Bab 2

Fanfiction Completed 14096

BAB 2

Kakinya dihayun laju menuju ke pejabat rakan seperkerjanya, Mark. Di tangan, satu fail berwarna hitam dipegang kemas.

Jungkook tidak mengetuk pintu melainkan terus membuat aksi Mari Menterjah Pintu dan kelakuannya itu mengejut berukkan Mark yang sedang minum kopi.

"Woo woo. Lap dulu." Kata Jungkook. Lap disini ditujukan kepada Mark yang tersembur air kopi.

"Kau kalau tak terjah pintu aku tak sah kan. Pintu aku tak keluar pun dari skru dia pergi mengganggu gugat kehidupan kau." Mark merungut geram. Kalau boleh kepala Jungkook mahu dihentamnya ke dinding.

"Sorry bro. Pintu tu macam muka kau jugak. Rasa nak sepak je." Jungkook masih mahu bergurau dengan Mark yang nampaknya macam terpaksa menahan perasaan.

"Dah lah. Apa yang kau nak ni?" Mark bertanya. Tangannya pantas mengelap meja yang basah. Dia mengelap dengan kuat seolah olah dia berpeluang menonyoh muka Jungkook dengan berus dawai.

"Ni. Kes baru yang aku terima. Aku tak rasa nak handle kes ni. Jadi dengan persahabatan kerja yang kita ada ni, aku nak kau handle kes ni."

Jungkook menghulurkan fail hitam yang dibawanya tadi. Tapi sewaktu fail itu bertukar tangan, Jungkook merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya. Ya dia pelik.

"Lah betul ke ni? Aku boleh je handle. Tapi kalau aku mintak pertolongan ke apa, jangan kau nak lari pulak." Mark memesan awal awal.

Mark pelik sebab ni first time Jungkook memberikan dia kes yang sepatutnya Jungkook handle. Yang dia tahu, Jungkook sangat suka mengendalikan kes.

"Jungkook?" Mark melambai lambaikan tangannya di hadapan muka Jungkook yang tiba tiba senyap tak cakap apa.

"Oh ya. Apa kau cakap tadi?" Jungkook bertanya dengan muka sedungu mungkin.

"Aku cakap kau boleh berambus tak. Aku nak minum kopi dengan aman dan tenteram." Mark menjawab dengan jawapan yang lari dari apa yang dia cakap sebentar tadi.

"Oh ya. Okay."

Jungkook terus berpusing dan melangkah keluar dari pejabat Mark. Mark sangat pelik melihat Jungkook yang tiba tiba berubah sikap.

"Eh? Siapa tu?"

Mark tertanya tanya apabila Jungkook membelok di satu sudut. Dia ternampak seperti seseorang yang memgikuti lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience