[BAB8]
Jungkook sedang termenung saat Mark memasuki pejabatnya. Mark hairan kerana Jungkook berubah sikap kebelakangan ini.
Mark duduk berhadapan lelaki itu. Namun kehadirannya masih belum diketahui. Atau lebih tepat, Jungkook tidak menyedari hadirnya seorang makhluk bernama Mark disitu.
"Jungkook."
Mark cuba memanggil dan rakan seperkerjanya itu menoleh. Muka Jungkook agak pucat.
"Kau okay ke tak ni? Kalau kau tak sihat, kau boleh mintak cuti." Mark mengambil berat membuatkan Jungkook tersenyum.
"Aku okey. Amacam kes yang aku bagi tu?" Jungkook menongkat kepalanya dengan lengan.
"Hmm meremang jugak lah aku handle. Tapi tak tau lah mangsa tu kes bunuh ke atau kes bunuh diri. Mayat dia jumpa dalam kapal terbang karam."
"Mula mula kami tak perasan langsung ada kapal terbang karam kat situ. Bila mayat tu ditarik atas darat, baru kapal timbul."
"Tapi kau nak tahu tak apa yang lagi pelik?" Mark menjongket kening.
Jungkook mengangguk mewakili ya.
"Kapal tu kosong. Selalunya mesti ada mayat anak kapal yang lain. Tapi kapal terbang tu kosong. Sekarang kerja cari mayat yang lain. Tapi sampai sekarang tak ada berita jumpa mayat anak kapal dengan penumpang yang lain. Pelik tak?" Mark mengakhiri ceritanya dengan persoalan.
"Mayat tu macam mana? Kembung?" Jungkook menyoal.
"Boleh tahan kembung. Macam dah seminggu hanyut. Muka dia pun dah susah sangat nak cam. Rambut dia diwarnakan putih." Terang Mark lebih lanjut.
"Lagi?"
"Dia lengkap pakai baju uniform pilot. Dia yang bawak kapal terbang tu rasanya." Mark menjawab.
"Identiti pun belum tahu ke?" Jungkook seperti berminat pula mahu tahu.
"Tak. Susah sangat nak tahu. Kulit dia, tapak tangan dia. Eii muka dia. Sungguh aku rasa macam nak demam tau tak. Menyesal aku terima kes ni." Mark merungut. Terbayang bayang keadaan mayat tadi di kepalanya.
"Baju pilot dia warna apa?"
"Baju biru, seluar putih."
"Oh. Thanks kawan." Kata Jungkook lalu bangun. Mark juga berbuat demikian.
Mereka bersalaman sebelum sama sama keluar dan berpisah di hadapan pintu pejabat Jungkook.
Share this novel