(BAB19)Seokjin menunggu gadis yang telah membuat hatinya berbunga bunga muncul. Namun batang hidung pun belum nampak.
Seokjin mengalah. Biarlah cintanya berkubur di kliniknya sendiri. Cinta hati tidak menyedari kewujudan cintanya. Perh.
Malam sudah menunjukkan diri tanpa Seokjin sedar. Dia bangun dari tempat duduk dan mengemas apa yang patut.
Dua orang pembantu klinik sudah pulang atas suruhannya tadi. Seokjin keluar dan mengunci pintu.
Sewaktu Seokjin mahu membuka keretanya, dia terdengar sesuatu yang pelik di sebalik tangga berdekatan keretanya diparkir.
Bunyi itu membuatkan Seokjin tergamam sekali gus teringat akan cerita Hoseok malam dulu, Ghost Duck.
"Tapi aku tak dengar bunyi kepak. Eh yang aku terikut ikut Hoseok yang mengarut tak sudah tu kenapa?" Seokjin menggeleng geleng sebelum bertindak membuka kereta.
Lebih tepat lagi pintu kereta.
Seseorang melompat keluar dari balik dinding membuatkan Seokjin juga melompat dan menutup telinga tiba tiba sekali gus terjerit jerit ketakutan.
"Tolong itik! Jangan! Jangan tokak leher aku! Aku doktor! Bu.. b-bukan mat rockersss!" Seokjin menjerit dan bertambah kuat apabila bahunya disentuh.
"Awak."
Seokjin terdiam. Dia membuka mata perlahan lahan. Bukan itik yang senget lehernya dan kemerahan yang dilihat malah itik yang cantik dan menggoda tengah bercangkung.
"Awak ni kenapa?"
Seokjin tergamam lagi. Gadis yang telah mencuri hatinya itu bangun lalu menghulur tangan ingin membantu Seokjin bangun.
Seokjin menyambut. Pipinya jadi blushing tiba tiba. Apalah gadis itu akan fikir bila Seokjin menjerit tak tahu hala pasal itik tadi.
"Awak buat apa kat sini? Dah malam lah. Masa ni lagi nak merayau?" Seokjin bertanya. Pipinya dikibas kibas sekejap.
"Saya nak pergi klinik awak lah. Awalnya awak tutup. Saya ingatkan bukak 24jam."
Seokjin mengangguk.
Kalau tadi dia mengalah dan biarkan cintanya berkubur di klinik, sekarang apabila dah ada depan mata, kubur tadi pasti digali semula.
Seokjin tersengih.
"Apa sengih sengih? Alang alang saya dah kat sini sorang. Bolehlah awak hantar saya balik kan?" Seokjin lihat gadis itu menjongket jongket kening.
"Boleh. Masuklah."
Habis je cakap, gadis tadi dengan hormatnya masuk ke dalam kereta. Seokjin turut masuk dan menghidupkan enjin.
Seokjin pandu secara selamat. Dia tidak bermimpi nak jadi macam Hoseok.
"Err.. ehem."
Gadis itu menoleh ke arah Seokjin.
"Nama awak apa?" Seokjin bertanya.
"Jia."
Seokjin tersenyum. Akhirnya nama sudah diketahui. Seokjin menjerit kemenangan dalam hati.
"Nama awak Kim Seokjin kan?" Jia bertanya pula.
Seokjin hanya mengangguk. Jia pasti tahu sebab namanya terpampang besar atas meja kerjanya.
"Oh, awak umur berapa?" Jia bertanya lagi.
"24."
"Oh saya 21." Jia mengangkat jari dan mula mengira entah apa yang dikiranya.
"Dah kahwin?"
Seokjin agak terperanjat dengan soalan itu.
"Belumlah. Kenapa tanya?" Seokjin menyoal balik.
"Tak adalah. Kut lah saya balik dengan suami orang. Mahu saya kena kejar dengan periuk belanga nanti. Tak ke naya." Jia merungut.
Seokjin tersengih.
"Kalau macam tu kahwin lah dengan saya."
Automatik kereta terlelong sikit. Seokjin terkejut beruk.
"Awak nilah. Saya main main je. Saya bosan nak cakap apa tak tahu." Jia merungut lagi sambil membetulkan duduk.
"Err. Saya pun main main je tadi. Saja nak lelong lelong kereta." Seokjin menutup malu. Tadi dia memang betul betul terlelong akibat terperanjat.
"Haha. Apa lah. Eh, awak berhentikan saya kat situ tau." Jia menunjukkan ke arah bus stop yang berada tidak jauh dari mereka.
Seokjin memberhentikan kereta. Sudah sampai di bus stop. Sebelum Jia keluar, Jia mencapai telefon Seokjin yang diletakkan atas dashboard lalu mendail nombornya.
"Nanti call saya."
Laju Jia keluar dan menutup pintu kereta. Seokjin melambai tangan dan Jia membalas.
"Eh kenapa aku tak perasan kawan dia tadi?"
Jia tertanya tanya apabila dia terlihat seseorang berambut putih duduk di tempat belakang kereta Seokjin.
Share this novel