(Bab38)
Jimin meletakkan kain yang sudah dibasahkan di atas dahi Jungkook yang masih tidur. Pipi dan dahinya disentuh. Panas lagi.
Sudah dua hari Jungkook demam. Ubat? Tak payah susah nak cari. Seokjin sanggup berlari tengah tengah malam pergi rembat ubat dekat klinik dia. Dia trpaksa lari sebab kereta rosak. Orang suruh naik kereta yang lain, dia dah berdesup lari dulu. Kalut. Nasib baik tak jauh sangat.
Bubur yang dimasak Namjoon tadi ditutup memandangkan Jungkook masih tidur. Dia akan menyuruh Jungkook makan nanti. Atau lebih tepat memaksa.
Jimin turun ke ruang tamu menyertai yang lain. Suasana tiba tiba agak janggal kerana selalunya ditemani Yoongi kebelakangan ini. Kali ini tiada.
Semua separuh termenung. Cerita yang terpapar di skrin tv seperti tidak menarik minat. Kemungkinan cerita kisah hidup malang Yoongi lebih menarik minat.
"Yoongi.. yoongi nak jumpa omma dia." Taehyung bersuara perlahan. Semua fikiran sedang melayang.
"Apa patut kita buat?" Hoseok bertanya pula.
"Aku.. aku kesal. Aku menyesal sebab nak tak nak bagi Yoongi tinggal sini. Aku panggil dia kapas. Aku bagi syarat tah apa apa. Aku menyesal. Aku rindu muka seposen dia yang macam tak bersalah tu." Seokjin menekup muka. Cuba menahan tangisan.
Namjoon mengusap bahu seorang lelaki yang bekerjaya sebagai doktor itu. Yang lain hanya membisu. Tidak tahu mahu membalas apa.
"Korang. Korang ingat tak nota yang aku jumpa masa kita cari Jungkook hilang?" Taehyung menyoal. Semua anak mata menghala kearahnya.
"Aku rasa tu nota dari Yoongi. Sebab nota tu tulis. KAWAN." Air mata Taehyung turun. Dia teringat saat itu mereka tidak mengendahkan nota itu malah ditepis jauh.
"Kita tak ambik tahu pun. Mesti Yoongi terasa kan? Sebab dia ingat kita tak nak kawan dengan dia?" Seokjin berkata bersama esakkan.
"Aku nak Yoongi ada. Dia selalu teman kita kat ruang tamu ni walaupun dia tak cakap banyak. Tapi sebenarnya riak muka dia macam happy sebab kita bercerita, bersembang tak halau dia macam Chanyeol dengan Jia..."
Kata kata Seokjin terhenti.
"Jia?"
"Ya kenapa dengan Jia?" Namjoon bertanya.
"Jap tu bukan kekasih hati kau yang dah ma.." mata Taehyung membulat.
Seokjin tersedar. Patutlah. Agaknya itulah balasan kepada Jia dan Chanyeol. Mungkin lelaki itulah yang membawanya dating di pantai pada malam mereka dibunuh.
"Jia.. haih aku tak sangka." Seokjin meraup mukanya. Tidak sangka orang yang dicintainya merupakan orang yang tak berperikemanusiaan.
"Sabar Seokjin."
"Hyung.. hyung.."
Semua memandang ke arah belakang. Mereka terkejut melihat Jungkook yang berusaha turun tangga dengan posisi duduk dan mengengsot. Sambil memanggil hyungnya.
"Jungkook ah! Aigoo jangan buat macam ni!" Jimin meluru ke arah Jungkook dan mengendongnya di belakang badan. Tubuh Jungkook yang lemah diangkat dan diletakkan di atas sofa.
"Hyung.. hyung.. Kookie mintak maaf." Seru Jungkook separuh terpejam.
"Jangan buat aku nangis Jungkook. Kau jahat buat aku nangis." Jimin memeluk Jungkook untuk menyabarkannya.
Yang lain buntu memikirkan bagaimana ingin berjumpa Yoongi lagi. Kalau manusia bolehlah tapi ini..
"Aku nak pergi jemput omma dia datang sini. Aku pergi jap." Hoseok bangun dan mencapai kunci apabila mendapat anggukan dari yang lain.
Mungkinkah Yoongi akan 'balik' kalau ommanya ada disini ?
Entahlah..
Share this novel