(Bab36)
Baju di bahagian bahu Yoongi ditarik membuatkan tubuh Yoongi kembali berdiri. Yoongi dipenuhi darah di mulut dan hidung. Dadanya berombak kuat menarik nafas.
"Kau buat keji kat aku ya! Dasar tak guna!" Kai menolak Yoongi dan lelaki itu terbaring. Perut Yoongi dipijak pijak kejam. Yoongi segera menyilangkan tangan cuba menahan perbuatan Kai.
Yoongi sangat mengharap ada penumpang yang akan menghentikan kelakuan Kai. Namun dia hampa. Lebih menyedihkan Yoongi terlihat Chanyeol hanya memandang dengan menyilang tangan sambil tersenyum puas.
Chanyeol merapati Kai dan menarik lelaki itu ke belakang. Kai menurut tetapi mulutnya tidak berhenti menghina Yoongi kesat. Yoongi perlahan lahan bangun dan memandang Chanyeol yang kembali setelah menghantar Kai ke belakang.
"Chanyeol ah. Wae? Kenapa.. awak buat saya macam ni? Saya ingat kita.. kawan." Habis sahaja Yoongi berkata, kolar baju uniformnya dicekak kasar dan tubuh Yoongi melangkah perlahan ke belakang mengikuti tolakan Chanyeol.
"Kawan? Euw kau.. sedar diri sikit boleh? Jangan harap aku nak jadi kawan kau. Okay selama hari hari tu aku berlakon je. Tau kan lakonan? Aku memang hebat."
"Nak tahu kenapa aku buat kau macam ni? Sebab.. aku benci kau. Well, sebenarnya akulah yang rampas Jia dari Kai tak guna tu. Jia tak nak kat dia, Jia nak aku. Dia nak aku tau?"
"So hm untuk elakkan tubuh aku yang berharga ni dilakukan macam apa yang berlaku kat kau, baik aku pancing kau dulu kan. Aku cerita kat Kai kaulah yang buat Jia lari dari dia. Haha. Jia yang cadangkan hal ni sebab dia taknak aku kena belasah dengan Kai. Aku harap kau berkorban lah ya."
"Kau mampus pun, aku tak akan ambik kau jadi kawan aku." Tubuh Yoongi ditolak dan Yoongi terduduk di atas kerusi.
Air mata Yoongi mengalir laju. Bercampur dengan darah yang memercik ke pipinya. Dia sudah salah pilih.. kawan. Dia fikir dia sudah ada.. kawan.
"Wei wei aku tak abih lagi dengan kau! Kau erh kenapa kau buat aku macam ni? Kau nak balas dendam? Haa balaslah!" Kai meluru semula ke arah Yoongi dan kepala lelaki itu ditunjalnya.
"Kai sunbae! Sumpah saya tak buat semua ni! Saya tak ada apa apa hubungan dengan Jia! Tolong percaya Sunbae!" Yoongi melekapkan tapak tangan dan diletakkan di dada.
"Argh! Kau boleh nak elak lagi!"
"Kai ah. Cuba kau check fon dia. Kalau dia tak ada hubungan, mesti dia tak simpan gambar Jia kan? Kutlah.. ada?" Chanyeol cuba menjadi batu api. Dia tersengih sinis.
"Meh fon kau! Kau bukak galeri gambar kau sekarang! Tunjuk kat aku!"
"Sumpah saya tak simpan gamb.."
"TUNJUK!" Jeritan Kai agak kuat sehingga menganggu penumpang yang semakin tidak mahu cuba meleraikan salah faham itu.
Yoongi terpisat pisat mengeluarkan telefon. Tangannya terketar ketar menekan skrin. Icon galeri ditekan dan mata Yoongi sudah membulat!
"Tak guna!!" Pipi Yoongi ditumbuk sekuatnya. Darah bersembur banyak sehingga melekitkan telefon milik Yoongi. Skrin telefon itu penuh dengan darah.
Yoongi sudah malas bangun. Dia duduk dengan menahan kesakitan dan hanya memandang telefonnya yang sudah merah.
Dia lantas teringat sewaktu Chanyeol meminjam telefonnya tadi. Adakah? Ya Chanyeollah yang telah menghantar gambar Jia ke dalam memori telefonnya.
Yoongi menangis lagi. Tiba tiba semua manusia yang berada di dalam pesawat itu dikejutkan dengan bunyi letupan di bahagian belakang pesawat. Sekaligus membuatkan pesawat terbang tunggang langgang.
Kai dan Chanyeol kelam kabut mengawal sistem dan membiarkan Yoongi yang hampir separuh mati di lantai pesawat.
"Pesawat Korean Air 8701. Korean Air 8701! Ada masalah dihadapi. Sampaikan laporan! Lapor--" Tiba tiba sistem di dalam pesawat itu terpadam!
Semua penumpang menjerit apabila merasakan pesawat berpusing dan menjunam ke bawah. Bunyi dentuman air kedengaran sebelum api menjulang dari bahagian belakang pesawat.
Yoongi sudah letih. Andai masa dia sudah tiba. Dia rela. Dan dia bersumpah akan mencari orang yang telah melakukannya sebegini. Dan juga.. omma.. kookie.
Share this novel