Tengku Orked Mariam hampir semalaman tidak lena.Dia sering gelisah.Lembah hatinya meronta mahukan seseorang.Dia bersandar di kepala katil dan merenung ke luar jendela.Airmatanya mengalir tanpa suara.Nasib 28 tahun yang lalu benar-benar membunuh jiwanya.Dia kehilangan ibu bapa , dia kehilangan cinta , dia kehilangan keluarga kerana seseorang.Dia memejamkan mata rapat , tangannya naik ke dada kirinya.Esakan tanpa suara terus mengiringi suasana.Di situlah hati dan cintanya terbunuh.Diusap beberapa kali dadanya kirinya kerana dia bagai dapat merasakan degupan jantungnya laju secara tiba-tiba.Tengku Orked Mariam mula turun dari katilnya dan menuju ke beranda kamar.Dia melepaskan pandangannya ke arah gunung ganang yang berdiri megah di sebalik kabus pagi.Dia mengenangkan kembali kisah pahit rumahtangganya pada 28 tahun yang lalu.
28 TAHUN LEPAS...
Suasana muram mengiringi airmata Orked Mariam.Pada pagi yang mendung ini dia mendapat sebuah berita duka cita daripada suaminya Hazim Iqbal bahawa dia bakal diceraikan tidak lama lagi.Luluh hati seorang perempuan Orked Mariam.Sungguh dia menyayangi lelaki itu sepenuh hatinya.Air jernihnya mengalir laju.Hatinya dirasakan bagai direntap.Jiwanya meronta mahukan Hazim Iqbal.Apakah dosanya sebagai seorang isteri sehingga dia terpaksa dilepaskan tanpa kerelaan hatinya sendiri.Sedang dia melayani perasaan , suaminya Hazim Iqbal masuk ke dalam kamar.Wajah lelaki itu jelas kelihatan sugul.Dia melepaskan keluhan berat dengan perlahan dan melabuhkan punggungnya disebelah isterinya Orked Mariam.Tangan Orked Mariam diraih.Diusap perlahan tangan isterinya itu.Jiwa Orked Mariam meronta tidak mahu dilepaskan.
“Maafkan saya sayang , saya gagal jadi suami yang terbaik untuk awak.Saya tidak bertanggungjawab langsung pada awak sayang.” luah Hazim Iqbal sayu.Orked Mariam melentokkan kepala di bahu suaminya Hazim Iqbal.
“Kenapa kita harus berpisah sayang ? Saya sayangkan awak sangat-sangat.Kenapa awak seksa jiwa saya ? Awak tahukan saya tidak mampu untuk berjauhan dengan awak.Tetapi kenapa awak paksa diri awak untuk melepaskan saya ?.” soal Orked Mariam sayu dan lemah.
“Sebab saya tidak tahu menghargai cinta yang awak beri.Saya bodoh tidak tahu menilai awak.Saya mahukan kebahagiaan buat awak sayang , tetapi bukan bersama saya.” jelas Hazim Iqbal lemah dan sayu.Dia menatap wajah Orked Mariam seketika.Pipi mulus isterinya diusap lembut.
“Saya tidak akan jumpa wanita yang setia seperti awak.Saya hargai pengorbanan awak , tapi saya tidak mampu untuk terus bersama awak sayang.Jiwanya meronta mahu lepaskan awak.Walaupun jiwa awak meronta tidak mahu dilepaskan.Saya akan cari kehidupan saya sendiri selepas ini.” jelas Hazim Iqbal.Dahi isterinya dikucup lembut.
“Saya mampu jaga awak.Kenapa awak mahu berpisah jua.Tolong jangan lepaskan saya sayang.Siapa pun awak di mata masyarakat , tetapi awak tetap seorang suami dan lelaki yang saya sayangi dan cintai.” luah Orked Mariam.Anak mata Hazim Iqbal dicari.Wajah lelaki itu jelas menyatakan perasaan cinta dan sayang sudah mula mekar , tetapi ego menguasai dirinya bahawa dia mahu berpisah juga.Hazim Iqbal menatap wajah Orked Mariam sayu.
“Awak lihat diri saya ? Diri saya yang tidak terurus ini tidak layak langsung menjadi suami kepada perempuan suci seperti awak sayang.” luah Hazim Iqbal bergetar suaranya.
“Saya terima awak semasa awak tiada apa dan saya akan... .” kata-kata Orked Mariam terhenti apabila jari telunjuk Hazim Iqbal sudah berada di bibirnya.
“Sampai bila awak mahu terima penagih macam saya ini sayang ? Sampai bila awak mahu rosakkan kehidupan awak sendiri ? Saya masih di takuk yang lama , jadi saya tidak akan dapat untuk menjaga awak sebaik yang mungkin.” luah Hazim Iqbal sayu.Orked Mariam memeluk tubuh suaminya.Pelukan mereka erat.
“Saya sayangkan awak , saya akan terima awak seadanya.Walaupun awak seorang penagih tetapi awak tidak pernah mencederakan saya dalam apa jua keadaan awak sayang.I love you so much Hazim.” ucap Orked Mariam sayu.
“Saya pun cintakan awak , awak memang isteri saya yang baik.Tidak pernah saya jumpa wanita sebaik awak sayang yang sanggup terima diri saya yang menjijikkan ini.Tetapi awak terima saya dengan penuh keikhlasan tanpa memikir siapa saya di mata masyarakat.” luah Hazim Iqbal sayu.Tangisan Orked Mariam pecah memenuhi ruang bilik.
Tengku Orked Mariam mula tersedar dari lamunan.Dia menyeka airmata yang deras mengalir.Hatinya hiba mengenangkan perkara silam yang pernah dialaminya.Ketika itu dia sungguh terasa bahagia kerana berada di dunia yang nyata.Tetapi selepas dia menjadi sebahagian kerabat diraja hidupnya bertukar kelam.Dia terpaksa akur kepada etika dan protokol.Dia tidak berada di dunia yang sebenarnya.
“Tengku.” seru Intan Zinirah tiba-tiba yang sedang berdiri tegak di muka pintu.Senyuman segaris diberikan kepada wanita itu.
“Kenapa Cik Puan ? Ada apa yang boleh saya bantu ?.” soal Tengku Orked Mariam.Intan Zinirah mencebikkan bibirnya.Wajahnya sedih.
“Tengku tahu ke mana Datuk pergi ? Saya cari dia di semua kawasan tetapi tetap tidak jumpa.” Jelaa Intan Zinirah sebak.Tengku Orked Mariam tertawa kecil.
“Datuk kalau tidak ada di dalam rumah.Maksudnya dia berada di dalam taman.” jelas Tengku Orked Mariam memberi gambaran sesuatu.
“Terima kasih Tengku.” ucap Intan Zinirah lembut.Langkah terus diatur untuk keluar dari kamar tersebut.
Datuk Hud Razief sedang duduk di atad buaian yang bertali.Buaian itu terikat di dahan pokok.Dia berada di dalam lamunan.Buaian yang sedang dihayunkan itu hanya dihayunkan perlahan.Sesekali bibirnya terukir senyuman apabila ada sesuatu yang sedang bermain di akal fikirannya.Intan Zinirah melilau mencari kelibat suaminya yang dikatakan berada di taman oleh Tengku Orked Mariam.Sedang dia melilau mencari suaminya.Tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh yang amat dia kenali sedang duduk di atas buaian yang bertali dengan hayunan yang sungguh perlahan.Dia mendapat idea untuk mengenakan Datuk Hud Razief.Perlahan-lahan kaki dijengketkan dan melangkah mendekati suaminya.Tangan diangkat kedua-dua belah.Sesampai sahaja dia di belakang tubuh Datuk Hud Razief.Tubuh lelaki itu disentuh secara tiba-tiba.Terhinjut bahu Datuk Hud Razief kerana terperanjat dengan gurauan Intan Zinirah itu.
“Astaghfirullahalazim , sayang terkejut abang tahu tak ?.” jelas Datuk Hud Razief geram dengan sikap isterinya itu.
“Intan cari abang tahu , tetapi tidak jumpa satu rumah.Kemudian Intan tanya pada Tengku.Nasib baik Tengku tahu tempat persembunyian abang.” jelas Intan Zinirah.Dia menyidai di bahu belakang suaminya.Tangannya pula diraih Datuk Hud Razief.Lalu dikucup lembut.
“Kenapa abang duduk di sini ?.” soal Intan Zinirah ingin tahu.Tangannya melingkar di dada suaminya.
“Sebab abang cari ketenangan.” jelas Datuk Hud Razief bersahaja.Terkedu Intan Zinirah mendengar penjelasan suaminya itu.Dari arah belakang kini dia beralih ke arah hadapan.Wajah suaminya di tatap dengan penuh cuak.Berkerut dahi Datuk Hud Razief apabila melihat wajah cuak isterinya itu.
“Abang ada masalah ke ? Intan ada kecilkan hati abang ke ?.” soal Intan Zinirah bergetar suaranya.Dia mendekati Datuk Hud Razief lalu menyentuh lembut wajah suaminya yang berjambang itu.Lelaki itu tersenyum dengan melihat wajah cuak isterinya.Datuk Hud Razief bangun dari buaian tersebut dan berdiri di sisi.
“Sayang duduk di sini.” arah Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya.Dia meminta Intan Zinirah duduk di atas buaian itu pula.Dia berdiri di belakang isterinya pula.Buaian dihayunkan perlahan.Intan Zinirah memegang kejap tali buaian kiri dan kanan tersebut.
“Sayang tidak pernah kecilkan hati abang.Sayang permata abang sahaja , abang sebenarnya ada sesuatu mahu luahkan pada sayang , abang harap sayang mampu terima luahan hati abang ini.” jelas Datuk Hud Razief.
“Apa dia abang ?.” soal Intan Zinirah tenang walaupun hatinya berdegup kencang apabila mendengar penjelasan suaminya itu.
“Kita semakin hari semakin mengenali antara satu sama lain.Abang tidak pernah bercinta.Tidak pernah mengenali cinta.Semasa abang buat keputusan untuk berkahwin , orang yang paling gembira adalah Tengku dan orang yang paling takut pun Tengku.” jelas Datuk Hud Razief dengan segaris senyuman.
“Kenapa Tengku takut ?.” soal Intan Zinirah pelik.Datuk Hud Razief tertawa sinis.
“Sebab abang sebelum ini tidak sihat , ada masalah dalaman.Jadi Tengku takut andai kata abang berkahwin , abang akan mencederakan isteri abang.Tetapi masa itu abang belum kenal dengan sayang lagi.” jelas Datuk Hud Razief.
“Abang sakit apa ? Mental ?.” soal Intan Zinirah menduga.
“Kalau abang kata ya ? Sayang mahu buat apa ? Sayang mahu tinggalkan abang ?.” soal Datuk Hud Razief yang ingin menduga perasaan isterinya juga.
“Tidak , Intan akan terus setia bersama abang.” jelas Intan Zinirah lembut.
“Walaupun abang gila ?.” soal Datuk Hud Razief ingin kepastian.
“Yes ! Walaupun abang gila.” balas Intan Zinirah yang tetap mahu menegakkan jawapannya itu.Datuk Hud Razief tertawa kecil.
“Sayang dengan Tengku sama sahaja.Kalau pilihan tidak pernahnya elok.Ada cacat cela.Termasuklah pilihan hidup Abang yang tak sempurna ini pun sayang tetap mahukan.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya.
“Kenapa dengan Tengku ? Apa yang sama dengan Tengku ?.” soal Intan Zinirah yang tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu.
“Tiada apalah.” jelas Datuk Hud Razief berselindung sesuatu.
“Jadi sekarang ini , abang mahu katakan yang abang sudah jatuh cinta sepenuhnya pada sayang ?.” soal Intan Zinirah yang ingin penjelasan.
“Ya sayang , apa yang abang buat empat hari lepas itu semuanya melalui rasa cinta dan sayang terhadap isteri abang ini.Abang tahu perkara itu salah , tetapi abang tidak dapat berfikir panjang lagi , abang terus membuat keputusan untuk membawa sayang pulang ke rumah.Abang minta maaf jika apa yang abang lalukan itu keterlaluan.Tetapi semuanya untuk kebaikan sayang.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut.
“Sayang ibarat ibu untuk abang , jika sebelum ini Tengku adalah segala-galanya.Sekarang sayang pula yang segala-galanya bagi abang.Sayang masuk di dalam keluarga abang tanpa ada apa-apa.Tetapi kami terima sayang dengan banyak perkara yang mengubah kehidupan kami.Kami belajar apa itu erti kasih sayang.Kami memahami is hati antara satu sama lain.Kami membantu sesiapa sahaja di dalam kesusahan.Jika tidak , hidup kami tidak seindah ini.” ucap Datuk Hud Razief lembut.Kepala isterinya dikucup dari arah belakang.Intan Zinirah memejamkan matanya seketika saat menerima kucupa daripada Datuk Hud Razief tersebut.
“Intan tidak sangka Intan akan masuk di dalam keluarga ini dan menjadi kerabat diraja.Tetapi Intan lebih suka akan kehidupan yang bebas.Sebab Intan tahu kehidupan kerabat bagaimana.” jelas Intan Zinirah.
“Ya sayang , memang banyak perkara kebebasan yang abang belajar daripada sayang.Hidup abang terasa bebas selepas sayang hadir di dalam hidup dan hati abang.” luah Datuk Hud Razief sayu.Terkedu Intan Zinirah apabila mendengar penjelasan suaminya yang menyatakan dia adalah punca kebebasan yang berlaku di dalam kehidupan Datuk Hud Razief.
“Terus bersemadi dalam hati abang sayang , cinta abang sentiasa mekar untuk sayang.Tanpa sayanng hidup abang rasa gelap tiada cahaya.Abang akan buktikan kepada sayang bahawa abang akan menjaga sayang dengan penuh kasih sayang yang secukupnya.” jelas Datuk Hud Razief romantis.Wajahnya dicelahkan di leher jinjang Intan Zinirah.Wanita itu menatap anak mata Datuk Hud Razief , dia seakan malu.Hanya segaris senyuman yang terukir di bibir mungil Intan Zinirah itu.
“I love you sayang.” ucap Datuk Hud Razief romantis dan mengoda.Lalu pipi isterinya dikucup lembut.Intan Zinirah menghayati kucupan suaminya itu dengan pejaman mata.Dia terasa senang dan tenang apabila sentiasa berada di sisi suaminya itu.
Waktu malam yang dingin menyelaputi kawasan kediaman Cheras yang menempatkan Datuk Hud Razief sekeluarga.Tengku Orked Mariam mengambil angin malam di halaman kediamannya.Sekeping gambar yang berada di tangannya ditatap.Sesekali senyuman terukir di bibirnya.Datuk Hud Razief yang sedang berdiri di muka pintu utama memandang ke arah Tengku Orked Mariam yang membelakanginya.Langkah diatur mendekati wanita itu.Sesampai sahaja dia di meja batu yang diduduk oleh Tengku Orked Mariam.Dia juga turut melabuhkan punggungnya di sebelah kakakny itu.
“Jauh termenung Tengku ? Teringatkan kekasih lama ke ?.” sakat Datuk Hud Razief selamba.Tengku Orked Mariam tertawa kecil dengan penyataan Datuk Hud Razief itu.Dia menegakkan tubuhnya dan duduk di dalam keadaan selesa.
“Dia sentiasa baru untuk saya Datuk.Kenangan kami bersama tidak pernah terpadam di dalam memori fikiran saya.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Datuk Hud Razief mencari anak mata Tengku Orked Mariam.
“Tengku , you masih cintakan orang yang sama ?.” soal Datuk Hud Razief seakan tidak percaya dan ingin kepastian.
“Yes Datuk , kerana di dalam hati saya Cuma ada dia.Saya ada buat sedikit penyelidikan tentang dia.Hidup dia tidak berubah.Hidup dia masih sama seperti dahulu.Satu-satunya penagih yang buat saya jatuh cinta.” jelas Tengku Orked Mariam dalam senyuman.Tertawa Datuk Hud Razief mendengar pengakuan Tengku Orked Mariam tersebut.
“Yes Tengku , you buat kerja gila sebab boleh jatuh cinta pada penagih.I tidak nafikan yang Hazim adalah lelaki yang baik.Tetapi memang hebatlah sebab you boleh jatuh cinta kepada penagih macam dia itu.” ujar Datuk Hud Razief.Dia mengambil kepingan gambar yang berada di atas telapak tangan Tengku Orked Mariam tersebut.Kepingan itu ditatap dan dia mengukir senyuman.
“Tapi I lagi handsome dari dia.” puji Datuk Hud Razief terhadap dirinya sendiri.Tengku Orked Mariam membuat riak wajah mengejek.
“Nonsense.” kutuk Tengku Orked Mariam selamba.Dia mengambil semula kepingan gambar yang berada di tangan Datuk Hud Razief itu.
“Tengku , cuba you cerita pada I.Macam mana you boleh jatuh cinta terhadap seorang penagih.” pinta Datuk Hud Razief yang mahukan penjelasan.
“Tidak mahu , saya malas hendak bercerita kisah lama.” jelas Tengku Orked Mariam dalam senyuman.
“You share dengan I saja , mana tahu boleh jadikan bahan ulangkaji demi hubungan.” ujar Datuk Hud Razief selamba.
“Baiklah , saya bercerita tetapi janji jangan beritahu sesiapa.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.
“Pertama kali saya lihat dia sewaktu pulang dari sekolah , masa itu dia di dalam keadaan yang sangat tidak terurus.Mungkin boleh tanya pada dia , sudah berapa hari tidak mandi.Kemudian , saya memang selalu lalu di laluan yang sama.Satu hari itu , saya diganggu dengan seorang pembuli di sekolah.Dia selamatkan saya dari pembuli tersebut.Saya tanya pada dia , kenapa tidak ke sekolah.Dia kata tidak berminat.Saya ketika itu straight to the point.Awak hisap dadah ke ? Saya tanya pada dia.Dia jawab ya.Sejak dari itu saya sering berjumpa dengan dia secara senyap-senyap.Sehinggalah saya habis sesi persekolahan tingkatan lima.” jelas Tengku Orked Mariam.
“Macam mana you boleh sampai berkahwin dengan dia ?.” soal Datuk Hud Razief mencelah.
“Pada suatu hari , ada pegawai khas abah yang ternampak saya dan Hazim berduaan di sebuah taman permainan.Dan selepas beberapa hari abah panggil saya untuk berbincang.Rupanya abah mahu saya putus dengan Hazim.Abah kata di tiada masa depan.Saya cuba pujuk abah untuk terima Hazim.kerana saya amat mengenali Hazim.Tetapi saya gagal.Kemudian abah suruh buat pilihan , sama ada pilih keluarga atau Hazim.Saya tidak mahu kehilangan kedua-duanya.Tetapi saya disuruh membuat pilhan.Akhirnya saya putuskan untuk berkahwin dengan Hazim.Sejak dari itulah saya dihalau keluar dari rumah dan hidup bersama Hazim.” luah Tengku Orked Mariam dengan linangan airmata.
“Tragedi juga hidup you Tengku.Tetapi cinta you pada Hazim memang kuat.” ujar Datuk Hud Razief.
“Masa dia mahu lepaskan saya.Rasa menyesal sangat bila saya pernah pilih dia untuk menjadi teman hidup saya.Tetapi saya cuba positif.Mungkin semuanya ada hikmah.” ucap Tengku Orked Mariam sayu.
“Selepas kami berpisah , dia ada buat panggilan kepada saya.Akhirnya dia jujur yang apa dia lakukan semua ini untuk saya dan keluarga.Dia mahu saya kembali ke pangkuan keluarga.” jelas Tengku Orked Mariam.
“Cinta you ini , memang cinta yang agung Tengku.Tidak pernah I dengar cinta terhebat macam ini di dunia yang nyata.Biasa drama saja yang buat cerita macam ini.” jelas Datuk Hud Razief melawak.
“Awak dengan Cik Puan macam mana ?.” soal Tengku Orked Mariam yang ingin tahu perkembangan Datuk Hud Razief bersama Intan Zinirah.
“I dengan Intan okay saja.I rasa you pula yang selepas ini kena belajar cara romantis dengan pasangan macam mana daripada I.” selamba Datuk Hud Razief melawak dengan Tengku Orked Mariam.
“Tadi petang dia cari Datuk sekejap tidak jumpa pun macam mahu menangis.Cuba Datuk hilangkan diri satu hari ? Mahu gila Cik Puan nanti.” kutuk Tengku Orked Mariam selamba.
“Dia terlalu manja dengan I , macam mana I mahu lepaskan dia pulang ke Universiti ?.” soal Datuk Hud Razief meminta pertolongan kakaknya itu lagi.
“Datuk , hujung minggu Datuk bersama Cik Puan bukan ? Jadi untuk apa Datuk resah sangat ? Sabarlah sedikit.” jelas Tengku Orked Mariam tenang.
“Mana boleh sabar Tengku.Dia setiap masa buat I gila bayang.” jelas Datuk Hud Razief selamba.Tertawa kecil Tengku Orked Mariam dibuatnya.
Happy reading baby readers ! Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel