SKZ (2)

Romance Completed 108452

Datuk Hud Razief sedang bersandar di kerusi rotan yang tersedia di beranda.Pandangannya dibuang ke batu jalan.Fikirannya melayan mengenangkan kisah lalu.Hari demi hari , hidupnya semakin tidak tenang.Ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk menebus segala kesilapannya itu.Sesekali telefon pintar yang berada di atas meja kecil bersebelahan kerusi rotannya dikerling sedikit.Dia menunggu panggilan daripada Orked tetapi tidak sekalipun wanita itu membuat panggilan terhadapnya.Sebuah alat kawalan jauh yang bersaiz kecil diambil di atas meja tersebut lalu ditekan butang yang berwarna kuning.Ia menandakan isyarat buat pegawai pengirinnya.Datuk Hud Razief mulai duduk dalam keadaan tegak dan menanti kedatangan pegawai pengirignya itu.Tidak lama kemudian pegawai pengiringnya tiba di sisinya.

“Datuk panggil saya ?.” soal pegawai tersebut.Tangannya disatukan dan berdiri tegak menghadap Datuk Hud Razief.

“Ya saya panggil awak.” jelas Datuk Hud Razief kepada pegawai tersebut.

“Datuk ada perlukan apa-apa ke ?.” soal pegawai tersebut.

“Tidak , arahkan semua berkumpul.Saya nak keluar.Sediakan kenderaan.” arahan diberi oleh Datuk Hud Razief.Dia bangun dari kerusi Rotan yang diduduknya dan mula melangkah masuk ke dalam kediamannya semula.Langkah diatur menuju ke ruang bacaan.Tengku Orked Mariam dikesan oleh Datuk Hud Razief.

“Tengku , you busy ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut.Tengku Orked Mariam yang sedang membuat catatan tentang laporan harian segera memaling wajah ke arah lelaki itu.

“Tidak Datuk , awak perlukan saya ke sekarang Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam mesra.Datuk Hud Razief menyulam senyuman.

“I sentiasa perlukan you Tengku.” ucap Datuk Hud Razief sopan.Dia menarik kerusi yang berhadapan Tengku Orked Mariam itu lalu punggung dilabuhkan.Pena yang berada di atas meja di pusing-pusingkan.Tengku Orked Mariam menongkat dagunya lalu menatap wajah Datuk Hud Razief tenang.

“Ada sesuatu yang sedang bermain di dalam fikiran Datuk.Saya dapat baca air wajah Datuk.” Jelas Tengku Orked Mariam tanpa disoal oleh Datuk Hud Razief.

“Apa yang you rasa Tengku ? Tell me.” ucap Datuk Hud Razief.Dia berhenti memusingkan pena di atas meja itu.Wajah redup Tengku Orked Mariam direnung lembut.

“I need someone yang boleh setia dengan I.” jelas Datuk Hud Razief.Pandangan dialihkan ke kiri Tengku Orked Mariam.

“Datuk , dalam hidup kita ini.Pelbagai perkara yang kita inginkan.Dan semestinya kesempurnaan.Jika itu yang Datuk mahu atau cari.Saya rasa better Datuk lupakan saja niat Datuk untuk berumahtangga.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief.

“I nak seorang wanita yang mampu menerima kekurangan I.” jelas Datuk Hud Razief.

“Datuk , kalau Datuk terlalu berharapkan kebahagiaan dalam perkahwinan ini.Datuk tidak akan bahagia sampai bila-bila.Saya jamin.Andai Datuk redha dengan apa yang kurang dalam diri bakal isteri Datuk.Insyaallah dia juga akan terima kekurangan Datuk.Kepercayaan perlu ada di dalam hubungan.Kerana kesetiaan itu amat berharga.Tidak mampu dijual atau dibeli.” ucap Tengku Orked Mariam menasihati adik lelakinya itu.

“I nak you cari someone dengan secepat yang mungkin.” jelas Datuk Hud Razief.Keluhan kecil terbit dari bibir Tengku Orked Mariam.

“Tidak semudah apa yang Datuk sangka.Saya perlukan masa untuk mencari calon untuk Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam.Tanpa berkata lagi , jari jemari halus Tengku Orked Mariam diraih Datuk Hud Razief dengan keadaan merentap.Tersentak Tengku Orked Mariam.

“Tolong I Tengku , I need you help.” ucap Datuk Hud Razief yang kelihatan tulus dari hatinya.

“Baiklah , saya akan cuba yang terbaik buat awak Datuk.Tetapi tolong jangan bagi harapan pada saya.Kerana saya tidak jamin jika ia tidak dapat menunaikan permintaan awak Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam.

Hari ini adalah hari ketiga Intan Zinirah bekerja di kedai bunga kepunyaan Shahira.Dia sudah diberi tugas oleh majikannya itu untuk menyusun bunga mengikut aturan jenis dan warna yang sepadan.Intan Zinirah terlalu gembira bekerja di situ pada hari ketiganya menyebabkan bibirnya tidak lekang dari mengukir senyuman.Bibirnya sentiasa mengukir senyuman.Shahira yang melihat gelagat pekerja barunya itu juga turut mengukir senyum.Dia mendekati Intan Zinirah yang sedang melakukan tugas yang diberinya.

“Amboi , suka sangat ni kenapa ?.” soal Shahira mesra.Dia ingin menyakat gadis muda itu.

“Tiada apa kak , cuma saya rasa gembira dapat bekerja dekat kedai bunga dan ada majikan yang baik macam akak.” luah Intan Zinirah gembira kepada Shahira.

“Akak pun gembira dapat staff macam Intan.Sekarang ini pun Intan sudah jadi housemate akak.” ucap Shahira pula.

“Akak nak tanya Intan sedikit boleh ?.” soal Shahira.

“Silalah akak..nak tanya apa tu ?.” soal Intan kembali.Wajah lembut Shahira ditatap memberi sepenuh perhatian.

“Ciri-ciri lelaki idaman Intan macam mana ?.” soal Shahira tiba-tiba.Terkedu Intan dibuatnya.Soalan yang sungguh jauh dari landasan.

“Kenapa akak tanya soalan macam itu ?.” soal Intan Zinirah pelik.Tetapi masih bibirnya terukir senyuman nipis.

“Saja nak tahu.” jelas Shahira dengan nada yang agak ragu-ragu.Intan Zinirah memandang Shahira dengan pandangan yang pelik.Ada sesuatu yang wanita itu cuba menyembunyikan darinya.

“Akak ada sembunyikan sesuatu daripada Intan ya ?.” soal Intan Zinirah menduga.

“Takdalah Intan , akak saja nak berborak dengan Intan.” jelas Shahira cuba menyembunyikan sebuah perkara daripada Intan Zinirah.

“Banyak perkara yang akak boleh tanya Intan tetapi kenapa tentang perkahwinan ?.” soal Intan Zinirah kurang puas hati.Keluhan kecil terbit dari bibir Shahira.Dia menghentikan segala kerja yang sedang dilakukannya.Kerusi yang berdekatan ditarik lalu dia duduk.Wajah ayu Intan Zinirah ditatap lembut.

“Intan tahu tak ? Semalam tiga hari lepas Intan dapat sebuah pinangan daripada seseorang yang bergelar Datuk.” luah Shahira lemah akhirnya.Terbutang mata Intan Zinirah dibuatnya.Adakah dia sedang bermimpi sekarang ini ?.

“Siapa akak ?.” soal Intan Zinirah yang semakin tidak keruan.Dia turut menarik kerusi yang berada di hadapan Shahira itu lalu diduduknya.

“Datuk Hud Razief.” jelas Shahira selafaz.Terkedu Intan Zinirah ketika nendengar nama yang diseru Shahira itu.

“Tetapi kenapa Intan ? Ramai lagi wanita dekat luar sana.” jelas Intan Zinirah kepada Shahira.

“Datuk punya taste memang lain dari yang lain.Kalau dia kata mahu , dia akan dapatkan juga sampai jadi hak dia.” jelas Shahira kepada Intan Zinirah.Wajahnya serius.Dengan cara begitu membuatkan Intan Zinirah rasa bergetar seluruh tubuh.

“Kalau dia nak jadikan Intan isteri , Intan sudi tak ?.” soal Shahira ingin kepastian daripada gadis itu.Terkedu Intan Zinirah mendengar pertanyaan Shahira itu.

“Akak nak pinangkan Intan untuk Datuk ?.” soal Intan.Shahira menjadi serba salah apabila melihat riak wajah sayu Intan Zinirah itu.Dia menarik nafas panjang lalu dihela.Tangan Intan Zinirah yang putih mulus diraih lembut.

“Sekarang akak nak tahu , ciri-ciri lelaki idaman Intan macam mana ?.” soal Shahira tenang dan lembut.

“Baiklah , Intan suka kepada lelaki yang matang dalam hubungan.Lagi penting dalam hubungan rumahtangga dan kalau ikut gaya seorang lelaki Intan memang prefer... .” kata-katanya terhenti.Ada sesuatu yang sedang berlegar di akal fikirannya.

“Prefer yang macam mana ?.” soal Shahira ingin tahu.Tubuh Intan Zinirah digoncangkan perlahan supaya gadis itu segera menjawab pertanyaannya.

“Prefer macam Datuk.” luah Intan Zinirah akhirnya.Shahira tersenyum lebar dan mengurut dadanya berulang kali.

“Barulah akak lega bila Intan luah juga ciri lelaki idaman Intan pada akak.” ucap Shahira lega.Dia tersenyum kepada Intan Zinirah.

“Intan kahwin dengan Datuk ya ?.” pujuk Shahira lembut.

“Tetapi kenapa Intan ? Kenapa tidak akak saja yang kahwin dengan Datuk ?.” soal Intan Zinirah kepada Shahira.Wanita itu tersenyum apabila mendapat soalan yang diajukan oleh gadia ayu itu.

“Sebab Datuk mahu kahwin dengan Intan bukan dengan akak.” jelas Shahira tenang dan lembut.

“Tapi Datuk terlalu tua untuk Intan.Umur Datuk dah 50.Umur Intan baru 20.” jelas Intan Zinirah sayu.

“Intan tengok Datuk nampak tua tak masa dia datang haritu ?.” soal Shahira kepada Intan Zinirah.

“Tidak.Dia ada style tersendiri.” jelas Intan Zinirah mengalah.Shahira tersenyum.

“Jadi ? Datuk adalah lelaki exclusive sekali dekat dalam negara Malaysia ini.Nak tahu kenapa ?.” soal Shahira kepada Intan Zinirah.Gadis itu mengangguk perlahan.

“Sebab dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan.Dia pilih Intan sebab dia benar ikhlas nak memperisterikan Intan.Intan terima ya sayang.Bukan apa , selepas berkahwin Intan juga yang senang.Duduk rumah dan jadilah suri rumah sepenuh masa.” pesan Shahira lembut kepada Intan Zinirah.

“Akak rasa lelaki macam Datuk itu , mampu ke nak bahagiakan Intan ? Intan teringin nak merasa kasih sayang daripada seseorang.” luah Intan Zinirah sayu.

“Akak percaya Intan.Insyaallah , Datuk adalah seorang lelaki yang tepat allah ciptakan untuk memimpin Intan hingga ke syurga.” ucap Shahira lembut.Mereka saling berpelukan antara satu sama lain.Airmata wanita Intan Zinirah mengalir deras.Hatinya sayu untuk menerima dan memulakan hidup baru dengan seorang lelaki yang berpengaruh.Dengan adanya pengalaman masyarakat di luar sana sebagai isteri kepada lelaki yang bergelar Datuk.Adakah dia akan merasa bahagia itu hingga ke akhirnya ?.

Petang yang redup diiringi bunyi kicaun burung yang mula bising untuk pulang ke sarangnya telah menemani petang hari Datuk Hud Razief.Air kopi yang berada di atas meja batu itu diambil lalu dihirup tenang.Telefon pintar yang berada di atas meja itu turut dikerling sesekali.Keluhan kecil terbit dari bibirnya.Wajah pula diraup lembut.Dia terkenang kejadian yang berlaku di kedai bunga milik Shahira itu.Senyuman tiba-tiba terukir dengan sendirinya.

IMBAS KEMBALI...

Tangan yang berdarah kerana terkena duri itu diraih lembut oleh Tengku Orked Mariam.Air wajah Datuk Hud Razief juga sudah berubah apabila menahan kesakitan luka akibat terkena duri tajam bunga mawar.Shahira tiba-tiba datang ke arah Datuk Hud Razief dengan peti kecemasan.

“Datuk saya minta maaf sebab cuai letak bunga-bunga itu dekat pintu masuk.” ucap Shahira cuak.Matanya juga sudah berkaca.

“It’s okay Shira.Benda nak jadi apa kita boleh buat ?.” jelas Datuk Hud Razief tenang.Sesekali matanya mencuri pandang ke arah Intan Zinirah yang sedang berdiri diantara pemilik kedai tersebut dan kakaknya dengan wajah cuak.

“Datuk okay kalau saya yang bersihkan luka Datuk ini ?.” soal Shahira meminta izin dan kepastian.

“Saya nak budak tu yang bersihkan.” jelas Datuk Hud Razief dengan wajah menggoda.Terkedu Shahira apabila lelaki itu memaksudkan Intan Zinirah.

“Tetapi kenapa Datuk ? Dia masih baru lagi dekat sini.” jelas Shahira ingin menyelamatkan keadaan.

“Sebab masa saya masuk dan terkena duri tadi , dia yang berada dekat pintu masuk.Sebagai hukuman saya mahu dia yang bersihkan luka saya ini.” jelas Datuk Hud Razief.Terkedu Intan Zinirah dengan penyataan lelaki itu.

“Baik Datuk.” akur Shahira tanpa bantahan.Dia bangun dari keadaan melutut dan memberi barang yang dipegangnya kepada Intan Zinirah.Dalam masa yang sama jua mata dikenyitkan ke arah gadis muda itu.Terkedu Intan Zinirah.Kakinya diatur mendekati Datuk Hud Razief.Punggung dilabuhkan disebelah lelaki itu.Kapas dan ubat kuning diambil lalu dituanhkan pada kapas yang dipegangnya.Kemudian kapas tersebut disapu ke arah lengan yang luka akibat terkena duri mawar.Sesekali , matanya menkerling wajah tampan Datuk Hud Razief.Manakala Datuk Hud Razief pula tidak berhenti memandang wajah ayu dan lembut Intan Zinirah.

“Ehem.” tiba-tiba Tengku Orked Mariam berdehem.Seakan memberi teguran.Datuk Hud mengalihkan pandangan.

“Datuk , okay tak ?.” soal Tengku Orked Mariam yang ingin memecah sunyi keadaan sekeliling.Datuk Hud Razief memandang dengan pandangan tajam ke arah kakaknya itu.

“No , you dah kacau konsentrasi I Tengku.” jelas Datuk Hud Razief selamba.Tengku Orked Mariam tersenyum sinis.

“Sorry Datuk.Sini bukan tempat untuk memberi perhatian sepenuhnya.” jelas Tengku Orked Mariam selamba dengan ayatnya yang berbunga-bunga.Tetapi Intan Zinirah tetap meneruskan kerjanya itu tanpa memahami perbualan kedua-dua pelanggan khasnya itu.

“Alhamdulillah Datuk , saya sudah bersihkan luka Datuk.Tetapi Datuk harus ke hospital juga untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.” jelas Intan Zinirah sambil matanya memberi tumpuan kepada barang yang berselerak.

“Thank you.” ucap Datuk Hud Razief dengan nada mengoda.Intan Zinirah segera meminta diri.Datuk Hud Razief tersenyum sendirian melihat ke arah lukanya sudah siap dibalut.

Tengku Orked Mariam yang datang dari arah beranda rumah hanya memerhati sahaja wajah khayal Datuk Hud Razief.Kerana lelaki itu sesekali tersenyum sendirian.Tengku Orked juga turut mengukir senyum sinis apabila melihat Datuk Hud Razief kini berada di dalam keadaan tidak sedar.Cawan yang berada di atas meja.Pandangan dihala ke sekeliling ruang kawasan rumah yang dipenuhi pokok.Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan.Kehadirannya tetap tidak meyedarkan Datuk Hud Razief daripada lamunan.Meja diketuk tiga kali.Tersentak bahu Datuk Hud Razief.

“Dah tamat sesi pengembaraan ? Datuk pergi mana ?.” soal Tengku Orked Mariam dalam nada menyindir.Wajah lagak ditayangkan kepada Datuk Hud Razief.

“I teringat kejadian dekat kedai bunga kelmarin.Entah macam mana boleh terkena duri mawar itu ?.” jelasnya kepada Tengku Orked Mariam.Dia sebenarnya ingin menutupi rasa membahang di wajah kerana takut Tengku Orked Mariam tahu yang dia sedang memikirkan Intan Zinirah.

“Datuk sebenarnya teringat kejadian sesi pembersihan luka oleh pekerja baru Shahira itu.Entah macam mana boleh terjatuh cinta pula ?.” sindir Tengku Orked Mariam.Terkedu Datuk Hud Razief apabila Tengku Orked berseloroh begitu.Tetapi apa yanh wanita itu katakan adalah benar dan tidak dapat dinafikan.Wajahnya kembali serius dan air yang berada di atas meja diambil lalu dihirupnya perlahan.Pandangan dihalakan ke arah sebuah gunung ganang yang berdekatan di kawasan perumahannya.

“Yang you tiba-tiba mahu menyindir I ni dah kenapa ?.” soal Datuk Hud Razief kepada Tengku Orked Mariam.Wanita itu masih memandang Datuk Hud Razief dan tersenyum sinis.

“Nama dia Intan Zinirah Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam tanpa disoal.

“So ?.” soal Datuk Hud Razief riak.

“Cakap sajalah Datuk , yang Datuk sebenarnya sedang memikirkan tentang gadis itu.” jelas Tengku Orked Mariam dengan penuh keyakinan.

“You ada kasyaf ke Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief.

“Saya kenal siapa Datuk Hud Razief.Walaupun tidak pernah alami hubungan bercinta tetapi daripada riak wajah itu sudah menyatakan yang Datuk sekarang sudah jatuh cinta.” jelas Tengku Orked Mariam penuh keyakinan.

“Saya suruh awak carikan calon , dah jumpa ?.” soal Datuk Hud Razief kepada Tengku Orked Mariam dengan nada yang sinis.

“Sudah.” balas Tengku Orked Mariam.

“Siapa ?.” soal Datuk Hud Razief tenang walaupun di dalam hatinya tidak sabar untuk mengetahui siapa.

“Intan Zinirah.Datuk sendiri dah jumpa calon jodoh Datuk kelmarin.” jelas Tengku Orked selamba.

“Tenngku , I bagi you amanah bukan suruh buat main.Cakap perkara jujur dengan I.” tegas Datuk Hud Razief bersuara.

“Datuk , awak suruh saya cari calon isteri.Saya dah carikan , awak pula yang marah.Betullah calon yang saya cari itu.” jelas Tengku Orked Mariam.

“Saya dah minta tolong Shahira untuk pujukkan Intan.Jangan ego kalau nak jadi seorang pemimpin kerana nanti diri sendiri yang akan kesal.” sinis kata-kata Tengku Orked Mariam.Kemudian dia bangun lalu menuju ke dalam rumah.Dia tidak mahu bertengkar dengan Datuk Hud Razief.Wajah diraup perlahan.Mata dipejamkan rapat.

“Ya allah kau tunjukkanlah kebenaran kepada Intan Zinirah ya allah.” ucap Datuk Hud Razief sayu sendirian dan perlahan.

Malam yang terang dihiasi bulan dan bintang di kaki langit telah menemani malam yang muram buat Intan Zinirah.Dia duduk di beranda rumah sambil memegang sebuah cawan yang berisi air coklat panas.Wajahnya kelihatan kusut apabila memikirkan pinangan yang baru sahaja diterima petang tadi.Shahira yang baru sahaja menyelasaikan tugasnya sebagai hamba , terus mendapatkan Intan Zinirah di beranda yang keseorangan itu.

“Kenapa duduk seorang diri dekat sini ?.” soal Shahira lembut.Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku kecil yang terletak di luar beranda tersebut.

“Hidup Intan memang seorang diri dari kecil akak.” sayu Intan Zinirah membalas pertanyaan Shahira itu.

“Selepas ini Intan sudah ada teman.” sakat Shahira.

“Akak rasa patut ke Intan terima pinangan Datuk Hud itu ?.” soal Intan Zinirah ingin kepastian.

“Cuba Intan lihat semula kehidupan Intan sebelum ini macam mana ? Teruk.Jadi allah memang dah hantar lelaki yang terbaik untuk bahagiakan Intan.Macam akak bagitahu Intan yang Datuk adalah lelaki exclusive dalam negara ini.Dia tidak pernah bercinta and seorang yang setia.Mustahil dia nak berlaku curang.” jelas Shahira penuh yakin kepada Intan Zinirah.

“Lelaki kalau nak curang tak perlukan perangai yang tak baik.Yang terbaik pun boleh curang.Apatah lagi yang bergelar Datuk.” sinis dan pedas Intan Zinirah berkata.Menelan liur kesat Shahira dibuatnya.Pedas !.

“Tetapi Datuk memang dah cintakan Intan.Masa yang dia terkena duri itupun sebenarnya dia saja mahu mengambil kesempatan untuk lebih dekat dengan Intan.” jelas Shahira bersungguh.

“Cepat betul dia terpikat ? Macam tak betul saja ?.” soal Intan Zinirah kurang yakin terhadap Datuk Hud Razief.

“Cinta.Manusia kalau sudah bercinta memang tidak akan ingat dunia.Tetapi berbeza dengan lelaki yang bernama Datuk Hud Razief.Akak yakin yang dia mampu lelaki yang terbaik untuk Intan.” ucap Shahira kepada Intan Zinirah.Mereka merenung seketika.

macam mana agaknya Datuk tengok Intan ? hihi..jom follow ig FY fatimahyusof_np

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience