Bab 18

Fanfiction Completed 14096

(BAB18)"Omma."

Jungkook memeluk tubuh tua itu. Kasihan melihat ommanya yang sudah agak tenat itu.

"Jungkook sayang.." panggil ommanya perlahan. Tangan Jungkook digenggamnya.

"Ne omma. Waeyo?" Jungkook menatap mata ommanya dengan penuh kasih sayang.

"Semalam.. omma mimpi."

Jungkook tersenyum. Mesti ommanya bermimpikan suaminya yang sudah mendiang.

Ommanya selalu menceritakan hal dia bermimpi pasal appa Jungkook. Jungkook amat mengagumi wanita itu kerana masih setia sayangkan appanya.

"Mimpi appa lagi ya?"

"Tak.. hyung kamu."

Serta merta mata Jungkook membulat. Ommanya bermimpikan abangnya dan bukan appanya.

"H-hyung?"

"Ya Jungkook. Omma mimpi dia datang Jumpa omma. Dia sihat, nak. Hyung kamu sihat. Handsome dua dua anak omma. Dia peluk omma.. dia rindu omma macam omma rindukan dia." Setitis air mata jatuh di pipi omma Jungkook.

Jungkook tersentuh. Dia sendiri tidak tahu kat mana dia perlu cari hyungnya. Walaupun dia sekarang sudah bergelar polis, dia tiada sebarang cara nak mereportkan hal yang sudah berlaku bertahun lamanya.

"Omma.."

Jungkook memeluk ommanya. Dia sedih ommanya tidak selalu ceria seperti omma orang lain.

"Kamu tahu hyung kamu dah besar. Segak dia jumpa omma malam tu. Omma tengok muka dia macam appa kamu masa muda." Ommanya masih mahu bercerita.

"Ya omma.." Jungkook mengelap air matanya yang mengalir.

Dakapan pada ommanya dieratkan. Omma Jungkook mengusap rambut Jungkook. Jungkook tersengih.

Omma.. kalau Jungkook jumpa hyung, mesti omma happykan omma? Jungkook akan cuba cari hyung, tapi Jungkook tak janji akan jumpa. Jungkook sayang omma..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience