hud Razief memimpin tangan isterinya Intan Zinirah menuju ke kamar semula.Setibanya di kamar , wajah tampan Datuk Hud Razief ditenung oleh isterinya Intan Zinirah.

“Kenapa pandang abang begitu ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.

“Intan tidak mahu tidur di atas katil.” jelas Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.Berkerut dahi lelaki itu apabila dia dinyatakan isterinya tidak mahu tidur di atas katil tersebut.Kepala yang tidak gatal digarunya perlahan.

“Habis , sayang mahu tidur di mana ? Abang suruh tidur dengan abang pun sayang tidak mahu.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.

“Intan mahu tidur di atas kerusi itu.” tunjuk Intan Zinirah ke arah sebuah kerusi yang terletak di sebuah sudut di biliknya itu.

“Sayang biar betul ?.” soal Datuk Hud Razief seakan tidak percaya.Tanpa menjawab pertanyaan suaminya Datuk Hud Razief.Dia terus melangkah menuju ke arah kerusi tersebut dan terus membuat pembaringan.Mata dipejam rapat.Tidak sampai beberapa minit , Intan Zinirah dibuai mimpi.Pandangan yang penuh dengan 1001 rasa diberi oleh Datuk Hud Razief.

Alhamdulillah dapat juga fatimah publish walaupun lambat..happy reading baby readers ! Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience