Bab 31

Fanfiction Completed 14096

(Bab31)

Yoongi duduk di pangkin di halaman rumah agam itu. Dia rindukan pangkin di rumahnya. Mesti omma dan Kookie sedang menunggu kepulangannya.

"Omma tunggulah.."

Yoongi bersila. Dia menggosok gosok tapak tangan kecilnya sesekali kerana cuaca sejuk. Kalaulah sekarang dia masih di rumah.

Seketika kemudian, dia terpandangkan dua susuk tubuh kanak kanak memasuki perkarangan rumah. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Woi kau buat apa kat sini?!" Chanyeol menghampiri Yoongi yang sudah cepat cepat turun dari pangkin tadi. Bimbang Chanyeol tidak suka.

"Saya duduk saja." Yoongi tersenyum.

"Senyum.. senyum. Wei nanti kalau omma aku balik nampak kau kat sini, tahulah kau!" Chanyeol mencebik.

"Nanti saya masuk. Korang nak main ya? Jomlah main sama sama." Yoongi tersenyum lagi walaupun hatinya sekarang agak takut.

"Gila nak main dengan kau? Eii aku nak kau pergi masuk rumah sana! Aku nak main pondok pondok dengan Jia ni!" Chanyeol segera menolak tubuh kecil Yoongi hingga kepala Yoongi terhantuk pada bucu meja yang sememangnya ada di halaman itu.

"Padan muka kau. Jia, meh sini. Kita duduk sini." Chanyeol menarik tangan budak perempuan bernama Jia ke pangkin.

Yoongi memegang kepalanya yang sakit dan dia perlahan lahan berdiri di sebalik tiang seri. Dia hanya melihat apa yang mereka main di pangkin itu.

"Omma.. salah ke Yoongi nak main sama? Yoongi pun orang jugak. Yoongi nak kawan dan nak main dengan kawan kawan. Kenapa dengan Yoongi, omma?" Yoongi merintih perlahan.

Perasaan ingin berkawannya membuak buak. Tapi.. ada ke yang nak berkawan dengannya?

Sebuah kereta tiba tiba memasuki pagar. Yoongi yang dapat mengagak kereta itu kereta Puan Park perlahan lahan berundur ke belakang.

Yoongi mahu cepat cepat masuk ke dalam rumah tapi mendengarkan dirinya dipanggil membuatkan dia berhenti.

"Eii berapa kali aku nak cakap. Jangan nak pandai pandai keluar dari dalam rumah ni! Kau ni memang degil ya? Degil!"

Puan Park mencapai penyapu di tepi almari kasut sebelum melibas Yoongi dengan agak kuat. Tubuh kecil itu terdorong laju ke tepi. Sekali lagi kepalanya terhantuk tapi di tiang seri pula.

Yoongi meraung. Sakit badannya terasa.

"Omma! Omma!.." Yoongi memanggil manggil ommanya. Hidungnya berdarah.

"Tak payah panggil omma kau. Tak ada makna! Itulah lain kali dengar cakap aku! Kau memang suka cari nahas macam omma kau tu!" Puan Park masih tidak puas hati segera menarik rambut Yoongi dan mengheret tubuh kecil itu ke dalam rumah.

Perasaan Yoongi bercampur baur. Takut sebab Puan Park memarahinya. Malu sebab diperlakukan sebegitu di hadapan Chanyeol dan Jia.

Puan Park terus mengheret Yoongi yang sudah meraung tak tahu hala sambil mulutnya tidak berhenti mencarut.

"Kau duduk dalam bilik ni dulu! Kalau waktu makan, baru aku suruh bibik hantar. Yang lain jangan kau nak buat macam rumah kau pulak!"

Dengan sikap kejamnya, Puan Park mengangkat tubuh Yoongi dan membalingnya ke dalam bilik. Tubuh Yoongi terhempas di lantai.

Pintu ditutup. Yoongi masih kaku di lantai. Dia menangis sepuas puasnya. Dia nak balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience