(BAB20)
"Aku dilamun cinta!"
Ayat itulah dari tadi tak lekang dari mulut Seokjin. Kepalanya nyaris botak mahu dikerjakan Namjoon tetapi dihalang Jimin.
Semua perbuatan Seokjin ditemani senyuman indah. Betapa bahagianya hati dia hanya hati dia sahaja yang tahu. Erk.
"Nama dia Jia."
Dengan semangat wajanya, Seokjin menjawab soalang yang dikemukan daripada Jimin tadi.
"Cantik ke dia?"
"Weh ofkos lah cantik. Kalau tak macam mana aku boleh suka dia? Tapi aku dapat rasa yang dia pun suka kat aku jugak. Sebab dia bagi aku nombor fon dia kan? Haha!" Seokjin tersengih.
"Kau ni dulu kata kau tak akan jatuh cinta lagi lepas ex kau permainkan hati kau. Kau janji tak akan jat--"
"Barang yang lepas jangan dikenang beb. Nanti merana tak kesudahan. Susah bro. Aku cau dulu." Seokjin terus bangun dan membiarkan ayat tergantung Taehyung tadi.
"Michin." Rungut Taehyung perlahan.
"Siapalah yang bertuah dapat Seokjin tu. Nanti kerja rumah, masak memasak, semua Seokjin buat. Senang hidup woo." Jimin memberi pendapat.
"Haah la kau. Pastu bini gemuk. Seokjin jugaklah tak gemuk gemuk." Hoseok mengibas ngibas rambut.
"Yoongi, kau pernah jatuh cinta tak?" Namjoon terus mengajukan soalan kepada Yoongi yang dari tadi diam.
"Aku?"
"Ya aku rasa aku sebut Yoongi. Dan kau sorang je makhluk bernama Yoongi."
Yoongi tersengih kecil.
"Tak pernah. Tapi kau tahu.. dikhianati?" Yoongi memandang lelaki lelaki di hadapannya.
"Apa maksud kau?"
"Aku cuma nak ingatkan. Jangan sesekali khianati kawan baik sendiri. Mintak tolong dengan ikhlas. Bukan apa yang kita dah dapat, kawan baik sendiri pun lupa.."
"..dan aku harap korang tak salah pilih kawan. Seorang yang namanya kawan baik tak akan khianati kawan dia sendiri. Kecualilah.. kawan tu tak guna."
Semua diam dengar percakapan Yoongi. Kalau tak susah nak dengar suara Yoongi.
"Aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku tak nak korang merana seumur hidup. Aku tak nak."
Yoongi terus melangkah tenang masuk ke bilik. Semua ternganga seperti mahu menjemput lalat dan serangga lain membuat sarang.
"Itu Yoongi ke?" Hoseok menyoal.
"Aku rasa, ya."
"Aku pun. Sebab rambut dia putih."
"Tulah. Betullah makhluk nama Yoongi yang cakap tadi." Taehyung memandang bilik Yoongi yang sudah tertutup di tingkat 2.
"Kau perasan something tak?" Soalan Jimin membuatkan semua kepala terteleng ke arah dia.
"Apa?"
"Aku rasa aku nampak darah kat mata dia."
Semua tergamam.
"Mengarutlah. Sebenarnya aku dengar suara dia pun aku meremang. Jomlah masuk tidur. Aku nak kerja esok." Taehyung terus bangun. Sememangnya dia tengah tidak sedap hati.
"Jungkook tak balik dari kampung lagi. Dia ada cakap tak balik bila? Karang kita kunci pintu, dia balik pulak tidur lah dia kat luar tu." Jimin yang suka ambil berat pasal Jungkook bertanya.
"Dia balik sini lusa."
"Oh."
Share this novel