Bab 17

Fanfiction Completed 14096

(BAB17)

Jungkook mengemas barang barangnya. Baru sahaja tadi dia mendapat panggilan daripada omma yang berada di kampung.

Dia risau akan kesihatan ommanya, sejak dulu lagi omma nya menjadi seorang yang sangat pendiam dan sunyi sejak kehilangan suami dan.. anak sulungnya dilarikan orang.

Iaitu hyung kepada Jungkook.

Abang Jungkook dilarikan orang pada waktu malam. Masa itu, abangnya masih berumur 4 tahun dan Jungkook masih berumur lebih kurang 3 minggu.

Entah hidup, entah mati dia dan ommanya tidak tahu.

Sewaktu Jungkook ingin mengezip bagasinya, daun pintunya dikuak dari luar. Bukan pintunya diperbuat dari daun ya.

Kemunculan kapas.. eh bukan, Yoongi di biliknya agak memeranjatkan Jungkook.

"Kau nak pergi mana?"

Mata Yoongi meleret pada bagasi Jungkook yang sudah siap dikemas.

"Balik rumah omma aku kat kampung. Omma aku suruh balik." Jungkook menjawab sambil mentafsir riak muka Yoongi yang nampak bersahaja.

"Kau kisah tak kalau aku ikut?"

Mata Jungkook hampir terkeluar dari soket akibat terlalu dibulatkan. Apa kejadanhya nak ikut dia balik sedangkan dia bukan ada apa apa melainkan hanya orang yang baru dikenali.

"Kau nak.."

"Aku gurau je." Pintas Yoongi laju.

Jungkook mengangguk perlahan. Yoongi terus memusingkan badan dan keluar dari bilik Jungkook.

Jungkook langsung bingung. Pelik sungguh kelakuan Yoongi. Dia tak banyak bercakap tetapi dia sungguh suka mendekati mereka. Kalau mereka berenam berkumpul, Yoongi mesti mahu bersama.

Jungkook selalu memperhatikan Yoongi kalau diorang berkumpul. Walaupun kapas tu tak bercakap, riak mukanya sungguh menunjukkan yang dia minat mendengar apa yang lain bualkan.

Sesekali Jungkook nampak Yoongi tersengih lucu. Yoongi sangat suka mendengar cerita.

Telefon Jungkook berdering minta diangkat. Namun nombor mahupun nama tidak tertera pada skrin telefonnya.

Jungkook agak pelik, tapi dia angkat.

"Yeoboseyo?"

Diam. Tiada sebarang bunyi di dalam telefon. Sesekali Jungkook menjeling skrin telefonnya kut kut orang yang menelefonnya sudah meletak gagang.

Tapi tak. Masa panggilan tetap berjalan. Yang peliknya tiada siapa yang jawab.

Jungkook terus menamatkan panggilan. Malas mahu meneruskan sebab tak ada apa yang menyahut.

"Jungkook!"

Pantas Jungkook pandang ke belakang. Dia pasti suara itu datangnya dari biliknya sendiri.

Bayang orang tidak kelihatan tapi dia mendapati lampu bilik mandinya terbuka. Sekaligus bunyi tab mandi dipenuhkan dengan air juga kedengaran.

Jungkook menelan liur. Langkah diaturkan dan dia mengintai kedalam.

Di sebalik tirai yang digunakan untuk tutup tab mandi, dia terlihat satu kaki terjuntai ke bawah.

Seluar putih.

Jungkook tergamam. Air sudah melimpah keluar dari tab dan perlahan lahan dia ternampak seperti kepala timbul dari dalam air.

Jungkook tak sanggup tengok. Dia terus mengambil bagasinya dan apa yang patut sebelum keluar berlari dari biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience