(BAB22)
Seokjin membawa kereta tanpa memikir nyawa sendiri dah. Namjoon dan Jimin sudah melekat di cermin tingkap. Hoseok pula sudah kaki ke atas, kepala ke bawah. Taehyung juga melekat ke cermin belakang.
Yoongi yang duduk depan memegang dashboard dan kusyen kereta erat erat. Bimbang mukanya dicop ke cermin hadapan pula.
Setelah mendapat panggilan daripada omma Jungkook pagi tadi, semua ambil cuti emergency. Jungkook sekarang berada di hospital.
"Seokjin woi! Aku sayang omma aku! Ommaaa! Hoseok sayang omma!" Hoseok menjerit. Dia dah tak boleh buat apa sebab kedudukannya sudah terbalik.
"Hoseok! Alihkan! Alih punggung kau tu!" Taehyung yang tak boleh lepaskan tangannya dari cermin belakang terpaksa menjerit.
"Tak boleh! Punggung aku tak mampu!"
Akhirnya kesengsaraan lima makhluk di dalam kereta itu akhirnya berakhir. Semua meluru keluar dengan muka bahagia.
Sekarang acara berlari dilancarkan, Selepas mengecheck pesakit nama Jungkook dan diinform dimana wadnya, mereka menyambung acara mari berlari lari.
"Jungkook! Yah!" Seokjin yang memang cepat kalut kalau orang terdekatnya mengalami kesusahan.
Jungkook masih kaku. Matanya pejam rapat. Omma Jungkook yang tadinya tertidur di tepi katil Jungkook segera bangun apabila mendengar suara lelaki.
"Jungkook tak bangun lagi,nak. Doktor kata mungkin malam ni atau esok dia boleh terjaga." Omma Jungkook mengesat mata kirinya.
"Macam mana benda ni boleh jadi?" Taehyung bertanya.
"Entahlah, nak. Malam sebelum ahjumma jumpa Jungkook, ahjumma ada terdengar bunyi air dalam bilik air. Jadi ahjumma ingat Jungkook mandi. Esok tu, ahjumma nampak dia terapung dalam kolah. Syukur dia hidup lagi. Tu yang ahjumma telefon ambulans sebelum telefon kamu." Omma Jungkook sungguh bercerita namun dia perasan ada seseorang memerhatinya tajam.
Omma Jungkook memandang Yoongi yang masih memandangnya tak berkelip. Serta merta mata wanita tua itu membulat.
"Anak.. anak om..omma. Anak omma hidup lagi. Omma rindu kamu sangat!" Omma Jungkook terus meluru ke arah Yoongi dan memeluk lelaki berambut putih itu.
Yoongi tidak melemparkan sebarang reaksi. Mahupun tidak membalas pelukan wanita itu. Dia membiarkan wanita itu menangis di dadanya.
"Yoon..yoongi? Omma kau kah?" Namjoon bertanya. Sekarang semua mata memandang ke arah Yoongi.
"Tak. Aku rasa mesti dia teringat anak dia kut." Yoongi menutup mata. Masih membiarkan omma Jungkook menangis.
Hakikatnya dia juga mahu membalas pelukan wanita itu sebab..
Itu memang ommanya!
Share this novel