(Bab26)
Ketika pintu pejabat Taehyung di ceroboh oleh seorang makhluk berambut gaya hantu kubur, Taehyung sedang bermain dengan ladybugnya.
Seokjin yang bergaya hantu kubur tadi dipandang pelik.
Jarang lelaki bernama Seokjin itu berpakaian tidak berurus sebegini. Oh mengapa begini jadinya wahai Seokjin?
"Mana? Mana?"
Seokjin meluru ke arah meja kerja Taehyung dan menyepahnya. Habis berterabur kertas kertas kerja dan laporan Taehyung. Taehyung hanya sempat menyelamatkan ladybug.
Kalau tidak ladybugnya pasti akan meninggalkan dia dan dia bakal menjadi sasterawan negara akibat selalu bercengkerama di bawah bulan kerana menangisi pemergian ladybug itu.
"Mana apa wei? Yang kau baru macam lepas lari dari hospital bahagia ni kenapa? Kau kenapa ni?" Taehyung meletakkan balang ladybungnya di tempat yang selamat sebelum mengunci pergerakan Seokjin yang makin menggila.
"Mana wei mana?!"
Seokjin akhirnya diam dalam pelukan Taehyung. Dia menangis.
Taehyung semakin pelik. Pertama kali Seokjin berperangai sebegini. Taehyung hanya mengusap belakang kepala Seokjin untuk menenangkannya.
"Seokjin.. Kim seokjin.. kau pandang aku." Taehyung memegang kedua dua belah pipi Seokjin dan memaksa Seokjin memandangnya.
"Kau kenapa ni? Cerita kat aku. Kau cerita." Taehyung tak sampai hati pula melihat Seokjin yang masih mengalirkan air mata.
"Ceritalah. Sejak bila kau jadi terlalu kegedikan ni?" Taehyung tidak mengalah.
"Aku sayang dia, Tae. Dia mana, Tae? Kau tahu tak dia kat mana? Mana Jia, Tae? Bagi tahu aku dia kat mana sekarang?"
Taehyung melepaskan keluhan. Dia mendapat sesuatu kepastian. Baru sahaja tadi dia mendapat maklumat tentang mayat perempuan yang timbul dari laut. Memang namanya Jia.
"Seokjin, aku tunjuk kau pasal ni. Kau jangan jadi gila tau. Aku nak kau tenangkan hati kau dulu. Meh duduk sini." Taehyung membantu mengangkat tubuh Seokjin yang lemah duduk di sofa yang sememangnya ada dalam pejabatnya.
"Ini. Kau tengok betul betul. Ini ke Jia yang kau maksudkan? Dia ke buah, jantung, cinta hati kau tu?" Taehyung menghulurkan beberapa helai kertas yang sudah diklipkan kepada Seokjin.
Setelah menyelak dua helai kertas mata Seokjin hampir terkeluar daripada soket. Memang betul gambar mayat itu Jia. Walaupun kulitnya sudah koyak teruk, dia masih dapat mengecam wajah Jia.
"Ini.. ini dia Tae! Kenapa Tae? Apa salah dia!" Kertas terlepas dari genggaman Seokjin lalu lelaki itu meramas ramas rambut yang sudah kusut mengalahkan hantu kubur. Dan hantu kubur boleh menulis surat perletakan jawatan kerana adanya Seokjin sebagai ganti selepas ini. (Seokjin, gurau je. Kau hensem la.)
"Seokjin, aku rasa dia curang dengan kau lah. Dia sebenarnya keluar dengan lelaki lain. Diorang buat date kat situ sebelum terbunuh. Ada saksi yang cakap diorang buat date. Tapi dia tak tahu menahu siapa yang bunuh. Kau sabar ya?" Taehyung mengusap bahu lebar sahabatnya itu.
"Tak apelah dia nak curang sekalipun. Aku rela pemergian dia. Aku cuma harap dia tahu yang aku ikhlas sayangkan dia."
Taehyung memeluk bahu Seokjin seusai sahaja Seokjin berkata kata. Nampaknya Seokjin yang bakal menjadi sasterawan negara yang bercengkerama di bawah sinaran bulan kerana pemergian cinta hati.
Share this novel