(Bab43)
"Time to enjoy!!"
Jeritan yang agak kuat itu berjaya menarik perhatian beberapa orang yang sedang berselfie dan pelbagai lagi.
Sekarang mereka berada di..
"Malaysia!! Panas lah pulak. Ni yang aku suka ni. Tak ada sejuk memanjang." Hoseok mengesat peluh di dahi.
"Wei hoseok kau boleh senyap sikit tak? Kita kat tempat orang. Buat perangai tu elok elok." Sergah Namjoon.
Hoseok mencebik cebik mengejek percakapan Namjoon tadi. Disertai muka menyampah.
"Kita kat mana pulak ni?" Jungkook bertanya lalu turun dari kereta menyertai mereka yang sudah lama turun.
"Entah apa tah nama dia. Alll--oo.."
"Alor Setar lah." Jimin berkata lancar. Nak tunggu Taehyung sebut nama tempat tu, belum tentu boleh berabad abad lamanya.
"Haa yang itu."
"Aku penah tengok kat internet. Katanya kat alor setar ni banyak sawah padi. Jom lah kita pergi nak tak? Nak tak?" Seokjin menanggalkan cermin mata hitamnya.
"Yeay! Sawah padi!! Sawah padi tu apa?" Hoseok menyoal.
"Sawah padi adalah tempat orang tanam pokok yang hasilkan beras yang boleh dimasak jadi nasi." Terang Seokjin dengan bergayanya.
"Ye ke pokok? Bukan rumput?" Namjoon pula menyoal. Dungu ya amat.
"Entahlah whatever. Jom kita bertolak. Jalan jalan pastu cari hotel." Seokjin sudah malas melayan. Dia segera menaiki kereta di tempat memandu.
Yang lain hanya ikut. Mestilah nak jalan jalan kan. Dekat Malaysia lagi.
"Jungkook."
Jungkook terus terkebil kebil apabila namanya dipanggil. Wajah Jimin dipandang.
"Kau kenapa ni?" Jimin bertanya. Dari tadi semasa masuk ke kereta, Jungkook hanya mendiamkan diri.
"Tak ada apa."
Senyap.
"Ni Malaysia kan?" Sambung Jungkook tiba2.
Jimin mengangguk.
Jungkook tersengih. Namun matanya mula berair.
"Hyung pun nak pergi Malaysia lah dulu. Hehe kita sampai sini dulu kan?" Jungkook berkata.
Yang lain senyap. Hanya membatukan diri.
"Kau ni.."
Jimin melingkarkan tangannya di bahu Jungkook. Bahu lelaki itu ditepuk tepuk.
"Kau.. insan bernama Jungkook. Suka sangat bagi aku nangis ikut kau kan." Kata Jimin perlahan.
"Kita dah 3 hari kat sini. Dah macam macam negeri kita pergi tahu tak. Dari Kuala Lumpur pastu pergi Pahang pastu Perak and sekarang Kedah. Kau selalu macam ni je. Happy lah sikit. Hyungnim mesti sedih kalau kau sedih. Kau nak tengok dia sedih ke?" Nasihat Jimin.
Jungkook tersenyum lalu menggeleng.
"Jangan sedih sedih. Kau ada kami kat sini." Namjoon juga sempat membri kata semangat.
"Kalau kau sedih, kami pun sedih."
"Jungkook,kuatlah."
Suasana dalam kereta bertukar muram. Namun sekejap sahaja apabila Hoseok dirasuki perangai gila gilanya sekali lagi.
Share this novel