Bab 27

Fanfiction Completed 14096

(Bab27)

Keadaan kehidupan tujuh makhluk itu sekarang agak stabil. Seokjin sudah boleh menerima kenyataan. Dia mengambil keputusan untuk hidup solo. Haha entah ya entah tidak.

Jungkook sudah keluar hospital dan menjalankan tugas seperti biasa. Cuma lelaki bernama Jungkook tu sudah berubah menjadi sedikit pendiam.

"Wei biar betul doraemon yang tolong kau?" Namjoon gelak besar. Sekarang mereka sedang bersantai diatas karpet berbulu lebat depan tv.

"Betullah. Ahjussi boroi tu lah yang tolong aku masa tu haha!" Hoseok ketawa juga. Maka gabungan molekul ketawa mereka bergabung sehingga boleh menghancurkan mikroorganisma di sekeliling. Oh tak mungkin logik.

Jimin tiba dengan sedulang minuman. Entah kenapa dia suka pula membuat air. Mujur fikirannya tidak terlintas mahu meletak jawatan sebagai boss dan memohon jawatan untuk tea lady.

"Nah. Ni je yang mampu aku buat. Aku nak pergi kerja ni. Jangan buas sangat. And jangan sampai aku balik tengok rumah tinggal lantai je. Okay aku chau dulu." Jimin membetulkan tali lehernya sebelum melangkah keluar.

"Berangan nak jadi Seokjin lah tu." Hoseok mencebik.

"Kita dua je ke dalam rumah ni? Jungkook pergi balai, Jimin baru pergi office, Seokjin pergi klinik dia and Taehyung ada tugasan. Kita dua je lah."

"Yoongi?" Hoseok mengangkat kening.

"Entah. Dari semalam aku tak nampak dia keluar bilik pun."

Masing masing senyap.

"Wei kau nak tahu satu cerita?" Hoseok membetulkan duduk.

"Ceritalah."

"Kau nak tahu haritu masa aku pergi jenguk Jungkook kat pejabat dia, aku pergi lepak lah kan. Pastu, kitorang kena kacau tau tak?"

"Kena kacau? Dengan sudip ke spatula ke?" Namjoon masih sempat meloyarburuk.

"Nanti kau dapat gelaran Namjoon Spatula kut! Eii aku cacak spatula kat dahi kau nanti. Kena ganggu! Adoi." Hoseok membebel.

"Ha haa pastu?"

"Past--"

"Kejap, masa tu pukul berapa?" Namjoon memintas.

"Dalam pukul 10 nak dekat pukul 11 kut. Dengarlah aku nak cerita ni! Pastu masa aku dengan Jungkook sibuk duk baca majalah masing masing, ada orang ketuk dinding. Kuat."

"Dang! Pastu?"

"Background cerita, okay okay." Namjoon menyambung apabila Hoseok masih memandangnya seolah olah bakal ada laser akan keluar.

"Pastu, aku pandang Jungkook. Dia buat bodoh je. Aku ada tanya dia, dia cakap buat macam tak dengar. Sekali lagi dinding kena ketuk. Kali ni dua kali. Tapi aku yakin yang pejabat dah tak ada orang kecuali dari pejabat atasan tu."

"Pastu lagi, Aku tak sedap hati. Aku ajak Jungkook balik tapi dia cakap tunggu. Berani betul dia. Dia rileks je baca majalah bila kitaorang dengar bunyi pintu kena cakar."

Namjoon tekun dan masih setia mendengar. Keadaan mereka boleh dikatakan seperti seorang nenek sedang bercerita pada cucunya.

"Masa bunyi cakaran tu dah sampai seluruh pintu tak berhenti, Jungkook terus bangun dan capai kayu besbol pastu keluar."

"Dia jerit tak tentu hala lebih kurang macam ni. 'Woi keluarlah! Berani sangat nak ganggu orang! Ha keluarlah! Tahu takut!"

"Dia asyik panggil benda tu keluar nak katuk guna kayu besbol. Berani dia masa tu. Lepas tu, Jungkook dengan bergayanya masuk balik dalam pejabat. Pastu kau nak tahu apa jadi?" Hoseok membuat saspens.

Namjoon mengangguk angguk.

"Lepas je pintu dia tutup terus Jungkook menjerit lagi. 'Eii nasib baik dia tak keluar! Nasib baik tak ada!! Eii takuttt!! Hoseok! Jom balikk!!' Haa macam tulah."

Hoseok bercerita sambil menggayakan bagaimana Jungkook menjerit akibat ketakutan melampau.

"Hahaha aku ingat berani sangat. Last2 macam perempuan jugak!" Namjoon ketawa mendengar perlakuan Jungkook itu.

"Haa that's it. Okey aku rileks jap." Hoseok memejamkan mata membiarkan Namjoon dengan gelaknya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience