SKZ (25)

Romance Completed 109187

Hari demi hari , Datuk Hud Razief semakin erat hubungannya bersama isterinya yang tercinta Intan Zinirah.Sehingga dia lalai akan kesilapan yang telah dia lakukan suatu ketika dahulu terhadap ibu dan bapa isterinya Intan Zinirah itu.Subuh telah mengejutkan mereka dengan azan yang berkumandang dari aplikasi di dalam telefon pintar mereka suami isteri.Intan Zinirah mengeliat kecil.Tubuh suaminya Datuk Hud Razief yang berlapik dengan pakaian dipeluk erat.Wajahnya disembamkan di dada bidang suaminya itu.Datuk Hud Razief terjaga dari lena dengan kelakuan manja isterinya tersebut.Mata dibuka perlahan-lahan dan digosok lembut untuk menghilangkan pemadangan kabur di matanya tersebut.Datuk Hud Razief mengucup lembut pipi mulus isterinya Intan Zinirah.Wajah isterinya dibelai lembut.

“Sayang , janganlah manja sangat dengan abang.Macam mana abang mahu pergi kerja hari ini ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Wajah yang tersembam di dada suaminya terus dihalakan ke arah wajah lelaki itu.Pandangan pelik dibuat oleh Intan Zinirah kepada Datuk Hud Razief.

“Kenapa pandang abang macam itu ? Betullah abang kata , abang susah mahu pergi kerja kalau sayang manja dengan abang macam ini.Ini baru sayang , esok kalau sudah ada anak ? Macam mana pula ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut dan manja.Wajah isterinya itu diusap lembut dengan penuh kasih sayang oleh Datuk Hud Razief.

“Habis , Intan macam mana ? Nak tinggal seorang diri ?.” soal Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Tidak , abang akan bawa sayang sekali.Hari ini abang kerja dalam office saja.Jadi boleh saja jika sayang mahu ikut abang.Tidak nanti sayang bosan.Mahu ke tidak ikut abang kerja nanti ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya untuk kepastian.Berkerut lagi dahi isterinya Intan Zinirah.

“Habis , apa yang abang kata susah mahu pergi kerja ?.” soal Intan Zinirah tidak puas hati.

“Yalah , kalau abang sedang membuat kerja nanti sayang mahu bermanja macam mana ? Tidak ke susah dan merumitkan keadaan lagi ?.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan lembut dan tenang.Wajahnya yang ayu bertukar cemberut dan memuncung panjang bibirnya.Tersenyum Datuk Hud Razief melihat gelagat isterinya itu.

“Intan , tidak mahu ikut abang.Intan mahu duduk di rumah saja.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang kepada suaminya Datuk Hud Razief.Terkedu suaminya itu apabila isterinya Intan Zinirah menyatakan tidak mahu mengikutinya ke pejabat.Dari posisi pembaringan kini bertukar posisi duduk.

“Sayang , kenapa tidak mahu ikut abang ke pejabat ? Kenapa ? Sayang merajuk dengan abang ke ?.” nadanya yang tenang kini berubah cuak kerana dia risau akan isterinya yang berada di dalam emoai tidak stabil itu mula terasa hati dengan dirinya lagi.Wajah ayu isterinya Intan Zinirah ditatap lembut.

“Bukanlah abang , Intan rasa penat dan malas hendak keluar rumah.Abang jangan khuatir.Abang pergi saja ke pejabat tanpa membawa Intan.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan senyuman yang diukir khas buat suaminya itu di bibir manisnya.

“Betul ke ini ? Abang tidak kisah jika sayang mahu ikut abang ke pejabat.Kerja abang tidak banyak pun.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah itu dengan lembut dan bersungguh-sungguh.Wajah isterinya yang ayu terukir senyuman.

“Ya abang , memang Intan rasa mahu duduk di rumah saja.Abang pergi sajalah seorang tidak perlu tunggu Intan.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Lengan suaminya dipeluk erat dan disembamkan wajahnya di lengan sasa suaminya Datuk Hud Razief itu.

“Baiklah , tetapi sayang perlu janji dengan abang jangan buat kerja berat-berat.Okay ?.” pinta Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Kucupan dahi dan bibir diberi kepada isterinya.

“Buatkan abang air.Abang mahu mandi sebentar.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut dan manja.Intan Zinirah tersenyum memandang wajah suaminya itu.Renungan agak tajam dan lama dihala ke arah suaminya Datuk Hud Razief itu.Walaupun suaminya sudah berdiri di pinggir katil dan mula mengatur langkah ke kamar mandi.Keluhan kecil dilepaskan secara tiba-tiba.Ada sesuatu yang tidak tertunai hajatnya sebagai seorang isteri.

Tanpa berlengah lagi , dia terus sahaja bangun dari posisinya di atas katil dan mengatur langkah menuju ke arah dapur.Serbuk kopi diambil serta sebuah cawan bersaiz sederhana.Lalu , serbuk diletakkan ke dalam cawan tersebut serta air panas dituang ke dalam cawan sehingga separuh cawan.Selepas dibancuh kopi tersebut.Cawan diletakkan di atas meja santapan.Intan Zinirah menuju ke ruang tamu yang berdekatan dengan ruang santapan tersebut.Televisyen yang memaparkan rancangan pada waktu pagi itu di tonton dengan pandangan kosong.Hampir 15 minit bersiap , Datuk Hud Razief kini menuju ke ruang santapan untuk bersantapan dengan apa yang telah tersedia di atas meja.Secawan kopi dilihat terletak di atas meja tersebut.Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung.Sesekali , matanya mengerling ke arah isterinya Intan Zinirah yang sedang duduk di ruang tamu dan matanya tertancap pada skrin televisyen.

“Fokus ke menonton rancangan itu ?.” soal Datuk Hud Razief dengan nada yang menyindir kepada isterinya Intan Zinirah.Sambil dia menghirup kopi panas yang dibancuh isterinya.Intan Zinirah melihat wajah suaminya dengan riak wajah yang masam dan dari ekor mata sahaja.Terkedu Datuk Hud Razief apabila melihat reaksi isterinya Intan Zinirah yang seakan tidak suka dengan pertanyaan dirinya itu.Dia bangun dari duduknya sambil memegang cawan kopi di tangan dan dibawa ke ruang tamu.Cawan diletakkan meja hiasan di ruang tamu dan dia melabuhkan punggungnya di bersebelahan isterinya Intan Zinirah.

“Sayang okay ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Tetapi wanita itu hanya menyepi tanpa menjawab pertanyaan suaminya Datuk Hud Razief.Tangannya ligat menekan butang pada alat kawalan jauh untuk bertukar siaran lain.

“Kenapa tiba-tiba ini ? Tadi sayang okay saja dengan abang ? Ada apa-apa yang abang boleh bantu kembalikan emosi sayang ?.” soal Datuk Hud Razief dalam nada gurauan terhadap isterinya Intan Zinirah tersebut.Keluhan kecil terbit di bibir merah Intan Zinirah.Perlahan-lahan dia memandang wajah tampan suaminya Datuk Hud Razief.

“Intan malu hendak minta dengan abang.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya lembut dan sayu.Wajahnya menekur ke lantai.Datuk Hud Razief tertawa kecil meligat gelagat isterinya itu.Sudah dia dapat mengagak sesuatu apa yang dimahukan isterinya Intan Zinirah itu.

“Abang rasa abang sudah dapat baca apa yang sayang mahu.Tetapi abang mahu sayang sendiri minta dengan abang , kalau tidak mampu berbicara secara kuat , berbisik di telinga abang.Faster !.” arah Datuk Hud Razief kepada isterinya lembut.Perlahan-lahan , Intan Zinirah mendekati cuping telinga suaminya dan membisikkan sesuatu sehingga membuatkan mata suaminya terpejam dan mengukir senyuman.Selepas berbisik di telinga suaminya.Intan Zinirah menjauhkan wajah daripada suaminya Datuk Hud Razief kerana dia terasa wajahnya membahang menahan malu.Tanpa memberi tindakan atau amaran , Datuk Hud Razief terus memalingkan wajah isterinya supaya menatap anak matanya dan memagut bibir mungil isterinya lembut.Kini mereka selamat berlayar di dalam bahtera asmara.

Petang hari diselubungi hujan gerimis di kediaman Datuk Hud Razief.Suasana di dalam kediaman itu hanya sepi kerana isterinya Intan Zinirah yang duduk seorang diri tanpa teman.Hujan dan langit menjadi teman dia merenung dan melepaskan luahan hatinya tanpa berkata-kata.Kepalanya dilentokkan di kepala kerusi.Sedang dia merenung gerimis yang membanjiri bumi , tiba-tiba pintu rumahnya kedengaran diketuk seseorang.Serta loceng rumah bersatu bunyinya.Tanpa berlengah , Intan Zinirah terus sahaja bangun dari duduknya dan menuju ke muka pintu untuk menyambut gerangan tetamunya itu.Pintu dibuka dan terserlah wajah Tengku Orked Mariam di muka pintu.Intan Zinirah menghadiahkan sebuah senyuman sebelum memulakan kata-kata.

“Tengku ! Tidak beritahu kepada Intan pun yang Tengku mahu datang ke sini ?.” soal Intan Zinirah mesra kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam tersebut.Wanita itu melangkah masuk ke dalam kediaman setelah dia dijemput masuk oleh adik iparnya Intan Zinirah.

“Maaf kalau saya menganggu Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Intan Zinirah.Mereka melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di ruang santapan.

“Cik Puan macam mana ? Keadaan sedang hamil ini ? Maaf kalau saya menganggu Cik Puan sedang berehat.” jelas Tengku Orked Mariam lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah.

“Tidak mengapa Tengku , saya juga agak kebosanan duduk di rumah ini seorang diri.Tengku ada urusan ke mahu berjumpa dengan saya ?.” soal Intan Zinirah lembut kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.

“Sebenarnya , saya ada perkara yang mahu diberitahu kepada Cik Puan.Saya pernah berjanji dengan Cik Puan yang saya mahu membantu Cik Puan untuk mendapatkan pembunuh ibu bapa Cik Puan.Betul ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan sayu kepada adik iparnya Intan Zinirah.Terkedu Intan Zinirah saat mendengar penjelasan Tengku Orked Mariam tersebut.

“Ya betul Tengku.Pembunuh tersebut Tengku sudah jumpa ke ?.” soal Intan Zinirah gelabah kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Liur kesat ditelan oleh Tengku Orked Mariam.

“Ya , dia sudah berumahtangga dan bakal menimang cahaya mata.” ayat terakhir Tengku Orked Mariam kedengaran sayup dan perlahan.Tetapi tetap tidak memberi reaksi mengejut kepada Intan Zinirah.

“Kahwin ? Pembunuh macam dia masih ada yang mahu jadikan suami ? Apa yang dia gunakan kepada perempuan itu agaknya ya Tengku ?.” soal Intan Zinirah selamba dan agak pedih kata-katanya kepada gerangan yang dimaksudkan tersebut.Tengku Orked Mariam tertunduk ke arah meja santapan tersebut.

“...dia guna cinta.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik iparnya Intan Zinirah dengan penuh mendalam maksud kata-katanya itu.Tetapi dia hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu kebenaran.

“Cinta ?.” soal Intan Zinirah pelik dan tidak percaya akan penjelasan kakak iparnya Tengku Orked Mariam.

“Ya , dia terlalu cintakan isteri dia sehingga menutup kesilapan diri dia sendiri.Isteri dia pun tidak pernah bertanya tentang diri dia selama ini.Kerana sewaktu mereka bertemu di awal perkenalan , dia sudah pun berubah.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah itu.

“Kenapa isteri dia tidak siasat siapa dia terlebih dahulu ? Ya allah , apa agaknya perasaan isteri dia jika dia tahu suami dia itu pembunuh ?.” soal Intan Zinirah sayu kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.

“Itu saya tidak dapat menjangka.Tetapi apa yang Cik Puan mahu saya lakukan.Adakah Cik Puan mahu saya aturkan tentang perjumpaan Cik Puan dengan lelaki tersebut ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.Suasana sepi seketika.Intan Zinirah merenung hingga tembus ke arah ruangan meja.Perlahan-lahan kepala diangkat dan dihala ke arah Tengku Orked Mariam yang sedang menanti jawapannya.

“Saya tahu Tengku , Datuk tidak tahu tentang perkara ini.Meskipun saya pernah memberitahu tentang apa yang Tengku mahu membantu saya.Tetapi saya sendiri tidak mahu mengkhianati diri dia.Dia suami saya.Jalan untuk saya ke syurga melalui ketaatan saya pada dia.Jika saya teruskan niat saya ini , seumpama saya sudah mengkhianati suami saya sendiri.Ya , memang saya mahu bertemu dengan pembunuh ibu bapa saya.Kerana dia saya hilang segala-galanya.Tetapi bukan di dalam masa yang terdekat.Bagi saya masa untuk perjelaskan perkara ini kepada Datuk.” jelas Intan Zinirah kepada Tengku Orked Mariam.Terdiam seribu bahasa kakak iparnya Tengku Orked Mariam itu dengan penjelasan daripada dirinya sendiri.Sungguh Tengku Orked Mariam tidak menyangka bahawa wanita itu bersungguh taat setia kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Datuk perlu tahu ke apa yang terjadi pada awak Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam yang ingin mengetahui tentang perasaan adik iparnya Intan Zinirah itu pada masa sekarang ini.

“Ya , dia perlu tahu Tengku walaupun dia tidak berada di tempat saya ketika itu.Saya akan terus taat pada dia Tengku.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah kepada Tengku Orked Mariam.Hatinya terasa hiba kini.

“Jadi , bila masa yang awak mahu bincangkan perkara ini ? Jika kita biarkan lama lagi , perkara ini akan jadi lebih sulit.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik iparnya Intan Zinirah.Keluhan kecil dilepaskan oleh Intan Zinirah.

“Saya akan bincangkan perkara ini dengan Datuk.Tetapi , saya akan bawa pembunuh tersebut ke muka pengadilan.Dia pasti dan wajib menerima hukuman yang setimpal.” jelas Intan Zinirah marah kepada Tengku Orked Mariam tentang gerangan yang dimaksudkan itu.

“Saya hanya mengikut turutan Cik Puan sahaja.Jika ada masalah dengan Datuk.Boleh terus memaklumkan perkara tersebut kepada saya.Saya akan membantu Cik Puan untuk memperjelaskan perkara tersebut kepada Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Intan Zinirah.

“Baik Tengku , terima kasih banyak sebab sudi membantu saya.Sekali lagi saya memohon maaf kepada Tengku jika saya menyusahkan Tengku.” jelas Intan Zinirah kepada Tengku Orked Mariam.Wanita itu mengukir senyum dan menghadiahkan kepada adik iparnya Intan Zinirah.

“Saya harap , Cik Puan dapat berbincang baik-baik dengan Datuk , pasti Datuk akan berlembut hati.Maklumlah , orang yang dia paling cintai yang memujuknya.” usik Tengku Orked Mariam kepada Intan Zinirah.Tersipu malu Intan Zinirah dibuatnya apabila diusik tentang kisah cinta bersama suaminya Datuk Hud Razief.

“Agak-agaknya raut wajah anak Cik Puan dan Datuk ini ikut siapa ya ?.” soal Tengku Orked Mariam mesra.

“Saya mahu anak saya nanti ikut raut wajah Datuk.Sebab saya sejak mengandung ini sering mahu melihat wajahnya dalam apa jua keadaan.Seperti angau kepada suami sendiri.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang.Tengku Orked Mariam meletuskan tawanya perlahan.

“Nampaknya , Datuk sudah ada pewaris.Tidak perlu fikir tentang anak lelaki.Cukup jika anak itu nanti mewarisi raut wajah dia yang tampan itu.” jelas Tengku Orked Mariam secara sindir.Intan Zinirah tersenyum mendengar usikan kakak iparnya Tengku Orked Mariam tersebut.Mereka menghayati waktu petang yang mula disinari cahaya mataharj di langit selepas hujan gerimis berhenti.

Pada waktu senja yang diiringi laungan azan dari surau yang berdekatan.Intan Zinirah telah bersiap sedia untuk menunaikan fardhu maghrib bersama suaminya Datuk Hud Razief.Mereka bersiap dengan membersihkan diri serta menyediakan kain sajadah untuk berjemaah bersama.Selepas selesai bersiap , mereka mula mengambil saf masing-masing untuk memulakan fardhu maghrib berjemaah.Alunan ayat-ayat suci al-quran dibaca oleh Datuk Hud Razief.Suasana sayu dan sepi bertukar tenang apabila lantunan bacaan ayat suci al-quran oleh Datuk Hud Razief tersebut.Selepas selesai mengerjakan fardhu berjemaah , Intan Zinirah mengucup lembut tangan suaminya Datuk Hud Razief.Dia terus memaut lengan sasa suaminya dan melentokkan kepalanya dibahu suaminya Datuk Hud Razief itu.

“Kenapa tiba-tiba hendak bermanja ini ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah yang sedang mengeselkan wajahnya di lengan dan bahu Datuk Hud Razief bersilih ganti.Wajah diangkat oleh Intan Zinirah dan menikam anak mata suaminya.

“Bahu abang ini hanya milik Intan seorang , jadi kenapa abang perlu tanya tentang Intan hendak bermanja tiba-tiba ? Intan ada hak terhadap suami Intan sendiri.Semua yang ada pada tubuh abang adalah milik Intan seorang.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan megah.Senyuman sumbing terukir di bibir Datuk Hud Razief.

“Sayang mahu ke ? Abang okay saja.” usik Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan ayat yang cukup tersirat tetapi difahami oleh isterinya Intan Zinirah sendiri.

“Pervert ! Laju saja hendak buat kerja ya.” sindir Intan Zinirah selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief manja dan lembut.Batang hidung mancung Intan Zinirah dicuit oleh suaminya Datuk Hud Razief.

“Kalau abang tidak laju , tidaklah menjadi pewaris abang yang bakal lahir itu.” jelas Datuk Hud Razief riak dan megah kepada isterinya Intan Zinirah.Membutang mata Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Tadi abang dengar , Tengku ada datang ke mari.Ada urusan apa dia datang ke rumah kita ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah tentang kedatangan kakak sulungnya Tengku Orked Mariam.

“Tidak ada apa , Tengku bertanya tentang pembunuh ibu dan ayah Intan itu.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Berubah raut wajah Datuk Hud Razief mendengar perkara yang diperjelaskan oleh isterinya itu.Dari wajahnya ceria dan tenang kini bertukar masam mencuka.

“Abang tahu , pembunuh itu sudah berumahtangga.Intan tidak faham , licik betul dia menipu isterinya itu tentang masa silam dirinya.Sudah rampas kebahagiaan orang lain , kini dia pula yang hidup bahagia.” jelas Intan Zinirah geram kepada suaminya Datuk Hud Razief tentang gerangan yang dimaksudkannya.Datuk Hud Razief menelan liur kesat mendengar penceritaan daripada isterinya Intan Zinirah itu.Kini perkara silamnya benar memburu dirinya seperti bayang-bayang.Selagi dia tidak memperjelaskan kisah sebenar kepada isterinya Intan Zinirah.Dia akan terus diburu.

alhamdulillah , sekian beberapa hari menyepi kerana berehat . harini FY kembali dan insyaallah pada hari-hari seterusnya ! doakan untuk FY okay. happy reading baby readers ! Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : Fatimahyusof_np

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience