Burung-burung berkicauan di luar kediaman Datuk Hud Razief.Ayam berkokok di kejiranan kediamannya itu.Datuk Hud Razief.Dia mula terjaga dari lena.Isterinya Intan Zinirah tiada di sebelahnya lagi.Bergegas Datuk Hud Razief bangun untuk mencari isterinya sekitar rumah.Dia memasuki ke dalam kamar mandi.Seluruh sudut kediamannya di cari dengan teliti.Ruang kamar tetamu dimasukinya.Nafas dihela perlahan dan dadanya yang sempit terasa lega.Wajah redup isterinya Intan Zinirah dipandang lembut di dalam lena itu.Datuk Hud Razief mengatur langkah mendekati isterinya yang terbaring lena di atas katil tersebut.Datuk Hud Razief turut berbaring menghadap wajah ayu isterinya Intan Zinirah.Jari jemarinya dimainkan di dagu isterinya itu.Datuk Hud Razief mengucup lembut bibir mungil isterinya Intan Zinirah yang berada di dalam lenanya.Tiba-tiba sahaja , tubuh kecil isterinya itu bergerak-gerak menandakan dia sudah terjaga dari lenanya itu.Mata dibuka perlahan-lahan dan terus menangkap wajah tampan suaminya Datuk Hud Razief dengan pandangan redup.
“Sorry , sebab Intan tidak beritahu abang yang Intan tidak selesa tidur dengan abang semalam.Intan tidak sampai hati hendak beritahu abang.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang.Dia risau akan suaminya terguris hati dengannya.Terkedu Datuk Hud Razief mendengar luahan isterinya Intan Zinirah itu.Perlahan-lahan dia bangun daripada pembaringan dan bersandar di kepala katil.Wajahnya bertukar muram serta merta.Hatinya terusik dengan pengakuan jujur isterinya Intan Zinirah.Patah hatinya.
“Abang jangan terasa dengan Intan.Intan sendiri tidak tahu mengapa Intan rasa begitu.Intan rasa rimas baring sekatil dengan abang Jadi Intan berpindah segera ke bilik tetamu.” jelas Intan Zinirah sayu.Dia berganjak sedikit mendekati suaminya Datuk Hud Razief yang mula jauhi dirinya itu.Suaminya itu seakan terasa.
“Tidak mengapa , abang faham sayang di dalam keadaan emosi tidak stabil.Nanti kalau sayang sudah sedia untuk tidur di bilik kita.Tidur saja nanti.Sekarang ini abang akan izinkan sayang tidur di bilik tetamu ini.” jelas Datuk Hud Razied mendatar dan hambar.Tetapi nadanya masih lembut dan sopan kepada isterinya Intan Zinirah.
“Intan minta maaf dengan abang.Intan lukakan hati abang lagi.Intan tidak bermaksud abang mahu buat sedemikian kepada abang.Tetapi , Intan tidak mampu memaksa diri Intan juga.” jelas Intan Zinirah di dalam linangan airmata.Suaranya berubah sebak.Datuk Hud Razief memaut bahu isterinya dan ditarik ke dalam dakapannya.Kepala isterinya Intan Zinirah dikucup lembut.
“Jangan pernah rasa bersalah kepada abang.Sayang tengah mengandung , memang akan rasa macam-macam yang kurang selesa.Abang tidak kisah pun.Yang penting sayang berasa selesa dan gembira.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lembut.Intan Zinirah terus memeluk suaminya Datuk Hud Razief dari arah sisi kanan.Tetapi hati lelaki Datuk Hud Razief hanya tuhan saja yang tahu bahawa betapa hancurnya hatinya kerana terpaksa berpisah ruang tidur dengan isterinya buat sementara waktu.
“Terima kasih abang sebab faham kerenah Intan yang sedang mengandung ini.Intan tidak tahu betapa tingginya tahap kesabaran abang dengan Intan.Intan bersyukur dapat bersuamikan abang.Intan saja yang selalu menyakiti hati abang.” ucap Intan Zinirah sayu dan lemah.Dia mula terkenang segala kesalahannya kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tangan suaminya Datuk Hud Razief diraih dan dikucup lembut gugur airmatanya saat mengucup tangan suaminya itu.
“Sayang , sudahlah itu.Abang tidak apa-apa.Sayang sentiasa jaga diri dan kesihatan.Sebab abang cuma mahu lihat sayang sihat dan bahagia.Abang akan lakukan apa sahaja untuk isteri abang.Jangan pernah rasa bersalah dengan abang.Abang okay saja.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.
“Abang selalu mengalah dengan Intan.” ujar Intan Zinirah tentang pengorbanan suaminya.Datuk Hud Razief hanya tersenyum manis kepada isteri yang sungguh dia cintai itu.
“Pasti sayang.Abang akan mengalah apa sahaja untuk kebahagiaan isteri abang ini.Cuma sayang perlu jaga kandungan sayang itu dengan baik sahaja.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.
“Padan muka perempuan dekat luar sana , sebab tidak dapat bersuamikan abang.Biar mereka tengok saja Intan bermanja dengan abang.” jelas Intan Zinirah nakal.Datuk Hud Razief tertawa dengan penyataan isterinya itu.
“Kenapa sayang cakap begitu ? Tidak baik tahu ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.
“Tipulah kalau kata tiada perempuan yang cemburu bila lihat abang dengan Intan.Yang niat mahu jadi perampas pun mesti ada.Tetapi mereka hanya mampu lihat saja hubungan kita.Sebab Intan sudah mampu lahirkan anak untuk abang.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Kepala Intan Zinirah diusap lembut oleh Datuk Hud Razief.
“Jangan nakal sangat boleh ? Nanti anak abang ikut.Tidak baik sayang cakap perempuan dekat luar sana begitu.Mereka pun ada hati dan perasaan.Jadi janganlah sayang ucap begitu.Kalau mereka sendiri dengar apa yang sayang cakap macam mana ? Tidak ke nanti mereka berkecil hati ? Sayang perempuan pasti sayang faham bagaimana hati perempuan ini ? Abang yang lelaki ini pun faham.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah sambil menatap wajah redup isterinya itu.
“Okay daddy.” jawab Intan Zinirah manja dan akur dengan suaminya Datuk Hud Razief.Dia memuncung ke arah suaminya.
“Muncung itu panjang sangat.Nanti abang cium baru tahu.” jelas Datuk Hud Razief menyakat isterinya.Intan Zinirah membutangkan mata dan tersenyum girang.
“Mahu kena cium dengan abang !.” pinta Intab Zinirah manja.Terkedu Datuk Hud Razief dengan permintaan selamba isterinya Intan Zinirah itu.Dahi ditepuknya.Sunguh dia pening dengan ragam isterinya Intan Zinirah itu.
“Sayang makin hari buat abang pening.Mati abang macam ini.” ujar Datuk Hud Razief spontan.
“Abang , kalau Intan manja dengan lelaki lain abang cemburu.Mahu bermanja dengan abang asyik kena ceramah saja.” jelas Intan Zinirah merungut kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Baik sayang , selepas ini sayang mahu buat apa buatlah.Abang tidak akan marah atau tegur.Cuma jangan buat perkara yang abang tidak suka saja.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan lembut.
“Intan rasa mahu mandi dengan abang , boleh ?.” soal Intan Zinirah selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sayang , apa sayang ? Suka minta yang bukan-bukan.” marah Datuk Hud Razief kepada isterinya.Intan Zinirah merenung tajam ke arah suaminya.
“Jangan ego boleh ? Kalau mahu itu cakap sajalah abang pun mahu.” jelas Intan Zinirah selamba.Tidak langsung dia takuti suaminya Datuk Hud Razief.
“Sayang , abang tahu itu keinginan sayang.Tetapi janganlah minta secara terang-terangan begitu.Malu abang tahu tak ?.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
“Sejak bila abang jadi pemalu ? Sebelum ini pun kalau ambil hak abang tidak minta izin , tiba-tiba saja jadi pemalu pula ?.” soal Intan Zinirah selamba.Datuk Hud Razief menepuk dahinya sekali lagi.Sungguh dia pening akan sikap isterinya itu ketika di dalam keadaan mengandung ini.
Suasana di bengkel milik Hazim Iqbal sangat riuh rendah dengan kehadiran pelanggan-pelanggannya yang duduk satu kampung dengannya.Mata Datuk Hud Razief dan Tengku Orked Mariam sesekali memandang ke arah Hazim Iqbal yang sedang ralit membuat kerja sambil berbual bersama pelanggannya tersebut.Datuk Hud Razief menghayati petang di hadapan sawah bendang tersebut dengan tenang.Tengku Orked Mariam tekun menuangkan air kopi ke dalam sebuah cawan plastik yang dibawanya dari rumah.Cucur udang yang dibuatnya untuk minum petang bersama Datuk Hud Razief serta suaminya Hazim Iqbal dikeluarkan dari bag kain yang digunanya.Dibuka penutup bekas makanan tersebut.Haruman cucur itu menarik perhatian Datuk Hud Razief yang sedang membuang pandangannya ke arah sawah padi yang luas terbentang.
“Menarik menu minum petang you ini Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief yang sengaja mengusik kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Saya memang suka buat cucur ini Datuk.Kerana Hazim suka sangat dengan cucur udang.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Intan pula tahu makan saja , semuanya mahu I yang buatkan.” jelas Datuk Hud Razief hambar.Pandangannya dibuang ke arah kiri.Tengku Orked Mariam tersenyum lebar.
“Biasalah itu Datuk.Awak yang mahu pucuk muda.Terima sajalah.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Datuk Hud Razief tertawa sinis.
“Memang padan muka I pun Tengku sebab gatal sangat mahukan yang muda.Tidak sedar diri pula yang I ini sudah tua.” bebel Datuk Hud Razief kepada Tengku Orked Mariam yang mengutuk dirinya sendiri.
“Tetapi Datuk sendiri bahagia dengan Intan bukan ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Ya , I bahagia sangat Tengku.Apa yang I alami selama ini semuanya sudah hilang pergi dari mimpi I.Dia hadir dan mengubah hati I.I bersyukur sangat ada seorang isteri seperti Intan.I akan sayang dan cintakan dia sepenuh hati I.” jelas Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Tetapi , awak ada perasan something pada nama Intan ? Nama ayah dia ?.” soal Tengku Orked Mariam mencurigakan kepada Datuk Hud Razief.Pandangan terus ditoleh dengan wajah yang cuak ke arah Tengku Orked Mariam.
“Apa yang cuba you maksudkan Tengku ? I kurang faham.” jelas Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Malahan , Tengku Orked Mariam hanya tertawa sinis.
“Awak jangan kata awak tidak faham Datuk.Awak sebenarnya dapat syak apa yang saya cuba maksudkan bukan ?.” soal Tengku Orked Mariam menduga.Datuk Hud Razief menekur ke kayu pangkin.
“Awak rasa Intan ada berkaitan dengan Farid yang kita maksudkan ini ke ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief yang mula mengesyaki sesuatu.
“I tidak pasti.Tetapi firasat mengatakan ada.” jelas Tengku Orked Mariam tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Terbutang mata Datuk Hud Razief mendengar penyataan Tengku Orked Mariam itu.Dia menelan liur kesat.
“Tengku , I mahu you pastikan Farid yang kita maksudkan tidak ada kena mengena dengan Intan Zinirah.” jelas Datuk Hud Razief tegas kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Jika ada ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut kepada Datuk Hud Razief selamba.Wajah adik lelakinya Datuk Hud Razief berubah cuak.
“Satu saja I mahu beritahu you Tengku.I tidak mahu kehilangan Intan Zinirah di dalam hidup I.” jelas Datuk Hud Razief tegas.
“Apa yang awak sudah lakukan , tidak mampu untuk awak tutup kesalahan awak dengan kasih sayang sekalipun.Jika Intan adalah orang yang ada kaitan dengan Farid yang kita maksudkan.Awak harus bersedia untuk menerima kehilangan besar di dalam hidup awak Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam yang mengerunkan Datuk Hud Razief.
“Awak bukan mengancam mereka Datuk tetapi awak membunuh.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief dengan amarah.
“Saya sampai ke hari ini tidak dapat menerima dan menyangkan yang adik lelaki saya seorang pembunuh.” jelas Tengku Orked Mariam sayu.Airmatanya mengalir deras.Tetapi segera dia menyeka dan kembali tenang seperti sedia kala.
“Dan awak perasan ke tidak ? Intan pernah beritahu ibu bapa dia mati dibunuh di hadapan matanya.Awak tidak ingat ke Datuk , sewaktu awak melakukan perkara itu.Ada seorang anak kecil berada di tempat kejadian.Dan Farid juga pernah menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak perempuan ?.” soal Tengku Orked Mariam yang semakin menerangkan segala kisah silam 28 tahun yang lalu kepada Datuk Hud Razief.
“Jadi awak memang hendak menyatakan bahawa budak perempuan itu Intan ?.” soal Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam cuak.Hanya anggukan yang diberi oleh Tengku Orked Mariam.
“Tidak Tengku , I tidak bersedia lagi untuk merasa kepahitan di dalam rumahtangga I Tengku.” jelas Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam seperti orang tidak mampu menerima kenyataan.
“Jika allah kata sudah sampai masanya , kita sendiri pun tidak mampu buat apa-apa.” jelas Tengku Orked Mariam sayu.
“Tengku , I mahu pertolongan you.Tolong siasat apa betul kaitan Farid dan Intan benar ?.” soal Datuk Hud Razief sayu.
“Jangan risau.Saya tetap akan bantu Datuk juga.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.
“I takut untuk menerima keputusan tersebut Tengku.I takut untuk berhadapan dengan kebenaran.” jelas Datuk Hud Razief seperti orang di dalam ketakutan kepada Tengku Orked Mariam.
“Jangan pernah berasa takut untuk berhadapan dengan kebenaran.Kerana ia juga yang akan membantu kita nanti.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief.
“I fikir , hidup I akan semakin bahagia.Tetapi ada perkara lain yang bakal terjadi.” luah Datuk Hud Razief sayu kepada Tengku Orked Mariam.
“Tidak baik Datuk berkata begitu.Itu adalah ujian daripada allah , pasti ada rahmat dan hikmah di sebaliknya.Jika Intan adalah orang yang kita maksudkan selama ini.Pasti akan ada peluang kedua buat Datuk jika perkara ini sudah menjadi hangat.” jelas Tengku Orked Mariam yang cuba menenangkan Datuk Hud Razief itu.
“Kenapa I tidak sedar selama ini tentang nama itu ? Kenapa masa mahu lafaz akad I tidak baca dengan teliti terlebih dahulu ? Kenapa ?.” soal Datuk Hud Razief dengan nada yang marah.
“Semuanya sudah diatur allah Datuk.Siapa kita untuk menentangnya ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Tetapi sekarang ini yang terlalu penting adalah , jangan sampai Intan tahu apa yang sedang kita mahu lakukan ini.Biar semuanya terbukti dahulu baru kita berbincang dengan baik.” jelas Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Kalau masa kejadian kita berbincang dengan baik.Jika sebaliknya ?.” soal Tengku Orked Mariam sinis kepada Datuk Hud Razief.Keluhan berat dilepaskan.
Pada malam yang hening di halaman rumah Datuk Hud Razief itu.Intan Zinirah dan Tengku Orked Mariam sedang duduk di beranda rumah.Manakala , Datuk Hud Razief dan Hazim Iqbal sedang bersantai di halaman rumah sambil berbincang tentang ekonomi yang kian jatuh merundum kini.Perbualan mereka jelas kedengaran oleh setiap rumah kejiranan di situ.Intan Zinirah meneliti kain tuala tangan yang diberi oleh Tengku Orked Mariam kepadanya.
“Terima kasih Tengku sebab beri Intan tuala tangan ini.Intan suka lihat tuala tangan yang bercorak dan bertulisan.Sudah lama idamkan cuma tidak tahu hendak cari di mana ?.” jelas Intan Zinirah lembut kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.
“Sama-sama Cik Puan.Sebenarnya , saya saja mengait untuk saya punya tetapi teringat pula kepada Cik Puan , jadi saya buatkan satu untuk Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam tentang niatnya dihati.
“Alhamdulillah , belum bersalin lagi sudah terima pelbagai hadiah daripada Tengku dan Encik Hazim.” jelas Intan Zinirah teruja dan amat menghargai pasangan suami isteri itu.
“Kami punya hadiah tidak setanding Datuk , Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut.Tiba-tiba riak wajah Intan Zinirah bertukar sayu sambil mengusap perutnya yang masih kempis.Lalu airmatanya juga mengalir deras tanpa suara esakan kedengaran.Tengku Orked Mariam pelik melihat keadaan Intan Zinirah tersebut.
“Cik Puan ? Awak okay ? Kenapa menangis ini ?.” soal Tengku Orked Mariam yang cuba mengambil berat tentang keadaan Intan Zinirah itu.
“Tidak , saya cuma terkenangkan jika ibu dan ayah ada bersama sekarang ini pasti mereka gembira melihat bakal cucu mereka nanti.” jelas Intan Zinirah sayu dan sebak.Tengku Orked Mariam tersentak , dia tiba-tiba teringat akan perbualannya bersama Datuk Hud Razief petang tadi.
“Cik Puan , jika saya mahu bertanya sesuatu boleh ?.” soal Tengku Orked Mariam meminta izin kepada Intan Zinirah.
“Silalah Tengku , jangan malu-malu.” jelas Intan Zinirah mesra dan dia cuba mengawal emosinya.
“Ayah dan ibu Cik Puan meninggal kerana apa ya ?.” soal Tengku Orked Mariam yang mula melakukan tugasnya sebagai perisik.
“Sebenarnya , ibu dan ayah meninggal dalam kebakaran.Kedai mereka di bakar.Dan saya ada di dalam kedai tersebut.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah.Airmatanya kembali mengalir.Jantung Tengku Orked Mariam bagai gugur dari tangkainya.Adakah Intan Zinirah wanita itu ?.
“Kenapa kejam sangat kematian ayah dan ibu Intan ? Ada masalah tali pintas ke ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada Intan Zinirah untuk mengetahui lebih lanjut.Keluhan kecil terbit dari bibir Intan Zinirah.
“Sebenarnya , ayah dan ibu mati dibunuh seseorang.Dia membakar kedai itu kerana ayah ada hubungan dengan ibu dia.Intan tahu cerita ini daripada paklang Intan.Dia saja yang baik dengan Intan tetapi semua orang salahkan Jntan sebab ibu dan ayah meninggal dunia dengan cara begitu.Mereka kata Intan pembawa malang dalam keluarga.” luah Intan Zinirah sayu dan sebak.
“Tidak mengapa Cik Puan , kini kami semua ada dengan Cik Puan.Tetapi boleh saya tahu , kenapa paklang Cik Puan itu saja tidak menjaga Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada Intan Zinirah sayu.
“Sebab saya tidak mahu dia dibuang keluarga , jadi biar saya saja yang mengalah.” luah Intan Zinirah kepada Tengku Orked Mariam.
“Jika saya bantu Cik Puan untuk mencari siapa yang membunuh ibu dan ayah Cik Puan , adakah Cik Puan mahu dan akan terima kedatangan gerangan tersebut ?.” soal Tengku Orked Mariam.
“Saya akan bunuh dia bagaimana dia membunuh ibu bapa saya.Hidup saya rosak kerana dia.Saya akan benci dia seumur hidup saya Tengku.” luah Intan Zinirah sayu.Mengeletar seluruh tubuh Tengku Orked Mariam mendengar penyataan Intan Zinirah tersebut.
Happy reading baby readers ! jangan lupa follow : Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel