Bab 42

Fanfiction Completed 14096

(Bab42)

Malam itu adalah malam menyambut kejayaan seorang makhluk berjantinakan lelaki berambut merah atas pembukaan cawangannya berjalan lancar.

Maka, makhluk berambut merah itu memaksa makhluk yang lain supaya melayannya persis seorang raja. Namun tak lama, apabila punggungnya disepak bertalu talu oleh insan yang diberi nama Jungkook.

"Kut ye pun bagi lah layanan first class kat aku. Malam ni je. Ape ni dah main sepak sepak. Punggung aku pulak tu." Rungut Jimin menuju ke Jungkook.

"Banyak lah kau first class. Sekarang ni, aku nak kau lap pinggan besar tu. Aku nak letak daging panggang ni. Kalau tak, kepala kau aku panggang pulak." Arah Jungkook serta merta.

"Arraseo! Arraseo!" Jimin membentak namun dibuatnya juga suruhan tadi.

"Wei wain habis lah!" Muncul Taehyung di celah pintu dari dalam rumah. Sebab diorang dekat luar.

"Tak payah minum wain lah."

"Lepas tu? Teh hijau? Teh halia?"

"Apa kejadah minum teh dengan daging panggang Tae oi. Pergi lah beli coke ke, sarsi ke." Bebel Jungkook.

"Kereta aku tak ada. Tiga ekor tu tak balik lagi."

Taehyung merungut. Lambat betul Seokjin, Hoseok dan Namjoon keluar beli buah buahan.

"Senang cerita kau call je diorang. Mintak tolong belikan air sekali." Jimin bersuara.

Taehyung terangguk angguk. Telefon diambil lalu mendail nombor Seokjin.

"Kau dah lap elok bersih dah ke ni?" Jungkook yang masih tak puas hati tang mana pun tak tau lah bertanya. Pinggan yang dilap jimin tadi dibelek belek.

"Dah bersih lah. Kau jangan cerewet sangat boleh tak? Punya lah aku fokus ngelap tadi. Hargailah sikit." Kata Jimin lalu membetulkan cermin matanya.

"Okay aku hargai."

Jimin menggeleng kan kepalanya. Nasib baik Jungkook tu dianugerahkan muka yang comel sampaikan orang nak marah pun lembut hati. Kalau tak, wei aku tak boleh bayang apa akan jadi bila aku bukak langkah tai chi aku.

"Kau dah call, Tae?"

"Dah. Diorang on the way."

Jungkook memindahkan daging yang sudah siap dipanggang ke dalam pinggan. Sekali lagi dia teringat akan seseorang.

Daging tadi dipandang lama.

"Hyung.. kami masak daging malam ni. Hyung suka daging kan? Kalau hyung nak, hyung mintak lah." Kata Jungkook perlahan. Namun dapat didengari Taehyung dan Jimin.

Taehyung memandang Jimin. Jimin hanya menjongket bahu. Tidak tahu mahu bercakap apa. Mereka tahu Jungkook masih selalu terbayangkan hyungnya.

Sebuah kereta masuk ke halaman membuatkan suasana sepi tadi berhenti.

"Asal wain habis semua ke?" Seokjin bertanya lalu menghulurkan beberapa bungkus plastik kepada Jimin dan Taehyung.

"Haah. Habis. All habis."

"Wah daging dah masak. Jom lah makan!" Hoseok menjerit suka.

"Iya jom jom."

Semua mengambil tempat duduk. Wajah yang paling berseri disitu ialah lain tak bukan Jimin.

"Guyseu! Song~"

"Park Jimin! CON~ GRA~.. TULATIONS!! CONGRATULATIONS!!"

Maka dengan itu, bingitlah halaman itu dengan gabungan suara suara mengucap tahniah.

Semua berseronok malam itu. Jungkook yang hanya kurang enjoy. Yang lain sudah licin pinggannya. Daging sudah habis ditelan. Hanya pinggan Jungkook ada separuh lagi daging yang tinggal.

"Jungkook ah."

"Kau makanlah. Hyungnim tak lapar malam ni. Dia tidur." Jimin berkata mahu menyedapkan hati Jungkook. Dia tahu Jungkook menyimpan sisa itu untuk hyungnya.

"Iya ke? Kalau dia nak macam mana?" Jungkook bertanya lagi.

"Kau sengaja nak bagi aku nangis kan?" Jimin berkata lagi. Yang lain cuma memerhati.

Jungkook tertunduk. Garfu dan pisau dipengan kembali.

"Hyung, kookie habiskan ya." Kata Jungkook lalu kembali makan.

"Jungkook ah.." Yang lain mengeluh berat. Tidak sampai hati melihat perubahan kelakuan Jungkook sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience