Bab 21

Fanfiction Completed 14096

(BAB21)

Jungkook menghempaskan badannya atas katil. Dia baru balik dari membawa ommanya bersiar. Letih.

Besok dia akan pulang ke rumah sewanya. Sudah agak lama dia tak masuk kerja. Kemungkinan pejabatnya sudah menjadi petempatan lipas dan yang seangkatan dengannya.

Bosan. Perkataan itu boleh menggambarkan dirinya saat itu. Jungkook sudah buntu mahu buat apa. Ingin berborak dengan omma, ommanya sudah masuk tidur. Memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam.

Jungkook tiba tiba teringat akan hyungnya. Dia hanya dapat melihat hyungnya melalui gambar. Gambar hyungnya sewaktu kecil menyukarkan dia mengecam hyung yang semestinya sudah dewasa.

Apa pekerjaan hyung ya? Jungkook pernah diberitahu ommanya, bahawa hyungnya itu suka akan gitar dan ommanya pernah membeli gitar mainan buat hyungnya.

Entah entah dah kena tokak leher dengan ghost duck tu tak? Kutlah hyungnya seorang mat rockers.

"Ui mintak simpang." Jungkook tersengih apabila terkenang cerita hantu yang disampaikan oleh Hoseok malam sebelum dia bertolak ke kampung.

Tiba tiba telinga Jungkook menangkap bunyi kapal terbang namun bunyi itu kedengaran agak pelik.

Setahu Jungkook, kawasan perumahan ommanya terletak agak pedalaman. Agak susah nak dengar bunyi kapal terbang.

Kepelikan itu bertambah apabila dia terdengar bunyi sesuatu menghentam bumi. Terkejut kingkong dibuatnya lalu Jungkook meluru ke arah tingkap dan segera membukanya.

Tiada apa.

Jungkook hairan. Sewaktu dia mahu menutup semula tingkap, dia nampak kelibat seseorang berjalan ke arahnya di sebalik semak samun memandangkan biliknya menghadap hutan.

"Siapa tu?"

Jungkook melaung. Dia terus tergamam apabila terpandangkan seluar putih yang dikenakan makhluk itu.

Dengan pantas, dia terus menutup tingkap dan berlari ke katil sebelum berselubung dalam selimut.

Telefonnya yang tiba tiba berdering hampir membuat Jungkook membuka langkah kungfu. Pantas telefonnya diambil dan menjawab panggilan.

"Yeoboseyo?"

"Ahh.."

Hanya itu yang menyapa telinga Jungkook. Dia akui kebelakangan ini dia sering mendapat panggilan pelik yang tiada siapa menyahutnya. Tapi kali ini dia mendengar suara seakan akan mengeluh.

"Siapa ni?"

Jungkook memberanikan diri bertanya. Dia sudah mula rimas dengan panggilan sebegitu.

"Gi..g-gi."

Suara itu tersekat sekat. Jungkook sekali lagi terkejut kerana dia dapat mendengar suara itu bukan sahaja di dalam talian malah di belakangnya juga.

"Kau siapa?! Aku dah penat semua ni!" Serentak itu dia merasakan sesuatu bersembur dari arah telefonnya. Banyak.

Terlepas gajet itu dari pegangan. Jungkook terkesima memandang telefonnya yang sudah melekat cecair merah. Dia dapat merasakan pada pipi dan telinga juga.

Jungkook terus ke bilik air. Dia ingin membasuh semua muka yang terasa melekit. Belum sempat Jungkook mahu membuka air, dia terasa dirinya ditarik dari belakang dan dia sedar tubuhnya sudah berada dalam kolah air yang ada dalam bilik air itu.

Jungkook cuba melepaskan diri kerana hampir lemas. Dia gagal sebab pingganya dipeluk kuat oleh seseorang dari belakang.

Jungkook menggelupur sebelum air tenang semula. Jungkook sudah tak nampak apa apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience