Suasana yang dingin dan tenang menyelubungi kamar Intan Zinirah dan suaminya Datuk Hud Razief.Bunyi deringan jam loceng telah menyedarkan Intan Zinirah dari separuh lenanya.Tangannya naik ke atas dan mengeliat kecil.Wajah suaminya Datuk Hud Razief ditatap lembut dan mengukir senyuman di bibir.Wajah suaminya itu diteroka dengan sepasang matanya.Tangannya naik merayap meraba wajah suaminya yang masih di dalam lena.Bibir suaminya dikucup berulang kali dengan manja.Akhirnya Datuk Hud Razief tersedar dari lenanya dan masih di dalam keadaan separuh mengantuk.Bibirnya mengukir senyuman manis lalu dihadiahkan kepada isterinya Intan Zinirah.Kucupan isterinya tadi dibalas sekali lagi.Bibir isterinya dipagut lembut dengan penuh rasa cinta.Intan Zinirah hanya berdiam diri saat bibirnya menjadi sasaran suaminya Datuk Hud Razief.
“Celik mata sahaja , sayang sudah nakal dengan abang ya ?.” soal Datuk Hud Razief selamba dan mengusik isterinya Intan Zinirah itu sebaik tautan bibir mereka dilepaskan.
“Intan sudah tidak lama lagi sudah mahu bersalin abang.Inilah masanya Intan hendak nakal dan bermanja dengan abang.” jelas Intan Zinirah selamba dan tenang kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh suaminya yang sasa di peluk dari arah sebelah kanan.Datuk Hud Razief hanya diam dan tersenyum dengan gelagat manja isterinya Intan Zinirah itu.
“Baiklah sayang , bermanjalah puas-puas dengan abang ya ?.” usik Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan manja dan lembut.Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang kalau sebelum Intan bersalin , Intan hendak minta sesuatu boleh ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan manja dan mengoda.
“Apa dia sayang ?.” soal Datuk Hud Razief lembut nadanya kepada isterinya Intan Zinirah.
“Intan hendak maggi goreng for the last time boleh ?.” soal Intan Zinirah takut-takut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Wajah isterinya ditatap tenang tetapi hati Intan Zinirah sudah bagai mahu luruh melihat pandangan suaminya Datuk Hud Razief itu terhadapnya.
“Kenapa abang pandang Intan macam itu ? Kalau tidak boleh tidak mengapa.Intan hanya bertanya sahaja.” jawab Intan Zinirah yang berada di dalam ketakutan kini.
“Abang tidak cakap pun yang abang marah.Pandai sahaja isteri abang ini buat spekulasi.Ialah , nanti abang masakkan untuk sayang.Abang saja hendak pandang isteri abang ini lama-lama.Isteri abang isteri yang paling cantik , mana yang hendak abang lepaskan abang akan lepaskan sekarang.Nanti sayang sudah bersalin abang perlu cuti.” ucap Datuk Hud Razief nakal.Intan Zinirah menjatuhkan pendangannya ke arah kaki mereka berdua.Dia terasa membahang hendak bertentang mata dengan suaminya kini.
“Teruskan simpan rasa malu terhadap abang.Sebab perkara ini cukup buat abang jatuh cinta terhadap sayang.I love you darling.” ucap Datuk Hud Razief romantis dan mengucup dahi isterinya Intan Zinirah dengan lembut.
“Terima kasih abang , selalu melayankan apa yang Intan mahukan.” ucap Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sama-sama sayang , abang akan sentiasa ada untuk sayang dan anak kita.Selagi hayat abang di kandung abang , apa sahaja yang isteri kesayangan abang ini mahukan akan abang tunaikan.Jasa sayang sebagai isteri dan ibu tidak dapat abang balas.Hanya allah sahaja yang mampu membalasnya.Semoga syurga firdaus balasan buat isteri abang ini.” ucap Datuk Hud Razief romantis kepada isterinya Intan Zinirah.Mengalir airmata Intan Zinirah saat menerima ucapan syahdu dan romantis daripada suaminya Datuk Hud Razief itu.
Suasana di ruang tamu kediaman Datuk Hud Razief agak meriah dengan gelak ketawa ahli keluarganya yang terdiri daripada Tengku Orked Mariam , Hazim Iqbal dan isterinya Intan Zinirah.Mengenang zaman kecil mereka sungguh membuat para pendengar yang lain mencuit hati.Datuk Hud Razief mengenang masa kecilnya kepada isterinya Intan Zinirah.Isterinya itu hanya tersenyum lebar sepanjang mendengar cerita dan kisah silam suaminya itu.Datuk Hud Razief pula bersungguh untuk menghiburkan hati isterinya Intan Zinirah itu.Sepanjang dia bercerita , tangan isterinya Intan Zinirah.Hubungan bahagia itu dapat dilihat oleh Tengku Orked Mariam.Hatinya sungguh gembira apabila melihat adik lelakinya Datuk Hud Razief dan adik iparnya Intan Zinirah kembali bersama dan bersatu semula setelah menempuhi dugaan rumahtangga mereka.
“Kalau Intan hendak tahu , Hud ini romantik orangnya.Sewaktu zaman sekolah , dia akan mengumpul baki duit sekolah dan membelikan saya dan Marina bunga.” jelas Tengku Orked Mariam sambil tertawa kecil kepada adik iparnya Intan Zinirah sewaktu menyatakan tentang sikap adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Romantiknya abang ?.” usik Intan Zinirah terhadap suaminya Datuk Hud Razief.
“Abang saja hendak belikan kakak-kakak abang bunga.Mana ada romantik ?.” jelas Datuk Hud Razief merendah diri.Intan Zinirah hanya menyeringai nakal kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia tertarik dengan sikap romantis suaminya itu semenjak azali lagi.
“Dia kata , dia tiada kekasih hati kerana itulah kami yang bergelar kakak yang mendapat bunga daripadanya.” jelas Tengku Orked Mariam mengusik adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Kenapa tiada kekasih hati ? Tampan begini pun tidak laku ke ?.” soal Intan Zinirah selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief itu.Jelingan tajam diberi oleh suaminya Datuk Hud Razief , tetapi riak wajah isterinya Intan Zinirah hanya selamba sahaja.Geram sahaja Datuk Hud Razief melihat wajah manja dan selamba isterinya itu.
“Bukan tidak laku tetapi abang sengaja jual mahal.Jual mahal pun akhirnya terjumpa dengan bidadari.” usik Datuk Hud Razief terhadap isterinya Intan Zinirah.
“Bidadarilah yang engkau perlu jaga Hud , limited edition itu.” usik Hazim Iqbal pula mengenakan adik iparnya Datuk Hud Razief serta birasnya Intan Zinirah.
“Galaknya dua orang ini ketawa ? Sudah lupa isteri-isteri yang ada di hadapan mata ini ke ?.” sindir Tengku Orked Mariam mencelah.
“Tetapi , kiranya abang ini betul-betul lelaki sejati ya.Beri bunga pun kepada kakak-kakak sendiri.Lihat lelaki zaman sekarang ? Bila sudah bercinta rasa dunia ini mereka yang punya.Lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa serta keluarga.Sering melebihkan kekasih hati sahaja.” bebel Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan menyatakan sikap dan kelakuan lelaki zaman kini.
“Betul itu Intan , kita ini patut bersyukur kerana masih mempunyai suami yang masih ada rasa tanggungjawab dan sayang kepada kita.Suami di luar sana , berkahwin untuk apa saya pun tidak pasti ? Di bibir kata sayang , bila sudah kahwin dibuang pula.Kemudian , salahkan isteri.Jika benar pihak isteri yang bersalah , tidak mereka akan melakukan semua kesilapan.Pasti pihak lelaki juga ada melakukan silap.Tetapi semuanya tidak sedar dan mahu menang sahaja.” bebel Tengku Orked Mariam pula apabila mengiakan penyataan adik iparnya Intan Zinirah sebentar tadi.
“Seronoknya hidup I hari ini Tengku , sering dipuji daripada tadi.” bangga Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
Selepas hampir seharian bersama ahli keluarga tercinta dan meluangkan masa bersama , Datuk Hud Razief membawa dirinya ke beranda halaman kediamannya yang dihiasi dengan bunga bungaan.Hati dan pandangannya terasa indah dan tenang.Itulah , perhiasan yang sering dihias dan digubah oleh kakaknya Tengku Orked Mariam serta isterinya Intan Zinirah.Mereka berdua amat cinta dan kasih terhadap bunga-bungaan.Air panas yang dibancuh oleh isterinya Intan Zinirah dihirup tenang dengan enak.Matanya terpejam menikmati air bancuhan isterinya Intan Zinirah itu.Tiba-tiba ada tangan yang merangkul lengannya dan kepala dilentokkan di bahunya.Datuk Hud Razief belum sempat melihat gerangan siapa yang buat sedemikian tetapi dia sudah mengukir senyum di bibir kerana sudah mendapat agak siapakah orangnya.
“Kenapa Tengku ? Kurang kasih sayang ke ?.” kutuk Datuk Hud Razief selamba kepada kakaknya Tengku Orked Mariam yang sedang bermanja dengan adik lelakinya itu.
“Kalau saya memang sudah terlebih kasih sayang , Intan itu yang kurang kasih sayang.Asyik bergaduh saja.” ucap Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Tengku , I minta maaf jika sepanjang I berkahwin I sudah banyak menyusahkan you.I gagal menjadi seorang suami dan pemimpin yang baik buat isteri I Intan Zinirah.Selagi allah beri I peluang untuk berubah , I akan berubah untuk Intan dan anak I.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan sebak kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Hud , di dalam kehidupan rumahtangga ini pasti akan ada pasang surut , asam garam , hitam putih dan sebagainya.Kadang-kadang bila kita melihat rumahtangga orang lain tenang dan bahagia , pasti kita akan tertanya bagaimana mereka boleh tenang dan bahagia ? Setia dan jujur.Itu sahaja kunci kebahagiaan.Bila kita setia , pasangan akan percaya terhadap kita.Bila kita jujur , tiada lagi was-was dan kurang kepercayaan terhadap pasangan.Dua perkara itu mempunyai jawapan yang sama.Jadi kita perlulah menjadi seorang yang setia dan jujur.Jika hendak cerita pasangan yang curang kerana perempuan ? Terlalu banyak dan akan terasa sakit.Jadi kita hindarilah diri kita daripada golongan tersebut.” ucap Tengku Orked Mariam yang menasihati adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“I sudah buat Intan kecewa Tengku , Intan juga hampir patah hati dengan sikap I.Tetapi allah masih beri tahap kesabaran yang tinggi terhadap dia.Terlalu banyak salah I terhadap dia Tengku.Kadang-kadang , I terfikir ? Macam mana and kenapa allah jodohkan I dengan dia ?.” soal Datuk Hud Razief lemah dan agak kesal dengan kesilapannya sendiri.
“Satu , sebab allah hendak tunjukkan kebenaran kepada dia.Kedua , allah hendak menguji kepada pasangan yang allah cukup sayang dengan dugaan yang berat.Ketiga , allah juga menguji iman kita sebagai seorang manusia dan lelaki.Jadi selepas ini , jangan kecewakan dan hampakan Intan.Dia permata , dia harus dibelai dan dijaga.Hud , awak sudah lupa ke terhadap penyakit awak sebelum ini ? Bagaimana ianya terawat ? Selepas awak hidup dengan Intan Zinirah.Dia juga adalah penawar buat awak sebagai seorang suami.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Terima kasih Tengku , you always beri nasihat yang luar biasa.Kata-kata you membakar semangat cinta I terhadap Intan.” ucap Datuk Hud Razief lembut kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
Intan Zinirah sedang duduk di ruang tamu kediamannya.Suaminya sebentar tadi keluar bersama birasnya Hazim Iqbal.Televisyen di buka lalu ditonton rancangan masakan luar negara.Khusyuk dilihat rancangan tersebut.Air milo ais yang dibancuhnya diteguk beberapa kali sehingga separuh cawan.Kek pisang yang di potong bersaiz segi empat di gigit sedikit.Dia menikmati makanan tersebut sehingga tidak sedar kehadiran suaminya yang tiba-tiba muncul dari arah belakang itu.Datuk Hud Razief hanya memerhatikan sahaja gelagat manja dan nakal isterinya itu.Sesekali bibirnya terukir senyuman kerana tidak menyangka yang dia akan berkahwin bersama seorang gadis berusia 20 an.Tangannya perlahan-lahan menyentuh bahu dan memeranjatkan isterinya Intan Zinirah.
“Abang ! Suka buat Intan begini.” marah Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tawa lelaki itu sudah pecah besar kerana terhibur melihat gelagat isterinya.
“Biarlah , abang suka lihat wajah sayang bila merajuk dan terkejut.Cantik sangat.” usik Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
“Yalah itu , kalaulah abang jerkah Intan tadi dan terberanak terus.Abang hendak buat apa ?.” ugut Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Apa yang susahnya ? Bawa sayang ke hospital saja terus.” jawab Datuk Hud Razief selamba dan seperti tiada apa-apa yang serius berlaku terhadap isterinya Intan Zinirah.
“Jahat abang , minta-minta bila anak kita keluar biar dia ikut raut wajah abang saja.Perangai jangan diikut.Buruk !.” kutuk Intan Zinirah tanpa menjaga rasa hati suaminya Datuk Hud Razief.Tetapi lelaki itu tetap mengukir senyum dan menceriakan keadaan kembali.
“Cakap saja sayang ini , nanti waktu malam sewaktu hendak lena , abang juga yang dicari.Hendak peluklah , hendak ciumlah , hendak bermanjalah , macam-macamlah.” kutuk Datuk Hud Razief selamba dan mengejek isterinya Intan Zinirah.
“Itu perkara biasa , dari sebelum kita ada anak lagi.Yang penting sekarang ini abang tetap kalah sebab abang sendiri pun sering hendak bermanja dengan Intan.Macam anak.” kutuk Intan Zinirah selamba terhadap suaminya Datuk Hud Razief.Mata mereka bertembung antara satu sama lain.Ada satu panahan cinta yang telah menyinggah di pandangan mata mereka.Perlahan-lahan wajah Datuk Hud Razief mendekati wajah isterinya Intan Zinirah.Isterinya itu bagai turutkan sahaja apa yang dimahukan suaminya kini.Perlahan-lahan bibir Datuk Hud Razief dipagut lembut oleh Intan Zinirah terlebih dahulu.Kucupan mereka dihangatkan dengan pejaman mata daripada mereka berdua.Nafas terasa sesak kerana kucupan tersebut.Intan Zinirah segera melepaskan tautan bibirnya bersama suaminya Datuk Hud Razief.
“Kenapa sayang ?.” soal Datuk Hud Razief agak kecewa kerana nafsunya terbehenti di tengah jalan.
“Tiada apa , cuma rasa tidak sedap hati.” jelas Intan Zinirah tentang apa yang dirasanya kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sayang hendak bersalin ke ? Sakit ?.” soal Datuk Hud Razief cuak dan risau kepada isterinya Intan Zinirah.
“Bukan , Intan rasa berdebar tiba-tiba.Rasa macam ada sesuatu yang terjadi dan kita tidak tahu.Tengku dengan suami dia okay ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief tentang perkembangan kakak iparnya Tengku Orked Mariam dan birasnya Hazim Iqbal.
“Okay sayang , sebentar tadi baru sahaja abang keluar bersama Hazim.Kenapa dengan sayang ini ? Jangan buat abang risau boleh ?.” pinta Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Tangan kiri Intan Zinirah naik menyentuh dada.
Suasana di kediaman milik Fira suram dan tiada ketenangan.Rumahnya bersepah.Tidak terurus segala barangan di dalam kediaman itu.Dia hanya mengunci diri di dalam kamar.Dirinya kelihatan kotor.Telinga sering ditekup bagai mengelakkan dirinya daripada mendengar sesuatu.Airmata sering jatuh kerana tidak dapat lagi menahan dengan apa yang ditanggungnya.Dia tiba-tiba akan menjerit terhadap sesuatu perkara.Bantal kepalanya berselerakan di seluruh kamar.Kemudian , dia berlari turun ke anak tangga menuju ke tingkat bawah.Bagai ada sesuatu yang sedang permainkannya.Tubuhnya terpusing-pusing bagai mencari sesuatu.Hatinya tidak lagi tenteram.Jiwanya meronta tidak mahu kehidupan yang begini.Tetapi , dia tidak mampu mengusir perkara tersebut dengan cara kasar dan dia juga sudah buntu dengan apa yang sedang menimpa dirinya.
“Aku tidak mahu semua ini.” ucap Fira marah dalam tangisan kepada satu suara yang sedang berlegar-legar di dalam kediamannya.
“Jauh daripada aku , pulangkan Hud ke pangkuan aku.” jerit Fira lagi kepada suara tersebut.Tiba-tiba seseorang sedang berdiri di belakangnya.Fira terkejut melihat tubuh Tengku Hud Khuzairi yang berada di belakangnya.
“Ya allah , Fira you kenapa ? Apa yang sudah jadi ini ?.” soal Tengku Hud Khuzairi kepada wanita itu dengan riak wajah yang cemas.
“You baliklah , I tidak mahu you I mahu Hud sahaja.” halau Fira terhadap Tengku Hud Khuzairi.Dia juga menyatakan yang dia mahukan Datuk Hud Razief.Tanpa mengendahkan permintaan tersebut , Tengku Hud Khuzairi melutut di hadapan wanita itu.
“Fira , you perlu menerima kenyataan bahawa Hud sudah beristeri.You masih ada I , I akan jaga you dengan Aqief.Jangan mengharapkan perkara yang sudah tiada.” jelas Tengku Hud Khuzairi kepada teman wanitanya Fira.Makin kuat tangisan Fira apabila mendengar penyataan teman lelakinya itu.
“I tidak boleh terima cinta I ditolak Hud , kenapa dia buat macam ini dekat I ? I sudah cuba untuk dapatkan dia , tetapi kenapa dia susah untuk datang kepada I Khuzairi ?.” soal Fira di dalam tangisan.Tubuh sasa Khuzairi dipeluk erat.Lelaki muda itu menjadi tempat penenang Fira sekarang ini.
“Fira , you guna cara kotor.Memang you tidak akan dapat Hud and ketenangan sekali.Jika Hud itu masih bujang , I yakin pasti dia sudah terima you.Tetapi takdir sudah menentukan jodoh dia bersama siapa.Waktu luahan hati you terhadap dia tidak tepat , Fira.” jelas Tengku Hud Khuzairi kepada teman wanitanya Fira itu.Kepala wanita itu diusap berulang kali.
“I curang dengan you , I kejar Hud , I tidak hargai jasa you.Di dalam waktu begini.You jugalah yang tetap ada untuk I , Khuzairi.” ucap Fira sayu di dalam tangisan.
“I akan ada selalu untuk you Fira , yang penting you janganlah kacau kebahagiaan orang lain lagi.I sudah janji dengan diri I untuk halalkan you.I akan berbincang dengan keluarga I tentang kita.Usia tidak akan menghalang percintaan kita.I love you so much Fira.” ucap Tengku Hud Khuzairi kepada teman wanitanya Fira.Tangisan Fira semakin deras sehingga tidak mampu keluarkan suara.Tengku Hud Khuzairi mengucup ubun-ubun kekasihnya itu.
“Tolong bawa I pergi jauh dari sini Khuzairi , I just mahu hidup bersama you and Aqief.” ucap Fira di dalam tangisan.
“Boleh sayang , tetapi kita harus berubat terlebih dahulu.I mahu you kembali tenang.” ucap Tengku Hud Khuzairi kepada Fira.
Happy reading baby readers ! sorry FY lambat..esok FY cuti , lusa kita ending..yahooo
Share this novel