(Bab35)
Kelihatan sebuah pesawat Korean Air di udara menuju ke Malaysia. Yoongi mengesat matanya yang tiba tiba mengantuk. Memandangkan jadual penerbangan malam itu agak lewat.
Akibat tidak tahan ngantuk, Yoongi menekan butang auto-pilot dan berjalan menuju ke tandas di belakang dengan hasrat ingin membasuh muka.
Di belakang, dia terserempak Chanyeol yang sedang duduk dan tampak gelisah. Yoongi cuba senyum dan menegur Chanyeol perlahan.
"Chan.. yeol ah.."
Chanyeol memandang Yoongi. Chanyeol tersenyum paksa. Dia bangun menghadap Yoongi.
"Awak okay ke tak? Macam tak okay je." Yoongi bertanya.
"Aku okay.. aaa Yoongi." Chanyeol menggaru garu belakang kepalanya. Gelisah terlampau.
"Um? Wae?"
"Boleh.. boleh aku pinjam.."
"Pinjam apa?"
"Handphone kau."
Yoongi tersengih. Ada ada sahajalah Chanyeol ni. Yoongi mengangguk dan lantas mengeluarkan telefonnya dari poket baju uniform biru yang dipakai tanpa ragu ragu.
"Sekejap ya. Saya nk masuk toilet." Yoongi memusingkan badannya dan menuju ke tandas. Dia membasuh muka dan membasahkan rambut.
Sementara di luar, Chanyeol memandang Telefon kepunyaan Yoongi dengan senyuman yang terukir rapi di bibirnya. Senyuman jahat.
Di tangan kanan Chanyeol, telefonnya sendiri. Di sbelah kiri, telefon Yoongi. Matanya berselang seli memandang skrin kedua dua telefon itu.
Dia telah merancang sesuatu.
Yoongi keluar dari tandas. Dia membetulkan kedudukan baju dan menuju ke arah Chanyeol semula.
"Dah siap?" Yoongi menghulurkan tangan ingin meminta telefonnya semula. Chanyeol mengangguk dan segera memulangkan telefon Yoongi dengan hati yang mula berbunga.
"Awak buat apa dengan fon saya?"
"Tak ada apa. Aku just save nombor fon aku." Chanyeol berkata. Tetapi sebaliknya.
"Oh gomawo." Yoongi terus menyimpan telefonnya ke dalam poket. Dia mahu kembali ke tempat duduk selepas ternampak Kai yang sedang termenung dengan riak muka yang bengis. Kerana marahkan sesuatu.
Tadi dia tidak perasan akan kehadiran Kai disitu tadi. Yoongi segera melangkah ke bahagian hadapan melintasi penumpang yang sebahagiannya sudah lena tidur.
Yoongi memakai alatan di telinganya dan mula menyampai laporan ke menara cawangan di Lapangan terbang.
Yoongi fokus mengendalikan sistem. Tiba tiba dia terdengar namanya dipanggil kuat. Yoongi kecut perut apabila ternampak Kai yang sudah menahan nafas berat sambil memandangnya.
"Kau memang tak guna!" Kai meluru laju ke arah Yoongi dan tubuh itu terjelepok kuat ke lantai pesawat. Penumpang ada yang mulanya pandang kemudian buat tak endah semula.
"Wae.. Sun..Sunbaenim?" Yoongi menekup mulutnya yang pedih. Pipinya terasa berpijar akibat tumbukan padu Kai tadi.
"Aku tak sangka kau macam ni! Kau memang nak mati! Kau nak rampas Jia dari aku kan! Aku nak kau mati pabo!" Kai yang sudah tidak waras menarik kepala Yoongi dan menghentamnya ke lantai pesawat sekali lagi.
Share this novel