(Bab32)
Yoongi membuka matanya perlahan mungkin. Matanya terasa sakit akibat banyak menangis. Dia mendapati tubuhnya masih di atas lantai.
Yoongi tidak bangun. Dan dia dapat mendengar pintu dikuak. Bayang bayang seseorang menyapa penglihatan Yoongi.
"Yoongi.. bangun makan ni, nak."
Terdengar suara bibik memanggil seraya terasa kepalanya diusap lembut.
"Kepala Yoongi sakit. Yoongi tak larat makan. Yoongi sakit kepala. Tak larat bangun." Bibik tersentuh mendengar rintihan perlahan kanak kanak itu.
Bibik yang tidak sanggup melihat keadaan Yoongi sebegitu terus mengangkat tubuh Yoongi ke atas katil dan menyandarkan di kepala katil tersebut.
"Yoongi makan ya? Bibik suapkan." Bibik menghulurkan sesudu nasi.
"Nanti omma Chanyeol marah. Nanti dia marah bibik. Bibik dah tak boleh kerja."
Bibik mahu sahaja menangis disitu. Kanak kanak seperti Yoongi masih boleh memikirkan hal orang lain berbanding dirinya.
"Tak payah risau. Puan Park pergi keluar dengan Chanyeol tadi. Jadi, kita makan cepat cepat sebelum diorang balik ya?" Bibik menyuakan lagi nasi yang masih tidak bersuap.
"Okay bibik. Terima kasih bibik. Yoongi sayang bibik." Yoongi membuka mulut dan memakan makanan yang disuap sehingga habis.
"Tengok. Yoongi makan habis lagi. Omma Yoongi cakap, jangan membazir. Sebab tak elok."
Bibik terangguk angguk mendengar nasihat free dari Yoongi.
Bibik melihat Puan Park masih belum balik. Terus bibik mencapai ubat sapu kerana dia terperasan dahi Yoongi bengkak dan lebam.
"Bibik nak buat apa tu?" Yoongi memandang bibik yang sedang meletakkan sedikit ubat pada jarinya.
"Bibik nak sapu bengkak kat dahi Yoongi tu lah. Nanti cepat elok sikit." Bengkak di dahi Yoongi disapu lembut.
"Oh bibik macam omma Yoongilah. Sukanya Yoongi. Ni Chanyeol dengan apa bibik panggil tadi.. ha Puan Park yang buat. Sakit kepala Yoongi." Mulut Yoongi berceloteh itu ini.
"Kenapalah Puan Park tak baik macam bibik kan? Kalaulah dia baik, mesti Yoongi dah dapat kawan. Bibik nak tak jadi kawan Yoongi? Yoongi nak kawan dengan bibik boleh tak?"
Bibik tersenyum sedih.
"Boleh Yoongi. Kita kawan."
"Yeay sayang bibik! Yoongi dah ada kawan! Yoongi dah ada kawan!" Yoongi menjerit keriangan.
"Oh?" Mata Yoongi membulat apabila terdengar bunyi kereta masuk di halaman.
"Bibik, cepat lari. Nanti kena marah! Cepat cepat! Yoongi nak buat buat tidur ni!" Yoongi dengan pantas menyelimutkan dirinya dan berpura tidur.
Bibik kelam kabut mengemas dan terus membawa keluar dulang makanan. Bimbang majikannya marah.
"Bibik! Budak tu mana?!"
"Ada dalam bilik puan! Tidur lepas makan!"
"Bagus. Kejap lagi pastikan dia mandi dan duduk dalam bilik tu semula. Tak payah nak keluar." Pesan Puan Park sebelum melangkah ke tingkat atas.
"Baik puan."
Yoongi hanya mendengar samar samar. Dia tersenyum sikit kerana dia masih diizinkan untuk mandi.
Skip.
Kini Yoongi sudah menginjak dewasa. Sudah berumur 20 tahun dan sekarang sedang menuntut di tahun akhir di Universiti Seoul.
Dia bersyukur juga kerana sekejam kejam Puan Park, dia masih diberi kesempatan untuk melanjutkan pelajaran. Walaupun masa sekolahnya, dia selalu dibuli teruk.
Yoongi tekun belajar kerana dia ingin masa depan yang cerah sebelum mengambil tindakan keluar dari rumah itu nanti setelah tamat pengajian.
Dia mengambil jurusan dalam bidang penerbangan. Dia mahu menjadi seorang pilot. Mahu menunjukkan hasratnya menjadi kenyataan apabila dia dapat mencari omma dan adiknya.
Namun, nasib Yoongi tidak pernah berubah. Dia masih tidak disukai ramai. Sebahagiannya gara gara mulut Chanyeol yang mencerita buruk tentang halnya. Chanyeol mengambil di jurusan yang sama dengan Yoongi. Jurusan penerbangan.
Dia tidak faham mengapa Chanyeol tidak menyukai dirinya. Dia hairan.
Jia. Gadis yang selalu datang ke rumah Chanyeol sewaktu kecil. Gadis itu pun tidak menyukainya. Pernah sekali Yoongi dipukul teman lelaki Jia, anak ketua gangster yang menuntut di jurusan yang sama dengan Yoongi. Hanya disebabkan Yoongi terlanggar bahu Jia dan gadis itu menuduhnya mahu ambil kesempatan.
Yoongi sudah terbiasa belajar seorang diri. Walaupun dia selalu dilakukan tak berperikemanusiaan, dia tetap sabar kerana fikirnya semua ini pasti ada kesudahan.
Yoongi sudah biasa dibelasah. Dibelasah dari kecil. Sehinggalah dia besar. Yoongi terima seadanya sekiranya nasib hidupnya sebegini.
Hanya beberapa hari pengajiannya bakal tamat dan dia bakal menjadi seorang pailot setelah habis belajar di Lapangan Terbang Incheon, Seoul.
Tetapi sekarang, omma Chanyeol atau Puan Park sering jatuh sakit. Mungkin antibodinya semakin tidak kuat kerana berusia. Dia keral terbaring dan sukar bangun dari pembaringan. Tubuhnya pun seperti hanya ada kulit sahaja yang membalut. Susut dan kurus kering.
Yoongi hanya sekali menjenguk Puan Park. Itupun dia hanya melihat dari celah pintu. Bimbang Puan Park tidak suka akan kehadirannya.
Sewaktu Yoongi sedang mengulang kaji untuk ujian akhir yang akan bermula esok, pintu biliknya diketuk.
"Masuklah, pintu tak kunci." Laung Yoongi dan seketika kemudian, muncul bibik yang nampak semakin tua namun masih kuat dan sihat.
"Yoongi. Puan Park.. erm dia nak jumpa kamu. Bibik rasa dia dah nazak tu." Pernyataan bibik itu sedikit memeranjatkan Yoongi. Lantas, dia bergerak ke tingkat atas untuk berjumpa Puan Park.
"Yoon.. Yoongi ah.." Suara Puan Park agak tenggelam timbul.
Yoongi yang tadinya masih berdiri di pintu segera melangkah mendekati Puan Park.
"Yoon.. yoongi ah. Maafkan aunty.. aunty banyak buat salah pada kamu. Salah pada omma kamu. To.. tol..tolong maafkan aunty. Maafkan aunty Yoongi ah."
Tangisan Puan Park menjadi jadi apabila dia mengumpul seluruh tenaga untuk mengusap kepala Yoongi. Teringat akn kejadian Yoongi dilibas penyapu sehingga kepalanya terhantuk di tiang seri.
"Yoongi maafkan." Kata Yoongi pendek .
"Baliklah.. baliklah rumah kamu. Rumah kamu di.. di.. huk huk." Nafas Puan Park tersekat hebat. Tidak nampu sudah untuk menyambung kata.
"Huk.." Tiba tiba Puan Park kaku tidak bergerak. Yoongi bersimpati. Dia tidak sempat tahu dimana kampungnya.
Tenanglah Puan Park. Yoongi maafkan.
Share this novel