(BAB16)
Malam itu mereka beramai berkumpul di ruang tamu. Kali ini bukan berenam, tapi bertujuh.
Yoongi agak simple. Tshirt kosong dan seluar pendek putih. Waktu ini keadaan agak senyap sebab tak ada siapa yang memulakan bicara.
Jungkook pandang kukunya. Namjoon pandang Yoongi. Taehyung pandang Yoongi. Hoseok pun pandang Yoongi. Jimin pandang Yoongi.
Tapi Seokjin..
Dia pandang atas dengan senyuman yang susah untuk ditafsirkan.
Jungkook mengangkat muka. Dia pelik sebab semua diam. Akhirnya Jungkook terpandang Seokjin.
"Seokjin ah. Kau.."
"CINTA!"
Jerit Seokjin tiba tiba. Sekelip mata dirinya yang tiba tiba bangun menjadi tumpuan yang lain.
"Cinta hadir tak ku duga.."
"Yah! Waegurae?!" Hoseok bertanya.
"Mukamu bulat bak kuih pau. Namun kuih pau itu tetap ku ingat siang dan malam." Tangan Seokjin membentuk bulat.
"Namun juga angin malam.." tangan dibuat seperti ditiup angin. "..sudah membawa rasa rindu ku kepadamu oh kuih pau ku."
"Segala bunga yang tumbuh, hanya engkau yang berjaya membuat hatiku berdetak dup.. dap.." Seokjin menarik sedikit seluar ke atas dan..
"TAPI!"
Semua terperanjat.
"Mengapa kau tidak menyedari cinta suciku ini?! Membiarkan aku terkapai berseorang diri!" Tangan Seokjin diangkat ke atas dan membuat gaya ombak lagi. Nampak macam orang lemas.
"Akan ku curi cintamu pau ku sayang. Kau.. SAYANG!" Seokjin terus terduduk akibat penerajang super power Namjoon.
Muka Seokjin seperti baru sedar dari koma.
"Tada tamat." Sambung Seokjin perlahan. Dia sendiri tiba tiba ingin menyampaikan puisi akibat terlalu teringatkan gadis tadi.
"Kau kenapa?"
"Aku berlatih untuk majlis esok." Tipu Seokjin. Dia sudah memaklumkan yang lain mengenai majlis bersama pesakit pesakit kanser di Hospital Jeju. (Entah wujud ke tak tau lah.)
"Berlatih untuk majlis apa kuih pau bagai? Aku dengar tadi majlis pesakit kanser bukan pesakit tercekik kuih pau." Taehyung berkata.
"Kau nak dengar satu cerita? Tadi aku isi minyak kereta, pastu aku nampak kucing wei. Kau tahu kucing? Pergh comel. Aku.."
"Dah. Stop bercerita bagai. Aku tahu kau nak mengelak." Jimin menayangkan tapak tangannya.
Seokjin mengeluh. Punggung yang masih terasa kaki Namjoon tadi digosok perlahan.
"Korang nak dengar cerita hantu yang paling menyeramkan dekat dunia ni?" Hoseok membuka cerita.
Semua mengangguk.
"Tajuk dia.. Hantu Itik!" Hoseok menjerit perkataan itik dengan nada didayu dayukan. Ingin menambah aura keseraman.
"Bengong ke apa? Hantu itik tak ser.."
"Hantu itik aka Ghost Duck menjadi hantu yang mencari darah seluruh mat Rockers di dunia!"
"Kerana flashback itik itu sangat lah sadis.. sadis kerana lehernya telah ditokak oleh kumpulan malaikat mauuuuuutttt~~" panjang oktaf Hoseok menjerit maut.
"Itik berkepala senget, berambut panjang, mencari mat mat rockers untuk menokak kembali leher mereka!"
"Itik itu telah berjaya mematahkan leher mat rockers dan menyedut segala darah membuatkan itik itu bertukar kemerahan!"
"mat rockers sudah.."
Mulut Hoseok sudah ditutup Jimin. Memberhentikan cerita mengarutnya. Dalam mulut Hoseok ditutup itu, Hoseok masih mahu bercakap. Membuatkan Jimin menarik rambut Hoseok sekali.
Yang lain hanya memandang dan tergeleng geleng.
Hoseok janji dia tak akan sambung cerita. Jimin pun melepaskan tangannya.
"Hantu itik tengkorak kau!"
"Aku manusialah. Tulang macam manusia. Aku bentuk pun macam manusia. Sejak bila tengkorak aku jadi itik?" Hoseok menanya soalan dungu.
"Abaikan dia lah. Kau tak tahu ke Hoseok memang suka mengarut." Jungkook menenangkan.
"Korang.." Yoongi bersuara sejak lama sangat berdiam diri.
"Aku nak.. daging itik."
"Itik lagi! Kau nak buat apa daging itik?" Namjoon menanyakan soalan.
"Nak makanlah. Takkan nak buat sabun badan pulak." Yoongi membidas.
"Kau tak takut kena gigit leher kau dengan itik tu?" Hoseok pula bertanya dan satu cepukan istimewa terkena kepala Hoseok. Iaitu Jimin.
"Nanti aku pergi cari." Taehyung melemparkan senyuman kepada semua yang memandangnya.
"Terima kasih. Aku nak tidur." Yoongi terus bangun. Meninggalkan makhluk makhluk tadi terpinga sendiri.
Masing masing sudah mentafsir perlakuan Yoongi. Sungguh! Lelaki itu memang pelik!
Share this novel