Bab 6

Fanfiction Completed 14096

[BAB6]

"Kalau kita buat iklan ni, kita mesti dapat tingkatkan jualan kita tahun yang akan datang. Percayalah." Jimin menerangkan dengan bersungguh sungguh.

Sudah hampir satu jam dia berdiri di depan untuk mesyuarat penting malam itu. Kepalanya tertekan mungkin kerana dia masih muda dan terpaksa menjalankan tugas sebagai pemilik syarikat appanya itu.

"Kita ada modal ke nak buat iklan ni?" Tanya Yugyeom ingin kepastian.

"Kita akan gunakan modal yang lebih untuk projek tahun lepas." Terang Jimin disertai eyesmile nya.

"Tuan yakin ke yang kaedah ni dapat tingkatkan jualan kita?" Salah seorang pekerjanya bertanya.

"Ya saya yakin 100%. Minggu depan kita adakan lagi mesyuarat, kita bincang dan bahagikan kumpulan dan buat iklan. Sekian. Korang boleh balik."

Jimin terus mengambil buku bukunya dan menuju ke pejabat. Dia bersandar lalu melonggarkan ikatan tali leher.

Lampu meja di luar beransur ansur terpadam menandakan pekerja pekerjanya sudah pulang ke rumah. Jimin berasa penat fizikal dan mental.

Lama dia berkeadaan sebegitu. Matanya hampir terlelap apabila dia terdengar bunyi seperti seseorang melagakan baldi dan kayu mop.

Jimin bangun dan menuju ke pintu lalu dibuka laju. Di hujung sudut di hadapannya, seorang lelaki berambut putih sedang mengemop lantai.

Jimin tertanya tanya siapa kerana lelaki itu membelakanginya. Mungkin Ahjussi Baek.

"Ahjussi, boleh balik dah sekarang. Esok sahajalah sambung kerja tu." Dalam keadaan agak gelap, Jimin melaung.

Lelaki yang disangkakan Ahjussi Baek itu berhenti mengemop. Beberapa saat kemudian, dia menyambung semula kerjanya.

"Haish orang tua tu. Malam malam baru nak buat kerja." Jimin merungut dan kembali masuk ke pejabat.

Jam di dinding dipandang. Sudah menunjukkan jam 9 malam. Jimin mengeluh.

Beg kerja dikemas. Bersedia untuk pulang. Lampu dan aircond dimatikan.

Dalam kesamaran, Jimin masih boleh berjalan. Lagipun mana gelap sangat. Bulu hidung orang pun masih boleh nampak dalam suasana tu.

"Ahjussi, say--" Jimin berhenti. Lelaki itu sudah tiada.

"Haa tau pun nak balik. Ish."

Jimin menyambung langkah namun terhenti semula apabila sampai di kawasan yang dimop tadi.

Mata Jimin membulat. Lantai kering. Seperti tiada orang yang mengemop. Tak ada langsung tanda lantai itu sudah dicuci.

Jimin memandang sekeliling. Takut menyelubungi dirinya tiba tiba. Tanpa melengahkan masa, Jimin terus melangkah laju keluar dari bangunan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience