(BAB15)
Seokjin menyuruh pesakit yang lain masuk selepas pesakit sebelumnya sudah siap dirawat.
Seorang gadis masuk dengan muka pucat. Kemungkinan demam. Gadis itu terus duduk di sebelah meja Seokjin.
Seokjin mengangkat muka. Tiba tiba jantungnya laju berdegup seperti lajunya 'hot girlfriend' Hoseok.
"Ehem.. kau kenapa.. eh awak kenapa?" Laju je Seokjin mengubah ayat. Dia perlu tampak macho depan gadis itu.
"Saya demam ni, doktor."
"Nama awak siapa? Nombor.. tak maksud saya dah berapa lama?" Seokjin menepis akalnya yang tiba tiba mahu meminta nombor telefon.
"3 hari lepas." Gadis itu tiba tiba menyedut segala 'jelly kekuninghijauan' dalam hidung. Selesema yang teruk. Dan akibat perbuatan gadis itu yang agak tak senonoh, Seokjin menahan gelak.
Mujur comel.
"Meh sini saya nak check. Bukak mulut."
Gadis itu membuka mulut seperti arahan Seokjin. Dan Seokjin pun memasukkan alat untuk mengecheck suhu.
"Tinggi ni say.. eh awak.."
Seokjin nak sahaja mengetuk kepalanya sendiri dengan patung model atas mejanya. Hampir sahaja perkataan sayang mahu keluar.
"Mestilah tinggi. Saya demam je. Doktor bagi sahajalah ubat terus. Saya nak balik, tidur." Gadis itu berkata dengan muka yang membolehkan kaki naik ke mukanya.
"Ya. Tapi esok awak kena datang lagi." Seokjin tersengih dalam hati. Itu taktik bro. Taktik.
"Demam je kot?" Gadis itu kelihatan seperti membantah.
"Tak. Memang demam sahaja. Tapi awak tak tahu demam boleh bawak banyak penyakit lain. Saya kata datang lagi esok."
"Apa apa jelah. Esok pagi saya datang. Cepatlah! Nak ubat!" Gadis itu menghulurkan tangan ke arah Seokjin.
Seokjin hanya melihat. Tak pernah pulak Seokjin bagi ubat dalam biliknya. Cuma ada di kaunter luar.
Gadis itu memandang Seokjin. Agak geram kerana Seokjin hanya memandangnya bisu. Seokjin pulak mahu sahaja memberi hatinya di atas tapak tangan gadis itu.
"Kaunter la say.. awak."
"Oh ya. Bye."
Gadis itu dengan lajunya meluru keluar. Seokjin tahu gadis itu malu.
Seokjin rasa dia mahu mendekati gadis itu sebab.. dia pun tak tahu sebabnya. Dia sengaja suruh gadis itu datang lagi untuk dia berpeluang berjumpa gadis tak senonoh tadi.
"Aku bukan dah tanya ke nama dia? Dia tak jawab pulak." Seokjin merungut.
Dia lantas menulis laporan di buku laporan kliniknya dan hujung ayat yang ditulis, tanpa dia sendiri sedari, Seokjin terlukis bentuk love.
"Kau memang dah angau ni Seokjin. Kau kena mintak cuti ni weh." Seokjin menconteng bentuk love tadi dan segera mengecheck suhu badannya. Dia yakin yang dia dah demam angau!
Share this novel