Bab 14

Fanfiction Completed 14096

[BAB14]

Semua mata saat itu dihalakan ke arah Yoongi yang dari tadi duduk diam di atas sofa. Pandangan mata Yoongi saat itu agak pelik dan hanya memandang bawah.

"Mana kau dapat kapas ni hah?"

Jungkook memandang Seokjin yang tanya tadi. Kapas?

"Kapas apa?" Jungkook sudah pun memandang sekelilingnya kalau kalau dia ternampak kapas. Namun tak ada.

"Ni." Panjang jari Seokjin menunjuk Yoongi yang sudah juling mata melihat jari Seokjin yang sudah menyentuh hidungnya.

"Kau ni pelik pelik lah. Dia yang selamatkan aku waktu.. waktu aa.. waktu aku terperangkap bawah bot dekat laut malam tu." Tipu Jungkook.

"Macam mana kau boleh terperangkap bawah tu? Penat kita orang cari sampai kami cari kat google tau tak!" Namjoon menempelak.

Dah apa kejadahnya cari Jungkook kat google? Jungkook sempat berpesan pada dirinya supaya mencuci otak otak mereka dengan berus dawai.

"Nama kapas ni apa?"

Kapas lagi Seokjin ni.

"Yoon.. Yoongi." Jawab Jungkook teragak agak.

"Dia bisu ke apa? Dari tadi tak bercak.."

"ehem.."

Oh empunya ehem tu Yoongi. Sempat dia memotong percakapan Taehyung yang sudah menggelarnya bisu.

"Oh tak.." Suara Taehyung perlahan.

"Wei kapas Yoon. Kau betul2 tak tahu ke tempat tinggal kau?" Seokjin mengajukan soalan dan dijawab dengan gelengan dari Yoongi.

"Kau jangan buat muka macam tu. Itik jiran nenek aku mati kena langgar sebab buat muka tu tau."

Dah. Jungkook mengeluh mendengar Seokjin yang kian mengarut tak tentu pasal. Apa kena mengenalah muka itik pastu kena langgar.

Yoongi mengukir senyuman nipis. Memang dari tadi wajahnya serius.

"Kau dengar sini kalau nak tinggal kat rumah ni. First, kau tak boleh bawak masuk makanan luar tanpa izin."

"Dua, kau boleh buat macam rumah kau sendiri tapi ayat 'Buat Macam Rumah Sendiri' tu tak bermakna kau boleh bawak perempuan masuk sesuka hati."

"Kalau kau nak mengawan, kau pergi luar jauh dari mata aku yang bersih lagi suci ni. Faham?"

Yoongi mengangguk atas syarat Seokjin tadi. Menandakan dia faham.

"Aku boleh tinggal sini lah ya?"

"Ya." Suara berlipat ganda dengan suara Seokjin, Jungkook, Hoseok, Jimin, Taehyung dan Namjoon.

"Thank you."

"Yelah yelah. Sama sama kapas." Seokjin terus melangkah keluar memandangkan waktu klinik akan dibuka semakin hampir.

Taehyung juga sudah mahu bertolak ke tempat kerja. Jimin mahu ke office dan Namjoon masuk tidur balik memandangkan dia cuti.

Jungkook memandang Yoongi yang turut memandangnya. Jungkook memerhati kulit Yoongi yang putih melepak. Tak pasal kena panggil kapas dek Seokjin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience