Bab33)
Petang itu majlis membakar jasad Puan Park akan dijalankan. Yoongi hanya melihat orang lain yang mengurusnya.
Chanyeol sudah entah kemana. Semasa diberitahu ommanya sudah pergi, Chanyeol ada pulang sekejap sebelum kembali meluru keluar dan tidak menampakkan diri dari tadi.
Yoongi tahu Chanyeol tidak dapat menerima kenyataan yang dia sudah kehilangan ommanya.
Setelah semua urusan selesai, Yoongi terus masuk ke biliknya. Menghempas badannya diatas katil. Merenung siling yang kosong.
Yoongi hampir sahaja dapat mengetahui nama kampungnya. Dia tahu yang Puan Park sudah berubah di saat akhir.
"Omma.. masa berpisah kita akan berakhir. Yoongi tak sabar nak tengok Jungkook. Mesti dia dah besar kan omma?" Yoongi berbisik sendiri.
Lamunan panjang Yoongi terhenti apabila mendengar loceng pintu ditekan bertubi tubi. Yoongi terus berlari ke arah pintu dan membukanya.
"Oh Jia.. dan Kai sunbae. Ada apa?"
"Ada apa kau tanya? Aku nak cari Chanyeol. Tepi!" Jia menolak Yoongi sehingga lelaki itu tersandar di pintu. Kai pula tiba tiba mencekak kolar leher baju Yoongi kuat. Yoongi bersabar. Takut mukanya dihempuk.
Kai melepaskan selepas beberapa saat. Yoongi tahu Kai hanya mahu mencari pasal.
"Jia ah, Chanyeol tak balik lagi dari tadi sebenarnya. DIa tak ada kat rumah." Yoongi cuba memberitahu.
"Dia pergi mana?!" Bentak Jia tiba tiba.
Yoongi diam. Tak tahu nak jawab apa. Dia bertindak bermain main kukunya. Dia kecut tiba tiba berhadapan gadis dan beberapa orang lelaki itu.
Kai segera meluru ke arah Yoongi dan mencekak baju sekali lagi. Naik berang dia apabila soalan kekasihnya tidak disambut.
"Chan.. Yeol pergi mana awek aku tanya tadi!" Kai menendang perut Yoongi sehingga lelaki betubuh agak kecil itu jatuh bergolek. Yoongi menekan perutnya yang sakit.
"Saya.. saya tak tau sunbae.." Yoongi menjawab berhati hati.
"Tadi Jia tanya apesal kau tak jawab terus!" Satu sepakan mengena di kepala Yoongi. Yoongi merintih perlahan. Dia bersabar kerana sudah biasa diperlakukan sebegitu.
Kalau ada bibik, mungkin hal ini tidak akan berlaku. Tapi bibik masih keluar dan tidak pulang lagi. Mungkin lambat.
"Mi..mian..mianhaeyo sunbae." Yoongi melutut.
Kai tersenyum sinis. Jia dan yang lain hanya memerhati. Tidak langsung terdetik nak menolong. Makin sokong adalah.
Yoongi masih melutut sewaktu mereka sudah keluar dari rumah. Dia termenung mengenang nasib diri. Jia, Chanyeol tidak habis membuatnya menderita.
Hanya satu yang diinginkan Yoongi. Kawan. Dia mahu kawan yang memahami, ada selalu dengannya sewaktu dia bersedih. Tapi.. tiada seorang pun..
Share this novel