(Bab44End)
Jungkook menarik selimut yang sudah hampir jatuh ke lantai. Sebelum itu, jam dikerling. Sudah mula menunjukkan ke angka 12 malam.
"Awal tidur malam ni." Rungut Jungkook sendiri. Badannya letih kerana beberapa jam berada dalam pesawat dari Malaysia untuk pulang ke Korea. Yang lain juga penat barangkali.
Jungkook menutup matanya perlahan namun terbuka semula apabila jam meja mengeluarkan bunyi beep sekali tanda waktu sudah pukul 12 malam.
Sekali lagi Jungkook menutup matanya tetapi sekali lagi juga terbuka apabila pintu biliknya dikuak dari luar besertakan gabungan suara sedang menyanyi.
"Jungkook! Saengil chukkahamnida~ saengil chukkahamnida~ saengil chukka nae jungkookiee~ neomu saranghamnida!! Wooo!"
Jungkook terkejut memandang Seokjin, Taehyung, Jimin, Namjoon dan Hoseok yang masuk ke bilik dengan menyanyi lagu selamat hari lahir.
Ada kek yang masih bernyala lilinnya di tangan Seokjin. Air mata Jungkook turun.
"Gais.."
"Tiup lilin cepat!" Arah Jimin.
Dengan pantas Jungkook meniup lilin lalu disambut tepukan dari mereka. Jungkook mengesat air mata di pipinya.
Ya dia sampai lupa tarikh hari lahirnya. Masakan tidak, dalam kepalanya ada Yoongi sahaja setiap masa.
"Kamsahamnida!" Jerit Jungkook.
"Hahaha uri Jungkookie. Kau dah nak tua pun." Kata Seokjin lalu meletakkan kek tadi di atas meja.
"Amboi belum lagilah." Jungkook merungut.
"Kami tak sediakan hadiah pun. Kau jangan terasa pulak. Kalau tak sebenarnya aku nak bagi kau benih padi yang aku curi kat sawah hari tu. Tapi dah hilang, cik ti curi." Taehyung membuat muka ala ala sedih ya amat gitu.
"Tak apa. Hah! Kalau dah birthday aku, aku mintak hadiah ni boleh tak?" Jungkook terjongket jongket keningnya.
"Apa? Cakap je. Confirm kami bagi."
"Nak pergi pantai. Pantai tempat Hyung. Mana boleh sambut birthday aku tak ada hyung!" Jungkook menggoyang goyangkan bahunya comel.
"Erk bo--boleh Jungkook. Esok kita pergi." Jimin tersenyum di akhir kata.
"Yeay! Time to sleep. Esok nak pergi jumpa hyung!" Jungkook terus baring dan berselimut.
Namun dia bangun semula kerana yang lain masih tidak berganjak.
"Korang tak nak tidur ke?"
"Kami nak tidur dengan birthday boy!" Semua menjerit lalu berhimpit himpit diatas katil. Tergelak gelak Jungkook dibuatnya.
"Jaljayo~"
Lampu meja dipadam. Maka, enam flower boy pun tutup mata dan.. krohh~
skip.
"Bada (pantai)!!" Taehyung berlari laju ke arah air namun tidak kesampaian. Dia tersadung batu menyebabkan mukanya tersembam ke pasir dan kedua belah kakinya terangkat ke udara. Menandakan dia betul2 laju tadi. Seliparnya juga tertanggal dan pelanting jauh.
"Hah hang tu lah. Pasaipa hang laju kemain lagi haih." Seokjin merungut.
"Bahasa apa kau cakap wei." Hoseok menyoal kerana kedengaran agak pelik.
"Bahasa aloq setaqq~" (okay xleh bayangkan bts cakap kedah XD)
"apa apa je lah. Woi Tae? Kau okay ke? Pasir sedap?" Hoseok terus berlari kearah Taehyung yang sedang menepis pasir di bajunya.
Tetapi malang tidak berbau apabila nasib yang sama menimpa Hoseok pula. Kali ini kedua dua belah seliparnya terpelanting.
Yang lain mengekek ketawa. Namjoon sampai terguling guling.
Jungkook juga ketawa. Dia mara ke hadapan dan tersenyum menghadap ke laut yang terbentang.
"Hyung. Kami kat sini. Hari ni birthday Kookie tau tak. Kami sambut kat sini. Sini dengan.. hyung."
"Hyung janji ya selalu tengokkan Kookie, Omma dan enam orang yang tak betul tu ya? Kookie.. rindukan Yoongi hyung."
Jungkook membiarkan air mata turun. Matanya masih setia memandang ke laut. Seolah olah Yoongi ada disitu.
"Jungkook! Tolong! Tolong! Ketam ni.. alihkan!" Jimin menunjukkan kearah ketam merah yang tengah sesedap ia je menyepit punggung Jimin.
Jungkook cepat cepat mengelap air mata dan segera tolong Jimin mengalihkam ketam tadi.
"Adoi gomawo. Sakitnya. Yang kau ni, kenapa kat sini? Tu nanti Seokjin je yang habiskan kek. Dia tu kuat makan. Jomlah." Ajak Jimin sambil tangannya masih mengusap tempat sakit disepit tadi.
"Oh um."
"Kau ni. Hyungnim!! Kami nak ajak Kookie makan kek!" Laung Jimin ke arah laut lalu dengan cepat menarik Jungkook ke tempat member lain berada.
"Makan kek!"
Jungkook tersengih gembira. Sedihnya beransur kurang. Serba sedikit hatinya terhibur dengan perangai tidak matang mereka.
"Apa lah hyungnim buat sekarang kan?"
"Kau ni boleh tanya. Mestilah tengok kita." Namjoon menyekeh kepala Hoseok.
"Woi Tae, kau pakai losyen apa tu? Meh lah sik--" kata kata Jimin terhenti apabila Taehyung secara tiba tiba bangun dan berlari sambil tangan terkapai kapai ke atas. Matlamat yang satu iaitu mengejar motor jual aiskrim yang kebetulan melintas dari jauh.
"Teruk benar perangai." Rungut mereka menuju ke Taehyung yang sudah melompat lompat kembali ke arah mereka dengan menggenggam satu kon aiskrim.
Tetapi malangnya lagi. Taehyung ditimpa nasib yang sama selepas tersadung batu. Muka tersembam sekali lagi serta seliparnya melayang ke udara. Namun aiskrim masih tergenggam kemas.
Yang lain? Tak tolong pun. Gelak mengekeh sampai nak terkeluar isi perut.
"Tae! Cepat lah kesini! Adui." Jerit Jungkook masih berbisa ketawanya.
"Kesiannya aku." Taehyung merintih.
"Wei jom tangkap gambar. Apa barang buat parti gambar tak ambik." Seokjin mengeluarkan polaroid berwarna pink kesayangannya.
"Jom!"
Seokjin menahan sepasang pasangan dan meminta lelaki itu tolong mengambil gambar mereka.
Semua mengambil tempat. Jungkook di hadapan dan kaki kanannya melutut. Sebelah kirinya adalah Jimin yang juga posisi hadapan. Dan yang belakang Seokjin, Namjoon, Hoseok dan Taehyung.
"Hana, dul, set."
Sekeping gambar keluar dari polaroid itu. Ucapan terima kasih diberi kepada pasangan tadi.
"Meh aku nak tengok. Aku mesti hands---" Percakapan Jungkook terhenti.
Gambar yang dipegangnya sekarang dipandang lama.
"Hyung."
Mata Jungkook tertancap ke arah seseorang yang amat disayanginya sedang memeluk bahu Jungkook dari belakang sambil membuat peace sign.
Member lain tersenyum melihat aksi Yoongi yang memeluk adiknya di dalam gambar. Hyungnim memang terbaik.
"Annyeong! Saengil Chukkahae Kookie ah!"
Semua tersentak apabila mendengar laungan tadi. Dari jauh, mereka melihat tubuh Yoongi yang sedang melambai lambai ke arah mereka.
"Hyung!"
"Hyungnim! Annyeong!"
Seokjin, Namjoon, Hoseok, Jimin, Taehyung dan Jungkook membalas lambaian Yoongi dari jauh juga.
"Saranghae Hyung!" Jungkook melaung.
"Nado saranghae Kookie ah!" Yoongi juga melaung sebelum hilang dari pandangan mereka.
"Sekurang kurangnya, kita ada gambar Hyungnim bergambar sekali dengan kita." Namjoon meluah.
Semua terangguk angguk.
Mereka lantas berdiri berbaris. Menghadap ke laut yang luas. Wajah mereka dihiasi senyuman terutama sekali Jungkook.
"Be happy, Hyungnim!"
"love you, Hyungnim."
Jungkook tersengih mendengar ucapan yang dilaungkan mereka.
"Hyung.. please BE WITH ME when I miss you, hyung." Jungkook berkata separuh menjerit.
Berharap hyungnya sentiasa bersamanya.
"Yoongi Hyung.. Be With Me." Air mata pun mengalir di pipi insan yang amat menyanyangi hyungnya, Jungkook.
SEKIAN.
Share this novel