[BAB13]
Halaman rumah gelap. Jungkook berjalan mendahului lelaki yang dinamakan Yoongi. Pintu diketuk tiga kali berharap ada seseorang yang boleh membuka pintu.
"Weh.. weh.."
Perlahan je suara Jungkook. Sebenarnya dia berasa lain macam dekat dengan Yoongi. Dia pada masa yang sama pelik semacam sebab tadi dia kata nak hantar Jungkook balik. Tapi ni macam ikut Jungkook balik.
"Weh.. bukak lah cepat." Suara Jungkook perlahan namun ketukannya sangat kuat sehingga membolehkan para nenek yang berumur 80 tahun ke atas diserang sakit jantung bertubi tubi.
Lampu dari dalam menyala. Menandakan ada orang yang bakal bukakan pintu. Beberapa saat kemudian muncullah Jimin yang hanya berseluar pendek sambil menguap. Luas menguapnya itu tadi mampu menyedut rumah dan seluruh penduduk taman itu serta binatang buas tidak terkecuali.
"Jimin ah!"
"Woi Jungkook!"
Jimin yang terlampau excited terus memeluk Jungkook. Jungkook terus menepis memandangkan Yoongi masih ada disitu.
"Siapa.. ni?" Mata Jimin memandang Yoongi dari atas ke bawah, bawah ke atas dan berakhir pada muka Yoongi.
"Yoongi. Nama dia Yoongi. Dia yang selamatkan aku tadi." Jungkook melirik sekejap ke arah Yoongi kemudian memandang Jimin semula
"Oh kau ada kat mana Jungkook? Puas tau.."
"Haah kita memang ditakdirkan untuk bersembang dan berdrama di bawah sinaran purnam.."
"Jungkook, Yoongi jom masuk."
Haa tau pun. Jungkook nak saja meluku kepala Jimin agar lelaki itu bertambah pendek.
"Yoongi duduk lah dulu. Saya buatkan air." Jimin terus berlalu ke dapur dengan muka akhirnya-ada-orang-akan-rasa-air-buatan-aku dan disertai gelak jahat dalam hati.
"Yoongi ah. Kau.. tak.. umm rumah kau kat mana?" Jungkook memberanikan diri untuk bertanya. Dia duduk bertentangan Yoongi.
"Aku.. aku tak ada rumah."
"Kau nak tinggal sini ke?"
"Kalau kau sudi terima aku."
Jungkook terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Dan saat itulah Jimin yang berambut merah datang dengan dua gelas air.
Jimin tersenyum. Dia tak berniat jahat pun sebenarnya. Dia yakin yang dia buat air seikhlas hatinya.
"Air apa ni?" Yoongi bertanya seraya membelek belek gelas yang dipegang.
"Kopi bro. Kopi." Jimin tersenyum. Dia menanti orang memuji air yang dibuatnya.
"Ini bukan kopi pabo! Ini.. lada hitam!" Jungkook terus melenting selepas meneguk satu cawan. Merah padam mukanya menahan pedas.
"What?! Aku yakin aku ambik kopi!" Jimin tersentak.
"Kau ni lah. Tu pasal kau kena tengok apa yang Seokjin selalu ubah. Beli lada hitam yang siap dalam bekas, dipindahkan dekat bekas lain. Budak doktor tu laa.. weh!" Jungkook membebel. Kepalanya terteleng teleng kiri kanan dan tangannya menari nari di atas. Ada gaya tersendiri.
"Oh mian! Yoongi ah. Jangan minum tau." Jimin mengambil gelas yang masih dipegang Yoongi.
"Mianhae Jungkook.." Kata Jimin diikuti muka gwiyomi.
"Kau pergi tidur cepat. Aku tampar pakai punggung aku karang. Baru kau menyesal kut." Jungkook masih belum hilang marah. Hidungnya sudah berair.
"Wuish kau ni. Dah kau pun pergi tidur. Bawak Yoongi kat bilik hujung tu." Pesan Jimin lalu beredar.
"Mianhae Yoongi ah. Dia memang macam tu. Jomlah. Bawak beg kau sekali tu. Aku tunjuk bilik kau."
Yoongi hanya menurut. Langkah Jungkook diikuti.
Share this novel