Bab 1

Fanfiction Completed 14096

BE WITH ME
MIN YOONGI

[BAB1]

Jungkook memegang kepalanya yang kusut. Kes malam itu yang baru diterimanya sangat misteri. Sudah hampir 3 tahun Jungkook menjalankan tugas sebagai polis. Polis yang selalu diingati ramai kerana suka menyepak punggung penjenayah.

Telefon bimbit dikeluarkan laju. Nombor seseorang didail. Usainya, gajet itu terus dilekapkan di telinga. Kaki digoyang goyangkan menunggu empunya nombor mengangkat telefon.

"Kenapa tak angkat? Belasah pesakit ke apa?" Jungkook merungut sendiri apabila kawan baiknya tidak mengangkat telefon.

Nombor itu didail sekali lagi sambil mengingatkan dirinya supaya menyepak punggung kawannya itu kalau tidak angkat jugak.

"Woi pehal?"

Suara yang kedengaran agak kurang ajaran menyapa pendengaran Jungkook.

"Woi Seokjin, aku tak balik malam ni. Pesan kat diorang yang lain." Jungkook memesan kepada Seokjin yang bekerjaya sebagai seorang doktor.

"Lah. Apehal? Aku rasa aku pun tak balik. Pesakit belambak nak mintak kasih sayang aku ni. Menyesal aku bukak klinik 24 jam." Seokjin merungut sambil tangan kiri menyusun meja yang bersepah.

"Lah pulak. Aku nak telefon Hoseok takut dia tengah lawan race pulak." Jungkook menggaru garu kepalanya yang makin kusut.

"Aku tak tahulah. Try call Taehyung. Selalunya di balik awal." Seokjin mencadang.

Jungkook mematikan talian apabila habis bercakap. Nombor Taehyung dicari sepantas mungkin namun tiba tiba telefonnya terlucut dari tangan dan menhentam lantai.

"Lah ish."

Jungkook menunduk ingin mencapai telefonnya kembali, namun saat itu dia terasa meremang.

"Jung.. Kook.."

Suara seperti seseorang menangis menyebut namanya mendayu dayu. Jungkook terus tercengang. Bulu romanya kian meremang.

Jungkook mengambil keputusan mengendahkan sahaja. Nombor Taehyung dicari semula.

Namun lebih mengejutkan tiba tiba skrin telefonnya menghamburkan banyak darah. Jungkook terkejut beruk sehinggakan telefonnya tercampak.

Mata Jungkook membulat. Dadanya berombak pantas. Dia mencuri pandang semula telefonnya yang jauh tercampak.

Tak ada.

Jungkook pelik. Tiada darah pada gajet itu. Dia melihat tangannya. Juga tiada namun dia pasti darah yang terhambur keluar begitu banyak dan tanggannya juga terkena.

Jungkook tidak cakap banyak. Telefonnya direntap dan terus berlalu keluar dari pejabatnya.

Dia tidak perasan bahawa ada seseorang yang setia mengikutinya sejak dia keluar dari pejabatnya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience