Bab 10

Fanfiction Completed 14096

[BAB10]

Gelas dilagakan dan diikuti gelak ketawa yang bermacam macam jenis. Riuh rendah yang dibuat mereka mampu meriuh rendahkan jiran jirannya dengan bunyi balingan periuk dan kuali serta yang sekutu dengannya.

Bukan senang Seokjin, Hoseok, Namjoon, Jimin, Taehyung dan Jungkook dapat kumpul bersama.

"Apa kita nak buat ni weh?" Jimin yang makin bosan bertanya. Kalau boleh dia nak terus masuk tidur namun dia bimbang kuali Seokjin bakal hinggap di kepala.

"Apa kata kita main Truth or Dare?" Cadangan Hoseok mendapat sambutan hangat daripada yang lain.

Mereka terus membentuk satu bulatan dan meletakkan botol soju yang sudah kosong di tengah tengah. Sementara itu, alat pengesan penipuan sudah dipinjam dari koleksi barang siasatan dari Taehyung.

"Okay, kita pilih berdasarkan hala penutup tu tau."

"Siapa nak mula dulu?" Namjoon memandang muka muka mintak kaki di hadapannya.

"Aku! Aku!" Jimin mengangkat tangan.

Jimin terus memusingkan botol dan beberapa saat kemudian, botol itu menghala ke arah Jungkook.

"Haa Truth Or Dare?" Jimin bertanya seraya mindanya sibuk mereka soalan untuk ditanyakan.

"Truth." Jawab Jungkook tanpa ragu ragu.

Jungkook meletakkan tangan kanannya di atas alat pengesan sebelum ditanyakan soalan.

"Kau ada suka seseorang kebelakangan ni?" Jimin bertanya.

"Tak ada langsung." Jawab Jungkook laju. Alat pengesan tidak menunjukkan apa apa kesan jika Jungkook menipu.

"Wau, kau still macam dulu. Tak sukakan seseorang gadis lagi pun." Komen Seokjin.

Jungkook tersenyum. Kali ini giliran dia memusingkan botol. Dan kali ini juga Taehyung jadi sasaran.

"Tae! Truth or Dare?"

"Truth!" Taehyung menjawab disertai senyum petaknya yang mampu membuat gadis mendapat strok mungkin.

"Kau.. kau pernah nampak hantu?" Jungkook tak pikir banyak. Dia menujukan soalan itu sebab ingin tahunya kenapa Taehyung pucat malam dia pergi beli lilin sewaktu ketiadaan elektrik.

"Urm tak pernah." Serentak dengan itu, alat pengesan berbunyi nyaring dan bernyala nyala. Dia sendiri terkejut padahal dia yakin yang dia tak pernah nampak hantu. Melainkan malam dekat dapur...

"Kau tipu! Kau pernah nampak kan?" Jimin bertanya seraya mengalihkan alat pengesan dari tangan Taehyung.

"Wei sumpah aku tak pernah nampak." Mata Taehyung membulat. Terkejut masih bersisa. Berdasarkan pengetahuannya, alat pengesan akan berbunyi kalau apa yang dalam fikiran tak sama dengan apa yang kita cakap.

Tapi dia betul betul yakin dalam fikirannya dan tak fikir langsung benda lain. Jadi alat pengesan tu.. bunyi sendiri?

"Kau tipu ni. Wahaha yang korang muka takut ni kenapa?" Namjoon memandang muka muka rakannya.

"Takutlah." Hoseok mengadu.

"Hehe kalau kau pernah tengok hantu, lampu akan terpad--"

Tiba tiba lampu betul betul terpadam. Apa lagi, melompat lah mereka lalu berpelukan.

Hoseok menangis. Rasa takutnya bertambah.

"Tu lah. Mulut jangan celupar. Karang aku lempang pakai kaki baru kau tahu." Seokjin merungut geram. Ingin sahaja kepala Namjoon diluku lukunya namun keadaan agak gelap.

"Taehyung! Kau nak pergi mana tu Tae?" Jungkook menyoal apabila ternampak seseorang berjalan memasuki dapur. Dia yakin yang itu Taehyung kerana berseluar putih seperti yang Taehyung pakai sekarang.

"Aku nak pergi mana? Aku kat sini hah! Jangan harap aku nak berjalan waktu ni!" Suara Taehyung yang kedengaran dekat membuatkan Jungkook bertambah debar.

"Kau kenapa Jungkook?!" Namjoon bertanya risau.

"Tak. Aku nampak macam ada orang masuk dapur." Habis je Jungkook berkata, Hoseok menangis lagi kuat.

"Tolong.. tolong.."

Jungkook terus tersentak. Suara mendayu yang garau itu betul betul di belakangnya.

Akibat ketakutan yang amat sangat, Jungkook pengsan.

"Jungkook! Jungkook? Weh Jungkook pengsan!" Jimin menjerit apabila terasa ada sesuatu terlentok di lengannya. Dia pasti itu Jungkook yang duduk sbelahnya tadi.

"Hah? Jungkook pengsan?" Semua agak kelam kabut. Dalam kekalutan itu, lampu kembali menyala. Mencerahkan ruang tamu.

Namun..

"Wei! Mana Jungkook?! Jungkook tak ada!" Jerit Jimin dan semua mata membulat seolah olah nak terkeluar dari soket.

Jungkook hilang dari pandangan. Tiada di ruang tamu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience