Bab 41

Fanfiction Completed 14096

(Bab41)

1 tahun kemudian..

Jungkook mencapai helaian kertas yang dihulurkan seorang pegawai polis yang bekerja dibawahnya. Helaian itu dibelek belek sebelum memulangkannya semula ke pegawai tadi.

Dia mara ke hadapan tempat mayat dijumpa. Dipandangnya lama.

"Ada apa apa maklumat tak?" Soalnya lalu menyilang tangan.

"Ada tuan. Saya rasa saspek pukul belakang kepala mangsa dengan objek keras sebelum ditembak dari jarak dekat. Cap jari saspek pada objek besi yang dipercayai objek untuk memukul mangsa masih dianalisis. Kemungkinan esok akan diketahui, tuan." Jawab pegawai itu semangat.

"Bagus. Jangan lupa inform maklumat baru pada saya. Sekarang saya terpaksa balik balai. Teruskan tugas." Jungkook sempat menepuk lembut bahu pegawai itu sebelum berpusing tubuh dan melangkah.

Jungkook menghidupkan enjin kereta lalu bertolak ke balai. Dalam perjalanan, telefonnya berdering. Nama Jimin tertera di skrin.

"Yow woi jiminnie pabo. Apehal call aku. Aku tengah drive ni." Jerit Jungkook. Biarlah bukan orang dengar kecuali makhluk dalam talian tu.

"Hahahahaha mood aku tengah baik ni. Kau bernasib baik. Ni aku tak sabar sangat nak cakap. Aku awalnya nak buat kejutan bila balik rumah nanti. Tapi.. tapi aku tak sabar wei! HAHahahaahaha."

"Ha apa dia?" Jungkook menjongket kening mendengarkan Jimin terlalu gembira hari ini.

"Kau nak tahu, syarikat aku dah maju! Aku dah berjaya bukak cawangan syarikat kat negara asia ni weh! Hahaha first cawangan, aku bukak dekat Malaysia. Next week aku kena pergi sana lah."

"Wooooo! Chukkahae! Malam nanti kita buat parti untuk usahawan muda kita!" Jungkook tumpang gembira. Jimin muda muda pun dah jadi usahawan peringkat antarabangsa dah.

"Yeay parti! Jimin suka parti!" Jerit Jimin di hujung talian.

"Haah yelah kau. Dah aku nak drive! Karang aku tak sempat nak enjoy parti kau pulak malam nanti." Jungkook selamba menutur.

"Woi mulut tu! Aku cium karang! Dah drive elok elok. Muah!"

"Pengotor!"

Talian diputuskan. Jungkook tersengih sendiri. Ada ada sahaja perangainya.

Kereta ditukar lorong. Hasrat mahu balik ke balai ditangguh. Pasaraya menjadi destinasi baru saat itu.

Seusai memarkir kereta, Jungkook melangkah masuk ke dalam pasaraya. Bilangan manusia jangan nak cakap. Punya ramai doe!

"okey apa nak masak ea malam ni? Daging? Haa daging panggang!" Jungkook segera melangkah ke tempat daging diletakkan.

Sepanjang dia melangkah. Orang sekeliling memandangnya sambil tersenyum dan tunduk hormat. Jungkook mulanya pelik tapi dia tersedar saat itu dia masih berpakaian polis yang lengkap.

"Daging.. nak berapa kilo eh? Oi mak!" Seorang kanak kanak yang sedang berangan tengah ada kat litar lumba, menolak troli dengan laju berserta bunyinya sekali telah melanggar punggung Jungkook. Sekali gus menyebabkan telefonnya terjatuh dan entah ke mana.

"Aigoo budak sekarang ni. Hah mana pulak telefon aku." Jungkook merungut lalu mencangkung dan mengintai di bawah rak.
Tiba tiba satu tangan telah menghulurkan sesuatu di hadapannya. Jungkook agak tersentak melihat telefonnya yang dihulurkan oleh orang itu. Jungkook segera mencapai dan barulah dia pandang empunya tubuh yang sudah membantunya.

"Kamsahni.. da.. h--hyung.." percakapan Jungkook perlahan apabila matanya menyapa wajah putih bersih Yoongi.

Yoongi mengangguk dan hilang bagaikan kabus. Jungkook tersenyum gembira. Hyung benar benar kotakan janji akan tengok tengokkan dia.

"Gomawo Hyung."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience