(Bab37)
Yoongi dapat merasakan serpihan pesawat yang menimpanya. Lukanya pedih apabila terkena air laut yang masin. Yoongi segera berpaut pada satu serpihan kapal terbang dan memandang sekeliling yang kelam kabut.
Semua penumpang tidak dapat diselamatkan kerana tali pinggang automatik tidak dapat dibuka disebabkan sistem mati di saat saat mahu terhempas tadi.
Yoongi dapat melihat makhluk makhluk yang terkapai kapai ingin meminta tolong. Yoongi menangis dan meraung kuat. Setahunya ni adalah Laut Kuning. Berdekatan Jeju. (Kalau tak silap. Authornim main hentam je)
Mata Yoongi membulat apabila melihat sebahagian penumpang yang sudah tenggelam kerana badan pesawat yang semakin berat.
Yoongi hanya mampu melihat. Entah kenapa dia rasa berat hati mahu menolong. Yoongi menahan sakit sendiri.
Seketika kemudian, dia ternampak seorang lelaki juga terkapai kapai atas serpihan sayap kapal terbang. Yoongi terus menjerit apabila melihat gerangan itu adalah Chanyeol.
"Chan! Chanyeol! Tolong! Aku tak reti berenang!" Yoongi menjerit.
"Pergi mati lah!" Chanyeol menengking lalu dengan lajunya berenang dengan susah payah kerana kedudukan laut yang dalam.
Yoongi menangis. Apa perlu dia buat? Tiba tiba dia ternampak sesuatu di permukaan air. Seperti.. sirip ikan jerung?!
Yoongi tergamam. Dengan sekuat daya dia menolak dirinya menentang graviti untuk mengelakkan diri daripada sekumpulan jerung yang kemungkinan terbau daging.
Yoongi sedih mengenang nasib penumpang di bawah itu. Kemungkinan akan dimakan..
Yoongi tidak putus asa. Dia harap ikan jerung itu tidak menyedari kehadirannya tetapi peluang itu agak tipis kerana dia telah mencemar air dengan darah yang mengalir dari tubuhnya.
Yoongi berenang sekuat hati. Entah bagaimanalah dia berenang. Asalkan dia selamat.
Dia mendapati dia sudah agak jauh dari tempat nahas tadi. Dia menghela nafas lega namun dia perlu teruskan berenang.
Yoongi tiba tiba terasa sesak nafas. Dia berasa pitam. Yoongi cuba untuk kuatkan diri. Dalam kepeningan, dia ternampak seseorang berenang dengan cekap menghala ke arah sana. Semakin jauh darinya. Dia yakin itu Chanyeol.
Chanyeol akan selamat. Yoongi mengagak.
"Omma.." Yoongi merasakan dirinya tenggelam sebelum tidak sedarkan diri. Masa dia sudah tiba. Yoongi bersumpah untuk membalas dendam dan memenuhi hajatnya semasa hidup!
End of Yoongi's flashback.
"HAH!"
Jungkook, Hoseok, Seokjin, Jimin, Namjoon, dan Taehyung terbangun serentak. Semua berpeluh banyak. Mata membulat merah.
"Hyung! Hyung!" Jungkook meraung tiba-tiba. Semua member terus masuk ke dalam bilik Jungkook kecuali Hoseok yang sememangnya ada di dalam bilik itu.
"Itu.. itu Hyung aku!" Jungkook terus bangun dan berlari keluar menuju ke bilik hujung.
"Jungkook! Jungkook ah!" Semua berpusu mahu menghalang Jungkook. Takut dibuatnya yang bukan bukan.
Pintu bilik hujung itu ditolak. Kosong. Keadaan yang sama seperti dulu dulu. Jungkook terduduk lantas menangis kuat.
"Hyung. Maafkan Jungkook hyung! Jungkook cuba nak cari Hyung! Kalau Jungkook cari dari dulu lagi, mesti Hyung dah jumpa omma! Hyung!! Maafkan Jungkook!" Jungkook bangun dan meluru masuk ke bilik itu. Dia seperti orang gila mencari cari kelibat Yoongi.
"Jungkook jangan macam ni. Please." Seokjin cuba menahan perlakuan Jungkook.
"Mana hyung aku! Hyung!!"
"Sabar Jungkook! Sabar!! Kau paham tak!!" Seokjin terus memeluk Jungkook dan membiarkan Jungkook menangis di dalam pelukkannya.
Yang lain sudah menunjukkan muka hambar. Ada air mata yang mengalir di setiap pipi mereka. Semua mengenang nasib malang yang menimpa hyung kepada kawan mereka sendiri, Yoongi.
Share this novel