(Bab30)
Yoongi terjaga setelah agak lama terlena. Dia menggosok gosok matanya dengan tangan. Menguap sekali sebelum perlahan mengengsot turun dari katil.
Dia menjongket sedikit untuk memulas tombol pintu. Dia memulas dengan kedua dua tangan kecilnya dan dengan perlahan membuka pintu.
Suasana dalam ruang luas rumah itu agak lenggang. Yoongi tiba tiba terpandangkan seorang budak lelaki yang sedang bermain permainan yang bermacam atas rumput di halaman rumah.
Yoongi menapak perlahan dan membeku di sebalik pintu. Dalam hati dia teringin mahu berkawan dan sama sama bermain.
Akhirnya Yoongi memberanikan diri mendekati budak lelaki yang masih belum mengetahui kehadiran Yoongi.
"Annyeong."
Laju kepala budak lelaki tadi memandang Yoongi dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
"Nak main sama?"
Yoongi cuba mencapai sebuah lori mainan yang menarik perhatiannya namun tiba tiba tubuhnya ditolak kasar menyebabkan tubuh kecilnya jatuh menyembah bumi.
Lantas mulut Yoongi tercebik cebik menahan tangis. Bukan dia mahu merosakkan mainan lelaki itu, dia hanya mahu ajak bermain.
"Eii kau tak layak pegang mainan aku. Jangan main mainan aku. Ini semua aku punyalah!" Tengking budak lelaki itu.
Yoongi bangun dan menepis habuk habuk yang melekat di seluarnya. Dia cuba bersenyum. Pesanan ommanya yang tak akan lupa. Selalu senyum walaupun rasa sedih.
"Nama awak apa?" Yoongi bertanya.
Dia tahu yang budak lelaki di hadapannya itu tidak mahu berkawan dengannya. Namun dia tetap cuba mahu ajak berkawan. Kalau boleh..
"Aku Chanyeol! Dah kau pergi lah masuk. Jangan ganggu aku nak main! Nanti aku panggil omma aku pukul kau nanti. Omma!"
Mendengarkan Chanyeol sudah menjerit memanggil ommanya, Yoongi terus bergerak dengan laju memasuki rumah. Takut tubuhnya disakiti.
Namun di hadapan pintu, dia terserempak wanita yang dikenali Puan Park itu. Muka Yoongi berubah takut dan dia terus menangis apabila telinganya dipulas kuat.
"Lain kali jangan nak ganggu anak aku kalau dia tak suka. Siapa suruh kau keluar bilik ni? Kalau kau lapar, nanti aku suruhlah bibik yang hantarkan makan untuk kau! Pergi masuk!"
Yoongi terus berlari masuk ke bilik. Telinganya diusap usap. Tidak pernah dia dibuat sebegini. Dia menangis memanggil ommanya.
Seketika kemudian, kelihatan bibik membuka pintu membawa sedulang makanan dan air. Walaupun sikit, Yoongi tetap bersyukur.
"Makan ya nak. Bibik tak tahu macam mana nak buat. Kesian bibik tengok kamu. Nama apa?" Bibik bertanya sekali gus membuatkan Yoongi tersenyum menampakkan giginya yang bersusun.
"Nama saya Yoongi! Umur.. umur tiga. Eh tak empat!" Yoongi menayangkan empat jarinya.
Bibik tersenyum.
"Yoongi makan ya. Makan bagi habis. Tu bibik tambahkan nasi senyap senyap tau. Sebab Puan Park isi sikit sangat. Nanti dah siap makan, tinggal je. Nanti bibik masuk balik ambik." Pesan bibik sambil mengusap kepala kecil Yoongi dan tersenyum melihat Yoongi yang sudah mula makan sebelum melangkah keluar.
"Sedapnya omma. Tapi omma masak sedap lagi. Omma, Yoongi makan sayur.. ni ha." Yoongi menyuap satu sayur kedalam mulut. Seolah olah ommanya ada.
"Omma makan dengan Kookie elok elok tau. Cakap kat Jungkook esok jangan besar lagi. Nanti dia tak ada kawan macam Yoongi.."
"Nanti Yoongi cari omma dengan Kookie. Yoongi nak makan dulu tau."
Yoongi menyambung makan dengan sopan. Sambil itu dia mengesat kesan air mata yang kering tadi.
~

Share this novel