Bab 39

Fanfiction Completed 13677

(Bab39)
"Jungkook ah.."

Jungkook membuka matanya perlahan. Dia tersenyum apabila mata menyapa wajah tua seseorang yang disayanginya. Tubuh omma dipeluk kejap.

"Omma. Jangan lah risau. Jungkook dah rasa okay sikit. Cuma mengantuk sebab makan ubat tadi." Jungkook mengusap tangan ommanya.

"Iyalah. Elok lah kalau macam tu. Risau betul omma bila kawan kamu cakap kamu demam teruk. Omma balik sini semalam, kamu duk tidur lagi."

"Oh omma sampai dari semalam lagi lah ya?"

Omma Jungkook mengangguk.

"Omma.." Jungkook memanggil dan tiba tiba air matanya turun.

"Ya? Eh? Kenapa ni nak?" Omma Jungkook mengelap air mata yang turun di pipi anaknya. Dia mulai risau.

"Omma.. omma nak jumpa hyung kah?" Air mata Jungkook turun lagi. Tak dapat tahan.

"Entahlah Jungkook. Omma rasa omma tak ada kesempatan nak jumpa anak omma yang seorang itu. Andai kata dia dah tak ada kat muka bumi ni, omma lepaskan dia dengan aman. Kalau boleh omma nak sangat tengok muka dia." Omma Jungkook meluah.

Jungkook mengangguk perlahan. 'Dengar tak hyung? Omma nak jumpa hyung. Dia akan lepaskan hyung dengan aman lepas ni. Keluarlah hyung..'

"Eh mana kawan kamu yang rambut putih tu? Omma nak jumpa dialah. Entah kenapa omma selesa tengok muka dia masa di hospital tempoh hari waktu kamu lemas tu."

Jungkook agak terkejut mendengar pernyataan ommanya. Dia lantas teringat seokjin dan yang lain bercerita tentang ommanya memeluk Yoongi sambil menyeru anaknya.

"Omma mari ikut Jungkook." Jungkook bingkas bangun dan menarik tangan ibunya berjalan perlahan menuju ke bilik hujung.

Pintu dikuak dan keadaanya seperti biasa.

"Kenapa kamu bawak omma ke bilik ni? Kamu nak suruh omma tidur sini? Teman kamu esok esok?" Omma Jungkook tersenyum.

"Tak omma. Ni.. ni bilik hyung dulu." Air mata Jungkook mengalir lagi. Bagaimana dia mahu menceritakan perihal ini kepada ommanya.

"Mengarut kamu ni. Ada ke.."

"Omma. Dengar Jungkook nak cerita." Air mata dikesat kasar dan segera menarik ommanya untuk duduk di birai katil.

"Cerita apa Jungkook? Omma tak sedap hati ni."

"Omma, hyung kena bawak lari dengan perempuan yang suka appa kan masa dia 3 atau 4 tahun?"

Omma Jungkook terkejut. Dia tidak pernah bagitahu tentang ini pada Jungkook.

"Ya.. ta..tapi macam mana." Omma Jungkook bingung.

"Kejap. Bagi Jungkook jelaskan. Omma tahu hyung kena dera teruk dengan perempuan tu. Hyung jadi mangsa dera bertahun tahun. Omma tahu dia nak belajar sungguh-sungguh sebab nak cari kita balik. Dia nak jumpa omma. Sampailah dia berjaya jadi juruterbang. Sebab tu harapan dia. Anak lelaki kepada perempuan tu jahat omma. Dia aniyai hyung. Hyung kena pukul teruk dalam kapal terbang. Lepas tu.." Jungkook menarik nafas dalam. Berat hati untuk menceritakan peristiwa yang telah meragut nyawa hyungnya.

"Kapat terbang rosak. Pesawat jatuh dalam laut. Semua penumpang tak dapat diselamatkan sebab tali pinggang automatik tu. Lagi lagi laut tu banyak jerung. Hyung sempat lari dari kawanan jerung. Tapi dia sakit omma. Hyung tak larat sebab badan dia dah lemah. Hyung tenggelam dan dia.. hyung dah pergi omma!" Jungkook tiba tiba meraung. Tubuh Jungkook ditarik ke dalam pelukan ommanya.

Omma Jungkook juga menangis teresak esak. Sedih mengenangkan nasib yang menimpa anaknya, Yoongi.

"Macam mana kamu tahu semua ni?"

"Roh dia omma. Roh hyung datang tolong Jungkook masa Jungkook tersesat kat pantai. Jungkook bawak dia balik sini. Kalaulah Jungkook tahu yang itu hyung.. malam sebelum ni dia ada kata kami akan tahu kisah silam dia. Dan hyung bagitahu tu semua melalui mimpi kami. Jungkook tak banyak cakap pun dengan dia omma selama dia dekat rumah ni."

Omma Jungkook mengangguk angguk. Kepala Jungkook diusap.

'Omma relakan kamu pergi anakku. Pergilah dengan aman.' Bisik omma Jungkook di dalam hati. Sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience