[BAB9]
Hoseok menanggalkan sarung tangan yang sudah membuat tapak tangannya berpeluh. Dia duduk di bawah kipas bagi menyejukkan badan.
Dia berasa gembira kerana memenangi perlawanan kali ini. Kereta lumbanya dipandang dengan penuh menggoda.
"You hot bebeh." Hoseok berbisik. Berbisik kepada kereta yang tetap membisu. Ha lah mana boleh nak jawab.
"Hoseok! Tahniah!" Suara seseorang dari belakang membuatkan Hoseok menoleh pantas.
"Woi Taehyung mah friendseu!" Hoseok menjerit lalu memeluk Taehyung yang tiba tiba ada di situ.
"Aku baca berita kat internet yang kau menang. Tu yang aku datang sini." Sengih Taehyung menampakkan senyum petaknya.
"Oh. Kau boleh belanja aku makan kan?" Hoseok memancing.
"Boleh. Aku belanja kau tapi aku tak bayar." Taehyung tersengih lagi.
"Habis tu?"
"Aku belanja kau makan masakan Seokjin. Jimat bro. Jimat." Bahu Hoseok ditepuk tepuknya.
"Kau ni lah. Yelah jom kita balik. Aku bawak kau naik hot girlfriend aku." Hoseok melangkah menuju ke arah gf nya iaitu kereta lumbanya sendiri.
"Woo boleh naik!"
Taehyung terlebih teruja. Dia memakai tali pinggang keledar dan bersiap sedia.
Hoseok memandu secara berhemah. Dia sekarang adalah di dalam segmen 'Hoseok di Jalan Raya'. Dan bukan dalam segmen 'Hoseok di Litar Lumba'.
"Wah hebat kau decorate dalam kereta kau ni." Taehyung memuji. Mukanya nampak happy semacam.
"Memanglah. Girlfriend aku ni--"
"Hoseok!"
Bunyi tayar kereta berdecit menandakan yang Hoseok membrek secara mengejut.
"Aku langgar ke?!" Hoseok panik dan pantas membuka tali pinggang keledar lalu meluru keluar.
Taehyung turut membuat benda yang sama. Bawah kereta diperiksa dan juga sekeliling kereta mereka. Taehyung yakin tadi ada orang melintas. Dekat sangat dengan kereta Hoseok tadi.
Namun, minda Taehyung tiba tiba teringatkan sesuatu. Bayang yang melintas tadi nampak seperti orang yang dia lihat masuk ke dapur malam tiada elektrik dulu.
"Dah lah. Jom bertolak. Hari dah nak gelap." Taehyung yang tiba tiba rasa sesuatu yang aneh terus meluru masuk ke dalam kereta.
Hoseok yang masih panik juga masuk dan mereka menyambung perjalanan pulang ke rumah semula.
Share this novel