SKZ (32)

Romance Completed 109187

Cuaca pagi yang hening di Melaka amatlah tenang  dan segar.Udaranya cukup bersih dan segar kerana dikelilingi gunung-ganang dan daun-daun hijau.Bunyi burung yang berkicauan juga amat menenangkan.Pagi di ‘ A Famosa Resort sangat menenangkan dan mendamaikan dengan para pelancong yang bercuti di sini.Datuk Hud Razief selamat menginap di tempat peranginan tersebut bermula pada semalam hari.Dia tiba di kota melaka pada waktu petang dan bersiar-siar di Bandar Hilir , Melaka pada waktu malam.Dia membawa isterinya Intan Zinirah berjalan-jalan di Bandar Hilir , Melaka sehingga watu larut malam.Tubuh Datuk Hud Razief bergerak sedikit kerana terganggu dek cahaya matahari yang menembusi kamar tidurnya.Mata dibuka perlahan-lahan dan memandang pemandangan yang cukup cantik kini berada di sebelahnya.Dari mata , hidung dan bibir isterinya Intan Zinirah dia meneroka dengan anak matanya.Perlahan-lahan dia memeluk pinggang ramping isterinya dan sedikit mendekati wajah isterinya Intan Zinirah yang sedang tidur.
 
 
“Sayang , bangun mandi.Let’s breakfast !.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan romantis kepada isterinya Intan Zinirah yang masih dibuai mimpi.Sedikit pun Intan Zinirah tidak terganggu dengan ajakan suaminya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Sayang , jangan tidur mati macam ini nanti anak abang ikut.” usik Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah yang masih lena dibuai mimpi.Tiba-tiba tubuh sederhana milik isterinya Intan Zinirah dipeluk erat di bahagian pinggang.Pejaman mata yang rapat sebentar tadi kini terbuka luas.
 
 
“Abang , Intan tidak selesa macam ini.Lepaslah.” rayu Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tetapi tidak diendahkan rayuan oleh isterinya Intan Zinirah oleh Datuk Hud Razief.Dia tersenyum nakal di balik pelukan erat bersama isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Siapa suruh tidak dengar cakap abang.Padan muka kena peluk kuat-kuat.” jelas Datuk Hud Razief selamba kepada isterinya Intan Zinirah.Keluhan kecil dilepaskan oleh isterinya Intan Zinirah.Tolakan demi tolakan dibuat namun tetap tidak berjaya.Dia mengalah dan menyambut pelukan suaminya dengan erat juga.Datuk Hud Razief tersenyum bahagia dengan reaksi isterinya itu.
 
 
“Sayang abang ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan manja kepada isterinya Intan Zinirah.Dagu isterinya Intan Zinirah dikucup lembut oleh Datuk Hud Razief.
 
 
“Sayang sangat-sangat.” ucap Intan Zinirah lembut dan sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan nada berbisik dan mengoda.Suaminya Datuk Hud Razief tersenyum sumbing apabila mendengar nada mengoda daripada isterinya yang disayangi Intan Zinirah itu.
 
 
“I love you mummy.” Ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah itu dengan romantis.Dari posisi pembaringan kini dia sudah duduk tegak di atas katil.Turut bangkit bersama isterinya Intan Zinirah lalu merangkul lengan sasa suaminya.Datuk Hud Razief hanya tersenyum dengan kelakuan manja isterinya Intan Zinirah.Tiba-tiba ada sesuatu yang berlegar di fikiran Intan Zinirah.Perlahan-lahan wajah suaminya Datuk Hud Razief ditatap dan direnung lembut.
 
 
“Abang.Intan ada perkara yang hendak beritahu abang.” jelas Intan Zinirah lembut dan sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.Suaminya Datuk Hud Razief hanya menghadiahkan senyuman manis dan mengoda kepadanya.
 
 
“Apa dia sayang ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan romantis kepada isterinya Intan Zinirah di dalam senyuman.
 
 
“Abang tidak perlulah hendak senyum begitu.Intan takutlah hendak beritahu abang.” jelas Intan Zinirah di dalam rengekan manjanya kepada suaminya Datuk Hud Razief.Suaminya Datuk Hud Razief berpandangan pelik dan tertawa kecil dengan sikap dan gelagat manja isterinya itu.
 
 
“Ya allah , sayang sudah kenapa ? Cakap sajalah.Abang bukan marah pun.Senyum pun salah ke ?.” soal Datuk Hud Razief menyindir.Akhirnya Intan Zinirah mengalah.Nafas ditarik panjang dan matanya mencari anak mata suaminya Datuk Hud Razief.Tangan suaminya itu digenggam erat.
 
 
“Intan sudah tahu kebenaran daripada Tengku.Dia sudah ceritakan segalanya kepada Intan tentang apa yang berlaku 28 tahun yang lepas.Intan minta maaf sebab banyak menyusahkan abang.Intan sering tidak percayakan abang.Sekarang , Intan rasa malu sangat untuk berhadapan dengan abang.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Wajahnya menekur kain cadar.Tidak berani dia mengangkat wajahnya itu untuk bertentang mata dengan suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Sayang… .” panggil Datuk Hud Razief meleret kepada isterinya Intan Zinirah.Dagu isterinya Intan Zinirah disentuh dan dibawa menikam anak matanya.Intan Zinirah hanya diam membisu.
 
 
“Abang pernah kecewa ketika sayang sudah tidak percayakan abang lagi.Abang pernah menangis kerana takut akan kehilangan anak dan isteri abang.Abang hampir gila untuk menjalani harian kehidupan abang selepas itu.Tetapi , sayang percayalah yang abang tetap percaya dan setia menunggu sayang walau apa jua yang terjadi.Satu saja yang abang hendak bertanya pada sayang.” Kata-katanya terhenti dan menatap wajah isterinya Intan Zinirah lembut di dalam senyuman.
 
 
“Apa dia abang ?.” soal Intan Zinirah yang agak cuak terhadap suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Adakah pembunuh seperti abang akan tetap ditinggalkan dan akan dibawa ke muka pengadilan ?.” soal  Datuk Hud Razief sayu dan sebak kepada isterinya Intan Zinirah.Entah mengapa , hatinya terasa hiba apabila tiba-tiba teringatkan kata-kata isterinya yang pernah meragut perasaannya di atas kesilapannya sendiri.Intan Zinirah terdiam sejenak.Dadanya terasa laju dan airmatanya bergenang.Dia tersentuh dengan pertanyaan suaminya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Abang , apa yang terjadi sekali pun , siapa pun abang suatu ketika dahulu.Intan tetap akan bersama dengan abang dan abang tetap suami Intan.Tiada hukuman untuk seorang suami yang telah banyak berkorban cinta dan kasih sayangnya buat isteri yang derhaka seperti Intan.Biarlah allah sahaja yang menentukan segalanya.” ucap Intan Zinirah yang semakin tengelam nadanya.Dia memeluk erat tubuh sasa suaminya Datuk Hud Razief itu dan akhirnya tangisannya pecah di dada bidang suaminya Datuk Hud Razief.Tanpa sedar , Datuk Hud Razief juga turut mengalirkan airmata juga.
 
 
“Terima kasih sayang sebab sudi terima abang dengan segala kekurangan diri abang.Cinta abang terhadap sayang tidak pernah berkurangan.Sukar untuk abang berjauhan dengan sayang apatah lagi leka terhadap tanggungjawab abang sebagai seorang suami.Abang bukan apa sayang , abang cuma mahukan anak kita lahir nanti di dalam suasana yang bahagia dan tenang.Tiada perselisihan faham di antara kita.Kesian pada anak kita nanti bila dia lahir , kasih sayang terhadap ibu bapa itu berkurangan.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan sayu kepada isterinya Intan Zinirah.Airmata isterinya yang mengalir diseka lembut dengan jari jemarinya.
 
 
“Sayang mahu besarkan anak kita dengan kurang kasih sayang ? Kalau abang tidak beri kelengkapa hidup dan kasih sayang secukupnya kepada sayang , apa yang sayang rasa ? Mesti sayang rasa tiada makna hidup dengan abang , betul ? Begitulah , anak kita akan rasa jika kita sendiri tidak mahu beri kerjasama di dalam hubungan.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.Tangisan isterinya Intan Zinirah semakin kuat dan pelukan bersama suaminya Datuk Hud Razief juga semakin erat.Datuk Hud Razief mengosok tubuh badan di bahagian belakang isterinya Intan Zinirah dengan lembut supaya isterinya itu lebih tenang.
 
 
“Nanti selepas sayang bersalin , abang cuma mahu sayang jaga diri dan cantik untuk abang sahaja.Tentang anak biar abang yang uruskan.Sayang tidak perlu kalut memikirkan tentang anak.Tugas sayang hanya untuk melahirkan anak-anak abang sahaja.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan romantis.Intan Zinirah terdiam sejenak.Tangisannya terhenti serta merta.Wajah diangkat dan memandang wajah tampan suaminya.Tetapi pelukan tetap erat , tidak renggang walaupun seinci.
 
 
“Abang masih hendak anak lagi ? Yang ini pun Intan belum teran keluar lagi ?.” jelas Intan Zinirah cuak terhadap suaminya Datuk Hud Razief.Pecah tawa suaminya Datuk Hud Razief memenuhi ruang segenap kamar tidur mereka.Pagi yang tenang di negeri melaka itu amat mendamaikan suasana hubungan mereka yang sedang kembali pulih.
 
 
 
 
 
Suasana di restoran mewah Wild Coriander , Melaka amat tenang sunyi kerana tidak mempunyai ramai pelanggan.Suasana yang agak tenang dan romantis.Lagu ‘ jar of heart ‘ yang mengiringi suasana restoran tersebut telah menyentuh hati dan perasaan Datuk Hud Razief dan isterinya Intan Zinirah.Apa yang dilalui oleh mereka sepanjang perkahwinan ini amat mengusik jiwa mereka yang agak rapuh itu.Makanan yang dipesan telah pun selamat tiba di meja santapan mereka.Agak banyak makanan yang dipesan oleh Datuk Hud Razief sehinggakan isterinya Intan Zinirah terkejut dengan makanan yang memenuhi ruang meja santapan tersebut.
 
 
“Abang , banyaknya abang order ? Siapa yang hendak makan ini ?.” soal Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Kita ada tetamu kehormat.” jelas Datuk Hud Razief tenang dalam senyuman manisnya.Intan Zinirah berkerut dahi memandang wajah suaminya.Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang menyentuh bahunya , wajah ditoleh ke belakang perlahan-lahan.
 
 
“Assalammualaikum.” ucap Tengku Orked Mariam yang tersenyum memandang wajah ayu adik iparnya Intan Zinirah itu.Tubuh milik Tengku Orked Mariam itu terus dipeluk erat dan penuh kasih oleh Intan Zinirah.Manakala , Hazim Iqbal terus bersalaman dengan Datuk Hud Razief lalu melabuhkan punggung di  kerusi bersebelahan lelaki itu.
 
 
“Macam mana abang tahu Intan panggil Tengku ?.” soal Intan Zinirah selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“I read your message both of you !.” jelas Datuk Hud Razief dengan riak wajah yang megah kepada isterinya Intan Zinirah dan kakaknya Tengku Orked Mariam.Sengihan diberikan kepada suaminya Datuk Hud Razief oleh Intan Zinirah.
 
 
“Tapi , Intan Cuma borak-borak kosong saja dengan Tengku.” jelas Intan Zinirah yang cuba mempertahankan dirinya.
 
 
“Ya abang tahu , tapi cara sayang itu macam mahu sangat Tengku ada dengan kita.Jadi , abang panggil Tengku datang sini.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Thank you abang.” ucap Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Mereka mula menjamu selera dengan pesanan yang dipesan oleh Datuk Hud Razief.Suasana yang romantis kini bertukar ceria dan bahagia dengan adanya kehadiran Tengku Orked Mariam dan suaminya Hazim Iqbal.Wajah ceria dan gembira Intan Zinirah dapat dilihat jelas oleh suaminya Datuk Hud Razief.Mereka meraikan kebahagiaan bersama orang yang tersayang.
 
 
 
 
 
Selepas selesai menjamu selera di restoran mewah sebentar tadi.Mereka mula mengatur perjalanan ke pantai Klebang pula.Intan Zinirah hanya berdiam diri sahaja di sebelah suaminya Datuk Hud Razief yang sedang memberi tumpuan sepenuhnya pada pemanduan.Sesekali suaminya Datuk Hud Razief itu mengusik dirinya yang hanya menyepi.
 
 
“Diam saja isteri abang ini ? Mengantuk ke sayang ?.” soal Datuk Hud Razief yang memainkan jari jemarinya di pipi isterinya Intan Zinirah dengan lembut dan manja.
 
 
“Mana ada Intan mengantuk.Intan sendiri tidak tahu mahu bualkan apa dengan abang.Diam sajalah.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tidak lama kemudian , mereka selamat tiba di pantai klebang.Mereka turun dari kereta dan jalan beriringan menuju ke gigi air pantai Klebang.
 
 
“Apa lagi yang sayang mahukan daripada abang selain dari babymoon ini ?.” soal Datuk Hud Razief yang tiba-tiba bersuara kepada isterinya Intan Zinirah.Tangan mereka saling bergenggaman.
 
 
“Agak-agak kalau Intan minta cinta abang , Intan dapat ke tidak ?.” soal Intan Zinirah menduga suaminya Datuk Hud Razief itu.Pandangan manja dan tenang dihadiahkan kepada isterinya Intan Zinirah oleh Datuk Hud Razief.
 
 
“Intan mahukan cinta abang ? Bukan kata cinta sayang , nyawa pun abang beri.” jelas Datuk Hud Razief mengayat isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Kalau begitu , selamat Intan waktu bersalin nanti.Sebab abang hendak beri nyawa abang.” jelas Intan Zinirah selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tawa mereka pecah.
 
 
“Kalau abang boleh ambil perut sayang itu alihkan ke perut abang.Sudah lama abang buat.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan sebak sewaktu ayatnya itu diucapkan kepada isterinya yang tersayang Intan Zinirah.
 
 
“Sebab itu , allah jadikan wanita itu sebagai ibu yang melahirkan.Supaya kaum lelaki lebih menghargai.Tetapi , sama saja dunia sekarang ini , sudah tiada penghargaan buat kaum wanita di dalam rumahtangga.Bila gaduh , cerai.Bila gaduh , bawa ke mahkamah.Memalukan sahaja.” jelas Intan Zinirah dengan kata-katanya yang begitu mengusik tangkai hati suaminya Datuk Hud Razief.Dia seakan tersentak.
 
 
“Tetapi , lelaki ini akan terus menghargai wanita yang kini berada di hadapan matanya sehingga nafas yang terakhir.” ucap Datuk Hud Razief sambil menunding jarinya ke arah dirinya sendiri.Intan Zinirah tersipu malu apabila mendengar kata-kata manis bak gula daripada suaminya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Sebab itu , Intan tidak pernah menyesal untuk terus mencintai dan jatuh cinta dengan abang.Sebab abang sahaja yang mampu bertahan dengan perangai dan karenah manja Intan.Walaupun ada situasi yang tegang berlaku di dalam rumahtangga kita sebelum ini.Intan tetap bangga dan terharu dengan abang sebab abang tidak melenting malah abang terus diam dan bersabar.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang kepada suaminya.
 
 
“Sayang , hari ini abang hendak jujur sesuatu yang abang pendam dan cuba abaikan selama ini.Sebenarnya , setiap hari sebelum tidur abang akan rasa lelah selepas seharian cuba mengawal emosi dan perasaan abang.Apa yang sayang duga terhadap abang , semuanya benar sayang.Penat juga abang hendak melayan segala karenah sayang.Tetapi , segalanya akan hilang rasa penat itu apabila sayang sentiasa ada bersama abang setiap malam dan setiap waktu.Hati dan jiwa abang rasa terawat dengan tenang.Maafkan abang sebab rahsiakan perkara ini daripada sayang.Abang cuma tidak mahu sayang terasa hati dengan abang.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan sayu kepada isterinya Intan Zinirah sambil tangannya mengusap lembut bahu isterinya itu.Malah , isterinya Intan Zinirah hanya tersenyum manis kepadanya.Apa yang diluahkan oleh suaminya Datuk Hud Razief sebentar tadi tidak memberi kesan terhadap hati dan perasaannya.
 
 
“Abang , tentang perkara itu tidak perlu abang ceritakan pun Intan sudah tahu.Setiap malam , waktu abang tidur , Intan nampak wajah lelah abang yang penat seharian bekerja dan Intan juga tahu yang abang penat melayan karenah Intan sepanjang hari.Intab harap abang tidak akan pernah jemu untuk terus melayani Intan.” jelas Intan Zinirah lembut dan sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Tidak sayang , abang akan terus bersama dengan sayang dan anak kita walau apa pun yang terjadi.Selepas ini abang perlu layan karenah anak pula.Plus mummy.” ucap Datuk Hud Razief dalam tawa kecilnya kepada isterinya Intan Zinirah.Mereka terus menghayati suasana petang di pantai Klebang bersama.
 
 
 
 
 
Intan Zinirah pada malam itu , memasak makanan kegemaran suaminya Datuk Hud Razief.Ikan pari bakar menjadi menu utama makan malam mereka suami isteri.Datuk Hud Razief memakan makanan tersebut dengan penuh berselera hasil air tangan isterinya Intan Zinirah sendiri.Tersenyum isterinya Intan Zinirah apabila melihat suaminya Datuk Hud Razief makan dengan begitu berselera.
 
 
“Sedap sangat ke abang ? Berselera betul abang makan ?.” soal Intan Zinirah mesra dan teruja kepada suaminya Datuk Hud Razief yang kini menambah lauk tersebut ke dalam pinggan santapannya.
 
 
“Sedaplah sayang , berbulan abang tidak makan makanan sayang.Selepas ini , hari-hari sayang masak untuk abang ya ?.” pinta Datuk Hud Razief lembut dan manja kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Boleh abang , orang kata kalau hendak rumahtangga bahagia perlu ikat perut suami terlebih dahulu.Tetapi , kalau macam abang bukan saja perut perlu diikat , kaki dan tangan juga perlu diikat.” sindir Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief sambil menyuakan makanan ke mulutnya.
 
 
“Kenapa pula perlu ikat kaki dan tangan abang ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan riak wajah yang pelik.
 
 
“Sebab nanti ada pula mulut-mulut merah di luar sana yang cuba mahu jadi umpan abang.Faham-faham sajalah perempuan zaman sekarang ini.Suami orang pun boleh saja.Janji ada.” jelas Intan Zinirah selamba dan menyindir kepada suaminya Datuk Hud Razief.Pecah tawa Datuk Hud Razief apabila penyataan yang dibuat oleh isterinya Intan Zinirah itu berbaur cemburu.
 
 
“Sayang cemburu ya dengan abang ? Sayang hendak sindir siapa ? Abang ke Fira ?.” soal Datuk Hud Razief yang sedikit mengintai wajah isterinya Intan Zinirah yang menikam tajam ke dalam pinggan santapannya itu.
 
 
“Abang perlu faham , Intan tidak boleh langsung tengok abang dengan perempuan lain.Intan cemburu.Intan hendak abang jadi milik abang seorang.” ucap Intan Zinirah sayu dan bernada sebak kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Tetapi sayang , abang juga bukan milik sayang seorang.” ucap Datuk Hud Razief sambil jari telunjuk sebelah kirinya menunjuk-nunjuk ke arah atas.Intan Zinirah terdiam seribu bahasa.Pahit yang kini terasa dia menelan dengan kesat.Dirinya juga bukan milik suaminya sepenuhnya tetapi mereka adalah milik allah.Nasi yang ditelan juga terasa sukar dan tersangkut-sangkut melalui aliran kerongkongnya.Suasana bertukar sunyi dan sepi.

Happy Reading baby readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience