(Bab29)
"Apa maksud dia hah?" Taehyung menarik seluarnya ke atas untuk kesekian kali. Seluar tidurnya sudah habis tidak berbasuh dan mungkin bakal menjadi Kulat Park tak lama lagi. Hanya ada satu seluar yang besar dan longgar.
Masing masing mengangkat bahu. Menandakan mereka juga tidak tahu apa maksud tersirat Yoongi.
"Jomlah tidur. Esok nak kerja lagi kan." Seokjin bangun diikuti yang lain. Dalam langkah, Hoseok memegang lengan Jungkook membuatkan lelaki itu berhenti bergerak.
"Wae?"
"Aku rasa lain macam lah. Boleh tak kalau aku nak tidur dengan kau? Kali ni. Kali ni je. Pelishh?"
Melihatkan muka arnab yang dibuat Hoseok itu, Jungkook tertanya tanya sama ada mahu memeluk lelaki itu kerana terlalu comel atau menendangnya kerana terlalu mengada ngada.
"Yelah."
Hoseok tersenyum suka. Boleh dia peluk Jungkook kalau jadi apa apa nanti.
Beberapa minit kemudian, kelihatanlah dua makhluk yang masih terkebil kebil di atas katil. Tak bersuara ataupun tutup mata.
"Jungkook ah."
"Em?"
"Saranghae."
"Pabo."
Hoseok tersengih. Disebabkan dia sudah bosan, otaknya sudah jadi tak betul.
Akhirnya kedua dua makhluk tadi tertidur dengan aksi menganga yang dasyat.
Tapi mereka tidak tahu yang mereka sedang bermimpi perkara yang sama. Mimpi itu seolah olah mereka hidup di dalam bayangan sendiri.
Seorang budak lelaki dalam lingkungan 3 atau 4 tahun, bermain tanah depan rumah. Walaupun dilarang ommanya dari tadi, dia tetap mahu main.
"Yoongi ah! Omma cakap apa tadi?" Ommanya datang dari dalam rumah membawa sebaldi air.
"Omma sebut tanah jangan main dah. Nanti tangan Yoongi kotor." Budak lelaki bernama Yoongi itu menayangkan tapak tangannya yang sudah kotor.
"Ish kamu nak omma cubit ke?" Omma Yoongi sudah maju ke arah anaknya yang mula bangun untuk melarikan diri.
"Yoongi janji tak main dengan tanah dah,ma .haha janganlah geletek Yoongi." Yoongi ketawa terbahak bahak apabila tubuh kecilnya digeletek ommanya.
"Janji dengan omma ya? Okay sekarang pergi masuk dalam, mandi. Lepas tu pergi tengok tengokkan Jungkook dalam rumah. Omma nak basuh pangkin bawah pokok tu."
Yoongi mengangguk atas arahan ommanya. Dia tersenyum comel sebelum berlari terkedek kedek ke dalam rumah.(Eii macam manalah Yoongi kecik kecik? Mesti kiuttt)
Yoongi mandi seperti yang ommanya suruh. Kalau boleh dia nak main tanah lagi. Hanya dengan tanah dia boleh berkawan. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia dipulaukan oleh kawan sebayanya.
Yang ada pun kawan macam tak endah. Dia hairan.
Selepas Yoongi menyempurnakan diri, Yoongi terus meniarap dan menghala ke arah adiknya yang masih bayi beberapa bulan, Jungkook.
"Jungkook ah! Hyung nak panggil Kookie. Haa.. Kookie! Cepatlah besar. Hyung nak ajak Kookie main tanah. Hyung tak ada kawan nak ajak main." Yoongi mengusap pipi lembut Jungkook yang masih lena.
"Esok jadi besar ya? Hyung tak sabar nak ajak Kookie main."
"Nanti kalau hyung dah besar, hyung nak bawak kapal terbang. Alah benda yang kat atas langit tu. Nanti hyung boleh bawak Kookie jalan jalan naik benda terbang tu." Yoongi bersungguh sungguh cerita seolah olah Jungkook boleh memahami apa yang dicakapnya.
"Hyung akan jaga Jungkook dengan omma besar nanti. Hyung nak beli rumah besar lagi kita boleh duduk situ. Pastu kita buat tempat nak parkir kapal terbang haha."
"Hyung sayang adik hyung. Hyung sayang omma, appa. Kookie besar esok tau. Hyung--" Kata kata Yoongi berhenti. Dia terdengar sesuatu di luar rumah.
"Kookie, Kookie jangan nangis tau. Hyung nak ke luar rumah jap." Yoongi terus bangun dan menapak seperlahan boleh. Tidak mahu menganggu lena Jungkook.
Di luar rumah, kelihatan dua wanita yang sedang bergaduh hampir menarik narik rambut. Yoongi kurang faham apa yang digaduhkan.
"Kau yang tak sedar diri. Dia suami aku. Aku lebih tahu kenapa dia mati! Kau siapa hah nak tuduh aku sebagai pembunuh?!" Omma Yoongi separuh menjerit.
"Tak guna punya betina. Kalau dia kahwin dengan aku, dia lagi bahagia. Mesti dia hidup lama lagi. Tu pasallah nak jadi perampas kekasih orang sangat, kan dah tak kekal hidup bersama!" Wanita yang lagi satu juga menjerit.
"Aku tahulah kau yang tergedik gedik sangat nak kat laki aku padahal laki aku tak mahu pun kat kau. Kau je yang bertepuk sebelah tangan! Aku dah kahwin dengan dia pun kau ada nak menganggu rumah tangga aku!" Omma Yoongi mengurut dada yang penuh dengan amarah.
"Heh. Memang aku nak hancurkan rumah tangga kau pun. Sampai sekarang aku masih lagi sakit hati kau tahu tak! Aku akn pastikan kau hidup tak aman lepas ni. Kau, pergi ambik." Wanita itu mengarahkan seorang lelaki dari tiga orang yang memang mengikutinya.
"Ambik apa kau ni? Hoi! Hoi!"
Omma Yoongi terjerit jerit apabila terpandangkan tubuh Yoongi yang sudah diangkut lelaki sasa tadi.
Omma Yoongi mahu menyelamatkan anaknya namun dua orang lelaki lagi telah menahannya berbuat sedemikian. Masuk sahaja tubuh Yoongi dalam kereta, tubuh omma Yoongi pula ditolak kuat ke tanah.
"Omma! Omma!" Yoongi menjerit.
"Yoongi ah!" Omma Yoongi bingkas bangun dan berlari mengejar kereta yang sudah bergerak.
"Yoongi ah!"
Pertengahan jalan, omma Yoongi tersadung batu dan dia tersembam di atas jalan. Dia hanya mampu memandang kereta tadi yang semakin jauh sebelum hilang dari pandangan.
Yoongi tidak tahu mengapa dia dibawa lari. Dia hanya tahu ingin menangis sahaja sekarang.
"Kau jangan nak nangis. Aku cekik kau nanti." Wanita itu mmberi amaran.
Yoongi mencebik cebik menahan tangis. Dia tidak mahu dicekik. Dia berusaha sedaya mungkin untuk tidak menangis.
Beberapa jam kemudian, mereka sampai di sebuah rumah agam yang besar. Yoongi yang tadinya tertidur terpisat pisat bangun apabila merasakan kereta berhenti.
"Kau pergi masuk bilik belakang sana! Mulai sekarang jangan harap kau nak jumpa omma kau. Biar aku dera fizikal mental dia. Termasuk kau sekali. Baru aku puas."
Yoongi tiba tiba diherdik dan ditunjal kepalanya. Yoongi terasa mahu meraung. Tidak pernah pun dia dilakukan sebegini rupa.
Yoongi dengan perlahan menghayunkan kaki kecilnya ke bilik belakang. Di pertengahan jalan, dia terdengar suara seorang budak lelaki.
"Omma! Omma pergi mana tadi? Lama Yeollie tunggu nak makan sama."
Kepala Yoongi dihalakan ke belakang sikit. Melihat budak lelaki itu yang sudah dipeluk ommanya. Hati Yoongi makin sedih teringat ommanya.
"Yeollie sayang. Omma ada kerja tadi. Jom kita makan ya?" Wanita itu memimpin anaknya ke dapur.
"Hoi apa yang kau tercegat lagi kat situ? Pergi masuk bilik aku kata!" Yoongi yang tercegat tadi diherdik membuatkan budak lelaki itu terkejut sebelum berlari masuk bilik yang dinyatakan.
Yoongi terus merebahkan badan kecilnya ke atas katil. Dia menangis sepuas puasnya tetapi berhati hati takut wanita itu tahu dia menangis.
"Omma, Kenapa dengan Yoongi omma? Yoongi nak balik. Yoongi dah janji nak main dengan Kookie esok. Nanti esok dia besar, dia tak ada kawan pulak." Kata Yoongi tersekat sekat.
"Omma Yoongi janji bila Yoongi dah besar nanti, Yoongi akan cari omma. Cari Kookie. Yoongi akan buat omma happy. Yoongi nak Kookie dengan omma."
Selepas itu, dia akhirnya tertidur tanpa dia sendiri sedar.
Share this novel