Hampir dua hari berlalu kejadian masuk meminangnya oleh Datuk Hud Razief.Bunyi kicauan burung di kawasan perumahan kondominiumnya itu telah menyedarkannya dari lena.Paginya terjaga dengan iringan bunyi jam loceng.Tubuhnya mengeliat malas.Mata pula digosok perlahan.Kakinya nula dijuntaikan ke bawah untuk turun daripada katil tersebut.Intan Zinirah menuju ke tempat penyidai tuala dan ambil lalu menuju ke kamar mandi.Sesampai sahaja di dalam kamar mandi.Baju pijamasnya dibuka lalu dicampakkan ke dalam bakul pakaian kotor yang terletak di satu sudut di dalam kamar mandi.Air pancuran dibuka dan dihalakan tubuhnya dibawah pancuran tersebut.Tubuh dibersihkan dengan sabun mandi.Selepas tidak lama kemudian dia menamatkan sesi membersihkan dirinya.Langkah diatur keluar dari kamar mandi setelah seluruh tubuhnya dipastikan dikeringkan dengan tuala mandi.Kakinya membawa ke almari baju untuk membuat pilihan pemakaian.Pakaian santai dipadankan untuk pergi bekerja.Selepas selesai mendandan.Dia menuju ke muka pintu untuk bersantapan pagi bersama Shahira merangkap majikannya.
“Good morning akak.” ucap Intan Zinirah sambil memeluk Shahira dari arah sisi.Tertawa wanita itu dengan melihat gelagat manja Intan Zinirah itu.Gadis itu menarik kerusi lalu dilabuhkan punggungnya dan mula mencidukkan nasi goreng yang dimasak oleh Shahira ke dalam pinggan.Malah Shahira pula seakan ragu-ragu melihat Intan Zinirah.Sedangkan gadis itu kelihatan sungguh berselera menyantap hidangan yang dimasaknya itu.Nasi goreng yang berada di dalam pinggan hanya dikuis sahaja tanpa menjamah sesuap ke mulutnya.
“Intan , akak ada perkara hendak beritahu Intan.” luah Shahira lemah.Pinggan ditolak ke hadapan sedikit.
“Apa dia akak ? Akak nak berhentikan Intan kerja ke ?.” soal Intan Zinirah ingin tahu serta dia menduga sesuatu.Terbutang mata Shahira mendengar kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Intan Zinirah.
“Ya allah , macam mana Intan tahu ?.” soal Shahira terkejut.Intan Zinirah yang sedang mengunyah makanan di dalam mulut itu semakin perlahan pergerakannya.Hatinya menjadi sayu.
“Kenapa akak ?.” soal Intan Zinirah sayu.Matanya mula berkaca.
“Akak minta maaf Intan , tetapi atas permintaan Tengku Orked Mariam sendiri.Akak terpaksa akur dan dia juga berharap sangat yang Intan akan terima Datuk.” jelas Shahira sayu.Airmata Intan Zinirah mengalir deras.Pinggan mula ditolak ke tepi sedikit.Selera makannya mati.
“Kenapa Datuk kejam akak ?.” soal Intan Zinirah sayu dalam sebak kepada Shahira.
“Ya allah Intan.Datuk bukan macam apa yang Intan sangka.Tetapi kalau ini yang dia mula buat , maknanya dia memang berharap sangat yang Intan akan jadi isterinya yang sah.Akak baru dapat berita ini subuh tadi dik.” jelas Shahira lembut.
“Intan tidak pernah untuk mengharapkan lelaki macam Datuk.Tetapi kenapa dia hadir dan menyeksa Intan akak ?.” soal Intan Zinirah dalam linangan airmata yang lebat.Shahira tersenyum sayu.
“Intan percaya pada cinta dan jodoh ?.” soal Shahira lembut.Intan Zinirah hanya memberi anggukkan kepala sahaja.
“Kalau Intan percaya pada cinta dan jodoh , maka Intan juga percayalah bahawa Datuk Hud Razief adalah lelaki yang cintakan Intan dan juga dia adalah jodoh Intan.” jelas Shahira tenang dan lembut.Airmata diseka lembut oleh Intan.
“Harini Tengku nak bawa Intan keluar , dia nak berkenalan dengan Intan.” jelas Shahira.Terbutang mata Intan Zinirah memandang Shahira.
“Kenapa Intan akak ?.” soal Intan cuak.Shahira mengerutkan dahinya.
“Ya allah , sayangku awaklah yang nak diperisterikan oleh Datuk bukan akak.” ucap Shahira lembut sambil bergurau.
“Bila dia nak jumpa Intan ?.” soal Intan dengan wajah memuncung.Shahira tersenyum dengan telatah Intan Zinirah itu.
“Tengku dah tunggu dekat parkir kereta , tetapi dia yang tak bagi akak beritahu Intan yang dia sedang menunggu Intan.Dia suruh Intan bersiap perlahan-lahan sahaja.” jelas Shahira tenang.Sekali lagi matanya membulat.Air yang sedang berada di dalam mulutnya hampir disembur.
“Ya allah akak , kenapa tak beritahu Intan yang Tengku sedang menunggu Intan ?.” soal Intan Zinirah terkejut.Dia segera ambil barangnya serta tas tangan lalu keluar dari rumah untuk bertemu dengan Tengku Orked Mariam.Terpinga-pinga Shahira melihat telatah Intan Zinirah itu.Laju kakinya melangkah menuju ke pintu lif.Sesampai sahaja di hadapan pintu lif , butang ditekan dan dia masuk ke dalam perut lif tersebut.Butang G ditekan Intan Zinirah.Tidak lama kemudian , dia keluar dari perut lif lalu terus mengatur langkahnya laju menuju ke tempat parkir kereta.Matanya melilau mencari kelibat Tengku Orked Mariam.
“Intan Zinirah.” tegur seseorang dari arah belakang sambil menyentuh bahunya lembut.Suara wanita itu amat Intan Zinirah kenali.
Perjalanan hampir 40 minit menuju ke kediaman Datuk Hud Razief.Sepanjang perjalanan tersebut Intan Zinirah hanya menyepi tanpa bersuara.Sesekali Tengku Orked Mariam menkerling Intan Zinirah dari ekor matanya.Dia tersenyum melihat riak wajah Intan Zinirah yang begitu cuak.Dia mula berdehem.
“Datuk bukan sejenis makan orang Intan.” jelas Tengku Orked Mariam.Terkedu Intan Zinirah apabila mendengar penyataan wanita itu.
“Kenapa Tengku cakap macam itu ? Maaf saya tanya sahaja.” jelas Intan Zinirah cuak.Tengku Orked Mariam tersenyum segaris melihat telatah gadis muda itu.
“Sebab saya lihat wajah awak yang cuak sangat sekarang ini ? Kenapa ? Takut Datuk buat perkara yang bukan-bukan pada awak ?.” soal Tengku Orked Mariam menduga.Intan Zinirah terdiam tidak berkata.
“Datuk tidak sekejam apa yang awak sangka.Dia tegas dan garang tetapi untuk kebaikan kita semua.” jelas Tengku Orked Mariam satu nafas.
“Datuk pukul orang ke Tengku ?.” soal Intan Zinirah cuak.
“Tidak , dia akan bertegas apabila sesuatu yang dia inginkan tidak dapat ditunaikan.” jelas Tengku Orked Mariam.
“Datuk ada keluarga ke Tengku ?.” soal Intan Zinirah polos.Tertawa kecil Tengku Orked Mariam dibuatnya.
“Sayalah keluarga dia Intan.” jelas Tengku Orked Mariam yang masih bersisakan tawanya.Terkedu Intan Zinirah yang mendengar penjelasan Tengku Orked Mariam.Badan ditegakkan supaya selesa.Pandangan dibuang keluar tingkap.Tengku Orked Mariam tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.Tidak lama kemudian , mereka tiba di perkarangan kediaman Datuk Hud Razief.Teruja Intan Zinirah melihat kediaman bakal suaminya itu.Mereka mula keluar dari isi perut kereta dan melangkah menuju ke pintu utama.Tengku Orked Mariam menjemput Intan Zinirah masuk ke dalam kediaman itu.Gadis itu masih di dalam keadaan terpinga-pinga.
“Intan awak duduk dulu di situ.Saya panggilkan Datuk sekejap.” jelas Tengku Orked Mariam mesra.
“Baik Tengku.” balas Intan Zinirah lembut.Matanya memandang keseluruh kawasan rumah di bahagian ruang tamu.Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang yang sedang berdiri di belakangnya.Perlahan-lahan kepala dipusing dan memandang sekujur tubuh yang agak sasa sedang berdiri di belakangnya dengan terukir senyuman di bibir.
“Macam orang utan.” Intan Zinirah mengomel sendiri.Dia berdiri dan memberi tanda hormat kepada Datuk Hud Razief.
“Saya dengar ada orang takut nak berjumpa dengan saya ?.” soal Datuk Hud Razief menyakat Intan Zinirah.Manakala , Tengku Orked Mariam tersenyum manis melihat riak wajah cuak Intan Zinirah.Terdiam gadis itu.
“Maaf Datuk , saya Cuma kurang selesa.” jelas Intan Zinirah bergetar suaranya.Datuk Hud Razief tersenyum memandang gadis di hadapannya itu.Dia mendekati gadis itu dan melabuhkan punggungnya di sofa yang di duduk Intan Zinirah tersebut.
“Duduk.” arah Datuk Hud Razief lembut.Intan Zinirah turut melabuhkan punggung disebelah Datuk Hud Razief.Lelaki itu tersenyum memandang wajah ayu Intan Zinirah.
“Datuk janganlah pandang saya macam itu , saya kurang selesa.” jelas Intan Zinirah bersuara akhirnya.Datuk memainkan jari di bibirnya.
“I want to marry you.” ucap Datuk Hud Razief tanpa berkias kepada Intan Zinirah.Berkelip-kelip mata Intan Zinirah saat mendengar pengakuan Datuk Hud Razief itu.
“Boleh saya tanya beberapa soalan pada Datuk ?.” soal Intan Zinirah meminta izin lelaki itu.Datuk Hud Razief tersenyum.
“Inilah tujuan saya minta Tengku membawa awak ke sini , saya sendiri mahu berbual dengan awak.” jelas Datuk Hud Razief tenang.
“Tanyalah apa yang awak mahu tanya ?.” soal Datuk Hud Razief kepada Intan Zinirah.
“Kenapa Datuk memilih saya untuk menjadi bakal isteri Datuk ?.” soal Intan Zinirah lemah.Datuk Hud Razief memberi isyarat kepada Tengku Orked Mariam yang berada di belakangnya supaya meninggalkannya bersama Intan Zinirah bersendirian secara peribadi.Tengku Orked Mariam akur lalu melangkah keluar dari bilik bacaan Datuk Hud Razief.
“Awak tahu yang saya sudah terjatuh cinta tanpa sengaja pada awak ?.” soal Datuk Hud Razief pula kepada bakal isterinya itu.Terkedu Intan Zinirah apabila mendengar pengakuan Datuk Hud Razief itu.Rambut yang terlerai itu diselitkan dibelakang telinganya.Datuk Hud Razief tersenyum melihat gelagat Intan Zinirah itu.Sungguh menawan hati lelakinya.
“Saya rasa macam tidak layak jikalau saya yang menjadi isteri Datuk.Saya orang susah , hidup saya seperti pelarian.Tinggal di sebuah tempat yang tidak menentu.Keluarga pun buang saya.Ibu bapa sudah meninggal dunia.Apa yang ada pada saya sehingga Datuk mahu jadikan saya seorang isteri ?.” soalnya kepada Datuk Hud Razief.Tubuh yang tersandar mula dibetulkan di dalam keadaan tegak.Datuk Hud Razief mencari anak mata Intan Zinirah.Akhirnya tangan kekarnya menyentuh dagu Intan Zinirah lalu mendongakkan sedikit wajah gadis itu.Bergeletar seluruh tubuh Intan Zinirah disaat dia diperlakukan begitu oleh Datuk Hud Razief.Wajah lelaki itu semakin mendekat dengan wajahnya.
“Intan Zinirah.” seru Datuk Hud Razief dengan nada membisik.Terkebil-kebil Intan Zinirah mendengar namanya dipanggil dengan cara yang menyeramkan.
“Saya mahu awak menjadi isteri saya yang sah atas sebab tertentu.Awak suka pada saya atau tidak itu bukan masalah saya , saya jatuh cinta pada awak seikhlas hati saya.Kalau dengan cara saya sekarang ini membuatkan awak bergeletar seluruh tubuh.Apatah saya pula ? Rasa bergeletar saya sehingga ke tangkai jantung.” ucap Datuk Hud Razief penuh kematangan.Terdiam Intan Zinirah saat mendengar luahan lelaki itu.
“Saya tidak pernah jatuh cinta.Saya juga tidak pernah bercinta.Saya juga ingin merasa kebahagiaan rumahtangga.Kenapa saya memilih awak untuk diperisterikan itu bukan masalahnya.Hati saya dijentik untuk memilih awak untuk menjadi teman hidup saya sampai mati.” jelas Datuk Hud Razief megah.Tangannya mula beralih dari dagu Intan Zinirah.Wajahnya juga dijauhkan sedikit dan kembali tenang.
“Saya akan jaga awak sebaik yang mungkin.Apa yang saya pakai , apa yang saya makan , dimana saya tinggal ? Itu semua akan jadi milik awak juga selepas saya akad lafaz nama awak Intan Zinirah.” ucap Datuk Hud Razief penuh makna dan agak romantis.Bergetar tulang rusuk Intan Zinirah disaat memdengar ucapan berbaur romantis bakal suaminya itu.
“Datuk ada perempuan dalam hidup Datuk selama ini ?.” soal Intan Zinirah ingin kepastian.Terkedu Datuk Hud Razief kerana soalan itu memang tidak dijangka langsung.
“Kenapa kalau saya ada perempuan sebelum ini ?.” soal Datuk Hud Razief ingin tahu.
“Sebab saya pasti , jika Datuk pernah ada perempuan sebelum ini dia akan datang semula untuk kembali kepada Datuk selepas kita berkahwin nanti.Perkara benar yang berlaku di dalam kehidupan rumahtangga.” Jelas Intan Zinirah berani.Datuk Hud Razief tersenyum mendengar penyataan berani mati Intan Zinirah itu.
“Tiada siapa di dalam hati saya ini kecuali awak yang sudah mula bertapak buat pertama kali sayang.” ucap Datuk Hud Razief dengan lembut kepada Intan Zinirah.
“Datuk boleh terima kekurangan diri saya ?.” soal Intan Zinirah kepada bakal suaminya itu.
“Kita manusia mana ada yang sempurna.” jelas Datuk Hud Razief sekali lafaz dengan tenang.Intan Zinirah melepaskan keluhan kecil dengan perlahan.
“Saya tidak mampu hamil.” jelas Intan Zinirah.Terkedu Datuk Hud Razief mendengar luahan hati gadis muda itu.
“Kenapa ? Apa punca awak jadi macam ini ?.” soal Datuk Hud Razief yang mula serius.Dia menikam anak mata Intan Zinirah untuk mencari jawapan.Manakala , anak mata itu sudah mula berkaca.
“Saya sudah tiada rahim.” Jelasnya dengan nada sebak.
“Awak sakit ke ?.” soal Datuk Hud Razief dengan penuh cemas.Dia benar mengambil berat tentang diri Intan Zinirah.
“Masa umur saya 10 tahun , saya selalu dipukul oleh bapa saudara saya.Mereka tidak sukakan saya.Mereka tidak melayani saya sebagai ahli keluarga.Dan beberapa kali saya jatuh dari tangga kerana ditolak bapa saudara saya.Selama setahun saya menahan sakit.Pada 2011 , saya pergi hospital saya ada masalah kesihatan yang melibatkan rahim.Kalau simpan ia makin berisiko.Jadi saya terpaksa menjalani pembedahan pembuangan rahim.” ucap Intan Zinirah sayu.Airmatanya mengalir lebat apabila menceritakan tentang kenangan pahit yang pernah menimpa hidupnya.
“Saya akan terima segala kekurangan awak.Tiada apa yang sempurna di dalam hidup kita ini Intan.Kekurangan awak adalah kekurangan saya juga.Saya akan jaga awak dengan baik.Rawatan yang terbaik saya akan sediakan setiap kali kesihatan awak terjejas.Terima saya Intan.Tak perlu sediakan wang.Hanya ketulusan dan kesetiaan sahaja yang saya perlukan.” jelas Datuk Hud Razief sayu.
“Apa jaminan yang Datuk boleh beri kepada saya tentang kekurangan saya ini ?.” soal Intan Zinirah yang kurang percaya pada kata-kata Datuk Hud Razief.
“Jaminan saya adalah , saya tidak perlukan perwaris.Saya hanya perlukan seorang yang sentiasa ada di waktu susah dan senang saya.” jelas Datuk Hud Razief megah.Mata mereka bertembung.Dada Intan Zinirah turun naik menahan rasa berdebar.Datuk Hud Razief tersenyum segaris kepada gadis itu.
“Terima kasih Datuk.” ucap Intan Zinirah yang sudah pun mengalihkan pandangan.
“Boleh saya tanya sesuatu kepada awak ?.” soal Datuk Hud Razief tenang dan lembut.
“Tanyalah Datuk.” balas Intan Zinirah lembut.Dia memandang wajah tenang Datuk Hud Razief dengan lembut.
“Selepas kita sah menjadi suami isteri esok , awak masih akan panggil saya Datuk ke ?.” soal Datuk Hud Razief selamba.Cawan yang berada di atas meja diambil lalu dihirup air kopinya itu.Riak wajah menyampah teserlah di raut wajah Intan Zinirah.
“Kalau Datuk izinkan saya akan teruskan.Sebab saya masih belum mampu serasi dengan Datuk.” jelas Intan Zinirah jujur.Datuk Hud Razief mengurut dahinya yang tidak sakit tetapi dia pening akan telatah Intan Zinirah ini.
“Suka awaklah , janji awak sah jadi isteri saya.” jelas Datuk Hud Razief kepada bakal isterinya itu.
“Datuk saya nak balik.” pinta Intan Zinirah lembut kepada Datuk Hud Razief.Satu tenungan pelik diberi kepada Intan Zinirah.Gadis itu mula resah apabila dia dipandang pelik oleh Datuk Hud Razief.
“Apa awak cakap ini ? Tengku tiada beritahu apa-apa ke ?.” soal Datuk Hud Razief mendatar.Intan Zinirah mengelengkan kepalanya menandakan tiada apa amanat yang disampaikan oleh Tengku Orked Mariam kepadanya.
“Kenapa Datuk ?.” soal Intan Zinirah ingin tahu.
“Saya mahu awak bermalam dekat kediaman saya malam ini.Jadi hari pun masih siang dan lambat lagi nak tiba malam.Makan tengah hari dan minum petang akan berlangsung di kediaman saya pada hari ini.” jelas Datuk Hud Razief.Terkedu Intan Zinirah.
“Kenapa saya tidak dimaklumkan ?.” soal Intan Zinirah yang mula cuak.
“Maafkan saya dan Tengku , tetapi ini bukan arahan ia adalah permintaan.Tunaikan permintaan saya Intan.Lagipun esok majlis kita , jadi tiada beza awak tinggal di rumah saya hari ini.Saya bukan tinggal seorang diri.Ada Tengku bersama saya.Kalau awak mahu , awak boleh tidur di kamar Tengku.” jelas Datuk Hud Razief yang cuba menenangkan keadaan apabila dia melihat raut wajah Intan Zinirah seperti hendak menghamburkan tangis.
“Okay.” ucap Intan Zinirah akur akan permintaan Datuk Hud Razief.Dia bangun dan keluar dari bilik bacaan tersebut.Datuk Hud Razief tersenyum melihat gelagat manja Intan Zinirah.
Pada malam yang indah di kediaman Datuk Hud Razief , dia telah meminta ke semua pegawai khasnya bersantapan malam bersamanya turut disertai Tengku Orked Mariam dan Intan Zinirah.Sepanjang mereka bersantapan bersama.Datuk Hud Razief tidak tertinggal sesaat pun untuk memandang wajah ayu Intan Zinirah.Gelagatnya itu dapat dikesan segera oleh Tengku Orked Mariam.Wanita itu hanya mampu tersenyum dengan kelakuan Datuk Hud Razief itu.Selepas habis bersantapan bersama.Pegawai khas Datuk Hud Razief mula pulang ke kediaman masing-masing dan tinggalah mereka bertiga di kediaman mewah itu.Datuk Hud Razief keluar menuju ke meja batu yang terhias di laman rumah untuk mengambil angin malam.Dia termenung seketika memikirkan apa yang terjadi di dalam hidupnya setelah datangnya sinar cahaya yang bakal menerangi hidupnya pada hari esok.Tiba-tiba Tengku Orked Mariam turut menyertai malam sepi Datuk Hud Razief.
“Jauh termenung Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam.Lelaki itu tertawa hambar.
“Termenung memandang masa hadapan.” ucap Datuk Hud Razief berkias dengan kakaknya itu.
“Buat apa termenung lagi Datuk ? Tinggal tolak masa saja.” sindir Tengku Orked Mariam selamba.Kemudian dia menyinggul lengan Datuk Hud Razief.Lelaki itu tertawa kecil.
“Tengku , kita sudah tiada mak.Jadi I perlukan sesuatu daripada you.” jelas Datuk Hud Razief penuh harapan.Dahi Tengku Orked Mariam berkedut.
“Apa dia Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam ingin kepastian.
“You tahukan Tengku ? If kita nak buat something kita perlukan restu ? Dekat siapa yang I perlu minta restu sekarang ini ? I cuma ada you sahaja yang paling tua di dalam keluarga kita.Kita ada empat orang , tapi yang selalu ada dengan I waktu susah dengan senang I adalah you Tengku.” jelas Datuk Hud Razief sayu.Airmata Tengku Orked Mariam mula berlinangan.
“Esok adalah hari bahagia buat I Tengku.I tulus cintakan Intan Zinirah.I mahu dia jadi teman hidup I.I juga akan berjanji untuk menjaga you sampai bila-bila.” ucap Datuk Hud Razief.Dada Tengku Orked Mariam turun naik menahan hambur tangisannya.
“Jadi , sebagai kakak dan penjaga I setelah I kehilangan ketiga-tiga insan dalam hidup I.I nak minta restu hubungan I dengan Intan Zinirah supaya diretu oleh you Tengku.Doakan kami berbahagia hingga ke syurga.” ucap Datuk Hud Razief sayu.Airmatanya juga sudah turut mengalir.Tanpa berkata-kata lagi.Tengku Orked Mariam terus menarik tubuh sasa Datuk Hud Razief ke dalam dakapannya.Tangisannya pecah mengiringi malam yang sunyi.
“I tahu I bukan adik you yang baik Tengku , tetapi I cuba untuk menjadi yang terbaik dalam hidup Intan Zinirah.Ampunkan segala dosa I pada you Tengku.I love you so much sister.” ucap Datuk Hud Razief sayu dalam linangan airmata.Tengku Orked Mariam memejamkan mata.Ungkapan keramat itu tidak pernah diucapkan sekalipun oleh Datuk Hud Razief.Hidupnya terasa bahagia.
happy reading baby readers !
Share this novel